Thursday, June 22, 2006

Diari Lencun ( Bahagian 2 )

Petang tadi , hujan turun lagi , lebat dah deras seperti pagi semalam. Sedari pukul 3.30 ptg ia sudah mula melimpah ruah. Aku terkebil2 dibalik cermin kaca memancang langit dengan airnya yg mencurah turun. " Harap2 lah ia teduh sebelum pukul 5.30 ptg " aku menaruh harapan.

Namun lebat yang bertukar perlahan masih juga merenyai hingga kesaat2 akhir kepulanganku. Kali ini aku terpaksa berhenti berharap . Dan aku tak berapa gusar kerana perjalanan adalah menghala ke rumah . Basah pun tak mengapalah . Sampai dirumah boleh terus mandi. Maka aku pun meredah lah , mengasak bersama kereta lori yang hingar bingar dan tersenggut2 jalannya. Sekali sekala aku boleh juga ketawa kerana perjalananku lebih lancar dari mereka , walau terpaksa mencilok sana sini. Baik punya cilok la tuu..

Aku seperti semalam2 juga , perlahan2 melungsuri laluan yg sesekali bertakung air nya , melewati kolong2 yg menjadi tempat singgah para2 penunggang motosikal yg tak mampu meneruskan perjalanan.

Aku pun pernah juga singgah dikolong itu suatu ketika dulu , beramai2 , beratur2 dan beriuh2 bagaikan pesta perkumpulan Mat Rempit je. Cuma masa tu semuanya memakai pakai yg sama , baju hujan kekekek. Semuanyanya berwajah muram , semuram langit yang memurungkan bumi. Ada yang seakan menanti2 , mungkin ingin cepat sampai atau ada hal yg perlu disegerakan. Tapi , apakan daya ,fenomena alam yg satu ini bukan boleh dihalang. Begitu lah masing2 dengan tafsiran masing2..memuji , merungut , mengutuk dan menikmati. Sememangnya , penantian tu satu penyiksaan..

Sampai sahaja dirumah , seperti semalam , lencun seluruh pakaian dibadan. Dan aku perasan badan pun dah mula rasa tak sedap . Kepala jangan cerita lah , berdengung jek , berpinar2 . Hidung yang menarik nafas pun bunyinya berdesot2 jek , macam tersumbat2 . Dasat betul lah penangan hujan nih..

Selepas mandi pun badan masih lagi rasa seram sejuk. Kepala masih terasa peningnya. Ada chance ler aku nak deman nih nampak gayanya..alahaii..

6 comments:

Anonymous said...

Demam x?

Mersik said...

Gegegegeg...aleya aneesa oii..Tadi cam nak deman..tapi bila awak dtg tak jadi plak kekekek..laa haii..

Zetty said...

bila hujan sentiasa turun, kita sentiasa merungut dan berharap agar hujan tidak turun lagi ..

tapi bila hujan tidak turun2, bermacam2 cara dilakukan agar hujan dapat membasahi bumi ...

dan bila sudah merasa hidup di padang pasir ini, bila setitik hujan pun tidak turun, sesungguhnya aku bersyukur kerana mmgg benar .... manusia itu tidak pernah puas!

Zetty said...

opsss ... tertinggal ayat lak .. pembetulan :

dan bila sudah merasa hidup di padang pasir ini, bila setitik hujan pun tidak turun, aku merindui akan datangnya hujan yg pernah aku rungutkan ...

tapi di mana2 juga aku berada, sesungguhnya aku bersyukur kerana mmg benar .... manusia itu tidak pernah puas!

Mersik said...

Laa haii yatie..syahdunyer luahanmu itu..sampai nak menitik air mata kite..sob..sob..iksh iksh..tak apa la..sabo jek laa..

Anonymous said...

Wonderful and informative web site. I used information from that site its great. Imagewhat+is+fluoxetine 10 2006 isuzu ascender $8000 off isuzu rodeo performance part Medical malpractice attorney apple valley Rosacea eliminate redness