Wednesday, May 03, 2006

Sebungkus nasi lemak dan Sebuah kisah

Bagaimana hendak ku mulakan cerita ini ye ? ..Hmm aku punya teman..Teman sepermainan.err..lain macam jek intronya ni..heheh

Aku rasa korang seme ada kawan kan ? mungkin ramai , berpuluh2 , beratus2 atau beribu2 lemon ..Tapi ada tak seorang darinya yang betul2 membuat anda terkenang padanya..Yakni kawan dari masa silam , kawan zaman2 sekolah .So apa yg menariknya kawan anda tu ?

Suatu ketika dulu sewaktu aku disekolah rendah , adalah seorang kawan ni . Namanya Razali..Dia tidak begitu rapat dengan aku pada mulanya2..bahkan jarang sekali bermain bersama..Masa didarjah 4 tuh aku dikelas hijau ( konon kelas budak2 pandai ler ) dan dia di kelas merah ( budak2 tak pandai ler , tah le . Cikgu mana plak yg bagi kasta2 nih ). Dan pada suatu hari semasa aku tengah duduk2 minum air di kantin..tiba2 dia datang duduk disebelah sambil membuka bekalannya..iaitu sebungkus nasi lemak..Pabila dibuka sahaja , terserlahlah aromanya , dengan lauk telur , ikan bilis serta sambal yg maha mengancam. Masa tu aku sekolah sebelah pagi..so rehatnya dalam kul 10 pg gituu. Aku diam je..sambil terkulat2 memandang.. Agaknya dia perasan kut. Tiba2 dia memperlawa ku utk makan bersama2nya.. Mula2 aku malu jugak..apa malu tapi mau..apa nak kisah..Aku pun budak2 lagi kan masa tu..Bila oang ajak makan , aku makan ler..

Dan tak lama selepas itu..setiap kali waktu rehat , dia selalu mengajak ku makan bersama nya. Serba sedikit aku dapat tahu bahawa ayahnya berniaga makanan diwarung . Sebab itulah dia selalu bawa bekal nasi lemak kesekolah. Mungkin memang itu makanan kesukaannya. Dia akan selalu menunggu aku dengan ceria didepan kantin sambil menjinjing nasi lemaknya ( yg aku kira dah bertambah saiznya , sebab nak makan berdua kut..). Mmg dia tak kisah..walau bagaimana pun aku tak lah rasa terlalu rapat dengan dia..apa yg merapatkan kami hanyalah nasi lemak sahaja..Itu pun waktu rehat..bual pun biasa2 jek ..Kata orang , tak kamceng ler..

Kadang2 aku terfikir sendiri..adakah aku hanya mempergunakannya hanya utk mendapatkan nasi lemak free tiap hari2 ? Akau aku rasa dia memang kawan aku ? Entah lah..aku tak tahu..Hei.! aku hanya budak2 kan masa tu..

Suatu hari yang tidak begitu ceria , seteleh loceng rehat berbunyi , aku pun berjalanlah deras2 ke kantin. Terbayang wajah Razali dengan nasi lemaknya yang boleh dikatakan sedap jugak lah ( kalau tak tak kan aku nak makan )..BIla hampir dengan bilik guru , entah dari mana tiba2 datang seorang budak India nih berlari2 tak tentu hala hingga terlanggar bahuku dari belakang .. menyebabkan aku jatuh tersungkur , tersembam dikaki lima hingga melecet pipi aku dibuatnya . Hampir2 saja aku nak termasuk ke dalam parit. Kalau tidak sure lagi tragis keadaan aku masa tu. Namun pipiku tetap terasa pedih dan sakit..

Kebetulan lalu seorang guru disitu . Namanya Cikgu Ridzuan . Lantas dia membawa ku masuk ke bilik guru..dibersihkan luka aku..kemudian sapu ubat kuning..Sakit memang sakit. Masa tu macam2 benda yg aku ingat dan rasa . Mula2 mmg marah..marah ( kerana budak India tu kerana melanggar lari aku ) , sakit pipi..takut serta risau ( kalau2 keluarga aku tahu ) . Akhir sekali baru aku teringatkan asal tujuan aku..Ahh nampaknya hari ini tak dapat lah aku nak makan nasi lemak Razali. Tentu dia dah makan dulu ataupun makan dengan orang lain..Melepaslah aku nak makan bersamanya. Agak lama juga aku berada didalam..hinggakan bila aku tenguk jam , ada tinggal dalam 7 minit jek lagi sebelum waktu rehat habis..Ahh nasib..nasibb..Aku melangkah keluar dengan longlai..

Namun sebaik sahaja aku membuka pintu , kelihatan Razali sedang menunggu diluar . Dan dia , sebaik terlihat kelibat aku..dengan tersengih2nya dia mengangkat jinjitan nasi lemaknya lalau berkata “ Jom..”

Nampaknya , aku sudah tersilap tafsir..walau pun tafsiran aku yg sebenarnya serong tapi Razali tetap ikhlas..dia tetap meunggu aku diluar sebaik mengetahui dari kawan2 bahawa aku accident kes langgar lari hahah..Itu lah dia Razali ku dan nasik lemaknya..Sejak itu aku sering makan bersama2 nya hinggakan aku lupa sendiri bila masanya aku dah tak makan bersamanya..

Setiap kali..apabila makan nasik lemak..tentu dalam 10 kali makan..sekali aku akan teringat padanya..Terlalu lama dah peristiwa itu berlaku..sejak zaman kanak2..aku harap aku tak lupa..maklum le , ibarat kata pepatah , budi yang baik selalu dikenang juga..

Aku pun tak tahu dia mana Razali skg nih ..Tah2 dia dah jadi peniaga nasi lemak yg berjaya..tah2 dia dah ada beratus2 nasi lemak mate yg baru., atau pun dah tak de ( sebab sakit jantung , kolesterol tinggi , asyik makan nasi lemak jek ).Namun walau dengan siapa pun dia makan .aku tahu dia ikhlas..

Demikian ler kisahnya…