Malam semalam sewaktu jam hampir menginjak 20 min lagi ke pukul 12 mlm , sewaktu pokcik tengah duduk sambil mengurut2 kaki dan pinggang( sebab lenguh , jauh berjalan melawat blogger bloggi seme ) , sesekali menggaru2 punggung sambil2 mata pokcik menatap buku kesayangan pokcik iaitu Dairi Rogayah ( Aii mentol betul budak nih ) , tetiba jek hp pokcik terjerit2 minta perhatian. Dan deringan tanpa polyphonic tu ( yg lebih kpd poly panik ) membuat pokcik jadi terkejut dan memaksa diri terkenjut2 plak menerpa menyambutnya..( Nasib baik tak terkentut2 ahaks )
Mendengar saja suara dihujung talian , hati ini jadi cemas sekatika..dengan gelabah pokcik menghampiri tingkap , menyelak sambil melilau mencari2 kalau ada kelibat polis , ambulan , lorik tarik kereta , lori angkat sampah , mata2 , tok sidang , mak bidan , yg mungkin akan menerjah umah pokcik bebila masa.
Rupa2nya panggilannya adalah dari saudara Feroz selaku President Alaf21 Fan Club . Errr errr..nape..? tak percaya ke ? Gelabah mmg gelabah..Manalah tahu , bukan senang nak menerima call dari Tuan president nih..Malah dia punya “Gubra” macam dapat call dari president Bush gituu. Tertanya2 juga dihati pokcik yg kecut mecut ini apakah gerangannya menelefon malam2 begini. Adakah pokcik telah melakukan satu jenayah siber ? Atau buat sesuatu yg boleh meletakkan Alaf21 dalam keadaan bahaya ?.. Adakah apa2 propaganda yang ditimbulkan..lalu pokcik terfikir juga apa yg pokcik lakukan sejak beberapa hari lalu..Aaahh tak mungkinnn..
Namun setelah beberapa minit berbicara , ternyata tekaan pokcik sama sekali meleset lagi melesetkan. Tuan presiden memanggil membawa salam . Salam persahabatan..Sama seperti yang pokcik selalu hulurkan dan terima . Maklum ler..oang2 tua cam pokcik..yg lebih suka menyorok2..kira macam oang2..six feet underground laa nih..Manalah oang nak perasan… Takat jalan2 cari laman tuh boleh ler..Tu pun tak sapa yg perasan…Oang tua lah katakan , kadang2 lebih "perasan" dari perasaan..alahaiii
Dalam perbualan dari hati ke hati ( dan dari telefon opis dia dan hp pokcik ), kami ada juga berceritakan tentang beberapa agenda untuk memajukan lagi kelab yg semakin di kenali ramai ini. Seperti juga Tuan presiden kita , memang kadang2 pokcik tahu apa yg bermain2 diotak presiden kita nih..Bila dah duduk diatas..dan ada tanggungjawab , tentulah ada kerja nak dibuat. Cuma kadang2 tu ada beberapa perkara yg melambatkan perlaksanaan. Tidak dinafikan mmg dia soang jek lelaki yg dok diteraju atas sana..Namun dibawahnya..banyak dayang2 serta inang2..yg sudi membantu..( termasuklah Dayang Senandung dan Inang Pulau Kencana )..
Dalam pd itu dia juga ada mengajak pokcik utk turut sama2..memperkasakan kelab serta membantu apa2 yg patut supaya Alaf21 FC lebih aktif , tip top , bertenaga , berkarbonat , lemak manis , berkrim dan disukai ramai… Ini tidak mustahil , asalkan ahli2 nya bersatu hati menggembling tenaga serta saling bekerja sama , banyak aktiviti2 yg boleh dibuat buat..tunggu dan lihat jek aa..Banyakkan bersabar..bukan Alaf21 FC tak de apa2 aktiviti..Cuma in progress jek..
Mungkin tidak lama lagi kami akan duduk semeja dan bercerita dengan lebih lanjut..Mungkin bertemu diwarung mamak kat Shah Alam nih . Mungkin tuan presiden akan order nasi lemak dan teh tarik ( tanpa buih) ..Pokcik plak akan order air suam kurang manis dan roti telur ( tak nak bawang ).. Dan lepas tu banyak lah perkara yg akan dibincangkan lagi..Segala2nya berkemungkinan..
Itulah saja setakat ini..kalau ada apa2 kejutan lagi..nanti akan bersegeralah pokcik bersiaran disini ( kalau pokcik tak bersegeraan ke hospitallah .. ahaks ). Nampak nya tua2 pokcik nih pun laku jugak..laa haii rezeki..Kecik tapak tangan , tapak sleman pokcik tadahkan..
Ibarat oang ngantuk disorong kan bantal…err err pokcik tido dulu ler…dah malam dah nih haaaa…esok2 nak jalan lagi..alahaiii…
EBOOK: HUD, SUAMI IRIS (BAB 5)
1 year ago
1 comment:
What a great site torture and sex slave Microsoft window 2003 dedicated server 20 Financial planning scamers drugs.com from information seroquel seroquel Honda motorcycle dealer in illinois Past heroin abuse and male erectile dysfunction dosierung seroquel Refinance mortgage colorado home loan
Post a Comment