Keinginan vs Kemampuan.
Sejak dua minggu yg lalu aku dah hampir tiga kali pergi ke perpustakaan Awam Shah Alam tu..Tak lain tak bukan kerana nak mencari buku2 selain dari bahan2 APD ( alat pandang dengar ). Banyak juga buku yg aku pinjam selain dari buku2 yg aku beli masa Pesta buku antarabangsa diPWTC awal bulan yg lalu.
Dalam masa yg sama bila aku jalan2 dikedai2 belakang umah aku tu , aku selalu juga singgah kekedai VCD aa..cehh nak cari cerita2 yg baru yg aku tak sempat tenguk dipawagam yg berhampiran.So maknanya sekarang nih , aku ada banyak buku nak dibaca , ada banyak CD nak ditenguk , CD lagu nak didengar dan ada banyak mende nak dibuat..kira banyak kerja aa kekononnya..
Kadang2 aku terfikir sendiri , kenapa aku selalu menyusahkan diri dengan bersegera mendapatkan bahan hiburan yg aku inginkan. Adakah kerana aku takut tak sempat , kerna tarikan nafsu yg semangnya suka pd hiburan atau kerana aku banyak duit dah mampu membeli semuanya serentak . Pernah juga , kadang2 bila aku kemas2 laci , terjumpa buku atau CD yg tak sempat2 aku tenguk , padahal lama dah aku beli..Kadang2 mmg lama sungguh CD tu..( sebab cite P.Ramlee ahaks )
Akhirnya aku sedar bahawa masa aku amat2 terhad . Tak tahulah , walaupun semua manusia ada 24 jam sehari tapi masih lagi tidak mencukupi . Cuti hujung minggu mmg la dah padat dengan rutin mingguan dan sesekali habis begitu sahaja dengan aktiviti jalan2 atau melayan sesiapa yg datang. Dan akhirnya setiap pg isnin , aku akan termenung jauh dan berharap2 agar cepat sungguh hari2 berlalu hingga bertemu lagi dengan cuti hujung minggu. Dan kalau tak sabar2 bolehlah mintak cuti brg sehari dua..Dan selalunya , bila cuti selalunya habis begitu sahaja..Seolah2 tak de apa nak dibuat..seolah2 cuti itu hanya free jek ( mmg dapat free pun tiap2 thn ).
Mungkin aku sudah tidak sebebas dulu..Walau pun tak tahu kemana hilang masa2 ku yg ada tapi aku tahu aku tak berapa punya masa yg banyak. Dalam hal2 begini sudah tentulah aku harus membuat planning dan time management yg betul2 berkesan. Masa antara kerja dan keluarga pun harus dibahagi dengan seadilnya..Selalu juga aku baca buku2 Motivasi atau tips utk menguruskan masa . Tapi entahlah , bagaimana hendakanya mereka2 itu melakukannya..? Apa bezanya dia ngan aku ? kenapa mereka boleh dan aku tidak ? Arrgkhhss tiada jawapann…
Kadang2 aku risau juga tak dapat melakukan dengan sebaik2nya..korang tahu jek laa..bila usia dah meningkat tua nih. Kadang2 masa kita selalu di curi sana sini.. ada hal itulah , sini lah , Madang je tetiba je jatuh sakit , masuk wad berhari2..atau yg lebih teruk lagi..lupa diri..tersyok kat oang ketiga , keempat , kelima atau sebagainya hinggakan keluarga jadi berantakan. ( Laa haii mintak dijauhkan la ye..) Maklum ler , zaman sekarang nih tak semua oang minat yg muda . Yg tua2 pun laku juga..ramai yg mengendeng , menghimpit , memujuk merayu..kekononnya nak menumpang kasih gituu..
Berbalik pada satu perkara tadi , yg mana aku sebutkan sebagai Keinginan vs kemampuan ( especially dari expect hiburan ) , ianya bukanlah sesuatu yg baru..malah sejak2 dulu2 pun ada jugak…sejak2 mula kerja atau dapat memegang duit banyak. Tapi masa tu mmg kita banyak sangat masa. Tak de commitment atau tanggungjawab apatah lagi tak de keluarga. Sekarang nih..lain dah..Masing2 dah beranak pinak dan besar tanggungjawab.
Walau pun kadang2 kita bersama keluarga , kadang2 teringin juga nak tenguk wayang , jalan2 sendiri atau ngeteh dengan kawan2..seperti mana yg kita lakukan masa bujag2 dulu..
Last2 bila dah terlalu lama memikir aku jadi bingung. Ruang minda aku jadi kusut dalam menemukan jawapannya. Dan tatkala itu , terdengar juga suara hati aku berbisik2. Katanya dunia ini seketika sahaja . Ambil sahaja yg perlu sahaja . Bekalkan sedikit utk Akhirat. Tak usahlah nak berlebih2 hatta hingga lupa diri. Jangan asyik nak berhibur sahaja , jangan pentingkan diri sendiri. Jangan pula lupa tangggungjawab yg diberikan , sebagai khalifah muka bumi , tanggungjawab sesama insan , ahli keluarga serta masyarakat. Kalau rasanya dah agak jauh tersesat kembalilah pd Agama . Insya Allah kau akan selamat dan hati tenang..
Hmm..benar juga. Kadang2 terlalu jauh dah aku mengejar dunia. Seolah2 tiada hari esok yang penting .Siapa tahu esok lupa kalau nyawa tak lama..Terima kasih TUHAN diatas cetusan hati itu. Sesungguhnya ENGKAU memang sentiasa berlaku adil pada hamba2 mu ..
So moral of da story..rasanya korang seme tahu kan..
EBOOK: HUD, SUAMI IRIS (BAB 5)
1 year ago
No comments:
Post a Comment