Adapun telah diceritakan sejak zaman berzaman , kurun berkurun dan dari mulut kemulut ditokok tambah dgn rencah dan rencamnya ( sehingga mengancam ) akan suatu kisah rakyat mahluk dua alam . Sahibul hikayat badigol sood , bermula kisahnya didalam sebuah hutan yang jauh dari pembangunan manusia , terdapat sekumpulan kodok2 yg diam bermastautin disebuah paya yang dinamakan Paya Kedaung.
Arakian , didalam kumpulan kodok2 yang ramai itu , maka hendak ditonjolkan watak utama sayugia terdapatlah seekor kodok yang agak boroi perutnya. Oleh kerana kelebihan perutnya itu maka seringkalilah ia menjadi bahan gurau ejekan serta lawak jenaka teman2 sespeciesnya yg lain. Namun begitu , sebagai makhluk yg biasa , tiadalah ia ambil kisah akan kata2 tersebut malahan meneruskan hidupnya seperti biasa. Setiap hari ia akan tekun membaca dan mengkaji buku2 sambil sesekali mengasah akalnya dengan pemikiran2 yg boleh memanfaatkan dirinya jua.
“ Hey lihat tu..si boroi sedang melompat menghala ke paya ” sapa seekor kodok yg agak sasa badannya..
“ Melompat nya apa , aku nampak macam merangkak jek..berat ler tuh , ” sapa kodok yg lain , mengundang derai tawa yg bergema diseluruh bumi Kedaung tersebut..Demikian ler hari2 yg dilalui oleh sang kodok boroi itu saban hari hinggalah dia sudah lali dan tak ambil peduli lagi . Namun bila malam merangkak tiba , bersedih lah juga ia sekali sekala sambil merenung bulan yg sudi menjadi temannya. Namun tidak kuasalah jua ia menulis “ surat utk bulan “ kerana pd firasat tajamnya ia adalah perbuatan yg sia2 adanya.
Suatu hari yg tidak berapa ketahuan tarikhnya, .maka berlakulah satu kegemparan yg maha dahsyat sehingga memaksa sekelian rakyat jelata Paya Kedaung berbondong2 mengumpulkan diri memasing diperkolahan Tok ketua yg bernama Tok Geduak. Tidak ketinggalan juga si kodoi boroi juga ingin turut serta . Setelah menanti agak sama sambil berbicara entah hapa2 sesama, maka muncullah Tok Geduak dengan wajah leganya ( kononnya baru sebentar tadi dia membuang hajat besarnya , kes salah makan ).
“ Kita ada masalah besar ! “ jerit Tok Geduak memulakan cerita , membuatkan rakyat kodok jelata semakin menjadi suspen lagi men suspensionkan yg lain . Sambil memerhatikan sekelian hamba rakyatnya , Tok Geduak menjeling memerhatikan baris2 ayat diatas mencari2 tajuk cerita utama yg di konflikkan oleh sang penulis cerita..( Apalah punya bahlol Tok ketua nih..). Akhirnya setelah mendapat idea dan sedikit tunjuk ajar dari sang director , maka..
“ Sekelian hamba rakyat kodokku semua..Ketahuilah bahawa bekalan lalat dan langau kita sudah kehabisan sejak malam semalam.. Paya kita sudah tiada makanan lagi..! ,” bentak Tok Geduak sambil melompat2 membuatkan rakyat jelata semakin panik dan riuh rendah..
“ Kemana perginya lalat2 dan langau2 kita tok ? ” tanya seekor kodok keding yg tidak sepatutnya menanyakan soalan tersebut. Dengan muka yg merah padam , Tok Geduak memandang kodok keding tersebut sambil menyumpah ranah didalam hati..
“ Kemana lagi ¿ Habiss laa..Sebab kita semua dah makan lah..dah melahapppp ! , ” jeritnya separuh memekik..Namun sempat dikontrol juga takut2 perutnya terkucil lagi dan dia akan terpaksa bergegas kedalam semula.
“ Ini tidak masak akal , apa kita nak buat Tok ? ” Tanya hamba kodok yg lain..dan di talun2 kan oleh sekelian yg lain supaya soalannya sentiasa diawang2an..Sekali lagi Tok Geduak menjadi semakin gelabah dan pening kepala..
“ Saya ada satu cadangan ” tiba2 suatu suara kedengaran amat menyakinkan dari kumpulan paling belakang sekali . Ibarat kamera filem yg menyorot kemunculan wajah hero , maka sekelian kodok2 pun menoleh menyerlahkan karisma si kodok boroi yg rasanya mempunyai jalan penyelesaian pada kemashlahatan mereka itu. Namun belum sempat kodoi boroi berbicara , gemuruh lah derai tawa yg bersambung2 dari kumpulan yg sering mempersendakannya. Akhirnya kodoi boroi menunduk semula..
“ Diam semua ! ” bentak Tok Geduak menyuraikan kebisingan.. Tiba2 suasana menjadi sunyi sepi..
“ Wahai kodok boroi , apa yg ingin kau perkatakan.?.” ujar tok ketua seraya menahan perut dan mulutnya yg hendak ketawa apabila menyebut perkataan boroi. Nampaknya tok ketua nih pun dua kali lima jugak..iksh iksh..
“ Err tok ketua..hamba rasa eloklah kita menternak sahaja makanan kita..” bicara Kodok Boroi penuh rela. Mendengar sahaja perkataan ternak , maka kodok2 yg lain pun terkesima..Namun akhir berderai juaglah hilai tawa mereka..Tak termasuk tok ketua yg sudah pun berguling2 diatas tanah kerana tak tahan nak ketawa sejak tadi...setelah agak lama “ terhibur ” dengan lawak tanpa rela sikodok boroi..maka tok ketua pun akhirnya bertanya juga..
“ Macam mana kau nak ternak lalat kodoi oi ?..Mende nih tak pernah dibuat dek nenek moyang kita sejak dulu2..kite jenis mencari makan , bukan menternak ” kabonya satu persatu diselang seli dengan tawa sampai meleleh2 air mata..”
“ Mendengar sahaja penolakan Tok ketua , maka kodok boroi tidak jadi meneruskan usulnya..Mmg dia tahu..lalat boleh diternak..Cuma perlu sedikan makanan2 busuk..biar lalat dtg , bertelur , menjadi larva dan dari situ ler boleh didapati makanan..Ah kodok2 ini semua bodoh ! . getusnya dalam hati..
“ Apa kata kalau kita berpindah pula ! ” . Kali ini di amendapat usul yg baru . Kalau tidak diternak makanan , tentu perpindahan akan menyelamatkan mereka. Cari tempat baru , paya baru , makanan baru dan segala masalah akan selesai .
“ Hey kodok boroi..cukup2 lah tuh , idea kau tak masuk akal langsung . Bukan kau tak tahu inilah tempat kita sejak zaman berzaman, dari nenek moyang . Tak pernah terbetik pun dihati setiap berudu mahupun kodok semua utk pindah..kenapa kau sahaja yg berlainan dari kami ? ” tempik Tok Geduak dengan rasa marah.dirasakan kodok boroi sudah melampau kali ini..
“ Halau je kodok ni Tok !..dia memang tak guna , nak menjahanamkan bangsa je , ” jerit para pemuka2 yg benci pd kodok boroi tersebut. Ini disokong sepenuhnya oleh kodok2 yg lain..Semua nya menyelar dan menghamburkan kata2 kesat pd si kodok boroi yg tak bersalah itu .
Dengan rasa penghinaan yg teramat maka meragkak2 lah sikodok boroi tersebut menyelamatkan diri membawa hati yg luka kerana dihalau oleh kaumnya sendiri. Berhari2 lah dia berkelana hingga sampai
disebuah tunggul kayu lama yg usang bercendawan . Disitu tumpahlah air matanya berserta sedu sedan yang begitu menghiris hati setiap makhluk yang memandang. Meratap lah dia disitu berhari2 lagi lamanya .
Akhirnya apabila genap 3 hari , maka muncullah sang para2..menjelmakan dirinya dalam bentuk nenek kebayan yg agak vogue gituu. Adapun sang para2 ini bersedaralah juga dengan sang pari2 dalam kisah2 cinderella . Namun saudaranya yg lain iaitu sang paru2 sudah lama meninggal dunia akibat paru2 berair..iksh iksh.. tragisnya
Apabila melihat sahaja sang para2 itu, maka terkejut amatlah sikodok boroi itu lalu cuba melarikan diri..
“ Jangan takut wahai si kodok..jangan lari “” sang para2 itu bersuara. Mendengar sahaja ucapan sang para2 , si kodok pun terpaku. “ Err siapakah kau sebenarnya ? Apa kau mahu ? “ soal sang kodok dalam ketakutan.
“ Jangan takut..jangan bimbang..aku tidak akan menganganggu mu..malah aku sangat2 bersimpati dengan keadaanmu..Sudah lama aku perhatikan kau bersedih2an disini..hampir2 sahaja mau macam nak mempunya tempat permainan ku ini. Adakah apa2 yg telah menggusarkan hati mu wahai sang kodok, ” bicara sang para2 penuh ikhlas..
Dari detik itu segeralah sang kodoi bercerita perihal dirinya serta nasib yg menimpa..yg membawanya berkelana sehingga berjujuran pula air mata sang para2..tersebut.
“ Aku amat simpati dengan mu wahai kodok , “ ujar sang para2 seraya menahan sebak . “ Dengan ini akan berjanji akan membantu sedaya perlu “ . Kata2 sang para2 itu bagai menyuntik semangat baru dalam diri si kodok boroi itu.
“ Aku akan memberikan kamu satu kejaiban iaitu boleh berkata2 dalam bahasa manusia..Semoga engkau akan mendapat kejayaan disana.. ” ujar sang para2 itu lagi. Serentak itu , dengan sekali..pling ! jek sang para2 hilang serta merta meninggalkan kodok boroi yg masih terpingga2..Setelah di cuba beberapa kali maka sudah berubahlah akan peti suaranya menjadi berbagai2 suara termasuk suara manusia..Sungguh riang hatinya tidak terkira..hinggkan disepanjang2 perjalanan seringkali dia menyanyi kan lagu2 pujaan ramai , seperti Tak bisakah , Teman tapi mesra dan juga Aduh saliha..
Namun dipendekkan cerita , bertemulah kodok boroi tersebur dengan seorang manusia , bekas penjual seluar dan pakaian. Dengan kepandaian , kelebihan dan idea2 bernas dari kodok boroi itu..mereka berdua akhirnya berjaya menjadi pengusaha serta ahli perniagaan yg berjaya diseluruh dunia.
Sekarang ini jenama seluar yg dicipta mereka begitu terkenal sekali..err korang tak tahu ke ? alaa jenana seluar “ kodroi ” ( kodok boroi ) tu..korang agak , datang dari mana ? haa tahu tak pe..Dan lagi bukan itu sahaja..si kodok boroi ini juga dilamar oleh sykt minuman keras dari Amerika utk menjadi logo produk “ Budweiser ” nye..tak termasuk iklan2 sabun , iklan promosi National Geography serta Discovery. Sekarang nih khabarnya si kodok boroi sudah menjadi jutawan dan mempunyai paya buatannya sendiri..yg diberi nama “ Villa De Roi “ . Dia hidup senang lenang hingga sekarang..
Apa yg terjadi pd kaum2 nya dahulu yg mempersendakannya ? . Al kisah setelah agak lama hidup dalam perut kekosongan , akhirnya mereka terpaksa berpindah randah. Tanpa arah tujuan mereka mengembara hingga sampai ke negeri cina. Amat malang sekali negeri tersebut menjadikan kodok sebagai santapan utama dalam makanan mereka.. dan akhirnya seekor demi seekor diburu dan dibunuh , dijadikan santapan..bermula dengan Tok ketuanya dulu...Tok Geduak..( padan muka..)
Demikian ler yg empunya cerita..
Moral Of da story :
Jangan malu utk mempertahankan apa yg anda rasa benar . walau pun idea itu tidak diterima oleh orang disekeliling anda , mungkin ia berguna ditempat lain atau pd masa yg akan datang. Berpegang teguh ler dengan apa yg anda percayai dan perjuangkan..
EBOOK: HUD, SUAMI IRIS (BAB 5)
1 year ago
1 comment:
kodroi,.... sedap pakai tapi tak berapa famous sekarang ni...........
Post a Comment