Assalamualaikum..w.b.t.
Umum rasanya sudah tahu dan ramai juga yg sudah membaca akan pengalamanku berkunjung ke pesta buku diPWTC bulan lalu ( tulisan disiarkan diweb Alaf21 baru2 ini ). Aku merasa gembira sekali dan amat2 berbesar hati . Setinggi2 penghargaan buat Alaf21 khususnya bahagian websitenya kerana sudi menyiarkan tulisan aku itu.
Dan berkali2 jugalah aku melayangkan email pd Cik Molee serta Alaf21 utk mengucapkan terima kasih yg tak terhingga. Namun berkali2 juga itulah email aku dipulangkan semula. Aku pun hairan , mungkin ada masalah teknikal ataupun aku terlalu fanatik sangat pd Alaf21 hinggakan kehadiranku kesana amat dijaga2..hahahaha ntahlah , harap2 tidak begitu..Walau bagaimana pun , terima kasih yg tak terhingga pada web Alaf21.
Memang kalau hendak diceritkan keseluruhannya , dua hari pun tak cukup. Dan sampai sekarang bila aku duduk termenung dan mengingati saat2 itu , masih akan kedengaran lagi suasana riuh rendah dan bau2 buku yang amat segar , yang begtu menarik perhatianku untuk sama mewarnai pesta buku tersebut.
Namun segala2nya tidak dapat diluahkan secara penuh. Walau bagaimana pun terima kasih diucapkan kepada tuan umah blog ini ( hihihihi sapa ek ? ) kerana masih lagi ingin menulis sambungan dari kisah yg masih tak dapat dilupai iaitu kemeriahan dipesta tersebut. Ada juga beberapa perkara yg tak sempat kutulis serta footage2 yg mungkin membuat anda tersenyum simpul
Keasyikan membelek , kegigihan menapak , kesabaran menanti ( utk ambil autograph) dan keterujaan berjumpa para novelis sentiasa bermain2 didalam fikiranku..Ah sungguh indah waktu itu. Sungguh hebat , malah lebih hebat dari cinta pandang pertama gituu..Antaranya yg aku ingat..
1. Aku mengambil masa agak lama juga utk mencari booth alaf21 . Adalah dua kali aku tawaf . Lagi pun ruang tu agak besar juga. Belum termasuk sesat sampai termasuk ke dewan sebelah sana . Rupa2nya booth Alaf21 terlindung kerana ditutupi oleh peminat2 yg ramai menyerbu.
2. Dari kejauhan aku sudah nampak kelibat novelis2 terkenal Alaf21 . Mereka semua bagaikan sedang tersenyum seolah2 melambai2 memanggilku..Maka berlari2 aku dalam keadaan yang sukar utk digambarkan..bak kata penulis novel , err berkocak hati remaja ku , aah lebih kurang cam gitu ler..Sampai sana ..Haa tu diaa , berapa punya besar gambar novelis..rupa2nya poster daaa..iksh iksh..
3. Apa bila aku berada dirak yg mempamerkan buku2 motivasi Dr Tuah , ada lah seorang petugas nih , pakai tudung and cermin mata , asyik dia dok cerita tentang diskaun dan buku2 yg dipamerkan. Buat seketika agak lama juga aku terkulat2 ( tak berkelip mata ) sambil menatap wajahnya ( Nasib baik aku tak kenyit2 mata..ahaks ). Lagi pun semua buku Dr Tuah aku dah ada , kecuali yg terbaru ni “ Biar betul2 ”. Itulah yg aku nak beli . Walau bagaimanapun aku begitu tertarik sekali dengan sikap petugas itu yg begitu ramah dan membantu sekali. Yo laa..patut ler jualan buku2 Alaf21 begutu laris macam goreng pisang panas.
4. Waa..aku kecewa tak dapat Cik Ted yg Aisya Sofea bagii..Walau pun Cik ted tu 10 kali lebih kecil dari Cik Ted yg asal, tapi Aisya Sofea yg bagi tauu. Mungkin tak de rezeki kut aku nak mendapatnya tapi tak kisah ler..sekurang2 aku dapat sain dia..Aisya Sofea , akak mmg tip top..Keep on da good work..Sepatah kata kump RuffEdge , tertarik menarik kau memang da Bomb..iyaa laa tu..
5. Aku mengambil masa hampir satu minit utk termenung di meja pendaftaran Alaf21. Pertamanya , aku mmg tak tahu menahu ada meja pendaftaran disitu..dan keduanya aku tercari2 juga mana Presiden kelab Alaf21 . Kut2 dia ada situ , boleh lah aku mintak autograph dia sekali..tak payahlah aku terkejar2 atau tarik2 baju dia hahahaha..Hanya apabila salah seorang petugas menyapa dan memperlawaku duduk , barulah aku sedar dan tanpa membuang masa terus duduk dan mengisi borang.
Errr cukup lah dulu ye buat kali ini ..Kalau nak baca cerita seterusnya…, jangan lupa datang lagi ya… Datang jgn tak datang… datang jgn tak datang..
EBOOK: HUD, SUAMI IRIS (BAB 5)
1 year ago
2 comments:
I have been looking for sites like this for a long time. Thank you! wet spot water filter vardenafil discount
You have an outstanding good and well structured site. I enjoyed browsing through it refinancing http://www.bdsm-movie-2.info Nissan frontier performance Pink western shirt Cable tv new zealand
Post a Comment