Sunday, May 21, 2006

Khabar2nya..

Adalah satu khabar2 ini . Rasanya , lebih hebat dari khabar berita TV , lebih exclusive dari surat khabar dan lebih thrill dari kabo2 angin , kabo2 asap..Maka dikhabarkanlah juga khabar2nya..

Khabar2nya..
Para oang2 kuat..sebuah Fan Club penerbitan buku2 yg terkenal dengan novel2 imliah dan cintanya , akan terjah menterjah premis Penerbitan tersebut untuk mengadakan sessi dialog , diskusi , mesyuarat , berbincangan dari mata ke mata , hati ke hati , hidung ke hidung dll , seada oang terjah menterjah jugaklah adanya..Tak termasuk juga terjah makan2 yg ada..( harap2 ler )

Khabar2nya
Pertemuan ini adalah julung2 kalinya diadakan sejak penubuhannya hampir setahun yg lalu. Tentunya akan melakar satu sejarah yang boleh dimaktubkan dalam siri “ Hari ini dalam sejak “ err 40 tahun lagih..Harap2 ia lebih beerti dan berkenangan sekali mengalahkan ala2 Erti Pertemuan Ning Baizura gituu..ahaks

Khabar2nya..
Adalah tarikhnya juga tidak dapat ditetapkan , kemungkinan juga dilaksanakn pd hari Isnin , Selasa , Rabu , Khamis , Jumaat , Sabtu atau Ahad. Tarihkhnya juga belum pasti . Malam atau siang , waktunya terpaksa dirujuk kepada para astrologi Tok Lipat ( merangkap tok bomoh dan tukang urut panel ramai ). Kerana katanya..kalau giii malam , err gelap..kalau gi siang..err..terang..Gitu le ulasannya , menyebabkan ramai yg akur , mengangguk2 setuju benar2 dengan keterangan yg begitu bernas sekali..iyo lahhh..

Khabar2nya..
Adalah salah seorang blogger ni , yg agak veteran usianya ( walaupun blog masih baru ) yg turut dilawa bersama. Entah kenapa insan ini dijemput tidak lah diketahui sebab musababnya . Adakah kerana auranya , citarasanya , pemikirannya , identitinya , minatnya , catwalknya , kain gombangnya , pondok buruknya , reban ayamnya ..entah lah , tidak dapat di press conference kan lagi..Namanya pun .err err lebih kurang cam kerisik , lasik , memercik , menasik , merisik..err lebih kurang gitulah..kira ada sik2 laa hujungnya.. ( Dan dia pun bukan berasal dari Sik , Kedah ataupun berketurunan Sikh )..ahaks

Khabar2nya..alahai si khabar2..

No comments: