Wednesday, May 23, 2007

kebun...


“Aku ingat nak balik kampunglah, nak berkebun ,” ujar Tok Siak pada suatu pagi yang bening diwarung kopi Ah Seng. Kebetulan pokcik terserempak dengannya disana.

Pokcik sedikit terkejut. Sama ada dia bangun disebelah katil yang salah, atau pun memang dia berniat sungguh2 hendak mengubah arah hidup.


Pokcik hanya mampu tersengih. Bukan niat untuk memperlekeh tapi memandangkan dia dan pokcik sudah kenal lama, maka kenyataannya itu rasanya agak bercanggah dengan kebiasaan hidup dan fikirannya selama ini.

Asal Tok Siak ialah bekas kakitangan kerajaan. Kerja di pejabat dengan aircond yang dingin setiap hari. Posisi terakhirnya agak bagus juga, lebih kepada kerja mengarah2 serta mengerah2. Sejak2 dia pencen lima tahun yang lalu, dia tak buat apa2 kerja selain dilantik menjadi AJK surau sini. Masa2 lapang dia lepak dikedai ngeteh2..

Memang dia ada beritahu pokcik juga akan hal kampung halamannya serta kebun2 yang ditinggalkan oleh arwah bapanya. Kebun pusaka gitu. Lagi pun anak2nya seme dah besor panjang. Dan pandai membalas budi dan boleh menjaga dirinya. Apatah lagi dua tiga orang darinya kerja kerajaan. Mahu bertambah “duit hulur” nya bila gaji naik sudah diisytihar naik beberapa hari lalu. Lagi pun dia ada pencen sendiri, tak hairan..

Dalam pada mengenalinya, tidak pula pokcik tahu dia tak berapa rajin nak berkebun. Ia jadi lebih terserlah bila dalam acara gotong royong bersihkan semak belakang surau bulan lepas, dia lebih banyak mengarah dari menebas. Adalah juga dia turun semak, terbongkok2 menghayun sabitnya merata-rata hingga lebih nampak kepada melayang2 dan terhoyong hayang gitu hik hik.Bila mengahnya naik ke dada, terus dia duduk2 saja berborak2 dengan seorang tua yang lagi satu tu.. hik hik ( gelak2 sambil tutup mulut gegegege)

Setahu pokciklah, untuk berkebun nih seseorang perlu ada jiwa tani dan sayangkan tanaman. Tidak semestinya perlu ada kebun berekar atau tanah serelung dua. Kalau dah hati minat bercucuk tanam, ada2 saja menda yang memenuhi laman umah walau serumpun dua serai sekalipun. Petang2 kalau tak ada kerja jenuh berulit dengan cilil sepokok, limau nipis sepasu, taugeh secawan atau ubi kayu sebaris dua. Itu baru dikatakan minat, walau bermula sebagai sambil2an saja.

Dan kalau oang yang tahu dia hendak pencen tak lama lagi, tentu dia dah merangka lama aktiviti kebunnya sejak lama dulu, supaya lepas pencen, terus boleh sambung keja lain. Bukannya ‘tiba-tiba’ saja rasa nak berkebun.

Mungkin lah kut dia terlihat kejayaan hasil2 kebun yang menguntungkan atau ternampak iklan2 menarik teknologi tanam tuai yang sangat cepat hingga tak sabo2 dia hendak menjejakkan kakinya bergelumang dengan tanah, pasir, lumpur dan duri. Bergasak saban hari memakmurkan bumi.

Daya sangat ke tenaga dia? Takut kalau2 dia pengsan jek sewaktu nampak kebunnya yang dah macam hutan lipur. Takut nanti urat sarafnya pula terkejut. Lagi naya dibuatnya.

Berkebun umpama berriadah, kalau dilakukan hari, lama2 barulah serasi. Selain dari dapat hasil cucuk tanam, kesihatan pun boleh terjaga. Lagi pun sekarang ini sektor asas tani semakin berkembang. Ramai yang dah mula tinggalkan bilik berhawa dingin dan kerja dibawah terik mentari.

Tapi, itu cerita orang muda yang berwawasan tinggi. Dan Tok Siak pula, lain kisahnya.

.
“Larat ke tok nak berkebun nih? Bangun pepagi, hayun cangkul hari2, menajak, menebas dibawah terik mentari ? ,” soal pokcik setelah agak lama bermenung dan memikir. Tak sampai hati nak membangkang tiba2. Saja nak tunjuk rasa perihatin, maklumlah.. kami kawan lama hik hik.

Tok Siak termenung lama. Berkerut dahinya memikirkan sesuati. Sesekali dia memasukkan tangannya dibawah ketayap lalu menggaru..

“Tahlah..” jawabnya pendek. Wajahnya nampak kosong.

Mungkin sebentar tadi dia telah memajangkan sedikit fikirannya dan barulah ter ”tahu” akan keupayaan sendiri.

Pokcik kembali tersengih, kerana sekurang2nya masih lagi mempunyai kawan se ngeteh yang selalu mem”percuma”kan teh pokcik hik hik..

Alahaii..

Tuesday, May 22, 2007

Wajah baru..

“ Seluas mata memandang..! “

Itulah saja yg pokcik leh komen pada pondok pokcik yang berlatar wajah baru nih. Walau pun ia bukan yg terbaik dan terindah, tapi bolehlah juga.


Sekurang2nya leborlah sikit kawasannya dan besor2 tulisannya. Taklah nanti terkebil2 mata memandang. Maklum lah, dua tua2 nih macam susah plak nak memandang mende yang kecik2. hik hik

Putih.. Hmm… itulah warna yg dipilih. Sesuai benarlah dengan jiwa pokcik, hati pokcik, gigi pokcik serta uban2 di kepala pokcik hik hik.

Atau pun saja nak mengingatkan pokcik kepada selimut putih, nisan putih atau kapok putih..Bior selalu sedor diri dan tak berlebih2 dalam glamer yang sedia ada.

Kalau tak berapa berkenan tuh, mintak maaf daun keladi la.. Memang cita rasa oang tua ini, kadang2 susah nak di ramalkan..

Alahaiiii


Monday, May 21, 2007

Seorang pokcik yang dahaga..

Hujung minggu yang berlalu. Panasnya membara2 dan memburu2.. hingga rasa kering lesu tubuh pokcik sehari2. Bagai terdampar ditengah2 gurun Kalahari.

Sepetangan pokcik menunggu sang hujan turun kerana dilangit sana ada tompok2 awan hitam yang berarak lalu, tentunya memberikan harapan untukku. Namun terlupa, bahawa ia tak turun selalu.

Malam2nya pula jadi resah tidurnya, sering terjaga2, berpeluh2 dan rasa dahaga yang teramat. Sampai berbotol2 pokcik menogok air hangat.

Hinggakan pokcik jadi konpius sendiri, adakah malamnya betul2 panas atau kencing manis pokcik sudah naik lagi, kerana simptom2nya.. lebih kurang sama gitu ( yakni berpeluh2 dan sering dahaga diwaktu malam )..

Alahaii..

Thursday, May 17, 2007

Dan mimpi pun bersatu..

Biasanya kalau pokcik tido, jarang pokcik terjaga malam, melainkan waktu bangun sahur sahaja atau nak buang air. Namun pada malam semalam, tah kenapa diawal2 pagi rasanya macam pondok2 pokcik dibaling2 bom sahaja.

Berdentam dentum sana sini, kuat dan bergema bunyi, bagai mau runtuh langitnya. Sampai terperanjat pokcik dibuatnya, takut kalau2 pokcik terbangun dizaman2 perang jepun ke, perang dunia kedua ke.. iksh iksh..rasa nak roboh pondok ini dibuatnya.

Berkali2 pokcik tersedar. Resah hati ini mengaru2 gitu, bagai kucing nak beranak. Guruh kali ini paling kuat sekali dirasakan. Pokcik pejam mata rapat2 dengan dada penuh gemuruh, namun kedengaran dentam dentumnya bersilih ganti hingga ke awal pagi. Kadang2 bunyi macam orang main mercun pun ada. Dalam hati tertanya2 juga.. mana hujannya ?

Dan yang turun selepas guruh berbunyai sebenar2nya lah yang sangat dinanti. Sebelum subuh hujan sudah mula menguasai alam Shah Alam kekeke.

Namun pokcik sedikit hairan gitu, Minggu lepas, di hari yang sama, diwaktu yang sama… hujan turun juga. Sedangkan pokcik tengah bercuti.. aduss.. geram pokcik dibuatnya.. merungut2 didalam hati ini..

Asal coti saja , hujann..
Asal coti saja , hujann..
Asal hujan saja, cotii…
Asal hujan saja, cotii.. kekekeke

Tapi, pokcik kembali tersedar.. manalah pokcik ada coti. Hari2 dok melepak jugak.. Cuma pagi ini pokcik makan sekut sikit jek, takut tengah makan2, pas tu tertidur plak ( sedang dalam mulut ada sekut ).. abih mimpi indah pokcik nanti terganggu dek kerana tersedak2 selalu kekekek.

Dan lagi , pokcik perasan.. apabila hujan turun jek, maka lajulah idea dalam kepala otak nih mengalir , cepat saja rasa nak nak menulis, seolah2 dipicu2 seperti air yang menuruni bumi deras2.. keletus ! keletus! keletus! bunyinya.. hik hik.

Mungkin, otak pokcik nih dah terlalu kering sangat kut. Bila kena hujan barulah dia cair..

Alahaii...

Monday, May 14, 2007

Engkaulah ratu hatiku..

Sempena menyambut Hari Ibu yang jatuh pada hari minggu ini , pokcik pun nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat hari Ibu , pada ibu2 diluar sana, bakal2 ibu, ibu2 tunggal dan sapa2 saja yang berhak mendapat gelaran itu.

Sesungguh nya pengorbanan anda seme amatlah besar. Tiada anda seme, maka pupuslah manusia didunia ini tak bersambung zuriatnya. Segala jasa dan pengorbanan yang diberikan, tidak akan dapat dibalas dengan kata2 dan harta dunia, Semoga Tuhan sahajalah yang membalasnya.

Seketika, teringkat plak pokck pada bonda yang sudah pergi. Ah, rasa mau menitik air mata ini. Hanya sajak karya Usman Awang nih sajalah yang dapat meluahkan perasaan ini.. alahaii

KE MAKAM BONDA

Kami mengunjungi pusara bonda
sunyi pagi disinari suria
wangi berseri puspa kemboja
menyambut kami mewakili bonda

Tegak kami di makam sepi
lalang-lalang tinggi berdiri
dua nisan terkapar mati
hanya papan dimakan bumi

Dalam kenangan kami melihat
mesra kasih bonda menatap
sedang lena dalam rahap
dua tangan kaku berdakap

Bibir bonda bersih lesu
pernah dulu mengucupi dahiku
kini kurasakan kasihnya lagi
meski jauh dibatasi bumi

Nisan batu kami tegakkan
tiada lagi lalang memanjang
ada doa kami pohonkan
air mawar kami siramkan

Senyum kemboja mengantar kami
meninggalkan makam sepi sendiri
damailah bonda dalam pengabadian
insan kerdil mengadap Tuhan

Begitu bakti kami berikan
tiada sama bonda melahirkan
kasih bonda tiada sempadan
kemuncak murni kemuliaan insan.

Usman Awang

Friday, May 11, 2007

Gerimis memanjang (2) - Tok Ayah

Berbalik pada cerita gerimis semalam tu. Ada cerita yang mengamit2 kenangan pokcik sewaktu kecik2 dahulu. Waku itu usia pokcik dalam lingkungan 8 tahun la. Waktu tak kesekolah, pokcik selalu berjalan2 dan tido diumah Tok Ayah.

Setiap pagi, tok ayah akan bangun awal , duduk dianjung dah mengasah pisau torehnya. Masa tu pokcik ikut terbangun, melangut bersamanya. Dengan susasana pagi yang sejuk amat, kadang2 pokcik menemaninya dengan selimut2 sekali. Tersengut2 , terlentok2 dan sesekali terngigau2 mintak popia sambal hik hik.

Tok ayah tak suruh bangun, tapi pokcik suka tenguk dia buat kerja. Kadang2 nenek buatkan kopi dan sedikit ubi rebus cicah ikan kering, paling tidak pun biskut kering. ( Sekarang anda seme tahu aa, dari mana pokcik mewarisi aktiviti minum kopi dan sekut ini. Hik hik )

Dan hujan semalam benar2 membawa pokcik balik bersamanya. Waktu itu hujan trun diawal pagi, seperti biasa kami duduk lepak2 dianjung. Tok ayah memang rajin kerja. Kebun getah seluas 7 ekar tu diusahakan soang2 jek. Itulah sahaja hartanya yang ada.

Ingin juga pokcik menolong, tapi dia tak bagi. Mungkin sebab kali terakhir dia bagi pisau toreh tu, bukan setakat getah yang pokcik ditoreh, habih seme pokok2 pisang, rambutan, manggis hatta kelapa pun pokcik toreh. Dia marah kut.. hik hik

Bila Tok ayah dah siap mengasah , lepas solat subuh dia pun turun ambik basikal bawah romah. Alatan seperti tong, topi, dan lampu diperiksa. Ulat nyamuk lingkar dipasang dilengan, ikat dengan wayar. Sebelum dia menolak, dia lambai2 kat pokcik. Kadang2 tak sempat lambai pokcik dah tergolek tido kat anjung.

Dekat2 tengah hari, baru dia balik. Itu pun selepas menyelesaikan segala kerja. Bukan setakat menoreh sahaja , dia juga meghantar susu getah ke bangsal, memproses, menggelek dan jemurkan getah2nya.

Kadang2 pokcik jadi simpati. Kerja sebelum subuh dah keluar. Dapat hasil sehari singgit pun dah cukup bagus, selalunya dalam 50 sen sahaja. Apa nak buat, Tok ayah tak sekolah pandai, malah tak pergi sekolah pun. Tapi kerjanya ini pun mengajor macam cikgu juga. Cuma muridnya adalah pokok-pokok getahlah. Dan yang diasah hari2 tu kira macam pensel la. Geli hati sungguh pokcik mendengar lawaknya.. hik hik

Dan biasanya , kalau hujan2 begini..dia akan tetap duduk dianjung mengasah pensel2nya , sesudah mengasah, dia akan terus bangun serta mengajak pokcik masuk kedalam umah..

“ Dah , jom kite tido balik.. “

“ Tok, hari nih tak mengajor ke? “ pokcik tertanya2 kehairanan.

“ Nak ngajor apa, tak nampak ke hujan tu?.. pokok seme basah “ jawabnya selamba..

Alahaii… hik hik


Nota Cagu :

Untuk semua, selamat bercuti berhujung minggu. rindu2kan lah pokcik selalu.. hik hik

Thursday, May 10, 2007

Gerimis memanjang..

Semalam Shah Alam diterpa gerimis mengundang. Sejak sesudah subuh hujannya sudah menderas. BIla langit hampir ceroh ia semakin " turun tempo " , jadi perlahan serta mengamit2 gitu.

Pokcik kebetulan sedang bercoti.. sebab ada banyak plan nak wat.. Entah kenapalah, plan nak buat hari itu, hari itulah pula hujan turun. Aduhhss.. Tapi pokcik tak panik.. pokcik tunggu juga, biasa ler.. lepas2 bersarapan lepak dianjung, minom2, makan, baca2 suatkabo bulan lepas.. dan sesekali me nostalgiakan diri mengingati kenangan lalu.

Masuk ke separa tgh hari, masih juga disitu turunnya.. perlahan dan sekata..tis.. tis.. tis.. turun airnya satu persatu, tus.. tus.. tuss.. menimpalah bumbung pondok ku. Tut.. tut.. tut… tah angin mana la yang keluar tu ? kekekekek

Kerana tiba2 gerimis mengundangnya dah menjadi gerimis memanjang. Tertunggu2 lah pokcik bilalah ia akan berakhir. Kadang2 sampai terlelap2 pokcik dibuatnya , maklom la dari sejak tadi2 lagi.. sejak2 bersarapan. Kadang2 tu tak perasan dengkurnya sedang biskut masih ditangan… kadang2 masih tergigit dimulut. Nak wat cam mana, dah nikmat “tertido” nak datang.. mana2 pun bley kekekek

Dalam pada itu menanti2lah pokcik walau terasa masanya sangat panjang. Cuaca mendung memuramkan segala2nya, baru saja hari ini pokcik bercadang nak berjalan2 di kedai2 depan tu. Lepak2 dikedai kopi Ah Seng ke, sambil borak dengan kawan2.. Tentu Ah Seng pun dah rindu sesangat kat pokcik kekeke..

Tengah hari tu barulah mula mereda.. pokcik pun.. hmm.. dah ber round2 dah lenanya..

Dan lagi, baru pokcik perasan.. memang hari2 pun pokcik coti.. kekekek . Tak apa, esok masih ada.. alahaii


Tuesday, May 08, 2007

Pesta buku... pokcik ingin kesana (4) ~ akhir

Lama sungguh pokcik tak menulis . Biasa ler, bila dah penat sesangat berjalan, kaki pun lenguh dan sakit2, ditambah pula dengan penyakit malas2 serta gangguan kesihatan yang lain , maka bertambah2 jauh ler fikiran ini melayang daripada hendak melayah mencoretkan sesuatu disini.

Itulah , pesta buku yg dah sudah selesai Ahad lepas seto’et sedikit membuat pokcik rasa sedih juga. Cepat sungguh ia berakhir. Rasa, bagai terdengar2 lagi hingar bingar oang ramai yang berpusu2 memenuhi setiap ruang, deretan dan timbunan buku2 dari penerbit2 yg beratus2 jumlahnya. Aktiviti2 diatas pentas serta ketemuan bersama insan2 yg tak disangka hadir..

Pokcik nak wat tribunal laa sikit2 pd sesapa yg sempat pokcik jumpa tu. Sapa2 yg mensudi2kan dirinya, sudi bersua pokcik yang serba tak bersubsidi ni. Terima kasih ler daun keladi.. banyak2 keladinya. Maklom la, bukan selalu oang nak berbual2 dengan oang tua ini.. Mungkin juga kerana malu dan juga terkejut . Barangkali juga ler , sebab.. ya lah, oang tak berapa nak glamer.. hmm barangkali juga lah tuh ( sambul urut2 dagu ) kekekeke…

Bior pokcik keruk kepala dulu.. kruk! krek! kruk! krek! .

Bukannya apa, nak mengingati sapa2 yg pokcik jumpa masa pesta buku yg lalu tuh..Ingatan ini bila dah ramai sangat wajah yg masuk , bertambah kucar kacir lah ia nak menafsir. Perlu diperhalusi urutan memorinya, ibarat mencari uban dalam tepung.. takut2 nanti uban tak dapat, muka pula penuh tepung kekekek.. alahaii..

Antaranya, yg paling terawal , iaitu ct dan mamajambu dari Singapura gitu. Punyalah lama merancang bertemu, mengalahkan oang nak menghantar tanda gitu kekeke.. mamajambu datang dgn anak2 jambunya. Begitu juga ct yg malu2. Sukanya hati pokcik tak terkira..sampai tak lelap tido pokcik dibuatnya siang2 buta kekekeke

Pas tu ada, err err Salmah dari singapura juga. Yg manis , lembut lemah dan peramah. Jenuh nak melayan kekeke. Sayang dia tak dapat nak berlama2.. Tulah , lain kali dtg ler sesudah subuh..gegege , leh lepak sampai turun embun jantan.

Jalan2 digerai lain pula, terutamanya booth yang ada sofa dan boleh santai2 tu (KarnaDya) tersua pula dengan Ruby Hazri, Pn Aina Emir, Fauziah Ansari, Rynsa, Noor Suraya serta penulis2 buku kanak KarnaDya yang popular tu. Tapi tak semuanya pokcik sapa.. sebab pokcik kan pemalu gitu kekeke..Lagi pun teringin nak tido kat sofa tu, penat badan nih aihs..

Rakan2 dari jauh juga spt Nina Suria serta Antubuku, terima kasih juga dipohonkan. Nieys Zahri, yang mengatakan pokcik nih malu2 gitu.. haa kabo dah! Kekek betul pe..? Pengulas buku Carrie Kirana kerana sudi berbual2 mesra serta abg long, oang kuat Alaf21 FC.. Ooo cam nih rupa abg long aaa.. gegegegege

Kumpulan ulat buku yang sporting, Kak Noor, Wan Amalyn, Ija, Lia, Wabbit dll

Digerai PTS pula ada Sarida Hamida, Ez Rahmanee , Sifu Pn Ainon, Pak Latip Talip dan beberapa penulis lain yang tak berapa nak ingat. Pun pokcik malu nak sapa2.. kekekek

Tak lupa juga para pengunjung maya dipondok pokcik nih.. spt ebriza , pu3 salju serta manjlara yang malu2 ayam bila bertemu. Mungkin mereka menyangka2 gitu. Apatah lagi ebriza tu.. pepagi lagi pokcik dah sergah dia kat booth Creative kekeke..

Walaupun pokcik byk berehat di tempat Karangkraf dan Alaf21, tapi selalu juga pokcik rayau2 merata.

Sebab itulah sedih bila mengenangkannya yg sudah berakhir. Entahkan ada ke idak hayat pokcik thn depan. Alahaii.. sekarang nih pun jalan dan memapah2..penat tak terkira.. akan datang, tentu mengempar2 . Iksh iksh tak tahu laa..

Dan pada novelis semua, pokcik senang hati gitu bertemu kalian seme.. memang ramai kalau nak disebutkan disini. Terutamanya penulis Alaf21 yg baik hati dan rajin berbual2 sambil mengusik2 pokcik. Hingga termalu2 ayam pokcik dibuatnya. Kekek

Begitu jua yang lain2nya. Memang pokcik dah agak dah, dipertemuan semusim ini, banyak ruhsia pokcik akan terbongkar2 juga. Oang akan tahu, cam mana pokcik nih sebenarnya, hensem ke? , glamer ke? berkain pelikat ke? Dan macam2 persoalannya yg separuh terjawab..

Tapi tak mengapalah..Kurang2nya yg tak jumpa tu pasti tak tertahan rasanya nak bertemu juga kekekek hu huuu

Itu sajalah yg pokcik ingat.. dah habih garu kepala dah nih, seme kutu dah jatuh mati..

Nanti cerita lagi.. alahaii

Monday, May 07, 2007

Adohh..

Adehhss.. adehhss

Hujung minggu yang teramat sibuk
Sakit pinggang dan lutut seme2
lemah longgar segala saraf

Ada manyak mende mau cerita..

tapi..

Pokcik penattss.. alahaii..

(Sambil kembali menyambung tido ... krohhs.. krohhs)

Friday, May 04, 2007

Pesta buku... pokcik ingin kesana (3)

Pagi ini pokcik melangut2 sahaja bermenung ditepi tangga bagai anak dara menanti sang teruna.. kekeke.. kepala masih pusing. Bukan kerana pening, tapi dek hidung yg berair diserang selsema semalam. Sot set, sot set.. sejak2 tadi.. Mujur kopinya agak tersedap hari ini dan biskutnya tetap nombor satu.. Kalau tidak tentu rasa keduanya serba tawar akibat lidah yang tak berapa menyerlahkan selera rasanya.

Sekejap sungguh dah hari Jumaat.. Baru jek jek macam sekejap Jumaat lepas berlalu, sekejap dengkur2an sewaktu Pak Iman baca khutbah gitu kekeke

Setiap kali menarik nafas kuat2, rasa macam hidung termasuk kedalam. Ngilu menangkap2 sampai ke ubun kepala. Aduhh.. hujan tidak, panas pun tidak sedar2 je dah mengalir air kut hidung, laju menitik2 ke lantai.. Pokcik ber sot set, sot set lagi..

Cadangnya esok nak gi pesta buku lagi. Maklom la, bila dah gi selalu nih rasa macam dah jadi “ pandai “ pula. Koman2 pun tahulah kalau oang kata mana buku kanak2, mana buku remaja, sastera, agama dan akedemik sepenuhnya. Harap2 kesihatan mengizinkan gitu. Kalau ditakdirkan deman.. maka pokcik pergi lah juga.

Apalah dikisah dugaan yang sedikit ini kalau imbuhannya lebih besar. Maih ler kite kesana untuk kesekian kalinya. Mana tahu , kali ini lebih indah pengalamannya dan lebih memberi erti gitu.
Seperti biasa, kalau jumpa pokcik tu..sapa2 la yek.. Maklomlah pokcik nih malu.. Apatah lagi kalau boleh pandang2, jeling2 dan senyum2 kekekek..

Dan lagi… jangan pandang bawah…

Alahaiii..

( Sambil mengusap2 kasut snickers , utk pakai esok..jenis yg ada angin tuu..chot! chot! Chot! , cehh.. try2 pam anginnya sekali.. hik hik )


Nota Cagu :

Selamat bercuti hujung minggu..salam sayang dan ceria2 selalu..

Wednesday, May 02, 2007

Mencari pandai...

Suatu ketika dulu, bonda pokcik pernah menasihati , rajin2 baca buku.. bior pandai. Tak lain ia bermaksud baca buku sekolah yg pokcik pikul hari2 ke sekolah pondok. Dengan menjinjing buku2 yg dimasukkan dalam plastik nipis bunga2, dia sentiasa menghantar dimuka pintu dengan senyuman manis..

Setiap buku pokcik dia jaga betul2, letas tempat tinggi atas para. Kadang2 dia membelek dengan wajah yang berkerut2. Kadang2 dia tersenyum, kadang2 dia nampak sedih, mungkin terkilan… kalaulah dulu dia dihantar kesekolah, tentu dia tidak buta huruf.


Kadang2 bersama lampu minyak tanah yang meliuk serba malap, dia duduk bersimpuh disebelah menemani, sambil sesekali tersenggut2 menahan mata yang ngantuk. Bila pokcik terjerit2 membaca, dia hanya senyum dan menangguk2 sahaja. Seolah2 olah tiap perkataan memberi nyawa padanya. Juga nyawa pada generasinya yang bakal berubah kepada lebih baik


Kini berpuluh2 tahun lamanya, apabila pokcik mengingatikannya kembali, ternyata nasihatnya tidak pernah lapuk dek zaman. Kalau kita tidak membaca, tentu kita tidak akan jadi cemerlang.
Percayalah, kerja kuat pun hanya sementara, apabila badan dah tak bertenaga dan sakit2 merata, maka hilanglah upaya kita untuk mencari rezeki. Tapi ilmu yang diserta dengan kerja kuat pula akan membawa kita lebih dari apa yang dibayangkan oleh akal fikiran.


Dan lagi pesan bonda, bergaul dengan kawan2 yg pandai, nanti kita jadi pandai. Dan untuk tidak dilihat “tak pandai”, pokcik gagahkan jugalah badan ini , berpayah2 melangkah ke pesta buku. Kerana oang2 yg nak pandai sahaja akan kesana. ( macam pokcik ler tuh ) Melihat-lihat buku yang memenuhi setiap galeri dan rak. Cuba mencari2 “ pandai “ dalam masa yang amat singkat itu.

Pokcik sangat suka hendak membaca. Namun pabila mata dah mulai kabur2, dan sumber bacaannya agak terbatas, kehendak yang satu ini jadi sedikit terhalang. Kepala pula sering pening2 dan begitu menganggu sekali tumpuan. Ditambah dengan minat yang mulai luntur dan hati jahat yang selalu tertanya2, untuk apa dah tua2 nih membaca? Haii.. kalaulah pokcik boleh jadi muda balik..


Agaknya, kalau membaca nih di klasifikasikan sebagai kerja, sudah tentu ramai oang yang berhenti dan hanya duduk membaca sahaja. Tapi oleh kerana ia sebagai satu pilihan, maka yang berkepentingan sahaja akan mencarinya. Budak2 sekolah, para siswazah, ahli fikir, para pengkaji serta mereka2 yang dahagakan ilmu. Yang lain hanya pandang sepi..


Orang2 yang suka membaca pula akan hidup lama, kerana otaknya sentiasa bekerja dan memikir, mencerna patah2 perkataan dan merumus bahan yang dibacanya. Selain mendengar dan melihat, membaca ialah salah satu dari terapinya.

Dalam keadaan dunia sekarang yang serba mencabar, menjadi pandai bukanlah satu pilihan.. tapi satu kemestian. Pergunakanlah asas ini dan kembangkan, supaya anda tidak ketinggalan dikemudian hari.

Sebagai mana pepatah, membaca jambatan ilmu.. itu memang tepat sekali. Kerana oang yg tiada ilmu akan sukar untuk membuat sebuah jambatan.

Err..maksud pokcik, jambatan yang benar2 kukuhlah, bukan goyang2 dan retak sana sini

Alahaii..

Monday, April 30, 2007

Pesta buku... pokcik ingin kesana (2)

Satu dan ahad adalah hari yang amat memenatkan bagi pokcik. Maklom la sesekali berjalan jauh, mau hampir lenguh satu badan dibuatnya. Tentu kalian seme sudah sedia maklom pokcik ke Pesta buku Antarabangsa yang berlangsung di PWTC tu.. alahaii..

Oang ramai toksah cite la.. berdedai2 turun, keluar masuk, memenuhi segenap ruang dan sudut. Ditambah pula dengan berbagai acara yang silih berganti. Hampir disegenap tingkat dan dewan penuh sesak. Segala2nya mengenai buku.. tiadalah yang lain melainkan buku sahaja.

Namun pokcik seronok sesangat. Kadang2 ralit memandang hingga tak sedar waktu berlalu begitu cepat sekali. Pokcik pun menapak2 la selagi daya kesana kemari.. meninjau2 sambil mendongak2 ke melihat setiap pondok dan rak yg sungguh banyak. Kadang2 disapa, kadang2 pun menyapa.. gitulah adat oang berjual boli selain galak mempromosi.

Suka sangat hati melihatkan deretan buku2 yg menggunung tinggi dan berwarna warni. Dari ceroh2 mata sampai naik kelabi biji mata iksh iksh. Apatah lagi melihatkan orang ramai yg penuh membanjiri hampir setiap pondok, membelek2 dan mencari2 buku yg sesuai. Mungkin utk diri sendiri, isteri serta anak2.. dan untuk pokcik2 mereka barang kali.. hik hik.’

Hingarnya pun tak terkata. Ada dua tiga pentas dibawah tuh asyik penuh dengan acara2nya. Ada persembahan, muzika , teater, ucap2an dan rai2an. Oang memang sentiasa penuh. Ada kanak2, budak2 sekolah, remaja , ibu bapa, oang2 tua dan pokcik2..hik hik..

Seharian pokcik disana, berjalan kesana kemari, naik turun tangga , rasa macam dah bergegar lantai lantainya. Walau pun akhirnya, baru pokcik sedar yg lutut pokcik yg dah bergigil2 hik hik..
Apa2 pun yg pastinya..

Pokcik penatttttts… adehhhhss... nanti cerita lagi aaa.. alahaii

( Err tumpang tanya nak... kat mana pokcik nak cari tandas? Hmm. hmm tak tahan dan nak terkucil dah nih.. kekekek. Hmm.. err awat senyap jek oang nih..iksh iksh . alahaii )

Friday, April 27, 2007

Pesta Buku.. pokcik ingin kesana..

Pening kepala pokcik masih tak hilang sepenuhnya. Namun pokcik terus kena berehat juga, mudah2an esok pagi akan lega dan ringan kepalanya.

Adapun esok lusa pokcik akan berpergi2an kepesta buku Antarabangsa di PWTC ini. Biasa ler, kata oang kalau nak pandai menulis kenalah rajin membaca. Dengan sebab itulah pokcik gagah2kan juga diri ini menempatkan diri dalam kesesakan lautan semanusia, berpusu, berhimpit2 dan berlangkah setapak2, sambil2 melihat2 suasana dan deretan2 buku yang harum wangi bau kertas2nya gitu.. Walaupun pokcik tak berapa mampu sangat nak memboli tapi jadi lah untuk nenguk2..sambil membaca satu dua baris walau terangkak2.

Kalau anda seme ada masa, sudi2kan lah diri kesana. Lagi pun acara ini bukan selalu pun ada, dan dalam setiap majlisnya pun bukan selalu pokcik ada. Hik hik. Ini satu peluang gitu..

Bagi yang berkesudi2an juga hendak bertemu pokcik yg maha glamer mamer nih, sudilah2 menyapa. Maklom la pokcik nih kadang2 tak berapa kenal. Otak pun dah tua dan selalu lupa2 gitu. Dalam hati ini, memang teringin bersangat2an hendak berjumpa tetamu yang sudi bertandang ke pondok buruk maya pokcik yg bukan sedikit glamernya juga.

Oleh kerana dijemput kuat oleh oang kuat Alaf21 FC tuh, maka akan menempelah secara kuat2, pokcik disana tu. Katanya,
.
“Kami harap pokcik boleh datang dan lepak lama2, sesudah subuh dan sehingga turun embun jantan “
.
Asparaguss..mau pitam pokcik mendengarnya. Alahaii.. mana larat pokcik nak dok lama2 cam patung kat situ, kecualilah ada ramai peminat2 yg menghurungi gitu kekekek Dan dalam hati ini ada sedikit sedih juga sebab permintaan pokcik nak membawa sekali pondok kesana ditolak. Kalau tidak..uii patplo hari pun pokcik leh berkampung2 di sana kekekeke

Pada anda yang mengenali pokcik seadanya, harap kita dapat bersua disana. Tak susah nak kenal, mana yg nampak cam glamer jek tu.. maka sah lah tu pokcik kekekek. Waktu tu, usahlah di jerit2 , diglamer2kan, dipeluk2 hatta didakap2 sekalipun, kerana.. perlakuan2 yg sebegitu akan hanya membuatkan pokcik termalu2 ayam sahaja.. Harus pipi pokcik yang hitam kerak ini jadi merona kemerah2an bak udang dibakar gitu kekekeke. Dan yg lebih penting, kain pelikat pokcik tuu... janganlah ditarik2 ..alahaii

Yo lah, maih ler kite sama2 gi sana, cari2 buku untuk menambah ilmu. Semoga kita akan dapat banyak manfaat selain mencergaskan otak kita untuk berfikir2. Bawaklah sapa pun yg ada supaya sama2 dapat membantu "mengurangberatkan" duit dipoket anda kekeke.. acah jek.

Ok laa.. selamat hari Jumaat, kepada mereka yg ada aktiviti lain.. selamat bercuti hujung minggu dan senyum2 selalu..

Alahaii..

Thursday, April 26, 2007

Nyut.. nyut.. (Bahagian 2 )

Alhamdulillah , nyut nyut pokcik semakin berkurangan sejak2 ini..setelah pokcik me nyum nyum beberapa butir panadol. Kurang2nya tak adalah se nyut nyut hari tuh. Hmm.. cian sungguh pokcik nih, dah ler hidup susah sebatang oang, tak mampu plak nak gi klinik. Ya lah, takut juga, dalam pada kepening2an tu, pas tu nak jalan2 ke Klinik, kang silap2 ketempat lain plak sampainya..

Itulah..Cuma pokcik mampu rehat2 sahaja sambil mengosong2 kan fikiran. Kerana kalau di kuat2 kan berfikir tu maka kuatlah juga sarapnya bekerja hingga terbit rasa nyut nyut yang sama. Hairan sungguh pokcik, nyut nyut nya kejap ada , kejap tak de, eh! dah macam iklan sekut plak..kekeke..


Tak tahulah kenapa darah tinggi kali ini malu2 nak turun lagi. Mencacak jek naiknya sambil tergiggil2 pokcik menahan bisa yg bertumpu dikepala. . berpusing2 macam roller coaster.. adohhhss.. Hmm.. bila memikirkan kebarangkalian yang buruk2 lagilah pokcik menjadi resah gelisah. Harap2 pokcik tidaklah terkoma2 dalam waktu2 yg terdekat ini..

Bila sebut “kosong” pula, secara tak langsung sepi pun bertandang sama. Sejak pagi pokcik duduk di anjung keseorangan..melihat pandangan dengan kosong , minum air kosong dan bual2 kosong dengan Cik Tom. Dia pun agak keboring2an bila pokcik asyik mengulang2 soalan yg sama.. “ ko sapa? , ko sapa? “ alahaii

Terima kasih daun keladi laa pada sesapa yg sudi bertandang tuh, mendengor keluh2 pokcik ( yg tak tahu nak terluah dimana ), bertanya kabo berita dan mendoa yg baik2 .Semoga Tuhan sajalah yg membalasnya.

Ada sesapa bertanya2 pokcik nih rindukan siapa? Sat aa pokcik nak fikir. Hmm .. hmm. haa err errr erks.!! adehhhssss….nyut.. nyut .. nyut..nyut

Argkhss... dia datang balikkk….

Alahaii..


Wednesday, April 25, 2007

Nyut.. nyut..

Sejak dua hari lepas, pokcik rasa pening kepala yang tersangat2an gitu. Entah dimana mulanya, terlalu mencucuk2 rasanya belakang tengkuk nih membawak ke belakang kepala. Berputar2 disegenap sarap sampai naik kelam2 biji mata menahan bisa yang menjalar. Hinggakan.. nak buat apa pun agak tergendala.

Bila mau menulis asyik nyut nyut jek bunyinya. Melayang semua idea dan lawak jenaka yg sudah disusun molek2. Bila mau dipikir cari, bertambah2 lah nyut nyut nya.

Aduss, pasrah kasih betul pokcik dibuatnya. Mengeluh panjang sahaja yang mampu. Mau menulis dikala usia sebegini, yakni di akhir syuruk nih mmg banyak risikonya. Salah satunya, inilah dia.. kesihatan yang tak mengizinkan...

Bila di serang sakit kepala dengan nyut nyut yg sebegitu , maka terbantutlah segala idea, terkaku jari jemari, kematu tak tertaip. Hendak tak nak terpaksalah berehat2 saja. Baring sambil berkalih kekanan kiri, berharap2 agar pening itu pergi.. Namun sama saja nyut nyut nya..

Tiba2 pokcik teringatkan seseoang. Kalau pokcik dalam kepeningan begini, tentu dia tidak akan sampaihati. Segera dia akan selalu membantu, memicit2 tengkuk dan ubun2 sesedap rasa, hingga hilang segala derita di kepala.

Oh! Pokcik sangat2 merinduinya.. alahaii

Sunday, April 22, 2007

Dunia..

Beberapa hari yang lepas, hujan agak malu2 untuk turun. Kadang2 dia menyimbah2 petang, kadang2 diawal pagi dia turun sesekali, kadang2 pun gerimis semalam. Cuma adalah dua tiga kali dia begitu lebat hingga tercampak2 pokcik ke pembaringan yang menyedapkan hik hik.

Kebiasannya tidak menentu. Maka hari2lah terpaksa mendongak kelangit, melihat2 awan hitamnya berada dimana. Sampai naik lenguh2 batang tengkuk. Kalau agak suram disebelah sana, maka disanalah hujan akan turun. Kalau anginnya agak kuat, harus juga dia akan ditiup sampai kesini. Siap sedia jek la, kalau nak angkat kain ke, nak alih kereta ke, nak halau kambing masuk reban ke, nak keluarkan katak dari dalam umah ke.. nak kata “ Erniii!..angkat kain dijemuran, hujan nak turunnn.! “ pun suka hati lah, kekek alahaii..


Kalau dulu ada musim2nya untuk hujan, kini sudah lebih kepada sepanjang tahun, tak kira masa dan ketika, asal nak hujan jek, silaa laa.. Jabatan kaji cuaca ada meramalkan sesuatu , tapi hal2 yg global nih, kita tak berapa nak dengarlah. Seolah2 perubahan suhu dunia tidak memberi kesan pada negara yang kita sayangi ini. Tapi yang hairannya, hari2 dok mengeluh.. panaslah, sejuklah, suam2 kukulah.. Asyik nak ber air cond 24 jam..alahaii

Dunia pun ibarat kehidupan yang panjang. Semakin lama dia semakin tua dan rapuh, hasil dari kesan pembangunan yang tak terancang, pembebasan gas karbon monoksida, aktiviti pembalakan haram, rumah kaca dan industri berat yang mengeluarkan asap dan toksik berbahaya.

Aduss.. bagaimana rupanya dunia yang kita sayangi ini suatu hari nanti? Adakah masih sempat untuk dirasai oleh generasi2 baru dan akan datang. Masih adakah lagi nilai2 semulajadi yang bersih dan asli.

Kawasan hijau makin kurang. Sakit makin banyak dan mudah dapat. Hayat pula semakin pendek, keinginan duniawi makin melonjak.


Alahaiii.. kasihan sungguh dunia hari ini.. Hujannya kini seperti menangis2 gitu. Meluahkan rasa sedih dan pilu. Rawan hati yang panjang .. alahaii

( Sambil kembali memeluk bantal bucuk, dan menyambung tidur.. hik hik )

Thursday, April 19, 2007

Warisan Keramahan...

Terima kasih sidaun keladi pokcik ucapkan kepada sesapa yang sudi menjawab soalan2 dalam tulisan sebelum ini. Walau pun nampak ada beberapa kerat saja, tapi, tak mengapalah. Mungkin yang lain masih lagi menebal sikap malu2 ayam dan kelu2 itik nya kekekek ( jangan marah.. lawak jek )

Buat yang sudi mengomen tuh, Purpleheart, Sharifah , dewi, Opah De, sarida hamid dan kak Norz , kalian ni seme memang kreatif lah.. sampai ada drama2 plak .. Ada tu sampai nak mengena2kan pokcik, uii saja lah tuh.. iksh iksh kekekekek ( berhenti dulu.. nak ketawa sat.. )

Apa2 pun sebenaranya2 pokcik pun tak tahu siapa yang menyapa dahulu. Seperti komen Sharifah , terletak pada yg empunya diri gitu. Kalau diri nya waktu itu seorang lelaki tentulah nak bermula dengan digadis cantik. Manalah tahu kut2 respondnya baik.. kekekek

Mungkin juga pokcik punya soalan tuh terlalu luas skop nye ( iksh iksh baru nak perasan.. ) . Kalau ikut pengalaman pokcik lah, tentu si tua itu yang menyapa2 dahulu . kenapa mesti dia? Hah.. bukan nak memenangkan kaum seusia aaa, tapi jawapannya senang sahaja. Kerana dia lahir sebelum merdeka. Jadi, apa yang spesels nye oang lahir sebelum merdeka nih?

Kita adatkan begini sajalah. Kemungkinan dia berasal dari kampung atau kawasan yang mementingkan perhubungan yang akrab sesama insan. Dulu2 belum banyak pembangunan, so takat kebun, sawah, ladang seme dikerja sendiri bersama2. Di kampung2 boleh dikata kenal seme. Saling menyapa dan berbual mesra hatta bersantai2 di warung kopi sekalipun.

Jadi oang2 tua ini tentulah masih utuh lagi dengan sikap ramahnya yang dulu. Pantang jumpa oang, mesti dia nak menyapa atau berkenal. Itu point pokcik lah, sebab dah ramai oang pokcik jumpa.. hanya golongan inilah saja yang terlebih ramah. Tak caya cuba tenguk datuk nenek kita, atau sesekali kita balik kg, meriah dan nampak jalinan kemesraannya.

Lagi pun kalau dia yang menyapa2 , tak ada apa hal yang perlu dikhuatirkan. Dia boleh menyapa lelaki itu, gadis mahupun kanak2. Orang tak akan fikir yang buruk2. Sebab dia oang tua dan semestinya baik2 sahaja lakunya. Rasa bersalah hati kita kalau tak menjawab sapaannya.

Orang2 dulu , ada sesuatu yang di panggil sebagai “warisan keramahan” dimana, orang2 ini walau kemana atau dimana juga mereka berada akan kekal dengan sikap dan perasaan mereka yang azali. Waktu sebelum merdeka dulu. Orang2 sekarang terutamanya generasi hari ini sahaja yang susah sangat nak menyapa dengan ikhlas,

Lainlah kalau di gadis atau lelaki itu, tentu kerana fitrah atau tujuan yg mengada2. Kanak2 itu pun mungkin tak terkata apa2 sebab tak biasa atau sudah dipesan maknya, supaya jangan bercakap ngan orang yg tak dikenali. Mak ayah yg lahir selepas merdeka itu lah.

Kerana pokcik pernah makan garam terlebih dahulu ( hmm.. sambil toleh kiri kanan.. kut2 ada Dol ke kat sini ), maka pada pendapat pokcik sapa2aan nih amat penting untuk memupuk generasi yang berhemah dan bersantun tinggi. Kita pun tak mahu maju dalam era teknologi kalau nilai2 murni sering ditolak ketengah dan ketepi. Apa agaknya akan jadi pada masyarakat akan datang?, tak suka bergaul, sentiasa napsi2 , pentingkan diri sendiri dan berhasad dengki. Aduss.. ngeri kalau nak difikir2kannya.

Jenuh laa kerajaan nak wat kempen itu ini semata2 nak ajak rakyat berbudi, sedangkan berbudi tuh adalah warisan turun temurun. Dari generasi diturunkan kegenerasi yang lain dengan mengambil kira generasi sebelumnya adalah yang baik2 sahaja nilai pekertinya.

Entah sekarang mungkin suasana persekeliling dan dugaan melanda serba susah ditentang maka apa yang ada hanyalah budaya rojak yang diambil dari mana2 yang disukai dan diadun golmal menjadi lebih nazak lagi..

Hmm.. itulah jek yg pokcik rasa nak tersentuh2 hari nih..

Hari berganti makin laju, kejap dah hari Jumaat balik. Dalam hati pun dah rasa tak sabo2 nak balik..hik hik

Ya lah, selamat bercuti hujung minggu. Semoga sejahtera hendaknya anda seme..


Nota Cagu :

Gambar diatas itu bukan pokcik, saja dia nak jadi glamer cam pokcik. Tapi, kan dah kata... pokcik hensem lagi.. hik hik

Quiz Ramah Mesra..

Kali ini pokcik nak menulis entri yang berupa soalan. Bukannya apa, ada cerita yang tersirat disebaliknya dan lagi kerana pagi ini pokcik rasa agak tersihat , maka suka benarlah pokcik nak mengusik2 fikiran anda. Alah... sekali sekala, apa salahnya kan?.

Okey , kalau seme dah “line clear” kan minda anda, mari kita lihat senario nya.


Disebuah tempat menunggu bas . Dari kiri , ada ,

1. Seorang kanak2 sekolah sebaya Dol (tadika)
2. Seorang gadis IPTA yang cantik menawan
3. Seorang lelaki pekerja pejabat yang smart lagi hensem
4. Dan seorang tua sebaya pokcik laa.. kekeke


Adapun pada hari itu , bas yang ditunggu tidak kunjung tiba. Manakala semua mereka nampak semakin resah.


Soalan pokcik ialah ,

1. Siapakah yang akan menyapa terlebih dahulu.?
2. Kenapa anda mengatakan dia orang yang pertama menyapa?

3. Dan siapa yang akan disapa dulu ?

Hah.. fikir2kanlah dahulu . Nanti lagi 24 jam pokcik akan tuliskan kan entri disebalik persoalan ini. Sebagai klu.. temanya cerita ini adalah “ Ramah mesra “

Mungkin jawabannya boleh ditulis sebegini , contoh..

" Kanak2 tadika , menyapa gadis itu kerana bla bla bla ... "

Selamat memikir.. hik hik ( Dalam hati : Uii.. tentu seronok nih gegege )


Nota cagu :

Sebagai maklumat tambahan, lelaki pekerja pejabat itu hensemnya lebih kurang sama macam kehenseman pokcik muda2 dulu. Malah pokcik lebih hensemer lagi.. hik hik

Harap2 ia dapat membantu..

Tuesday, April 17, 2007

Jajan..

“ Apa nih? “ soal pokcik bila budak Dol tu menyuakan sesuatu. Masa tuh kami sedang duduk bersantai2 diatas tangga pondok.

“Jajan... best .. “ jawabnya selamba sambil mulut berpolok2 mengunyah jajan yang sama. Pokcik angguk pala, sedikit suka sebab dapat jajan best..


Namun melihatkan pokcik terherot2 nak mengigit plastiknya, lantas dia mintak balik, nak tolong gigitkan. Maklom la.. gigi kurang ngan gigi penuh kan lain kekekek..


“ Alahaii.. tima kasih lah Dol bagi atuk satu, baik betul hati Dol nih, “ puji pokcik pada Dol yang kadang2 suka berbudi nih, hmm … kadang2 jek tau..


“ Tak apa, Dol pun banyak lagi nih “ . Dia semakin asyik mengunyah.


Pokcik pun mengeluarkan kan jajan berupa keropok macam bentuk popia itu, bersaiz kecik yg nampak rangup . Sua kedalam mulut sambil cuba mengunyah2 diantara deretan gigi2 yang tak berapa nak ada. krup krap , krup krap bunyinya, hinggalah tiba2 rasa cam nak terbeliak biji mata.

“ Tuii!.. tuii ! ‘ pokcik meludah dengan muka yg berkerut2. Sambil tuh menjelir2 lidah keluar masuk membuang sisa.


“ Apsal tuk ? “ soal Dol tiba2, terperanjat dengan gelagat pokcik.


“ Uii.. jajan apa nih Dol?, masin nya.. “ Soal pokcik dengan muka yang masih berkerut2.

“ Jajan best lah atuk. Tak masin lah.. Sedap apa, masin2 sedap jek “ jawabnya bersungguh..

“ Haii.. tak takut ke makan masin banyak2 nih Dol , bahaya untuk kesihatan, nih bahan2 perasa nih tak elok makan banyak “ nasihat Pokcik pada Dol yang nampak terpinga2 nih..


“ Eh! mana ada tuk?, hari2 Dol makan jajan nih, tak ada apa2 pun?.. okey jek.. bertenaga lagih haa , “ balasnya lagi. Pokcik terkedu, hanya mampu menggeleng2 kepala.


Budak2 cam Dol nih apalah tahunya? Kalau jajan barang seposen, doposen tuh memang mudah sangat lah nak dibeli. Kalau bapaknya bagi seringgit pun dah kira mewah. Tapi dah nama budak2 , jajan2 aje lah yang dbelinya meskipun ada roti atau biskut2 yg lebih berkhasiat.


“ Kesian Dol nih, kecik2 dah pandai makan garam . “ bisik pokcik dalam hati. Tak tegur salah, nak tegur kang, banyak pulak cekadaknya.. alahaii


Atau mungkin juga dia selalu mendengar , kata2 pokcik yang selalu disebut2, “ pokcik lebih dulu makan garam “ dan sebab itulah dia nak makan garam lebih awal.. Oh! Tidak!, Harap2 ianya tak benar gitu. Iksh iksh risau pulak hati pokcik dibuatnya..


“ Berapa banyak Dol beli jajan nih? “ tiba2 pokcik rasa nak bertanya..

“ Sepuluh bungkus… “ jawabnya sambil menyeringai..


Adusss.. hampir2 pokcik nak terkoma.. alahaii

Sunday, April 15, 2007

Kisah si tukang cuci...

Dia tidak sepatutnya berada disitu. Entah bagaimana akibat tuntutan kelangsungan untuk hidup diera pembersihan tempat asalnya ( dulu sebuah estet kelapa sawit yg kini sudah membangun jadi kawasan perumahan ) memaksa beliau hadir disini hampir saban malam.

Dengan tubuh yang kurus kering, berseluar pendek, serta kemeja kotak2 terbuka dada, dia berkayuh basikal disetiap blok flat membawa sama dua buah bekas cat ( saiz besar) buat menampung air. Dia menjaja perkhidmatannya. Itulah dia si india tukang cuci kereta bergerak.

Kebiasannya kita kan membawa kereta kekedai cuci , namun si india nih lagi kreatif, membawa tempat cuti ke kediaman anda berserta kemahirannya mencucui dibawah2 flat umah anda. Sebut sahaja mana kereta anda, itu jam juga akan dicucinya.

Perlatannya mudah sahaja . Kalau nak diikutkan hanya dua bekas air, entah dari mana sumbernya diambil, mungkin ditepi tong sampah, mungkin dipaip2 pecah atau dibawa dari rumah. Kain buruk tah di recycle sudah beberapa kali. Mungkin pakaian bundle yang dah tak diguna lagi.

Entah bagaimana skill nye diperolehi. Setakat menyapu dan membersih, kemudian gosok2 sapa pun boleh buat. Tapi, di waktu malam yang gelap. Macam mana nak basuh kereta? Apatah lagi kalau tempatnya gelap, dan kereta itu pula berwarna hitam ? Ntah lah, tak terfikir plak akal kita ya.. Tentulah segala2nya perlu lebih teliti, mencari kotoran dan habuk yg hendak dicuci.

Setiap kali pokcik jalan2 dan tersua dengannya pokcik jadi hairan. Satu malam yang hening, pokcik pun duduk la dibawah blok tempat dia beroperasi, saja nak melihat dia mencuci. Hmm.. memang sungguh jimat dan cermat. Air nya dicurah secara cuak2 jek. Macam oang main cepus2 air dipantai, begitulah disimbahi setiap badan kenderaan. Kemudian disabun pelan2 , ntah sabun cap ayam ke? Lantak la.. janji sabun hik hik.

Baldi air yg kedua pula diguna untuk membilas2 dan mengelap sampai kering. Uii.. memang berskill sungguh dia nih.. Laju pula. Tak sampai setengah jam dah siap. Kalah pencuci karan yg ada kat pam2 minyak tuh..alahaii

Pokcik kagum benar dengan semangatnya mencari rezeki itu. Lebih mengkagumkan lagi bila sedang ia mencuci, telefon bimbitnya berbunyi2. Dengan sebelah tangan mengelap sebelah lagi menjawab telefon, dia melayan panggilan. Mungkin kawannya, mungkin juga pelanggan.. wah.. canggih betul.

Kalau setiap malam, takkan tak dapat lima enam kereta, lagi pun rumah2 flat disini ada dalam 60 buah blok. Keretanya sahaja tentulah dua atau tiga kali ganda. Kalau dah dapat yang regular customer lagihlah seronok. Upahnya pun koman2 enam tujuh ringgit satu kereta, dah hampir2 nak menyamai cucian ditempat biasa yang mempunyai pam percik sabun dah semburan air berhalaju tinggi.

Segala2nya adalah disebabkan keinginan. Apa yang kita fikirkan dan hendak buat, secara otomatik tubuh badan akan bergerak sama. Walau penat dan letih melanda, asalkan dapat mendatangkan hasil, apa salahnya. Mungkin siang2 dia ada kerja lain, malam pula sambung mencuci kereta. Kerja kuat2 , lama2 pun boleh kaya apa.

"Pocii, itu kereta mau cuci ka?, " soalnya dengan ramah sambil menunjuk pada sebuah SUV Kia Sorento tidak jauh disebelah tempat pokcik duduk.

"Ooo.. tak apa, itu orang gaji saya nanti basuh lah," jawab pokcik selamba dengan slang penuh gaya ibarat orang putih yang tersedak cili.

"Wokey! tarak apa..," jawab india tersebut, mengangkat tangan sambil berkayuh pergi.

Pokcik tersengih menahan ketawa. Lepas dia berlalu pergi, barulah pokcik ketawa kuat2 patplo kali.. hik hik hik..

Cehhhh.. Kia Sorento konon.. huu huuu