Buat yang sudi mengomen tuh, Purpleheart, Sharifah , dewi, Opah De, sarida hamid dan kak Norz , kalian ni seme memang kreatif lah.. sampai ada drama2 plak .. Ada tu sampai nak mengena2kan pokcik, uii saja lah tuh.. iksh iksh kekekekek ( berhenti dulu.. nak ketawa sat.. )
Apa2 pun sebenaranya2 pokcik pun tak tahu siapa yang menyapa dahulu. Seperti komen Sharifah , terletak pada yg empunya diri gitu. Kalau diri nya waktu itu seorang lelaki tentulah nak bermula dengan digadis cantik. Manalah tahu kut2 respondnya baik.. kekekek
Mungkin juga pokcik punya soalan tuh terlalu luas skop nye ( iksh iksh baru nak perasan.. ) . Kalau ikut pengalaman pokcik lah, tentu si tua itu yang menyapa2 dahulu . kenapa mesti dia? Hah.. bukan nak memenangkan kaum seusia aaa, tapi jawapannya senang sahaja. Kerana dia lahir sebelum merdeka. Jadi, apa yang spesels nye oang lahir sebelum merdeka nih?
Kita adatkan begini sajalah. Kemungkinan dia berasal dari kampung atau kawasan yang mementingkan perhubungan yang akrab sesama insan. Dulu2 belum banyak pembangunan, so takat kebun, sawah, ladang seme dikerja sendiri bersama2. Di kampung2 boleh dikata kenal seme. Saling menyapa dan berbual mesra hatta bersantai2 di warung kopi sekalipun.
Jadi oang2 tua ini tentulah masih utuh lagi dengan sikap ramahnya yang dulu. Pantang jumpa oang, mesti dia nak menyapa atau berkenal. Itu point pokcik lah, sebab dah ramai oang pokcik jumpa.. hanya golongan inilah saja yang terlebih ramah. Tak caya cuba tenguk datuk nenek kita, atau sesekali kita balik kg, meriah dan nampak jalinan kemesraannya.
Lagi pun kalau dia yang menyapa2 , tak ada apa hal yang perlu dikhuatirkan. Dia boleh menyapa lelaki itu, gadis mahupun kanak2. Orang tak akan fikir yang buruk2. Sebab dia oang tua dan semestinya baik2 sahaja lakunya. Rasa bersalah hati kita kalau tak menjawab sapaannya.
Orang2 dulu , ada sesuatu yang di panggil sebagai “warisan keramahan” dimana, orang2 ini walau kemana atau dimana juga mereka berada akan kekal dengan sikap dan perasaan mereka yang azali. Waktu sebelum merdeka dulu. Orang2 sekarang terutamanya generasi hari ini sahaja yang susah sangat nak menyapa dengan ikhlas,
Lainlah kalau di gadis atau lelaki itu, tentu kerana fitrah atau tujuan yg mengada2. Kanak2 itu pun mungkin tak terkata apa2 sebab tak biasa atau sudah dipesan maknya, supaya jangan bercakap ngan orang yg tak dikenali. Mak ayah yg lahir selepas merdeka itu lah.
Kerana pokcik pernah makan garam terlebih dahulu ( hmm.. sambil toleh kiri kanan.. kut2 ada Dol ke kat sini ), maka pada pendapat pokcik sapa2aan nih amat penting untuk memupuk generasi yang berhemah dan bersantun tinggi. Kita pun tak mahu maju dalam era teknologi kalau nilai2 murni sering ditolak ketengah dan ketepi. Apa agaknya akan jadi pada masyarakat akan datang?, tak suka bergaul, sentiasa napsi2 , pentingkan diri sendiri dan berhasad dengki. Aduss.. ngeri kalau nak difikir2kannya.
Jenuh laa kerajaan nak wat kempen itu ini semata2 nak ajak rakyat berbudi, sedangkan berbudi tuh adalah warisan turun temurun. Dari generasi diturunkan kegenerasi yang lain dengan mengambil kira generasi sebelumnya adalah yang baik2 sahaja nilai pekertinya.
Entah sekarang mungkin suasana persekeliling dan dugaan melanda serba susah ditentang maka apa yang ada hanyalah budaya rojak yang diambil dari mana2 yang disukai dan diadun golmal menjadi lebih nazak lagi..
Hmm.. itulah jek yg pokcik rasa nak tersentuh2 hari nih..
Hari berganti makin laju, kejap dah hari Jumaat balik. Dalam hati pun dah rasa tak sabo2 nak balik..hik hik
Ya lah, selamat bercuti hujung minggu. Semoga sejahtera hendaknya anda seme..
Nota Cagu :
Gambar diatas itu bukan pokcik, saja dia nak jadi glamer cam pokcik. Tapi, kan dah kata... pokcik hensem lagi.. hik hik
7 comments:
Alahai pakcik sebut nama saya, termalu2 nie.. (sambil menggigit jari konon2 malu)
Betul juga pakcik, sikap ramah ni sepatutnya ada pada semua, barulah mesraaaa.. (ikut bob af)
Eleh... Pokcik kata orang tua tu yang mulakan sebab saja nak naikkan saham dia lerrr... sabo je aku... huhu... Jangan kecik ati ye Pokcik. Opah De ni memang cam gini. TAk sakat Pokcik memang tak lengkap rasanya hari... cewahhh..sabo je aku... hepi wiken Pokcik.
ramah tu elok, tapi kalau terlebih ramah kang terlebih masalah pun bleh gak... kan?? kan??
sebenarnya warisan ketimuran sudah lenyap di telan arus kemodenan...saya juga hairan, sekarang ni jiran sebelah rumahpun kita tak kenal...teringat waktu kecil2 dulu..kenangan paling berharga bila melihat mak limah melengang2 sambil membawa masak lemak, mak leha lak bawa ikan kukus dan ulam-ulaman...yang seronoknya di bawah pokok ketapang depan rumah ummi sayalah yang menjadi potnya...sekarang semua tu dah tak wujud....jiran sebelah rumah mati kelaparanpun kita tak sedar..jauh berbeza
purpleheart - Alah jgn ler malu2 ayam.. pokcik pun malu (tp mau) gak kekeke alahaii.. Tak apa, pokcik nih menghargai gitu.. hik hik dan lagi.. ramahhhh...gegege
Opah De - Huii..alah kasik chance ler oang tua nak glamer skit..kekek sebab nak bagi dia muda balik, fikir muda supaya tubuh badan sentiasa sihat gitu.. alahaii hik hik . Tenguk cam Anita Sarawak tu.. uii dah veteran pun masih mengancam.. Pokcik nih jadi Dolloh Sarawak pun jadi ler kekekek
Lin - betul tuh? elehh tapi kalau kita tahu nak mengawalnya, letak pad atempatnya.. kan bley?.. kann? kann? kan? hik hik
Sharifah - Usahlah diungkit nostalgia lama. Karang pokcik pun mau menitik si air mata dibuatnya. Berseorang disini mewarisi keramahan ini, pada abad ini, sangat2 mendukcitakan. Rabak hati dibuatnya.
Namun pokcik fikir baik la.. kerana lebih baik tua2 makan sayur keladi dari jadi si tua2 keladi.. alahaii..
Nanti balik kg, kim salam mak limah dan mak leha aa? hik hik
tourists ckp msian people ni ramah..but then, pk2 balik, rasanye people here (nz) lagi ramah n ada courtesy compared to msian people.(bukan nk ngutuk)
reality, jumpe tepi jln pun say hi, good morning n hello pe sume..siap bleh slowkan kete just to say hi to pedestrians..bukan ke comey tuh.hehe..cashier lagi la..mmg senyum x lekang d bibir..suke masuk kedai.
kt msia lak? ntah mana salahnye kan? org skang makin sikap individualistic..hayy
sayda - alahaii. biasa ler cam tuh, tempat oang, mana nak sama ngan tepat sendiri. Mereka2 tuh dalam soal sosial memang ramah tamah, tapi bab2 lain.. ntah ler..
Maklom lah, lain pondok, lain pokciknya.. hik hik alahaii..
( Suka hujan batu, ditempat sendiri )
Post a Comment