Friday, April 06, 2007

Berani berubah..

Pokcik sedang duduk bersantaian dipagi itu bila tiba2 minda ini berkira mahu membuat sesuatu perubahan. Sebenar2nya sudah lama idea sebegini datang melawat2 difikiran pokcik, namun kerana sifat ketuaan pokcik yang bergerak agak agak perlahan, maka idea tersebut sekadar dipinggir2an sahaja.

Maklom la.. bagi seorang tua yg arif benor akan hal2 ketuaan ini, apa perubahan yg tak sealiran dengan kebiasaan sejak dulu amat2lah tak digemorkan sangat2. Itu tidak pelik. Kalau kalian seme tak percaya cuba perhatikan akan oang2 tua yang rapat persaudaraannya dalam kehidupan anda seperti ayah, bonda, neneknda, tuknda ( dan pokcik sendiri.. hik hik..)

Kalau sukanya atuk sedari kecil berbasikal, hingga ini, bawaklah sentra atau myVi, dia tetap naik basikal buruk tuh walau kemana berjalannya. Kalau kebiasaannya llepak2 diwarung kopi, memang sukar nak mengajaknya menghampiri restoren atau Fast Food di Mall2 besor. Kalau hisapnye kretek jawa , sualah Pall Mall atau dunhill , tentu dia terbatuk2 ketidaksedapan. Kurang cengkih.. komennya.

Sama juga seperti bonda2 anda seme, kalau sukanye baju kurung, maka kalau gi mandi air laut pun tetap mahu berkurung2 jua. Kalau sukanya roti canai Wak Karji , bawak la roti sedap dari Wak Paiman, Mutusamy hatta bistro2 dua tingkat sekali pun, tetap Wak Karji juga jadi pilihan. Itu baru makan2 ? , belum lagi masuk hal2 yg lain..

Memang ada sesetengah oang tua dulu2 ( yg hidup sebelum merdeka ) susah benor nak berubah. Entahlah, sesetengah oang kata mereka degil, tak mengikuti perkembangan zaman atau jumud. Ada yang menyampah atau geram. Oang tua nih..susah betul nak ikut , puas dah nasihat, dia tetap nak yg itu juga.

Oh! Jahat sungguh kalian seme kalau berasa2 begitu.. Suatu hari nanti apabila kalian jadi tua, barulah tahu betapa takutnya untuk merubah sesuatu yg "mekarbiasa" dalam kehidupan seharian, seperti jua kami.. si oang2 tua..

Ada pun bagi diri pokcik yang hidup dalam beberapa zaman termasuk dialam maya sejak bersejak ini, ada juga sedikit takut2 tapi ada juga rasa teringin2 gitu.

Ya, pokcik kepingin mau berpondok baru. Geram juga hati bila berlawatan ke umah teman2 (tapi mesra) yang lain, yg serba warna warni, cerah, meriah, mengerlap-ngerlip dengan cahaya dan serba ceria. Jeles juga sukmanya pabila ada gambar2 yang cantik serba terkini menghiasi cerita2 yang dihidangkan. Dan borak2nya yang berisu2 semasa sahaja saban hari.

Sedangkan pokcik , masih berulang cerita yang sama. Kalau tak pasal hujan, pasal sakit dan lepak2, minum kopi dan makan sekut. Aduh.. takut benar pokcik kalau2 pokcik akan jadi nyanyuk kerananya.

Namun pokcik masih mencari2 dalam gelap. Maklom la oang tak pandai IT. Kalau boleh pokcik nak pondok yang luas2 supaya senang menulis dan merapu2. Dan kalau oang bertandang pun tidaklah hanya lalu2 dan melukut2 ditepi tangga gitu.. alahaii..

Tapi, kalau tak boleh juga.. pokcik terimalah seadanya akan kekurangan diri ini. Pada usia2 yang merangkak senja ni, tak ada apa2 yang boleh dilakukan. Terbatas pada kederat dan upaya. Segala2nya hanya indah didalam fikiran. Indah lelapku kata si izwan Pilus tuh. Alahaii..


Nota Cagu :

Jangan lupa gi ceramah2 Maulidur rasul kalau ada majlisnya cuti hujung minggu ni. Dengor ler ceramah2 yang baik dan sematkan dialam jiwa yang kadang2 kosong nih. Kalau ada makan2 nya jangan pula ditolak di tarik, sapu aje.

Happy weekends.. ceria2 selalu. Jangan lupakan pokcik aa..


5 comments:

david santos said...

Hello!
Thanks for you work,
have a good weekend

Purpleheart said...

Alahai sedihnyee dengar luahan ati pakcik.. Sesekali masalah tu kena luahkan juga tak leh la disimpan dalam ati, kalau duit simpan dalam bank ada gak bunge, kalau masalah simpan dalam ati, bunga tak dapat, penyakit yang dapat..

Apa yang memula pakcik nak berubah? cube citer sikit..

Mersik said...

purpleheart - Alahh.. kdg tak de pepe, saja jek mengomel2 sendiri. Maklom la oang tua, perasaan sentiasa kacau dan emosi tak berapa menentu.

Bak kata pepatah sekali air bah, sekali pantai berubah, kalau dah patplo juta belas2 kali? kekeke

mekasih kerana perihatin..hik hik *wink*

ManjLara said...

dlm dok takut2 nak berubah pon, dh
byk dah perubahan kat pondok nih lara nengok! hehehe (sibuk jerk lara ni kn kn kn?)

Mersik said...

manjlara - Hik hik ye ke dah berubah? Alahaii.. tak perasan pokcik.. sikit2 jek.. kata oang wat tempel2 gitu.

( Nak ubah rambut kaler hitam balik.. hu huuuu kekekek )