Sejak dua hari lepas, pokcik rasa pening kepala yang tersangat2an gitu. Entah dimana mulanya, terlalu mencucuk2 rasanya belakang tengkuk nih membawak ke belakang kepala. Berputar2 disegenap sarap sampai naik kelam2 biji mata menahan bisa yang menjalar. Hinggakan.. nak buat apa pun agak tergendala.
Bila mau menulis asyik nyut nyut jek bunyinya. Melayang semua idea dan lawak jenaka yg sudah disusun molek2. Bila mau dipikir cari, bertambah2 lah nyut nyut nya.
Aduss, pasrah kasih betul pokcik dibuatnya. Mengeluh panjang sahaja yang mampu. Mau menulis dikala usia sebegini, yakni di akhir syuruk nih mmg banyak risikonya. Salah satunya, inilah dia.. kesihatan yang tak mengizinkan...
Bila di serang sakit kepala dengan nyut nyut yg sebegitu , maka terbantutlah segala idea, terkaku jari jemari, kematu tak tertaip. Hendak tak nak terpaksalah berehat2 saja. Baring sambil berkalih kekanan kiri, berharap2 agar pening itu pergi.. Namun sama saja nyut nyut nya..
Tiba2 pokcik teringatkan seseoang. Kalau pokcik dalam kepeningan begini, tentu dia tidak akan sampaihati. Segera dia akan selalu membantu, memicit2 tengkuk dan ubun2 sesedap rasa, hingga hilang segala derita di kepala.
Oh! Pokcik sangat2 merinduinya.. alahaii
EBOOK: HUD, SUAMI IRIS (BAB 5)
1 year ago
10 comments:
Salam Pokcik Mersik yang amat dihormati lagi dikasihi,
Adapun Opah De menulis ini untuk mendoakan agar kesihatan Pokcik Mersik akan kembali pulih seperti sedia kala.
Harapan Opah De, semoga Pokcik dapat menulis dengan lancar dan penuh kelucuan sebaik sahaja kesakitan kepala yang Pokcik Mersik alami hilang. Amin.
Opah De minta diri dahulu. Salam hormat, salam mesra dan ceria-ceria selalu.
Wassalam.
Alahai ciannya pakcik, harap pakcik jaga kesihatan ya, emm.. pesanan ni bukan untuk pakcik tapi untuk saya dan semua pembaca juga.. betapa pentingnya kesihatan ni, bila dah sakit, kan dah payah. Bak kata orang, mencegah adalah lebih baik dari mengubati.
hai, pokcik... merindu2i seseorg tue? hmmmm
semoga kembali dalam kesejahteraannya....
Salam pokcik!
Membaca tajuk entri, secara otomatis di kepala saya berdendang lagu dangdut! "Nyut-nyut-nyut... kepala, rasanya mau pecah...! Lalala (dah lupa!)"
-kangaq
salam pokcik!gitu yer...tak pasti se usia sy ker pokcik ni...atau di se usia adik2.
apa pun...sy baru pertama x singgah ke mari...entri hari ni amat mencuit hati sy...bila pok cik menulis 'nyut nyut'...
buat pok cik! jagalah kesihatan sebaik mungkin di kala ini...get a good rest...
siapa lah yg di rindui tu! alahai...
rindu sayda ke?
hehe..
tq tq
kidding~
get well soon ok..jgn lama2..nnt windu
huhu
Minah baru nak dtg jenguk, dengan bawak biskut kering ni. Kesian pokcik sakit lak.
Opah De - Alahaii terima kasih daun keladi la kerana perihatin akan ditua ini. Adehh.. gini la bila dah terlampau sihat sangat. hik hik..
InsyaAllah, akan pokcik terus menulis sampai ter terbit gitu kekek
Purpleheart - Iyo la..maih ler kita sama jaga kesihatan.. er err kite mula dengan exercise2 dulu.. hik hik, hup haa.. hup haa.. (ambik angin sat).. gegegeg alahaii
nor ash burn - Oh tidak! kekekek adakah awak ingin mengorek2 rahsia pokcik lagi? sabo jek kekek hik hik
Sharifah - mekasih daun keladi.. berkat doa, sokongan dan sayangan ramai.. mudah2 pokcik baik2 saja..
Kangaq - Waduh.. waduh.. kok ingat dangdut aaa? kekeke musti senang mau gelek nih.. hik hik
( gelek2 masa ngah nyut2 , alamat terkoma2 la pokcik pas tuh kekeke )
hayat - Time kasih krn sudi singgah melawat oang tua ini. Alahaii oang mana lagi yg selalu sakit2 selain oang tua.. Usia bkn penghalang utk beramah mesra.. kekeke alahaii
Pokcik menghargai keperihatinan anda tuh..Yo la..sesama la kita jaga kesihatan..
( merindu waktu sihat.. huu huu )
Sayda - winduu? kekekek jangan ler ( Sambil toleh kiri kanan ) maluu oang dengor kekekek..
Suka lagu, bila windu ku seru namamu.. gegege
Minah celoteh - Haaa sekut kering? Uishh tetiba plak pokcik rasa sihat sejahtera nih.. kekeke . Saat pokcik kedapur wat kopi..
Boleh laa bersantai panjang pas nih kekekek alahaii
Post a Comment