Sehingga lahir waktu itu beberapa kumpulan muzik tempatan yang tidak kurang hebatnya membawa aliran yang rancak iramanya dengan tarian yang hanya perlu mengangkat tangan paras dada, memusing2 badan, bergelek2 pinggang dan mengerakkan kaki2nya semacam wiper cermin kereta. Ntah ler, oang kata nama tarian pesen itu ialah twist.. hahaha
.
Masa tuh dikira era 60an, pop yeah2, zaman penyanyi S. Jibeng (arwah), A Ramlie , Sanisah Huri, A Halim, kump Nirwana dan kump2 lain yg memang sangat "ngetop", hinggakan nak membeli piring hitam EP/LP kump Singlap Five pun, terpaksa pokcik meng”songlap five “ kupang duit tok ayah gitu. Samalah juga apabila masuk era 70an dengan penyanyi2 seperti Hail Amir, Uji Rashid, S.Roha,Sharifah Aini dll. Selain iramanya yang sentiasa mengamit kenangan pahit manis zaman bercinta, penyanyi2 juga tetap menjadi pujaan.
Waktu itu antara memuja dan teruja memang tak jadi hal. Kalau hari ini teruja, esok dah boleh memuja. Kalau hari ini memuja2 sesangat, maka sampai lama juga la dia akan teruja2. Namun keterbatasan taraf hidup dan “Ketidakperlukan” ia untuk hidup menjadikannya serba terkawal dan hanya dinikmati kalau perlu. Oang lebih suka kerja keras untuk memajukan taraf hidup, membangunkan negara dan anak bangsa. Sementelaah, kita baru nak merangkak2 selepas merdeka.
Muzik pada waktu itu, aliran tidaklah terlalu pelbagai dan serba bingit. Itulah citarasa kebanyakan anak2 muda, yakni zaman mak ayah kita muda2 dulu.
Kini apabila usia kebebasan negara hampir ke setengah abad, Lagilah macam2 yang dilambakkan bagi menceriakan sosial masyarakat konon2nya. Anak2 muda sekaranglah yang tentu sekali ( mungkin berpatplo juta belas2 kali ) terasa sangat2 akan kemewahannya. Berpuluh2 malah beratus jenis hiburan ada, baik didengar, ditonton, dirasa, dibaca dsb.
Lihat sahaja keghairahan stesen TV mempamerkan yg realiti2 sahaja hingga penonton terlupa bahawa sebenar2 realitinya ialah kita ditipu, dijadikan lalai, dinangiskan tak tentu pasal dan dipokaikan dengan segala macam peraduan serba maya. Terlalu banyak keburukan berbanding kebaikannya.
Pengalaman bukanlah satu guru yang terbaik buat kita, tapi ia adalah satu2nya guru yang kita ada. Dan amatlah ironik sekali jika terpaksa menghabiskan berpuluh2 tahun untuk menyedari bahawa apa yang kita lakukan dulu adalah satu kesilapan dan boleh diperbetulkan waktu itu juga.
Sebab itu sewaktu usia masih muda sentiasa kena beringat dan berjaga2. Merancang hidup ini dengan sebaik2nya supaya senang dikemudian hari. Tidak kalah pada dugaan yang datang bersilih ganti. Pabila sudah tua baru nak beringat, buat apa? Itu hanya akan menyesakkan dada sahaja. Paling teruk kalau2 sentiasa perlu2 diingat2kan..( kes lupa2 aka nyanyuk2 )
Dari itu, memuja biarlah berpada dan teruja pula mestilah kena pada tempatnya. Barulah hidup tidak kecelaruan.
Jalan masih jauh dihadapan sana. Pemuda pemudi harapan bangsa, janganlah asyik terlena, nanti hidup anda bagaimana? Kesini kesana serba tak kena. Oang sudah ke negara China , kita masih mencari2 makna.. alamat tentulah merana..Balik2 mak bapak yang disusahkannya.
Dari itu.. fikirkanlah dari sekarang selagi masih ada masa.
Maaf kalau pokcik terlalu mengata2, tapi kebenarannya, pokcik juga pernah termasuk dikalangan mereka2 yang terlena.
Selamat bercuti hujung minggu.. salam ceria.. alahaii
11 comments:
ha'ahh! betul tu pokcik, contohnye
skrg nih AF, MENTOR, M'SIAN IDOL, OIAM, dan ntah pepe lagi ntah!! seme tuh takat mengaut keuntungan
di sebelah pihak jer.
p/s - jgn lupe, afundi ebi hehehe...
rakyat mesia ni nak jadi mende ntah... bukan sibuk nak membangun ekonomi sibuk dgn hiburan saja. tak tau kerajaan saja nak lekakan korang sume supaya lupa betapa teruknya ekonomi mesia sekarang ni...
dah tau bnyk rancangan tak de pekdah sokong jugak tu lah padahnya...cuba jgn sokong dlm bentuk apa pun...
cuba tgk baru2 ni 3 org je yg dpt gi havard, 1 india, 1cina dan 1 sarawakian . mana org melayu? kan ramai anak2 melayu yg dapat score A..kenapa yea?
Sebab citeria tak mencukupi... walaupun tahap akedemik excellent...akedemik cemerlang tak cukup... mesti ada leadership skill dalam diri, sumbangan pada masyarakat, aktif dalam banyak aktiviti ko kurikulum dan bnyk lagi quality diri yang perlu....
sempena hari jumaat penghulu segala hari insaflah dan muhasabahlah....
manjlara - Haa tahu pun. Kalau budak2 muda skg nih seronok la sesangat, tp bg yg tua2 nih meluat pun ada,menyampah lagi laaa
Afundi ??- uishhh.. saja la tuh..
Tok wan - uishh saboo tok wan.. iksh iksh bersemangat tul dia. Suka hati pokcik kalau ada yg sokong2 nih. maklomlah kita oang2 tua nih musti bersatu hati membantu. Kalau 2 X 5 gak..aduss susah nanti..
Terima kasih Tok Wan kerana turut merasai masalah akhir zaman ini yg serba berat mata memandang ( dan berat lg bahu memikul) .
Sama2lah kita menyedarkannya.. alahaii
Bila baca post ni, terasa sangat sayanglah saya pada Pakcik! Hidup pakcik! Hidup pakcik!
hasrul halid - Uii jgn ler terlalu memuji2 sangat pokcik tua nih sbb kdg2 kalau terlalu sangat pokcik leh jadi lupa diri gitu kekek..
Maklom la putaran masa oang tua ni, kdg2 bila dah sampai had nya, dia jd muda balik hik hik
Opocots ! nak sayang ke? uii.. bior betul nih kekeke alahaii suspension pokcik dibuatnya..
semakin menarik tulisan2 u mersik@garing. U ada bakat menulis. Bila nak keluar novel?
Zalisa maz - alahaii mekasih daun keladi ler. Hmm.. bakat menulis tuh ada ler sikit2, cuma idea jek yg tenggelam timbul.. maklum la otak oang tua.. kekeke
Novel? Ooo..mudah2an kalau ada rezeki gitu, bolehlah cuba menovel2 plak. Apa2 pun pokcik masih lagi belajar dan belajar gitu.. alahaii
Happy weekends..
sy x memuja dn sy x teruja. apa yg sy nk puja apa yg sy nk uja? sy dgn dunia sy sndri!
nor ash - Uii.. bahagia lah sungguh oang2 yg sebegitu yg tak terlena dengan seribu satu mcm dugaan semasa..alahaii..
Amboi2 , ye lah tu dunia sendiri. Dunia yg oang leh dtg bertandang dan sendiri leh keluar berjalan2..gegege
Eh! jalan2 kepondok nih pun kira keterujaan kecil2an tau kekeke hu huu
POKCIK dot dot dot
Opah De tett.. tettt.. tettt.. hik hik
Post a Comment