Lama sungguh pokcik tak menulis . Biasa ler, bila dah penat sesangat berjalan, kaki pun lenguh dan sakit2, ditambah pula dengan penyakit malas2 serta gangguan kesihatan yang lain , maka bertambah2 jauh ler fikiran ini melayang daripada hendak melayah mencoretkan sesuatu disini.
Itulah , pesta buku yg dah sudah selesai Ahad lepas seto’et sedikit membuat pokcik rasa sedih juga. Cepat sungguh ia berakhir. Rasa, bagai terdengar2 lagi hingar bingar oang ramai yang berpusu2 memenuhi setiap ruang, deretan dan timbunan buku2 dari penerbit2 yg beratus2 jumlahnya. Aktiviti2 diatas pentas serta ketemuan bersama insan2 yg tak disangka hadir..
Pokcik nak wat tribunal laa sikit2 pd sesapa yg sempat pokcik jumpa tu. Sapa2 yg mensudi2kan dirinya, sudi bersua pokcik yang serba tak bersubsidi ni. Terima kasih ler daun keladi.. banyak2 keladinya. Maklom la, bukan selalu oang nak berbual2 dengan oang tua ini.. Mungkin juga kerana malu dan juga terkejut . Barangkali juga ler , sebab.. ya lah, oang tak berapa nak glamer.. hmm barangkali juga lah tuh ( sambul urut2 dagu ) kekekeke…
Bior pokcik keruk kepala dulu.. kruk! krek! kruk! krek! .
Bukannya apa, nak mengingati sapa2 yg pokcik jumpa masa pesta buku yg lalu tuh..Ingatan ini bila dah ramai sangat wajah yg masuk , bertambah kucar kacir lah ia nak menafsir. Perlu diperhalusi urutan memorinya, ibarat mencari uban dalam tepung.. takut2 nanti uban tak dapat, muka pula penuh tepung kekekek.. alahaii..
Antaranya, yg paling terawal , iaitu ct dan mamajambu dari Singapura gitu. Punyalah lama merancang bertemu, mengalahkan oang nak menghantar tanda gitu kekeke.. mamajambu datang dgn anak2 jambunya. Begitu juga ct yg malu2. Sukanya hati pokcik tak terkira..sampai tak lelap tido pokcik dibuatnya siang2 buta kekekeke
Pas tu ada, err err Salmah dari singapura juga. Yg manis , lembut lemah dan peramah. Jenuh nak melayan kekeke. Sayang dia tak dapat nak berlama2.. Tulah , lain kali dtg ler sesudah subuh..gegege , leh lepak sampai turun embun jantan.
Jalan2 digerai lain pula, terutamanya booth yang ada sofa dan boleh santai2 tu (KarnaDya) tersua pula dengan Ruby Hazri, Pn Aina Emir, Fauziah Ansari, Rynsa, Noor Suraya serta penulis2 buku kanak KarnaDya yang popular tu. Tapi tak semuanya pokcik sapa.. sebab pokcik kan pemalu gitu kekeke..Lagi pun teringin nak tido kat sofa tu, penat badan nih aihs..
Rakan2 dari jauh juga spt Nina Suria serta Antubuku, terima kasih juga dipohonkan. Nieys Zahri, yang mengatakan pokcik nih malu2 gitu.. haa kabo dah! Kekek betul pe..? Pengulas buku Carrie Kirana kerana sudi berbual2 mesra serta abg long, oang kuat Alaf21 FC.. Ooo cam nih rupa abg long aaa.. gegegegege
Kumpulan ulat buku yang sporting, Kak Noor, Wan Amalyn, Ija, Lia, Wabbit dll
Digerai PTS pula ada Sarida Hamida, Ez Rahmanee , Sifu Pn Ainon, Pak Latip Talip dan beberapa penulis lain yang tak berapa nak ingat. Pun pokcik malu nak sapa2.. kekekek
Tak lupa juga para pengunjung maya dipondok pokcik nih.. spt ebriza , pu3 salju serta manjlara yang malu2 ayam bila bertemu. Mungkin mereka menyangka2 gitu. Apatah lagi ebriza tu.. pepagi lagi pokcik dah sergah dia kat booth Creative kekeke..
Walaupun pokcik byk berehat di tempat Karangkraf dan Alaf21, tapi selalu juga pokcik rayau2 merata.
Sebab itulah sedih bila mengenangkannya yg sudah berakhir. Entahkan ada ke idak hayat pokcik thn depan. Alahaii.. sekarang nih pun jalan dan memapah2..penat tak terkira.. akan datang, tentu mengempar2 . Iksh iksh tak tahu laa..
Dan pada novelis semua, pokcik senang hati gitu bertemu kalian seme.. memang ramai kalau nak disebutkan disini. Terutamanya penulis Alaf21 yg baik hati dan rajin berbual2 sambil mengusik2 pokcik. Hingga termalu2 ayam pokcik dibuatnya. Kekek
Begitu jua yang lain2nya. Memang pokcik dah agak dah, dipertemuan semusim ini, banyak ruhsia pokcik akan terbongkar2 juga. Oang akan tahu, cam mana pokcik nih sebenarnya, hensem ke? , glamer ke? berkain pelikat ke? Dan macam2 persoalannya yg separuh terjawab..
Tapi tak mengapalah..Kurang2nya yg tak jumpa tu pasti tak tertahan rasanya nak bertemu juga kekekek hu huuu
Itu sajalah yg pokcik ingat.. dah habih garu kepala dah nih, seme kutu dah jatuh mati..
Nanti cerita lagi.. alahaii
EBOOK: HUD, SUAMI IRIS (BAB 5)
1 year ago
10 comments:
pokcik nie citer cam pokcik dah tua bebenor... ita tak caya...... :-) nanti ita cari pokcik.... ekekek
pokcik alahai..shy2 cat lah pokcik ni
ala...sayda nk jumpe pokcik gak..nx year ada lagi pesta buku dak?
huhu~
Kali ketiga saya merayap di sini hari ni. baru nampak en3 baru :D
~zalisa maz~
ita - Kekekek uii cari jgn tak cari.. pas tuh kite main sembunyi2 plak gegege.. Alah..nak wat cam mana, nak kata muda, kang lebih2 plak.. bior ler jadi oang tua.. selesa gitu hik hik
sayda - uii musti laa.. tiap2 thn ader pe..biasanya dlm bulan April akhir2 gitu. Alah.. bebila balik cuti kesinin tu rajin2 ler miscall2 pokcik.. maklom laa. oang tua nih, kalau ada hayat panjang ader ler..hu huuu
zalisa maz - Alahaii maaf ler lama tak meng update , kdg2 penat tak bermaya gitu..sementalaah badan sik sakit2 jek sejek kebelakangan ini.. mekasih daun keladi ler krn rajin bertandang.. alahaii
cayalah pokcik...ramai penulis yang ko dh jumpa ya! Ria seganla...
Seriaira - Alah..jumpa2 jek.. bukan tegur2 pun.. maklom la.. pokcik pun tak kurang juga malu2 ayamnya kekek tp kebiasannya malu tp mau aa gegeg alahaii..
pokcik, malu2 ayam ek! (",) tula, eby & chemps tu memang pemalu orangnya, maklomla yg sorang tu penulis prolifik, yg sorang pulak dah namanya pun 'puteri' ye tak? hehe.. tak sangka, comei2 aje orangnya tuan punya pondok ni ye...
p/s- risau gak kot2 pokcik yg comei ni wat2 tak kenal lak ngan kite yg bukan sape2 nih :P
manjlara - kekeke..ada plak cam tuh, kite yg tertonggok, dia yg merayau2.. haa sapa yg malu2 sebenarnya? kekekek..
Comei? alahaii..ngan ler cam tuh.. gegege malu pokcik dibuatnya hik hik.
Uishh.. pokcik kalau leh seme nak kenal.. malah nak bermesra2 lagih gegege.. tak kiralah oang sudi ke idak. gegege
Pangkat je pakcik sebab ramai anak sedara, umur...muda lagi..30an....
Post a Comment