Friday, May 25, 2007

Neuro mimpi...


Suatu tengah hari yang bening, pokcik termimpi akan satu hal yang maha menggelikan hati. Alkisah anime cerita2 kartun yang selalu di pot pet pot pet kan oleh Dol ditelinga pokcik akhirnya mengocak juga saraf tunjang yang bersalur simpang kepada saraf “neuro mimpi” hingga terpancar2 warnanya dalam kanvas minda waktu pokcik tengah berdengkur tengah hari itu. Diulangi, tengah hari yang bening.. hik hik

Pokcik bermimpi menjadi Pocigi, lagenda hero zaman jepun kuno yang gagah perkasa. Selain ilmu bela diri yang beraura sakti, senjata utamanya berupa pedang samurai berukiran kepala naga yang berderet2 loreknya, yang diberi nama Kopee Katali. Yang diperbuat dari besi waja berasal dari Batang Kali..


Musuhnya tentulah Dozomon.. penentang bertubuh kecil dan berkepala botak. Gemar menyerang hendap dan menggunakan taktik-taktik kotor serta senjata kecil2 yang berbahaya. Dendamnya pada pokcik entah dari mana puncanya, mungkin dari sejarah permusuhan para pejuang albaik menentang aljahat yang di warisi turun temurun hingga ke zaman pokcik ini. Pokcik pun tak mengerti..tahu2 sahaja sudah bersetentang mata hendak berlawan2 diatas sebuah gunung. Terpaksalah pokcik menurut sahaja kerana.. ini kan mimpi.. hik hik

Di suatu pagi yang cerah, diatas gunung Togalaga, sementara kabus masih beralun perlahan, maka bertempurlah kami dengan hebatnya hingga bersiponggang segala alam dan makhluk yang melata mendiami gunung tersebut, hingga tak diam duduk mereka dibuatnya.. hik hik

Pedang Kopee Katali dihayun menunju mangsa. Si Dozomun pantas menghilang. Lenyap bersama kabus2 halus. Sedar2 dia sudah berada dibelakang mengacu pisau dipinggang. Sepantas kilat pokcik memusing lalu menepis. Dozomon terkesima namun dia terus berpusing bak angin puting beliung, terus mengasak. Pokcik pula berpusing2 mengelak. Hampir2 nak pening kepala. Sungguh dasat pusing2 kami. Baru pusing2 je tu.. Belum gasak2 lagi..

Suatu ketika, akibat tersalah teknik pernafasan… Pedang Kopee Katali pokcik berjaya dikuis Dozomon, terpelanting entah kemana. Kini pokcik sudah tak bersenjata lagi. Dozomon ketawa halus dan mendalam, seperti Haji Bakhil yang kena puji. Namun kerana pokcik nih terer, maka tanpa 'dentang denting' pun pokcik masih boleh lagi 'gedebak gedebuk'. Pakai tangan jek laa…

Hiyahhh! Dozomon menerpa umpama gajah naik minyak. Tangannya menjurus hendak menghentam dada. Pokcik mengelak lalu menangkap pergelangan tangannya. Satu hentak siku dihala ke mukanya.

Dia terngadah, terhoyong hayang hampir tumbang. Namun bila pokcik hendak menghala kan penumbuk ke mukanya lagi, dia sudah menunduk dan merangkak seperti lipas kudung dicelah2 kelangkang pokcik lalu bangun seraya men'grip' leher pokcik. Satu gigitan singgah ditelinga.


“Aduhhhh.!.” pokcik menjerit panjang. Dalam masa yg sama cuba merungkai pautannya untuk lepaskan diri. Menyedari pautannya agak kuat ( sebab tangannya gempal dan gemuk ), pokcik lantas menarik rambutnya sekuat2 tenaga.

“Aduhhhhh! ” kami menjerit sama2. Mujur tiada siapa yang memerhati. Kalau tidak malu kami dibuatnya, gaduh main gigit2 , main tarik2 rambut, macam oang pompuan je.. kekekeke.


Dozomon lalu mengilas dan menghumban tubuh pokcik hingga tergolek2 macam bantal golek, sebelum terdampar lesu, macam bantal busuk.

“Oh! Main kasar ye? Nanti kau!,” Dozomon melangkah dengan penuh geram. Mungkin marah sebab pokcik tarik tocang dia. Pokcik pula, sudah tidak berdaya, abih sakit belakang dan pinggang dihumban cam guni padi. Tak ada hemah langsung. Alahaii..pagi ini seperti tidak direstui gitu harinya, ada chance nak kalah bertanding nih. Apa2 pun, pokcik reda.. Kegemilangan pahlawan Pocigi sudah mula hilang bisanya.

“Hiyahhh..! “ Dozomon melompat lalu mendarat dekat dengan kaki pokcik. Tanpa belas kasihan dicapaikan hujung kaki pokcik, dicabut kasut kulit dan..

“ gedik!.. gedik!.. gedik!… “ Dia mula menggeletek tapak kaki pokcik..

“ Aduuuuu.. hu huu hik hik gegegeg.. gegege huuu “ Pokcik terjerit2 dalam kesakitan yang bercampur dengan geli gelaman yang panjang. Sunguh tragik sekali apabila disiksa sebegitu rupa. Pokcik menjerit lagi dengan sekuat hati, tak tahan disakiti..

“ Ohh! “ hingga terbuka mata pokcik, tersedar dari mimpi itu.

“ Atuk.. sedap tidur , kejut2 tak sedor pun ,” ujar Dol yang tersengih2 di hujung kaki pokcik. Sah.. tentu dia yang geletek kaki pokcik.. iksh iksh iksh..

“ Dol, alahh.. apa buat datang sini? Kan atuk tengah tido nih ,” pokcik mengomel lagi sambil mengesat2 mata sebelum duduk bersila. Baru jek tadi rasanya tengah sarapan kopi tongkat Ali dan kopi, sebelum terlentuk2 dan jadi terlena. Tak sangka pula sampai termimpi2.

“ Alah, saja Dol datang nih.. nak cite2 ,” jawab budah bertuah itu.

“ Cite apa?”

“ Cite kartun laa tuk, kartun gasak2 ,” jawabnya pantas,

Pokcik terkedu. “ Karang ada yg kena gigit telinga nih kang,” bisik pokcik dalam hati sambil tersenyum kelat..

Alahaiii ..


Nota Cagu :

Selamat berhujung minggu. Selamat jalan2.. dan selamat cuti sekolah.. horayy..
Jangan lupa rindu2 kat pokcik aa.. hik hik

11 comments:

Anonymous said...

Adus! Pokcik ni rupa2nya jelmaan Pocigi err.. dlm mimpi aje kan? kikiki.. tak pengsan ke dol geletek kaki pokcik yg beraroma semerbak tu!
Hepi wiken pokcik.. Jom balik kampung!
1 ucapan untuk Dol tersayang.. slmt bercuti sekolah.. jgn nakal2 ya, jgn main kat lombong, jgn merayau kat shopping complex bla bla bla bla!
~seridewi~

sd. said...

hahah..adoila..klakar sungguh.mimpi sampai ingt details2 tu..siap ngn dialog.hehe
mmg imaginative la pokcik ni.
hebat.hehe

Anonymous said...

klu betul2 blh gigit tinge.. nk gigit ke?

Mersik said...

Dewi - hik hik alah mimpi jek tu. Tp mimpi pokcik tak semenye indah hik hik. Tetiba jek mimpi perang2 alahaii.. Sib baik dia geletek, wat nye dia gigit? kang cam toyol plak.. eeee! tak kuasa..

Amboi2, ucap2 pesan utk Dol plak.. huh, jeles nihh...hik hik

Sayda - hik hik alah, dlm mimpi macam2 leh berlaku. Pokcik pun leh jadi hensem, kalau mau hu huu kekeke..

Jgn ketawa manyak2, kang lupa plak apa yg dibaca tu..rajin2 sekoloh aaa. hik hik..

nor ash burn - Wahh.. nih dah kira menguji kewarasan pokcik nih dan sifat2 kemanusiaan yg berkaitan dengannya kekekek..

Takkan ler, pokcik nak berhemah cam gituu.. pokcik nih kan baik.. berbudi pekerti tinggi serta molek pula paras rupanya ( cuma paras gula jek ada tinggi skit lately hik hik )..

Tapi, kalau betul2.. pokick gigit jugakkk kekekekekek alahaii

Sue said...

bagus eh pokcik, sesekali boleh dpt mimpi jadik kartun....kartun betul lah pockcik ni hikhikhik

Mersik said...

minah celoteh - Alah, kan mimpi tu mainan tidur, kadang2 menyeronokkan git..

Amboi2.. sampai hati cakap pokcik kartun ek? huuu cedih nyer..

Noushy Syah said...

emmm..alaaa xfaham arr pok cik citer apa nih? GRRRR jadi simba dah!!

Noushy Syah said...

p/s mana pulak tagboard pokcik? BTW pok cik yea yg besarkan tagboard abg long tuh..baik adjust balik...kalau tak, nti dia...

Mersik said...

noushy syah - Alahaii ciannya, tak apa.. kadang2 mimpi pun tah hapa2, susah nak faham..biasalah, imiginasi tahap tinggi gitu..

Tagboard pokcik ada pe.. tu sebesor2 tidak. Alahaii..

Tag board abg long tu tunggu lampu hijau je. Dia kata on, pokcik godek la.. ai tak best ke besor2 ? senang skit nak nampak.. hik hik

Anonymous said...

Cerita kartun, kegemaran saya tu :D

~zalisa maz~

Mersik said...

Zalisa Maz - Yaa.. ramai juga oang suka, tak yah fikir2.. gelak sahaja, boleh rehatkan minda.. dari stress..