Thursday, May 10, 2007

Gerimis memanjang..

Semalam Shah Alam diterpa gerimis mengundang. Sejak sesudah subuh hujannya sudah menderas. BIla langit hampir ceroh ia semakin " turun tempo " , jadi perlahan serta mengamit2 gitu.

Pokcik kebetulan sedang bercoti.. sebab ada banyak plan nak wat.. Entah kenapalah, plan nak buat hari itu, hari itulah pula hujan turun. Aduhhss.. Tapi pokcik tak panik.. pokcik tunggu juga, biasa ler.. lepas2 bersarapan lepak dianjung, minom2, makan, baca2 suatkabo bulan lepas.. dan sesekali me nostalgiakan diri mengingati kenangan lalu.

Masuk ke separa tgh hari, masih juga disitu turunnya.. perlahan dan sekata..tis.. tis.. tis.. turun airnya satu persatu, tus.. tus.. tuss.. menimpalah bumbung pondok ku. Tut.. tut.. tut… tah angin mana la yang keluar tu ? kekekekek

Kerana tiba2 gerimis mengundangnya dah menjadi gerimis memanjang. Tertunggu2 lah pokcik bilalah ia akan berakhir. Kadang2 sampai terlelap2 pokcik dibuatnya , maklom la dari sejak tadi2 lagi.. sejak2 bersarapan. Kadang2 tu tak perasan dengkurnya sedang biskut masih ditangan… kadang2 masih tergigit dimulut. Nak wat cam mana, dah nikmat “tertido” nak datang.. mana2 pun bley kekekek

Dalam pada itu menanti2lah pokcik walau terasa masanya sangat panjang. Cuaca mendung memuramkan segala2nya, baru saja hari ini pokcik bercadang nak berjalan2 di kedai2 depan tu. Lepak2 dikedai kopi Ah Seng ke, sambil borak dengan kawan2.. Tentu Ah Seng pun dah rindu sesangat kat pokcik kekeke..

Tengah hari tu barulah mula mereda.. pokcik pun.. hmm.. dah ber round2 dah lenanya..

Dan lagi, baru pokcik perasan.. memang hari2 pun pokcik coti.. kekekek . Tak apa, esok masih ada.. alahaii


5 comments:

Anonymous said...

setuju ngan pokcik. mmg semalam s/alam di landa kesejukkan sepanjang hari. mood keje pun ada kureng maklum sojuk. perut pun asik berkeroncong. sabor jer.

*ayumkay*

sd. said...

owh..itukah pokcik.. (refer to pu3's entry)
hehe..xde la tertanye2 lagi..hehe

salam perkenalan skali lagi la ek..hehe

Abang Long said...

nak ketawa abang long baca dan tengok "gambar" yang disebut sebagai Pokcik Mersik dalam blog pu3 tu. jauh bara dari satey. manalah dia dapat gambar "rupa" pokcik tu ?. agaknya kalau dia letak gambar abang long dan disebut inilah dia "pokcik mersik" .... macam mana ye ? hehehehe .... it, oh it.

Anonymous said...

jeleslah...banyak betul masa pokcik....

Mersik said...

ayumkay - Tul tuu.. sesekali ok gak, lena tidurku kekek alahaii

Sayda - Eh ye ke? kekekek amboi2.. alah tu gambo pokcik masa muda2.. skg nih dah tua.. tentu la lain.. tapi hensemnya maintain gitu kekekek alahaii

abg long - tah ler..gambo sapa lah agaknya tu.

seriaira - Uishh masa seme sama.. cuma pokcik jek banyak curi masa gitu kekekek alahaii