Thursday, May 17, 2007

Dan mimpi pun bersatu..

Biasanya kalau pokcik tido, jarang pokcik terjaga malam, melainkan waktu bangun sahur sahaja atau nak buang air. Namun pada malam semalam, tah kenapa diawal2 pagi rasanya macam pondok2 pokcik dibaling2 bom sahaja.

Berdentam dentum sana sini, kuat dan bergema bunyi, bagai mau runtuh langitnya. Sampai terperanjat pokcik dibuatnya, takut kalau2 pokcik terbangun dizaman2 perang jepun ke, perang dunia kedua ke.. iksh iksh..rasa nak roboh pondok ini dibuatnya.

Berkali2 pokcik tersedar. Resah hati ini mengaru2 gitu, bagai kucing nak beranak. Guruh kali ini paling kuat sekali dirasakan. Pokcik pejam mata rapat2 dengan dada penuh gemuruh, namun kedengaran dentam dentumnya bersilih ganti hingga ke awal pagi. Kadang2 bunyi macam orang main mercun pun ada. Dalam hati tertanya2 juga.. mana hujannya ?

Dan yang turun selepas guruh berbunyai sebenar2nya lah yang sangat dinanti. Sebelum subuh hujan sudah mula menguasai alam Shah Alam kekeke.

Namun pokcik sedikit hairan gitu, Minggu lepas, di hari yang sama, diwaktu yang sama… hujan turun juga. Sedangkan pokcik tengah bercuti.. aduss.. geram pokcik dibuatnya.. merungut2 didalam hati ini..

Asal coti saja , hujann..
Asal coti saja , hujann..
Asal hujan saja, cotii…
Asal hujan saja, cotii.. kekekeke

Tapi, pokcik kembali tersedar.. manalah pokcik ada coti. Hari2 dok melepak jugak.. Cuma pagi ini pokcik makan sekut sikit jek, takut tengah makan2, pas tu tertidur plak ( sedang dalam mulut ada sekut ).. abih mimpi indah pokcik nanti terganggu dek kerana tersedak2 selalu kekekek.

Dan lagi , pokcik perasan.. apabila hujan turun jek, maka lajulah idea dalam kepala otak nih mengalir , cepat saja rasa nak nak menulis, seolah2 dipicu2 seperti air yang menuruni bumi deras2.. keletus ! keletus! keletus! bunyinya.. hik hik.

Mungkin, otak pokcik nih dah terlalu kering sangat kut. Bila kena hujan barulah dia cair..

Alahaii...

12 comments:

Purpleheart said...

Oh pakcik kekeringan ide rupenya.. hujan tu boleh melembapkan kekeringan ide rupenye ya pakcik. Besanya kalo saya tak de ide nak wat asaimen saya gi beborak ngan kucing, mesti ada ide. Kena pulak kucing yang manja manja gatai. Ngada-ngada gitu.. hehehehe..

sd. said...

bler ujan je otak jadi lembap.mata pun layu.duvet memanggil2.dengkur pun bertandang.haha

Sue said...

"Resah hati ini mengaru2 gitu, bagai kucing nak beranak"....takde ceriter, ceriter pasal kucing beranak pun buleh hehehe

ManjLara said...

hehehe... oo bunyi yg tus, tus, tus tu dah bertukar kpg keletus, keletus, keletus ek? huhu.. merdu gak ar..

Mersik said...

purpleheart - Tu la, pokcik baru perasan gitu.. cuma time2 hujan jek laju skit..hik hik.. Hiyaa tak de idea borak ngan kucing aaa ? Hmm.. (sambil garu2 pala). hik hik.. sama lah cam Cik Tom kat pondok tu.. seronok kadang2 nye..

( Suka kucing besor yg namanya Doraemon hik hik )

Sayda - Haa yg tu pun best gak.. layan jgn tak layan.. kekeke sejuk, dingin dan nyaman gitu.. asyikkk kekekeke

Minah Celoteh - Hik hik nak wat cam mana, pokcik nye bahasa nih tahap lapan gitu.. kadang2 merapu tanpa had, alahaii..

tapi, kucing nak beranak mmg resah kan.. ngiow2 jek.. hik hik


manjlara - Uii jgn tak percaya, dari hari kesehari pokcik akan sentiasa improve kan kesan2 khas penulisan pokcik tu kekekek terutamana kesan2 hujan turun gegegeg alahaii

Unknown said...

Wahhh... laju menulis, mesti dah banyak buku siap ni ;)

Anonymous said...

asal dtg cni aje ujan! asal dtg cni aje ujan! mencilah! takmo dtg lg!*cabut lari pakai tudung saji pokcik*

Mersik said...

zalisa maz - Uii memang laju git.. tapi ideanya sik tertinggal dibelakang jek.. kekek alahaiii..

Alah.. buku2 stail pokcik sapalah nak baca, merapu jek lebih.. hik hik

(Suka buku panduan menjadi kaya dan tido lena dimalam hari hik hik)


nor ash burn - kekeke..asal tak dtg, tak ujan, asal tak dtg, tak ujan kekeke.. saja ler tuh.. Uii best pe hujan2, leh pekena kopi sambil makan sekut.. hik hik..

(Sambil tadi air menitis, dari atap yg bocor guna periuk hik hik )

sharifah said...

hujan itu rahmat, membasuh segala duka, menghilangkan resah di jiwa...agar hari esok semakin ceria...

Mersik said...

sharifah - Dan menambah lena serta mengasyikkan mimpi malamnya hik hik.. alahaii

Anonymous said...

Pokcik, best ape ujan. bleh tido pastu bangun carik nasik, baru real

Mersik said...

fiqir - Uyoo.. seronoknya kalau dapat wat cam tuh.. lepas makan2 tu tido balik ek.. kekekek alahaii