Monday, August 28, 2006

Kenduri kendara punya cerita..

Cuti hujung minggu nih akan membosankan. Pokcik tak kemana2 Cuma duduk diumah sahaja. Sambil merehat2 diri ( macam la hari2 tak rehat hik hik). Ada juga sekali sekala oang jemput gi kenduri kahwin. Maklom la seminggu nih mmg musim cuti sekolah pun. Maka jenuh ler pokcik nak melayan jemputan2 disamping makanan2 yg terhidang, beraneka lauk dan warna.

Nih kalau 30 thn yg lalu tentu dah dua tiga kali round pokcik belasah nih. Lagi pun masa tuh tak banyak yg jemput kenduri secara rasmi. Cuma dipanggil utk jadi penanggah atau rewang jek. Adalah sedikit kebebasan untuk makan lebih dari satu kali..hik hik alahaiii..

Pokcik sekarang nih dah tak berapa nak kuat makannya. Rasa itu ini dan mula cebik2 dan muak2. Cam budak kecik diberikan makanan bijirin pertama. Namun nak jaga majlis dan hati tuan umah nye pasal, pokcik suaplah juga. Kalau ada nasi putih lajulah sikit.

Sekarang nak makan ramai2 pun dah senang, stail buffet gitu ( pokcik panggil “bupey” jek kekeke ). Jimat masa dan tenaga. Bila difikir2kan balik ada jua logiknya. Walau tak nampak cam mesra dan bergotong royong tapi sama juga seperti sebuah organization atau kilang, "improvement" itu perlu. Yo laa..apa2 jek laa.

Dulu masa merewang , ramai yg sudi membantu. Angkat hidang keluar masuk depan belakang dah kira lumrah. Semua ringan tulang, ringan tangan dan ringan mulut. Tuan umah pun tak berkira sangat. Tuala good morning selai dan rokok dunhill sekotak pun sudah boleh jalan kerja. Meriah dan teratur.

Sekarang dah main katering. Jangan kata majlis kahwin atau besor2 . Buat rumah terbuka atau kenduri kecil2 pun dah panggil katering. Agak2nya katering nih tumbuh dengan galak sejajar dengan sikap rajin manusia yang semakin muncup gitu. Senang pun senang, janji duit ada. Berapa kepala kira , bayar sahaja. Tak payah susah2 cuci apa2..habis majlis dok rehat saja, goyang kaki sambil urut dada. Habis cerita..alahaii..

Tapi macam pokcik nih oang tua2, kadang malu juga nak ambik2 lauk, ambik nasi. Nasib baik malu tapi mau gitu hik hik. Manalah tahu terambik banyak ke..alahaii. lagi pun nama pun warga emas, nak lah jugak dilayan cam emas hik hik. Dilayan2, dihidang2, disuap2 gitu hik hik..alahaii..

Bila cara penyediaan dah bertukar begitu, maka kualitinya pun jadi tak menentu. Ada sekali tuh pokcik gi kenduri nasik minyak, memang betul2 sah laa yg nasik tu ada minyak, atau lebih tepat lagi berminyak. Bergenang2 rupanya sampai tak lalu pokcik nak makan. Mau naik mendadak kolesterol dalam darah kekekek. Lauk2nya pula tak matching langsung. Asal boleh jek. Ntah laa..kadang2 katering nih ada keburukan dan kebaikannya juga.

Berbanding ngan kampung, ada pakatannya yg tersendiri. Ada suasananya yang unik. Dan ada juga tukang masak yg diyakin benar pandainya. Pendek kata, kalau makan tak tambah kira tak sahlah. Alahaii teringat pokcik plak akan Wak Jalil kat kg tuh. Memang handal masak.


Bila buat Baryani Gam..huhh rasa cam digam2 plak. Tak leh bangkit2 dari tempat duduk, hingga lah masuk makan round yg kedua kekekeke. Nasi bau wangi, sebutir2 macam telur semut. Dilawan dengan ayam masak merah dan dagingnya. Baik nasik atau lauk seme sama sedap hinggakan lepas basuh tangan pun masih melekat lagi wangi harumnya..

Uii! kecur air lior nih aaa..hik hik alahaii..

Friday, August 25, 2006

Hari minggu muncul lagi

Jumaat kembali lagi , menyukakan hati2 yg resah gelisah dan gundah gulana. Disamping ingin merehati tubuh badan yg sudah agak stress dan letih sepanjang minggu. Alahai..seronoknye tak terkira. Dalam kepala sudah ada banyak rancangan yg diatur. Mahu pergi ke shopping kompleks , jalan2 umah kawah , dok umah nenguk TV , balik kg dll..Ditambah pula hari nih dah gaji ( bagi kerajaan atau pasangan2 anda yg kerja kerajaan hik hik ) , maka besarlah rancangannya selain nak gi makan besar..

Pokcik pun sebegitu juga. Maklom ler seharian dok umah, seharian jalan2 hatta seharian berehat2 pun boleh jadi stress hik hik. Napa, tak percaya ka ?

Tak percaya, cuba anda lawat umah oang2 tua..tenguk pokcik mokcik yg dok bersaja jek saban hari , tak buat apa2 selain duduk dan berbual2..Tentu mereka pun bosan jugak. Bila sesekali anak cucu datang ceria sikit mereka.

Pokcik tak nak cerita banyak . Tak de idea gitu..Anyway selamat bercuti hujung minggu. Buatlah perkara2 yg berfaedah sebagai memenuhi santai anda seme. Rancang baik2 aktiviti anda , sebab kalau tidak..nanti tiba2 jek dah petang Ahad dan alahaiiii banyak mende tak buat lagi..

Kepada yg nak jalan jauh atau balik kg tu..hati2 semasa memandu. Jangan lupa bawa kotak hitam kekekekek..Apa2 pun selamat pergi dan balik..

Semoga hari anda ceria2 selalu..Miss me not aa..hik hik alahaii

Thursday, August 24, 2006

Durian Oh Durian

Pepagi lagi pokcik dah tak senang baring. Rasa macam ada sesuatu jek yg bakal mendatang. Bahu wangian mistik memenuhi ruang pondok. Namun cuaca diluar pula kelihatan terang benderang. Memikirkan hantu2 sekarang pun bleh jadi datang siang2 pokcik jadi kecut dan terus menarik selimut hingga menutup muka sampai terulit2 hujung kakinya. Maklom ler selimut pendek kekekekeke. Tetapi bau tuh, iksh tak boleh tahan , sampai menyenget2 hidung pokcik dibuatnya. Siksa nak bernafas. Pokcik tahu bau itu tapii..

Tok ! tok ! Tok !, Pintu diketuk bertalu2.. Pokcik makin haru..Haa..haa..haantuuuu !. Oohh tidakk ! lebih2 lagi bila mendengar suara budak kecik mengekek2. Mak oii , hantu budak..

Namun dalam pada takut2 tuh pokcik gagahkan juga diri memukanya. Tup tup terpacak si Leman dan anaknya Dol dimuka tangga. Ditangan mereka terjinjing durian sebiji soang.

" Uii lemann..ko nih wat suspension pokcik jek. Naik ler ," pokcik memperlawa mesra.


" Pepagi lagi kau dah datang ye " usik pokcik membuatkan Leman dan Dol terpinga2..

" Apalah atuk nih, dah dekat tgh hari dah nih.." balas Dol pula. Pokcik ternganga jap..

" Eh ye ke? Alahaii jam pokcik rosak kut..hik hik , pokcik kesiangan gituu." jawab pokcik men cover line. Sebenornya pokcik tido balik. Abis tuh dah tak ada apa buat..hik hik

Setelah mereka pergi , pokcik pun mula lah mengopek sebiji. Apakala terpandang isinya yg kuning , besar dan manis , terbuka selera pokcik. Habis beberapa ulas pokcik lahapkan. Lalu pokcik ambil lagi satu..dan lagi, habis juga. Haii nampaknya seharian ini pokcik tak buat apa2 , hanya makan durian jek.

Sekarang nih dah musim durian. Merata oang jual. Namun pocik belum sempat lagi nak beli..hik hik. Mungkin dah rezeki pokcik kut, si Leman nak bagi..Alaa takat dua biji je apalah salahnya..sedekah gitu..Tapi nampak gayanya , esok kena mintak lagi nih hik hik ..tak cukup..

Dan malamnya , pokcik lepak di anjung hingga lewat malam. Tangan nih, tak lekang dari tadik asyik mengipas2 tubuh yg serba kepanasan . Sejak lepas2 maghrib tadi lain macam jek rasa. Alahai, baru pokcik sedar yg pokcik makan banyak durian hari ini. Adoii! panasnya badan..pokcik mengeluh lagi. Berapa kali dah pokcik mandi , namun lepas tu panas lagi. Ini macam kalu harus pokcik kena deman panas nanti kekekeke

Sambil tuh pokcik mengharap sangat2 agar hujan turun lebat tiba2 atau angin bayu yang dingin menderu sekuat2nya.. Kalau turun salji..huh! lagi cantik..Boleh guling2 untuk hilangkan bahang badan nih..hik hik..


Alahaiii

Monday, August 21, 2006

Wow !

Pokcik tengah duduk dikedai kopi Ah Seng apabila dihampiri oleh Mat Saman. Hmm siapa ek Mat Saman nih ? Dia adalah antara kawan pokcik yg datangnya bagai mendung kelabu, dah perginya bagai angin lalu. Bersama2nya seorang lelaki yg rasa2nya bukan dari warga tempatan gitu. Dikenalkannya sebagai Asnaf , merupakan warga bangla yg kini sudah menjadi " Jawa Bangla " ( kerana menurut di Mat Saman, dia nih pandai berbahasa jawa sikit2 ) . Ah lantak laaa..

"Pokcik nih ada business bagus nih" Seperti lazim2nya dia berbicara . Temannya sudah mula tersengih2 dari tadi. Mungkin menyiakan segala mukadimahnya. Pokcik memandang tanpa berkelip mata. Pura2 berminat .

" Sekarang nih kan kemasukan pekerja asing dah dibuka balik . Nih aa saya buat business baru . Membekalkan pekerja2 asing terutamanya Bangla untuk sektor industri " Begitu protokal dan berkeyakinan sungguh dia berceramah.

" Bayangkan , kalau pokcik dapat seorang pekerja diterima masuk ke kilang, komisyennya dalam $500.00 " ujar Mat Saman dengan tangannya tergapai2. Pokcik terlangau jap ( tercongok mengira cam langau, mengira keuntungan kalau dapat sepuluh , seratus stau seribu oang ). Uii pokcik kayoo !...pokcik kayooo..! seketik apokcik lupa diri ...

Namun apabila kewarasan pokcik menjelma, pokcik mula terfikirkannya balik. Kadang2 tak masuk akal juga. Takkan begitu senang dan mudah untuk membawa masuk pekerja2 asing ke Malaysia nih. Kecualilah kalau ianya dilakukan secara haram ? Alahaii pokcik jadi keliru dan susah hati. Jangan2 si Mat Saman nih saja nak mengenakan pokcik.


Bukan pokcik kenal dia sehari dua , malah bertahun2. Dan gitu ler keadaannya , multibusiness dan multitaskings. Setiap kali jumpa, ada jek cerita psal business baru. Seme dia tahu..seme dah diceburi..walau kadang2 lebih kepada “cebur “ gitu ( bunyi jatuh dalam air ).

" Alaa Mat, pokcik nih bukan apa, mana ada kerja dah skg nih. Mana larat nak buat itu seme. Duit pun tak de. Nak tulung cam mana ? " helah pokcik sedaya mungkin. Setelah agak lama berdebat dan beralasan, akhirnya Mat Saman pun bosan ( hik hik tu laa , sapa suo layan pokcik nih ). Dia pun tersenyum tawar bila pokcik kata hendak membayarkan duit minum teh dia dan kawannya itu.

Alahaii Mat Saman nih. Beriya sungguh dia nak “meniaga oang “ . Entah betul entahkan tidak. Iksh iksh jangan dia buat kerja haram sudah.

Serta merta pokcik teringatkan Husin Lempoyang ( saudagar unta dari Cairo ) yang tersenyum lebar setelah berurusan dengan Jamal Pak Tongko dalam filem Tiga Abdul tu.

" Ini macam , meniaga orang lebih untung dari meniaga unta ”

" Woowwww !! " Tetiba jek pokcik terjerit sepontan , terpatung dan tersenyum lebar..


Hik hik hik..alahaiii

Hening Pagi Ini..

Hari nih , terutamanya pagi ni, pokcik tak de mood nak menulis. Tak tahu ler kenapa..sekadar bermalas2an atau nak melahirkan suatu protes dari dalam dada ini.

Walau pun hari ini hari isnin dan elok menjadi suatu hari yang ceria dan happy , tapi tidak bagi diri tua ini. Nak buat cammana?, tak semua hari Isnin yg datang tu indah2 belaka.

Hati nih rasa macam resah gelisah jek . Tak tenang jadinya. Nak marah pun ada juga , benci , meluat, sakit hati, pasrah kasih, kecewa, sedih, meluat, jengkel semenya bersatu menjadi tak menentu . Ukhhss ! tak de mood sungguh2 nih dibuatnya..

Kat mana ler nak cari ketenangan nih ek ? Hmm gi jalan2 ? , makan angin , lepak2..atau gi Mesjid. Elok juga, tapi Mesjid mana ?

Haaa !! .Mesjid Wilayah ?? Apa ?, Pukul 9 Pagi nih ? Huh..tiba2 jek perasaan semua itu menyerang kembali. Berdebar2 pulak jadinya.

Cukuplah, pokcik tak mampu menulis lagi .. ( sambil letak tangan atas dada dan menunduk sayu ).

Alahaii..

Friday, August 18, 2006

Tak sedap fikir gituu..

Sejak dua tiga hari lepas , pokcik rasa semacam jek. Kalau oang biasanya tak sedap badan , pokcik nih pula, “ Tak sedap fikir “ . Ntah la..apa punya pesen penyakit tuh pokcik pun tak tahu. Tapi yg pastinya pokcik dah jadi malas untuk berfikir. Bila dah malas fikir , maka tangan pun malas menguit2 serta menulis. Akhirnya, pokcik jadi tak berselera nak bercerita.

Apa punya angin laa yg dah merasuk fikiran pokcik nih ? . Puas doh pokcik menghalaunya dengan melakukan aktiviti tido seharian. Namun pabila mata terbuka mulalah fikir2 itu menyekat naluri dan rasa semarak pokcik. Ia jadi pegun semula. Alahaii tragis sungguh. Apa ek rasanya manusia tanpa fikiran ? Walau pun tak serendah oang yg kurang siuman tapi setingkat darinya juga kadang2 menyiksakan. Bayangkan, kalau pokcik termenung sahaja saban hari. Walau pun nampak macam otak nih sedang bekerja , tapi hakikatnya ia semakin lemah dan mati jaringannya. Uii mintak2 la dijauhkan dari sakit2 kronik gitu.

Pokcik cuba2 luahkan pada si Leman, namun setiap kali pokcik senarikan simptom2nya , setiap kali tu jugaklah dia menyenaraikan arwah2 yg mengidap simptom2 yg sama dengan pokcik. rasa tawar plak hati ini walau dihidangkannya dengan sirap manis. “ Ahh oang bukannya tahu masalah pokcik . Oang belum sampai lagi tahap2 usia yg pokcik alami. Nak kata nyanyuk, pokcik masih ingat lagi sapa2 yg datang bertandang kepondok buruk nih. Nak kata amnesia, pokcik masih ingat lagi hutang pada Marpunah Janda tuh kekeke. Nak kata jatuh cinta , huh takat nih tak de la..tapi kut oang jatuh cinta ngan pokcik dan buat “ apa2 “ , tak tahu la kekekek. Ntah laa , bingung kepala memikirkannya. Kadang2 masalah oang tua nih sukar untuk dihuraikan.

Pokcik mintak maaf ler kalau tak se ghairah dulu. Kalau2 selalu on and off. Biasa ler..mood nih bukannya leh datang ikut time. Kadang jauh dia lari , membuatkan pokcik termati kutu berhari2. Apa2 pun pokcik tak putus asa. Mana boleh pokcik duduk diam saja, lagi ler pokcik leh jadi gila.

Waa !..pokcik perlukan sokongan ! Pokcik perlukan dorongan ! Pokcik perlukan err err “ dokongan “ kekeke..Maih ler sini sapa nak dokong pokcik bawak gi jalan2 kekekeke hik hik..

( Utk pengetahuan seme, berat pokcik hanya 100 kg sahaja gegegegegege )

Akhir sekali , selamat bercuti hujung minggu. Ceria2 selalu. Pada yg plannning nak berjalan2 makan angin sempena cuti sekolah nih , have fun. Semoga bergumbira hendaknya dan rindukan pokcik selalu..hik hik..

Oiii tak dak sapa2 kaa nak dokong pokcik nihh ? kekekekeke Maih ler . Oits..napa seme larii ?


Alahaiii..

Thursday, August 17, 2006

Chinnai Mari

Pokcik duduk dikedai kopi Ah Seng semalam . Berbual2 dengan Mr. Chinnai Mari. Rasanyanya dah lama tak berbual2 dgn oang tua tersebut sejak2 beberapa bulan yg lalu. Kerjanya sebagai pemandu lori membuatkan nya jarang dilihat melepak disini. Sudah tentu dia melepak juga , tapi merata2 lah ikut kemana lori dia penat dan nak rehat enjin.

Macam2 lori dia dah dipandu ( kecuali lori mayat jek ). Dari lori tayar empat sampailah lori tayar 16 , semua dia sapu. Pokcik suka sangat berbual2 dengan dia. Apa yang seronok sangat berbual dgn dia ? korang faham2 sendiri laa..

“ Pocii..lama juga tak da mari ?” sapanya tatkala melihat kelibat pokcik.

“ Ada nih. pokcik jarang jalan2..duduk umah saja “ jawab pokcik


“ Pokcii sini mari dudo laa. . Dey tambi !.angkat mari satu teh tarikk “ pelawanya sambil memesan minuman.

“ Oo Chinai , kau pun, lama tada nampak ?

“ Kereja juga pocii , sayaa..pagi2 sudah sini mari . Lagi tauke sudah panggil suro angkat mari barang masuk lori . Angkat pigi itu Klang sana “ ujarnya tanpa disuruh, jelas kelihatan rutinnya begitu sibuk sekali. Pokcik tak cakap apa2 , hanya angguk2 mengikutnya kepalanya. Sesekali pokcik mengelak juga hayunan tangannya yang bebas menggelenya.

“ Apa mau bikin pocii ?. Sekarang suma kos sudah tinggi mari . Barang banyak mahal . Itu anak angkat mari sekolah , buku juga ada kena beli . Susah la ini macam pocii . Ini macam, mari banyak duit pun tada cukup ” rungutnya lagi. Dan pokcik masih lagi terangguk2.

Hampir sejam dengan cerita mari mari nya , pokcik pun berlalu . Memang dia baik dan ramah , tak sombong. Kalau jumpa selalu saja, dia angkat tangan " mari mari " ajak minum. Alahaii Chinnai Mari.

Sepanjang jalan pokcik terkenang2 padanya . Hinggalah sampai di pondok pokcik ternampak Si Dol tengah menyorong basikal.

“ Hey Dol ! , Sini mari ! " jerita pokcik tiba2. Namun segera pokcik tutup mulut sambil terpinga2..

Iksh iksh ini suma Chinnai Mari punya pasal laa...alahaiii..

Wednesday, August 16, 2006

Sesekali menulis..alahaii..

Semalam2nya, pokcik berjalan2 kekedai buku berhampiran . Maka terjumpalah satu buku nih yang khusus memberikan panduan untuk para penulis amatur dan mereka2 yg hendak menjadi penulis. Huh ! penulis ? macam ler pokcik tak tahu menulis..hik hik ( amboi2 eksyennya dia )

Namun setelah beberapa lembar mukasurat dibaca dan meneliti sukatan yg diberikan satu persatu , barulah pokcik tahu dan sedar yg menulis nih bukanlah satu kerja enteng gitu.

Setakat menulis atau merapu2 diblog sendiri tuh bolehlah. Tak siapa yg mengacau atau mengkritik . Sendiri punya suka laa..kalau mau syok sendiri pun tak dak sapa yg larang..hik hik..

Antara yg pokcik ingat tentang tip2nya ialah perkataan " penjiwaan ". Uii ! menulis pun nak kena ada jiwa ke ? iksh iksh rumit gitu jadinya akal pokcik hendak mentafsirkannya. Dan lagi perlu ada perincian dan fakta. Supaya apa yg diceritakan itu benar dapat diimiginasikan oleh sang pembaca sekelian. Aduhh..lagi terkonpius plak pokcik jadinya.

Maka disebabkan dorongan yg tinggi hendak menjadi terkenal kekononnya . Nak jadi Sasterawan negara seperti dalam mimpi yang lalu2 gitu..Pokcik pun mulalah menulis. Perkataan “ perincian “ itu betul2 pokcik tanamkan dalam otak..maka inilah hasilnya..

Hujan petang yang serba gerimis itu benar2 merisaukan para pengunjung yang sedang menunggu kenderaan dihentian bas tersebut. Ada juga yang cuba melarikan diri untuk mengelak daripada basah. Adapun tentang larian2 mereka itu ,

Ada yang berlari2 anak

Ada yang berlari sambil mengendong anak
Ada yang berlari2 sambil menuntun anak
Ada yang berlari2 bagai mengejar anak yg lari2 anak
Dan ada yang berlari2 bagai nak terberanak

Lepas tuh pokcik tergaru2 kepala hampir sejam.

“ Huh! terperinci sungguh nih kekekekek ." pokcik tergelak plak lagi sejam.

Susahnya nak jadi penulis nih..hik hik..alahaiiii..

Tuesday, August 15, 2006

Budak2 sekolah..alahaii..

Pokcik duduk dihadapan sebuah sekolah , memerhatikan budak2 balik waktu tengah hari. Kadang2 rasa seronok juga. Selain dari dapat mengimbau zaman2 persekolahan dulu , dapat juga melihat telatah budak2 zaman sekarang nih. Rata2 semuanya cam kemetot2 jek. Bila loceng berbunyi, berdedai2 semua keluar , berlari cam anak ayam keluar reban. Mak bapak dah tunggu diluar begitu juga dengan bas serta van. Kalau nasib tak baik , tersangkut dengan Bung penjual aiskerim dan jajan . Cobaannn ! .

Beg sekolah pun besar2 belaka , kadang2 amat menyusahkan , namun tak juga kerana semua beg2 sekolah sekarang dah ada roda . Tak ubah macam bagasi nak gi oversea gitu ( tapi lebih kecil sedikit ). Agaknya susah cuma pada menarik jek.

Kalau dulu semua main selempang , sangkut dibahu atau kepala. Berjalan kali jauh berbatu2 pergi dan balik. Sampai teleng2 tenguk dibuatnya. Kasut pun setahun sekali bertukar . Andai kata sebelum setahun dah bocor atau koyak , pakailah jek lah sampai cukup tahun. Sekarang nih tak adalah jumpa lagi kasut Getah , Bata ( jenis lama ) atau Aliph . Dah banyak jenama baru dan pendek2 pula hayatnya.

Alahai budak2 sekarang nih , untung betul . sekoalah pun dah didepan mata. Banyak taman2 atau perumahan baru menyediakan sekolah disetiap tempat. Namun kualitinya pula kadang2 dipersoalkan. Ditambah dengan keadaan disiplin dan campurtangan mak bapak , membuatkan setengah orang berfikir sekolah pun bukan tempat yang baik untuk belajar.

Kalau belajar tuh susah , tentu ilmu susah nak lari dan tersemat penuh didalam dada. Fikiran budak2 sekarang nih sukar diramal . Banyak dugaan yg ada disekeliling menyebabkan mereka mudah leka. Nah , justeru tugas mak bapaklah yg pentng sekali dalam memantau dan mendidik anak2 mereka . Tak usah nak harapkan guru2 disekolah jek..alahaii..

Seorang budak tiba2 duduk disebelah pokcik. Memandang pokcik sekilas .Mungkin tertanya2 apa pokcik tua nih buat kat sekolah ? . Pokcik pandang begnya yg besar ( dan beroda ) , baju seluar yg kusut dan comot ( Uii cam gii sekolah tentera plak kau ye..). dengan sebungkus jajan ditangannya. Dia sabar menunggu , mungkin menunggu kenderaan atau ibu bapanya.

" Anak darjah berapa? " sapa pokcik mesra.
" Tahunarjah dua " jawabnya sambil menoleh sekilas lagi. Sambil2 tuh mulutnya mengunyah jajan. Krup krap krup krap bunyinya..

" Seronok tak gi sekolah ? ", tanya pokcik lagi . walau pun soalan nampak cam bodoh , tapi pokcik perlu tahu.


" Seronokk " jawabnya riang sambil berkali2 angguk kepala. Pokcik tersenyum.


" Kenapa seronok ? " spontan pokcik tertanya lagih.

" Ada kawan2 ,boleh main2.." jawabnya penuh yakin. Pokcik terkedu dan tersenyum hambar.

" Nak , kita gi sekolah nih , untuk belajar . menimba ilmu gitu . Pergi sekolah nih umpama bawak bakul. Pergi dengan bakul kosong , bila pulang nanti penuh bakulnya dengan segala ilmu yang dipelajari " nasihat pokcik tiba2. Budak itu melongo sekajap.

" Buat apa bawak bakul pokcik ? , beg kan ada..tarik jek laa “ jawabnya dengan penuh yakin. Lalu tiba2 dia berlalu bila menyedari kenderaannya dah sampai.

Dalam keriuhan budak2 di sekolah itu , giliran pokcik pulak melongo..iksh iksh budak2 sekarang nih..alahaii..

Monday, August 14, 2006

Bintang-bintang dilangit..

Adehh..lama betul pokcik tak lepak2 duduk dianjung malam2 yg sunyi begini. Rasanya Sejak beberapa hari nih amat sibuk sekali walau pun tak berapa pasti atas urusan apa ? hik hik . Sedar2 jek masa dah berlalu meninggalkan kita. Sedar2 jek dah isnin balik dan ramai oang mula bekerja sebagaimana rutinnya.

Seingat pokcik lah , ada ler dalam dua tiga hari pokcik tak menuliskan apa2..Ntah la..kadang2 rasa macam kebejatan idea pulak . Kadang2 tak juga , idea datang mencurah2 ibarat mencurah air didaun keladi gitu. Cuma jari jemari nih jek sering memalaskan keadaan. Apatah lagi bila sudah sedap berbaringan dalam keasyikan hik hik.

Dulu pokcik tak macam nih , sentiasa bersemangat waja, sentiasa ceria dan bertenaga. Tanpa kopi Tongkat Ali , pokcik mampu berlari. Fikiran pun yg positif2 sahaja . Tiada kompromi atau tangguh2 serta dakwa dakwi. Ingin maju kedepan selalu dan melihat hari2 bagaikan indah dan tiada penghujungnya.

Sekarang nih , kureng sikit aa rasanya , mood selalu berubah2 bagai cinta teruna dara masa kini. Malam pula sering gelisah dek kerana sakit2 remeh yg menujah. Dan hidup , ya begitu begini laa..sesunyi burung hantu dimalam hari kekekeke..Sering macet bagai motor pancit..Aduh sungguh malang sekali.

Bintang2 kelihatan bertaburan dilangit , masih begitu2 juga. Bulan sering sabit2an munculnya, namun ia tetap ada disana pada hari2nya tanpa jemu . Sesekali hujan turun mengikut skrip alam . Kadang2 gerimis , kadang2 lebat , kadang menyimbah2 dan kadang2 hingga jadi bah..hik hik. Apakan " mereka " juga tidak penat dan letih ? Aduhh ! mengong betul rasanya soalan pokcik nih hik hik , bertanya pada sang PENCIPTA seluruh alam . Jawapannya barang tentu sudah ada. Cuma manusia sahaja yg malas mencari.

Lepak di anjung malam2 begini , kadang2 mendapat juga jawapannya walau puas juga mengadu dan merintih . Alahai terima kasihlah wahai sang malam yang sunyi.

Kepada semua yg membaca pagi nih . , terima kasih pokcik ucapkan kerana sudi hadir disini , mendengar latah si tua ini. Semoga pokcik akan sentiasa ada masa untuk melatah lagi..dan lagi..dan lagi dan lagi dan lagi ..( sila ulang sampai patplo kali , sebagai exercise mulut hik hik..)

Alahaiii

Friday, August 11, 2006

Huh ! Patriotiknye pokcik..

Pepagi lagi sesudah subuh pokcik dah tercatuk di hadapan pondok menghirup udara segar . Sesekali terbatuk2 plak bila lori hantu angkut pasir lalu. Sesekali terkatup plak lubang hidung nih bila lori Indah water lalu..wekkk nak muntah rasa..iksh iksh susah nye nak cari udara segor pepagi nih.

Namun mana2 kereta , lori , motor , basikal hatta yg berjalan kaki semenya berpaling ke arah pondok pokcik tuh sambil tersenyum2. hehh baru korang tahu..berbaloi laa pokcik mengerjakannya malam tadi. Sekarang pokcik boleh berasa bangga. Tu dia haa , bendera Malaysia tersergam indah didinding pondok pokcik.

Si Leman sebelah melambai tangan tanda bagus. Pokcik kembang hidung . Motor kereta ber hon2 tanda menyokong , pokcik maintain anggun. Bertuah botul pokcik jadi anak Malaysia nih . Sapa2 yg lahir selepas merdeka lagi lah untung . Tak yah susah2 merasa jerih perih zaman penjajah , zaman perang Jepun dan kacau bilau politik dulu sebagaimana yg pokcik alami.

Masa tu , nak cari makan pun susah . Nasi ? huh beruntung kalau dapat. Sekarang nih , huh dapat boli rumah kat Bukit Beruntung lagih tuh kekekek. Takat ubi kayu , keledek , bubur nasik , keladi seme pokcik dah rasa. Makanan susah dicari . Tanyalah atuk nenek kalian seme. Musti mereka tahu dah faham benor kesengsaraan zaman lampau . Tuh yg kadang2 pokcik sedih bila oang tak menghargai saat2 kemerdekaan nih. Nak gantung bendera pun susah..

Lama pokcik berdiri disitu. Sekali sekala pokcik nyanyi lagu Negara ku, rentak dulu2 , bukan lagu skg nih yg macamhip hop pun ada. Budak Dol yg balik dari sekolah meluru melihat bendera pokcik yg cantik tu.

“ Haa Dol , ko jangan kacau atuk nye bendera antik tuu . Kang atuk campak ko kat ayam dalam reban tuh , bior dia patuk Dol nye anu “ ugut pokcik pada budak Dol yg rajin bertandang nih. Dia menyeringai sambil meletakkan tangan nya dicelah kelangkang. Tahu pun takut..hik hik

" Wahh , atuk sekarang nih err err pedriatrik tul aaa " pujinya sungguh2. Pokcik tersengih kelat

" Apa da pediatrik ? tu wad budak2 ..Salah tu Dol , patriotik namanya " balas pokcik sambil tergelak. Dol semakin lebar sengih menampakkan giginya.

Tiba2 , dia menggaru2 kepala . “ Atuk , nih bendera apa plak nih ? , sebelah bendera Malaysia nih..ada tulis Jualan murah nampak ”

“ Uishh..itu kain buat tutup dinding pokcik yang berlubang aa..Buat apa tenguk situ..tenguk bendera laa..” rungut pokcik. Budak Dol tersengih2 sambil terus berlari balik.

“ Iksh iksh tak kasi chance langsung aku nak membangga diri “ pokcik membebel lagi. Namun lama2 bertukar lucu plak rasa hati ini. Hmmm nama pun budak2 , budak2 selepas merdeka gitu.

Alahaiii..



Thursday, August 10, 2006

Huh ! buang karan jek..

Pada suatu tengah hari yang tak berapa terik , pokcik sedang berdiri dihadapan sebuah kedai runcit pabila tiba2 berhenti sebuah motosikal .

“ Assalamualaikum pokcik ? “ sapa seorang anak muda sambil membuka topi keledarnya.

“Walaikumsalam “ jawab pokcik lambat2 , memandang sambil tertanya2 macam pernah ku jumpa budak ini tapi dimana ya ? Setelah agak lama menyengih2 kan diri ( kekonon pura2 kenal la ) akhirnya baru pokcik ingat , budak nih pelajar di UiTM sini , selalu juga menyapa pokcik . Tapi setakat menyapa mesra aaa . nama dia pun pokcik lupa.

“ Pokcik nak balik ke ? mari ler saya hantarkan " pelawa budak muda yg baik hati tuh.

“ Ahh tak apalah , buat susah2 ko jek..pokcik leh jalan kaki “ tolak pokcik dengan rendah diri . Pokcik nih maleh sebenornya nak menyusahkan oang. Pokcik lebih suka berdikari. Apa tuh maknanya , berdiri diatas kaki sendiri. Haa kira lebih kurang macam jalan kaki aa hik hik.

Namun beriya2 sungguh budak nih mengajak , sampai tak termampu pokcik nak menolak rayuannya. Uii pandai betul ko aa . Dalam masa yg sama pokcik baru teringat yg namanya Samion dan dah hampir setahun lebih dia belajar disini.

Maka dengan rasa debor2 , pokcik pun mengagahkan lah juga memanjat motor kapcai dia tuh , terkial2 dan akhirnya tertenggek juga dibelakang. Selepas itu , memecutkan motor si Samion nih sampai nyaris2 pokcik nak terpelanting kebelakang.

“ Ooii ! Semaun , pelan2 sikit aa..gayat pokcik nih..” jerit pokcik kuat2. Samion sengih2 jek. Ye lah , bawak motor cam oang gila , kecut perut pokcik dibuatnya. Nak pegang apa pun tak tahu aa..dah ler kain pelikat nih terkuai2 melayah2 diterpa angin , hampir2 mendedahkan yang gebu2 gitu kekekek..

Pokcik dibawa merayau di kawasan Uitm , dalam kampus , setiap fakulti termasuk roundabout nya serta kawasan sekitar .

" Pokcik nampak tak budak2 yg tengah tunggu bas tu " ujar Samion separuh menjerit sambil mejuihkan mulutkan kesekumpulan pelajar yang berdiri ramai2 disebuah bus stop. Lagak mereka sendiri2 sahaja. Pokcik mengangguk tanda nampak.

“ Haa tu budak2 baru masuk , adalah dalam sebulan dua ” jawabnya penuh yakin. Tidak lama kemudian , dia tunjukkan pula kearah sekumpulan pelajar yg mana ada ramai pasangan sedang berdiri bersama dan berbual2 mesra.

“ Haa yang tu pula , tahun dua atau lebih “ jawabnya lagi , membuatkan pokcik jadi hairan dengan pengetahuan amnya.

“ Camm mana ko tahu Semaon ? ” Tanya pokcik sepontan.

“ Haa kalau pokcik nak tahu , senang jek.. Yang mula2 masuk tuu mestilah malu2 , belom kenal mesra kan ? . Belum mahu nak jumpa2 , so buat hal2 sendiri ler. Bila dah lama2 baru le terasa dah berjumpa idaman hati , pas tuh ngurat2 sana sini , kenen2 dan couple2 laa ..” balas Samion sambil bergelak ketawa. Pokcik terlopong mendengarnya. Pandai jugak ko ye Samion..

Jauh jugak Samion membawa pokcik berjalan2 ngan motornya. Sampai memanjat bukit2 naik keatas UiTM , melihat2 karenah budak2 yg memacam gaya . Namun banyak juga pasangan2 yg pokcik jumpa merata . Hmm macam2 budak sekarang nih..

Tiba2 , Samion menggeleng2 kepala sambil berubah wajah . " Laa lambat dah nih…lambat laaa " rungutnya sendiri sambil cuba memecut utk menghantar pokcik pulang. Pokcik tak kisah , malah simpati juga laa pada dia yg sudi membawa pokcik jalan2 walau pun tak perasan dia dah lambat. Tentu ada hal2 mustahak yg dia terlupakan . Pokcik tak banyak cakap , memaut jek sekuat mungkin sedang motornya memecut laju macam lori hantu.

Sampai didepan pondok , mengigil2 pokcik turun . Terketar2 kepala lutut nih..
" Apa yang lambatnya Samion ? “ soal pokcik ingin tahu , rasa bersalah mula menerjah.

" Lambat dah pokcik , awek dah tunggu lama nih..lupa plak ada date hari nih..” jawabnya pantas . Serentak dengan itu motornya terus hilang bersama asap yang berkepul2.

“ Uishh budak Samion nih , memang Semaon aaa , mmg malaun betul laa..aku ingat apa laa tadi “ rungut pokcik separuh geram.

Alahaii..

Wednesday, August 09, 2006

Hah ! gula tak ada ? Biar betul nih .. ?

Pokcik macam tak percaya , sungguh2 tak percaya. Tapi cakap2 oang disini semakin hari semakin menakutkan. Eh ! baru jek semalam2nya pokcik bersarapan dengannya. Nape hari nih dah tak ada? iksh iksh pasrah kasih tul aa. Kenapa boleh tak ada gula nih ?

Maka esok pagi nye..bergegaslah pokcik kekedai berhampiran untuk mendapatkan gula. Tapi hampa , gula habis stok . Lalu pokcik pun pergi ke kedai sebelah , pun tak ada juga. Pokcik gi kedai sebelah lagi , kedai situ dan juga kedai sana. Uh ! tak ada juga.


Dan pada kedai yg ke berapa belas tah , pokcik dah mula rasa penat dan nak marah . Kaki pun dah lenguh letih. Pokcik terjah juga ke kedai mamak juga mencari menda yang sama , namun mendongkol keluar dengan geram menyinga , bila mamak tuh tersengih2 menyuakan majalah Gila2 di tangannya. Sound problem tul mamak nih.iksh iksh..

Tak tahu lah apa masalahnya ? Mungkin oang2 disini berebut2 nak kena kencing manis atau pun mereka berebut2 nak menjadi saudagar gula . Menyimpan stok banyak2 diumah sendiri. Huh ! tak perihatin sungguh pada insan2 yang memerlukannya , macam pokcik nih ler..Macam tak percaya plak boleh terjadi masalah ini didalam negara.

Kabo2 nye mereka yg mendapat gula pun adalah gula halus yg mahal harganya ( sebab ia bukan bahan kawalan ). Apa bezanya tu ? Antara halus dan kasar ? kalau dilarut dalam air panas , cair juga , manis juga rasanya . Hmm saja la dowang nih, terutama golongan peniaga atau pembekal .Musti ada komplot nak simpan gula nih . Pas tuh bila dah terdesak , naikkan harga. Untung banyak la..alahaii. Kalau kerajaan tak ambik tindakan , susah laa akan datang..nak2 time nak raya ini..aduhh pokcik tak dapat bayangkan..

Akhirnya , pada kedai yang terakhir tuh , barulah pokcik berasa sedikit lega. Dan tanpa membuang masa dan bertanya apa2 pokcik pun memborong satu paket. Dengan senang hati dan sedikit lega , pokcik berdedai pulang , menghayun2 plastik gula yg dibeli. Riang ria rasanya hati ini..

" Oii pokcik , senang hati nampak ? " sapa jiran pokcik si Leman tuh.

" Ha’ah , dapat juga gula nih , jadi ler buat2 bancuh air kopi tongkat Ali “ jawab pokcik selamba ria. Namun wajah Leman pula sebalik nya , nampak pahit dan terpinga2.

“ Ahh lantak lah , Apa tak boleh ke bancuh Tongkat Ali dengan gula melaka ? . Tu pun gula jugak , pokcik peduli apa ? ” hik hik

Sunday, August 06, 2006

Pokcik dah agak , memang ko menang aa Faizal oii..

( Foto dari Utusan Online )

Alahaii..pokcik mmg dah agak doh..memang budak Faizal nih yg bakal jadi juara AF4 tuh. Iksh ikah. Sesekali pokcik lalu kat kedai kopi Ah Seng tuh malam2 minggu memang riuh aa sorakannya tiap kali dia nih nyanyi . Pokcik pun suka jugak. Secara tak langusng mengingatkan pokcik zaman2 kugiran teruna impian dulu..ikh ikh..

Ramai oang suka Faizal nih , itu macam kalu tentu ada chance dia nak menang. Dah selalu macam tuh. Agak2 riuh jek , agak2 lain jek sambutannya ( lebih meriah dari biasa ) , tentu oang tu spesels. So, dah terbukti dah dia memang juara. lepas nih deman Faizal pulak lah rasanya hik hik.

Macam2 , alahaii..

Friday, August 04, 2006

La Pokcik De Langkawi : Bahagian akhir

Alahaii..dah lama sungguh pokcik bercerita pasal Pulau Mahsuri nih. Kalau nak diikutkan seminggu dua pun tak habis. Mungkin kerana ramai yg dah boring , maka terpaksalah pokcik menyudahinya walau pun hati rasa berat . Kerana pokcik rasa perjalanan kali ini begitu menggamit sekali nalurinya .

Apatah lagi melihat keindahan pinggir bandar yang masih hijau dan asli . Juga melihat sebahagian taraf hidup penduduk yang masih lagi nampak sederhana dan jauh dari pembangunan semasa. Pulau lagenda tersebut walaupun nampak gah dan dikenali ramai , namun ada diantara cerita2 atau reality sebaliknya yang jarang sekali diperkatakan.

Banyak tempat2 yang pokcik nak cerita secara khusus , tapi tak mengapalah . Biarlah ia menjadi sebahagian dari kenangan pokcik sewaktu berada disana. Pokcik tahu bukan semua oang nak dengar pasal perjalanan si tua nih . Apatah lagi bila dirapu2kan dengan rencah yang agak melorat sedikit. Alahaii..

Lagi pun banyak perkara boleh cerita kan ? Banyak kisah2 yang hangat digossipkan disana sini. Habis tuh nak buat cam mana ? Dunia pokcik agak terasing sedikit disini . Segala2nya serba terhad sebagaimana terhadnya otak ini dalam mencerna segala yang berlaku disekitar.

Benar kata oang , pabila kita dah meningkat tua , maka segala2 ingatan akan menjadi luput sedikit demi sedikit . Dan kenangan yg manis dan mengusik akan jadi segar ( dan selalu diulang2..alahaii ). Iksh iksh tersayat plak hati ini tetiba..adehh..

Nanti pokcik kisahkan ler cerita2 baru . Tapi toksah ler mengharap sesangat. Maklom ler..sejak2 dua menjak nihi , badan pun asyik tak sihat jek..musim hujan berselang seli. Batuk beberapa hari , sesekali mengulit bahu yg pernah " terlari " . Aduhh lenguh2 plak kepala lutut nih.

Tak apalah . Lagi pun hari ni dah pun hari Jumaat , esok lusa dah cuti , leh rehat sikit.

Pokcik ucapkan Selamat bercuti hujung minggu pada semua. Semoga ceria selalu hendaknya.

Thursday, August 03, 2006

Berapa lama harus ku nanti ? ( Bahagian 5 )

Kau dah bersamaku sekian lama. Namun apabila tiba pada masa2 yg tertentu , engkau hanya akan menyusahkan aku sahaja. Nasib baik kau tiada perasaan . Kalau tidak tentu aku akan rasa bersalah sepanjang hayat .

Keranamu juga aku jatuh motor dan tergeliat sana sini. Kerana mu juga aku habih beratus2 ringgit bayor bomoh sana sini. Tidak kah kau kasihan ?

Oh! Rasanya hubungan kita sampai disini. Aku tidak mahu disusahkan lagi menjagamu yg semakin uzur dan kronik . Kosnya terlalu mahal hingga terganggu perbelanjaan bulananku. Belum lagi bila sesekali kau meragam. ( err aku kira selalu juga laa meragam ). Lagi pun kebanyakan bahagian2 mu adalah asli. Mana aku mampu ?

Walau apa pun tafsiranmu ( jika kau ada ) , anggap sahajalah aku telah membuat satu keputusan yang betul .

Besok aku akan ke Perodua. Tunggu sahajalah nasib mu.

La Pokcik De Langkawi : Makan2 punya cerita.

Pokcik tak berapa cerewet sangat pasal bab makan2 nih. Apa saja yg terhidang pokcik belasah. Maka semasa berada di Pulau Mahsuri itu , banyak jugak lah tempat pokcik menjamu selera , kebanyakkannya di pekan Kuah aa , sebab kuah2 disana seperi kuah asam pedas dan lemak tersangatlah sedapnya..hik hik

Apatah lagi dengan sambal udang dan ikan bilis halus2..huhh dua tiga kali mengulang ditempat yg sama pun pokcik tak kisah. Harganya pun boleh tahan berbanding dengan selera pokcik yg sering tak tertahan2 nih hik hik

Cuma satu jek la pokcik hairan , berjalan di mana2 pun tapi pokcik masih tetap tak jumpa satay , apatah lagi Satay Kajang Hj Samuri ahaks. Mungkin menu tuh untuk spesels occasion kut atau pokcik yg tak berapa jauh berjalan2 cari makan nih.

Selain dari tuh pokcik pun ada juga makan di Kondo Apt. Ooops silap aa , bukan makan, tapi sarapan jek. Huhh sarapan dihotel , cam tak caya jek.

Satu pagi tuh pokcik turun ler berlenggang kangkung beriang ria kebawah ( café hotel ). Alaa tak berapa banyak juga menu yang disediakan , adalah koew teaw goreng dan nasik goreng kampung selain dari manu2 roti ala barat dan sedikit buah2an. Kebetulan cafenye sebelah kolam mandi , begitu menggoda sekali. Namun apabila teringatkan kes kain pelikat semalam , langusng pokcik tak jadi..gegegegege

Namun pokcik sedey aa. Hotel nih , punya lah besor , punyalah cantik , punyalah tinggi. Tempat makan yang empuk kerusinya..tapiii…

Tongkat Ali ngan biskut kering punnnn tak dee….alahaiii…

Wednesday, August 02, 2006

Le Pokcik De Langkawi : Mandi di kolam Kondo Apt punya cerita

Siapa sangka , dari pondok buruk boleh duduk di Kondo Apartment. Alahaii selesa sungguh pokcik rasa. Setiap inci ruang seme berhawa dingin , hinggkan pokcik rasa cam duduk dalam air batu campur gitu kekeke.

Dari birai beranda tingkat 11 , fuhh ! pandangannnya , jauh dan sayup hingga melangkau horizon langit gitu. Sangat indah dan cantik , boleh nampak bangunan2 yg tinggi , puncak2 hotel lima bintang yg lain serta kawasan pinggir bandar yang sibuk dengan kenderaan yang bertali arus. Dan apabila melihat ke bawah " Mak oii , gayat aku wehh.." ( terus pokcik masuk dalam ) hik hik..

Alahaii tak dapat nak dibayangkan kalau inilah umah pokcik yg sebenar . Musti jakun habih pokcik dibuatnya. Pas tuh di tengah2 bangunannya ada kolam mandi plak. Alahaii lama tul pokcik tak mandi kolam nih. Kali terakhir rasa2nya mandi sungai ialah dengan Tok Lipat semasa balik kampung dulu.

Maka satu petang yang santai , pokcik pun bergegaslah turun pabila mendapati tiada oang yg berada di kolam tersebut. Melihat sahaja air kolam yang membiru ( sebab marmarnya dasarnya kaler biru laa ) , maka bertambah2 lah ceria hati pokcik bagaikan kanak2 yang mendapat aiskerim ahaks.

Tidak lama kemudian kedengaran ler deburan air berkocak berhambur laksana diterjah badak air gitu. Oh ! sedap sungguh tubuh badan pokcik terasa akan kesejukan airnya , cam mandi sungai plak seronoknya..alahaii..Pokcik kuak lentang , kuak katup , kuak dada , kuak kupu2 , kuak labi2 , kuak dugong , kuak lentok , gaya bebas dan macam2 stail lagi , hinggakan seorang budak yg tiba2 lalu tercengang2 melihat pokcik yang nampak berlebihan cerianya .


“ Haa baru ko tahu , nih haa kalau nak kenal , juara lompat sungai gaya bebas lagi. " laung pokcik pada kanak2 tersebut dengan besor hati hik hik

Namun wajah pokcik berubah bila tiba2 budak tu menunjukkan kesatu arah disudut kolam tersebut.

“ Alamakk.! tu macam kain pelikat yg pokcik pakai jek..ooo gegegege ” .

Dan dalam masa yang sama ibu budak tersebut serta beberapa oang ahli keluarganya pun sampai , alahaii..

Tuesday, August 01, 2006

La Pokcik De Langkawi : Beras Terbakar punya cerita..


" Oooi pakcik ! Apa buat tu ? " laung suatu suara yg betul2 menganggu konsentrasi pokcik yg tengah sedap2 mencangkung. Lantas pokcik bangun lalu menoleh . Seorang budak lelaki belasan tahun merenung pokcik dengan hairan.

" Eh ko tak nampak ke ? , Kan pokcik nak cari beras nih . Beras terbakar " jawab pokcik sambil mencangkung lagi dan menguis2 halaman yg ditumbuhi rumput hijau paras buku lali itu. Budak musa belasan tahun tuh tersenyum sendiri.

" Pakcik , mana ada beras terbakar kat situ . Dan berpuluh2 tahun dah tempat tu dijenguk oang. Kalau nak tenguk , tu dalam bekas depan pagar tuh " sambil menunjukkan pada sebuah bekas dihadapan papan penerangan tentang tempat tersebut. Pokcik pun panjat keluar pagar lalu pergi ke papan penerangan tersebut.

Di situ , pokcik tercongok2 dan terkebil2 membaca serta menggaru2 kepala . Kemudian tersengih sendirian sambil mencari kelibat budak lelaki tadi yang hilang entah kemana. " Alahaii tak de ler nih beras terbakar ? , iksh iksh pasrah kasih tul aa " Namun pokcik perasan di sebelah halaman beras terbakar tuh ada sebuah rumah yang cantik binaannnya , mungkin rumah tuan punya penjaga halaman nih kut. Tidak lama kemudian datang pula beberapa pelancung asing dan juga pasangan India yang juga ingin kelihat tapak sejaran tersebut.

Pokcik dah lama disitu , tiba masanya untuk berlalu . Namun apabila menghampiri deretan gerai2 yang agak panjang , pokcik terpandangkan seorang tua lain yg agak2 nya berusia beberapa jam lebih tua dari pokcik sedang duduk disebuah kerusi panjang . Lepas memberi salam pokcik pun tumpang duduk sekali.

" Pokcik nih dtg ngan sapa ? " sapa pokcik cuba beramah tamah.
" Hmm dengan keluarga , anak2 , cucu seme "
" Pokcik jumpa tak beras terbakar tu ? " soal pokcik cuba mencari pengesahan. Manalah tahu kut2 budak lelaki tu kelentong pokcik ke.

" Tak jumpa pun beras terbakar " jawab pokcik tuh lemah . Pokcik mengangguk2 lega.

" Tapi menda lain pulak yang terbakar " sambung oang tua tu lagi. Pokcik jadi bertambah hairan.

" Apa yg terbakar tu pokcik ? "

" Hmm duit yang terbakar " jawabnya selamba dan perlahan , sambil menjuihkan mulutnye kearah isterinya yg sedang membelek2 kain batik jawa . Di sebelah nya pula , mungkin anak2nya juga sedang membelek2 baju dan cenderahati . Dan kelihatan juga seorang pembantu sedang menjinjit beberapa beg pakaian yang sudah dibeli.

“ Duit terbakar ? alahaiiii kekekekek huhuhu hik hik hik keh keh keh gegegegegge. " ( terus pokcik ketawa tak henti2 , hingga laa sejam kemudian . Dan rasa2nya pokcik tuh dah lama berlalu kut , meninggalkan pokcik ( dgn perasaan yg bengkek )

Abih tuh dah dia buat lawak , pokcik gelak laa hik hik..alahaii

Monday, July 31, 2006

Diari Lencun ( Bahagian 5 )

Ooo..sapa sangka sejak berhari2 panas terik siangnya cantik , akhirnya hujan plak pepagi nih..iksh iksh . Sebenarnya hujan tuh dah mula sejak malam tadi , dalam pukul 12.51 ( kawasan Shah Alam ) dan terus2an membawa ke dinihari. Cuma selepas pukul 8.00 tuh masih ada gerimisnya.

Aku pun apa lagi , redah jek la. Rupa2nya , disepanjang2 jalan gerimisnya tetap turun. Hmm kalau diberikan pilihan antara hari2 yg tak boleh diturun hujan , tentu aku akan pilih Isnin pagi. Tapi mana leh kan ? Itu semua ketetapan. Ye lah korang pun seme tahu kan , pepagi isnin tuh , oang seme dah start nak keja dan memulakan hari baru. Kalau perjalanan pun dah sangkut2..mana mood tak ceria.

Aku pun lencun separuh baju. Malu plak nak masuk opis cam nih..iksh iksh..tapi hmm alang2 dah kena hujan , masuk jek la. Nasib baik tak ramai oang..la haii..

Tapi , malam tadi memang best . Tidur pun nyenyak . Tak rasa cepat tul subuhnya. Rasa cam tak cukup tido plak kekek. Nak2 baru lepas kena urut satu badan ..ooo asyikkkk..hik hik.


Alahaiii..

Susah2 , urut satu badan jek laa..

Seharian berjalan2 ke Mid Valley untuk ke Pesta buku 2006 memang meriah dan seronok. Tapi tidak untuk hari ahad paginya , selepas pokcik bangun dari tido..

Adehh tak semena2 kaki kiri plak rasa kejang dan tegang. Nak luruskan pun susah. Maka bermula2 lah detik2 sakit yg pokcik rasakan amat panjang harinya.

Aduhaii , apalah nasib , apalah bala . Ingatkan dah baik rupa2nya bahu ok tapi kaki plak sangkut lagi. Korang tentu tak percaya kan kisah pokcik jatuh motor , trauma dan kesannya ada sampai sekarang . Berat sungguh dugaan ini.

Maka malamnya , dengan dengkut2 serta kesakitan yg terpaksa ditahan2kan , bergegaslah pokcik selepas maghrib tuh ke rumah Wak tukang urut lagi. Nasib baik pokcik jadi oang yg pertama sampai . Setelah bersembang2 sekejap barulah pokcik diurut .

Kali ini satu badan aa. Tuh dia ! Maleh pokcik nak amik sekerat2. Bukannya apa sakit nih kadang2 pandai. Boleh lari2 satu badan . Kang urut bahu , dia lari ke kaki . Urut kaki , dia lari ke pinggang . Gitu ler konon2nya . Masa tuh pokcik tak kisah . jerit2 nih dah lali sangat dah ( tapi pokcik jerit jugak kekekek ). Bunyi berderap berdetak pun dah biasa. Habih tubuh badan pokcik dilipat dari atas kebawah , depan dan belakang. Nak baik punya pasal , tahan ler.

Selepas ini , pokcik tak de komen lagi..biar ler masa yag menentukan. Kalau baik , pokcik syukur banyak . Boleh lah joget2 , gelek2 ikut lagu Skahira nih..kekek. kalau tak..hmm cari lagi penawarnya.

tentu korang boring , pokcik nih tak de cite lain asyik cite sakit dan urut jek. Abih tuh nak wat cam mana ? Dan memang ini yg pokcik rasa dan alami gitu. Tak apalah , nanti kalau dah elok sakit nih , boleh aa pokcik cite mende lain plak , alahaii

Sunday, July 30, 2006

Alahaii , bahuku diurut lagi..

Adehhs..! Rasa sengal2 dan ketidakselesaan dibahu ini begitu kerap kali terasa. Pokcik pun jadi hairan . Kalau dah diurut dua kali , kenapa masih ada lagi sakitnya pada bahu nih ? Kenapa masih terhad lagi gerakan tangannya ? dan kenapa masih tidak lena tido saban malamnya ? Pokcik pun naik bingung . Adakah pokcik memerlukan satu lagi urutan ? Alahaiii , berapa kali mau urut daa?

Kali ini pokcik terpaksa menanti lama . Hampir dua jam . Tukang urut ini khabarnya bukan calang2 orang . Yang datang pula begitu ramai . Ada orang muda , kanak2 , oang tua , tapi semuanya lelaki . Agaknya wak yg mengurut nih pakar dalam hal2 lelaki kut ? Aduhh ! pokcik semakin gabra lagih. Takut lain yg sakit , lain pulak yg diusiknya. Tapi pokcik tak kisah , sapa ada kata mana2 tukang urut yg bagus , pokcik akan gi. Bior ler kalau sepuluh kali sekali pun , pokcik tak kisah. Janji bahu rasa baik.

Akhirnya tiba giliran pokcik . Bahu pokcik dipegang , termasuk juga siku , lengan dan belakang. " Wak rasa nih bahu ada lari nih , urat belikat pun sama " ulas oang tua itu setelah " mengimbas " badan pokcik dengan sentuhannya. Pokcik angguk2 mengiyakan , lantas mencertakan ringkasan kejadian yang menyayat hati itu.

“ Iye lah , bukan kite minta ye . Dah nak jadi . Tak apalah , nanti Wak cuba bantu , mudah2 an ye , dengan izin Allah gitu , " jawab Wak tersebut sambil menyuruh pokcik baring terlentang dan mula mengurut. Masa pokcik rasa semacam jek . Jarang jumpa tukang urut yg humble cam tuh . Yg selalu jumpa mereka2 yg nampak bagus dan gayanya bagus. Pokcik taknak lah memuji lebih2 , nanti tak baik , dah satu kerja plak nak cari tukang urut lain.

Kali ini , urutnya memang sakit juga . Habih berderap2 badan pokcik dikerjakan Wak tersebut. Pokcik dah lali dah. Cuma dia rajin berbenor berbual , sambil2 bahu dipicit , dipulas dan di tarik , ada2 sahaja bahan ceritanya dan gurauannya . Mungkin dia memang ramah kut ? Atau itu sebahagian dari strateginya untuk menarik fokus pokcik dari mengingati sakit walau pun tiba2 jek terjerit akibat disentak. Memang padat cengkamannya. Patut ler dari tadi soang2 masuk musti terjerit2. Cuma Wak tu soang jek yg memanjang ketawa hik hik hik..

Sehari dua nih ok aa rasa bahu nih . Lagi pun Wak tu pesan kena ambil masa untuk baik . Kena rajin sapu minyak panas , supaya urat2nya lancar mengalirkan darah. Dan tak boleh kuat2 sangat , jalan2 sangat . Kena rehat je.

Alahaii , oang tua sakit, cam gini ler. Lambat benor baiknya. Ada2 saja yg meremehkan. Tapi , bukan pokcik meminta , dah takdir . Alahaii..

Friday, July 28, 2006

La Pokcik De Langkawi

Alahaii..tak sangka apabila pokcik gi jalan2 , maka terjauh ler jalan2 nya hingga sampai ke Pulau Mahsuri ( Langkawi ) gitu . Saje pokcik nak melihat2 tempat nih yg dah agak berbelas2 tahun pokcik tak lawati. Memang seronok dan puas hati , walau pun amat meletihkan.

Langkawi sudah banyak berubah . Banyak pembangunan2 yg didirikan , infrastruktur yang sedang proses naik taraf , pertumbuhan kedai2 bebas cukai yg merambangkan mata serta tempat2 pelancungan baru yg menarik hati. Lagi pun , memang Langkawi nih terkenal dgn tempat2 bersejarah selain dari pelancungan yang ada.

Tiga hari di sana , pokcik dah rasa cam pulau pokcik sendiri plak. Untuk rasa tenang dan damai hati banyak pantai boleh dipergii selain hutan hijau yang masih tak terusik gitu. Pokcik habiskan banyak masa melawat2 dan merayau . Walau pun tak semua tempat gi , tapi kira best jugak ler. Pokcik gii melawat Kota Mahsuri , Beras terbakar , Dataran Helang , Jeti Kuah , Atma Batik village , Pantai Beringin , Pekan Kuah dan beberapa tempat lagi.

Pergi pada hari2 biasa nih taklah sesak sangat. Senang nak kemana dan mudah mendapat kenderaan sewa. Alahaii suka tul pokcik , hingga terlupa akan pondok yg ditinggalkan tuh ahaks..Apa tak nye , duduk hotel kelass lagi..hik hik terlupa diri plak pokcik sat..

Soppin2 ni huh jangan cerita ler , tuh yg kadang2 boleh sampai hilang akal oang bila tiba disini. Seme nak dibeli , seme nak diangkut. Orang datang merata mengerumuni kebanyakan kedai . Nak cari beg besor , cekelat2 , sudu garpu , mangkuk cawan , mangkuk ayun , teko , rokok , minyak gamat , kain baju , langsir dll..Kira macam2 adoo gituu..

Sepanjang perjalanan , masih banyak lagi dapat dilihat rumah2 kampung dan jalan2 kecil serta sawah2 padi yg luas terbentang . Tak lupa juga sang kerbau yg melenguh mengodak lumpur dan nampak tak de kerja tuh. Laa haii sungguh hijau gitu permandangannya.

Kalau ada peluang , ingat pokcik nak datang lagi ler. Maklum ler..setakat tiga hari tuh , kemana sangat ler nak gi.

Patung helang pun , kurang2 setengah hari nak memanjat sampai ke atas kepala nye . Jenuh oii..sampai nak terlondeh kain pokcik dibuatnya..hik hik hik..alahaiii

Thursday, July 27, 2006

Uiii ! Pokcik dah balikkk..alahaiii

A’kum seme..

Uiii pokcik dah balikk..! pokcik dah balikk ¡

Alahaii lamanya pokcik menghilang membawa diri. Tentu ramai yg tertanya dan ter rindu2 selalu ahaks..ahaks. Tak pe , pokcik faham…

Alahh , banyak tul mende nak cite nih aa..perjalanan 3 hari yg amat2 mencabar minda dan fikiran . Lebih hebat dari Amazing Race . Lebih mencabar dari survivor . Lebih intelektualistik dari The Apparentice dan lebih letih dari segela keletihan yang ada ahaks , alahaii..

Nanti aa bebila pokcik senang , pokcik cite aa. Nih masih lagi penat gila nih. Lenguh satu badan dibuatnya..iksh iksh..

Adehhhh…alaa haii hmmm ssss zzzz kroohhs..krooihss..kroohhihs..

( Huh..tido plak dia , penat sangat ler pokcik tu..iksh iksh )

Saturday, July 22, 2006

Sambal di sambal


Alahai sambal , kesian sungguh pokcik dengar rintihan korang nih . Sapa2 yg gii Pesta Buku hari tuh ada tak jumpe buku pasal sambal..? Haa ! tak ada ? iksh iksh kesiannya

Ye tak ye juga ek . Ada banyak kategori2 sambal kat luar sana tu , macam2 sambal adoo , seperti sambal kacang , sambal goreng , sambal belacan , sambal ulam , sambal pencuk , sambal disambal , sambal bujang , sambal non grata dan lain2 lagi..

Iksh iksh nih nak kena tanya Kak Norzailina Nordin nih..heheheh alahaii

Pagi sabtu yang biasa2 saje

Pokcik sedang sibuk mencari didapur apabila Tuan Presiden Alaf21 FC , si abg long tu tiba2 tersembol didepan umah mengajak keluar. " Huh ! nak gi mana pepagi nih ? "

Ooo ajak ngeteh aaa..uii boleh saja nih..Pokcik pun sedang mencari air di dapor tadi , aiseyy kopi tongkat Ali abih plak dah kekekek..

Kami lepak2 di tempat biasa . Cerita pasal aktiviti semasa , kelab , dan juga merangka strategi utk rancangan akan datang . Huh , bukan senang ek..nak berkelab nih..banyak tul dugaan dan cabarannya..Abg long garu kepala..pokcik garu punggung..iksh iksh..

" Mamak ! teh tarik gelas besor satu " pokcik mengorder .. Abg long order nescafe tarik..

Kami borak2 lagi . Dan selepas tuh abg long mengajak jalan2 ronda2 Shah Alam..Bagus gak..ingat nak cari berita2 semasa selain mencari2 idea yg agak kering . Lalu depan Wet World , uii sampai ber bas2 yg datang..Ini macam tentu banyak oang dari air nye kekekek.. Pas tu , lalu dekat Muzium . mak oii ! , ramai nye beratur , panjang dekat2 3km , hanya semata2 nak tenguk hantu dan jin..Alahaiii tak laratt ooo..

Kami patah balik ke cybercafe..duduk2 lagi sambil melayari internet . Tetiba hujan turun..Uii nyaman sekali sejuknya. Dari tingkap yg cerah nampak titisan2 air hujan yg lebat turunnya.

Hari sabtu yg basah utk Shah Alam.. alahaii..

Friday, July 21, 2006

Alahai Uji Rashid

Pokcik tengah duduk sendirian diwarung kopi Ah Seng , bersebelahan dengan kedai muzik Ah Peng. Ada ke dia bukak lagu Uji Rashid ? Uii favourite pokcik tuh . Uishh..lagu2 dari memori hits nye plak.. Makin ler pokcik tak senang duduk..kejap terkitai2 kaki..kejap terangkat2 tumit dan lutut , kejap tertepuk2 paha dan sesekali tertepuk meja..kekekek

Pokcik suka kesemua lagu dia tuh..ada nostalgic value aa..alaa macam The Carpenters nye lagu yg mendayu2 tuu .Suaranya dulu2 uii mersik dan manja. Sapa2 dengor rasa cam jatuh cinta jek , apa lagi ditimpa perasaan..

Pokcik jadi khayal khayal dan alpa , asyik dalam berlagu rindu . Sampai pada lagu " Menunggu nasi minyak " pokcik tak boleh tahan dah , apatah lagi bila Uji Rashid tiba2 muncul tah dari mana sambil memanggil2 pokcik , Aduss pokcik terkedek2 dan terhenggut2 menerpa . Dan kami pun bernyanyi mesra..


Hai pokcik jangan marah , kalau Uji bertanya
Mengapa pokcik belum naik pelamin
Ku ingin merasa , nasi minyak kau pula
Lekas2 lah kahwin


Aduhai Uji Rashid kau buat pokcik tawa
Poket ku ini , selalu kekurangan
Oh inikan pula , hendak kasi makan
Anak dara lah orang

C/o

Sampai bila ku kan menunggu ?
Nasik minyak pokcik kuu ?


Sampai ku lihat duhai Uji ,
Mempunyai anak seribu..

Hai Pokcik Uji agak , jadi bujang terlajak

Bujang terlajak tak apalah Cik Uji ,
Oh asalkan jangan , Oh pokcik menjadi
Bujang senget sebelah..

Pokcik memegang tangannya , dia berpusing . Pokcik pun berpusing sampai terhayun2 kain pelikat nih hingga atas lutut auwww. Kami gelek2 lagi. Muzik semakin rancak. Dia terus2n tersenyum manja pada pokcik. Pokcik terpana..

Tiba2 bahu pokcik dikuis. Pokcik terjaga ! terpisat2 mata memandang Ah Seng tengah berdiri penuh tanda tanya.

" Aloo pokcik ! Apa pasat tiloo sampai kepala senget2 nih ?. Nenguk , itu kopi sula tumpah. Hiyaa ! , mau tilooo balik lumah laa "

Pokcik kesat2 mata beberapa kali sambil perati sekeliling .

Alahaii Uji Rashid nih..saja ler tuh..hik hik.

Thursday, July 20, 2006

Iksh iksh Anti Spam nih..

Beberapa kali pokcik terkulat2 disatu blog nih , dah tulih pesan dah , tapi nak bagi message nya keluar kena isikan nombur Anti Spam nih haa..wahhh..

Pokcik tahu kebanyakan tagborad atau chat box ada security ini. Tapikan..jenis yg cinonet2 , ciput2 , mulus2 , kiut2 , kecik2 nih ler wat kan mata pokcik bukaknya besor kecik besor kecik gitu..Dua tiga kali asyik salah masuk nombor jek kekekek. Rasa cam main teka nombor plak..

Nak buat cammana , mata remaja tua nih dah kelabu asap. mende2 halus2 nih kadang2 menyukarkan. Mungkin ramai yg pernah terkena..try masuk nombor berkali2 tapi tak lepas , jenis yg tricky2 dan huruf seakan2. Tu laa pokcik kata cam main teka nombor plak..

Apa2 pun , esok lusa pokcik bawak teropong aaa..senang skit nak nampak..kekekek..alahaiii

Wednesday, July 19, 2006

Selamat Hari jadi wahaii

Pokcik macam teringat sesuatu jek hari nih..bak kata cite hindustan tu pe , kuch kuch hota hai..aaa tu ler..Opocots..! Ooo sib baik pokcik tak terforgot. Laa haii..hari nih harijadi seseorang ler. Hmm sapa oang tu yek ? Sat pokcik ingat2..hmm rasanya , tak lain tak bukan ialan cik " ct " kite . Alaa ct yg selalu bertandang dipondok pokcik nih serta umah2 kawan yg lain..

Amboi2..mari lah kite nyanyi lagi sempena hari jadinye yg ke duuaaa pulunn err err ( hik hik yg nih rahsiaaa..pokcik oang jek yg tahu ).

Ok..Maih kite nyanyi ramai2..

Selamat hari jadi
Selamat hari jadii
Selamat hari jadi cccttttt..
Selamat hari jadiii..
( Puh..puhh..puhh., tiup lilin..Awat tak padam nih ? Ooops pokcik lupa pakai gigi sat aa hik hik kekekek )

Well..what to sayy ? sebak dada nih. Anyway pd sapa2 yg tak kenal ct nih , elok laa belajor mengenal2nya..kabo nye dia nih oang baik2...rupa ada , molek pun ada. Kiut uii lagi ler ader hik hik. Kira sedap ler mata memandang , tapi lebih sedap kalu ct buat makan2 ajak kawan2 dtg kekekek..

Wahai ct , pokcik ucapkan Selamat Hari Jadi ye. Semoga hari2 yg dilalui ct serba jadi dan menjadi2 lagi . Dan err err jangan tak jadi ye hik hik *wink* kekekekek

Rasanya dia ada kat umah nih. Maih kite gi sana ucapkan besday lagi..hik hik untung2 dapat makan . Maih kite terjahh..! yaahhhh.. !

http://www.ainasofia.blogdrive.com

Alahaiii cik ct...

Tuesday, July 18, 2006

Kemeriahan yang berlalu

A'kum seme..

Hari nih pokcik merayap2 dikebanyakkan blog2 dan mendapati rata2nya menceritakan pasal Pesta Buku yg berlangsung di KLCC minggu lepas. Alahaii , rasa terkilan plak tak dapat pergi . Apa nak buat , masa tuh kaki sakit. Uii kalaulah pokcik dapat gi masa tuh , mesti semua oang suka habihhs ( sebab dapat jumpe pokcik hik hik ). Kalau ada pergi , boleh juga buat tulis cerita dalam ini mahpun blog Alaf21 FC tuh. Hmm anda seme dah kesana lom ? Haa blom ? alahaii..

Namun tak perlu risau , pesta buku Julai nih lama hingga ke hujung bulan gitu . Pokcik nye target ialah pada hujung bukan nih iaitu pd 27 ~ 30 July . Harap2 pokcik dikurniakan kesihatan yg baik supaya dapat kesana berjumpa dgn novelis seme selain dapat memborong seberapa banyak buku yg ada. Pokcik nih mmg minat membaca gak , walau pun slow cam kura2 hik hik..maklum ler oang tua gituu..

So pada para peminat buku2 disana . Jangan lepaskan peluang ini..Tanpa buku kite tak akan tahu apa2. Bak kata pepatah berguru dengan buku , umpama menangguk di lecak lumpur , walau tak dapat ikan besar pun , tapi berudu2 pun jadi lerr. Maknanya , pada setiap buku tu pasti ada pengajarannya walau pun sedikit.

Ok aaa..pokcik nak baca buku nih...uii novel best nih...Diari Rogayah lagih kekekekke

( Selak muka surat 10 , baca sebaris dua..dan huhh zzzzz krohhs..kroihsss...) .Alahaii

Monday, July 17, 2006

Bermusim lara..

Malam ini pokcik duduk dianjung dengan rasa yang sukar untuk dimengerti . Sambil fikiran ini melayau2 mengenang sesuatu , tiba pokcik jadi sayu dan takut hati.

Seandainya sekarang nih pokcik diberi pilihan , antara kekayaan , keglameran , kecerdikan dan kesihatan , sudahlah barang tentu ( tanpa sangsi ) pokcik akan memilih untuk jadi sihat. Ya , seorang yang sihat..

Pengalaman dua minggu lalu banyak mengajar pokckik untuk lebih rasa insaf serta menghargai pemberian Tuhan yg satu ini. Dapat bernafas dengan bebas , bergerak tanpa kepayahan , tubuh segar serta mata yang memandang luas akan keindahan alam..

Cukuplah dua minggu lalu pokcik melaluinya . Dari sakit mata , hingga sakit tubuh badan . Walau malang tidak dipinta namun sebagai insan lemah dan tua , rasa tak mampu daya pokcik nak menanggungnya. Entah lah , kadang2 manusia ini aneh dan alpa pada sesuatu yang tak disangka2 hadirnya.

Dugaan silih melanda membuat kita jadi hampir2 putus asa. Sungguh manusia itu amat lemah . Pokcik sedar akan diri ini , memang tak sempurna . Selagi hayat dikandung badan pokcik akan cuba menjadi insan yang sebaik mungkin . Segala dugaan dan cubaan pokcik terima dengan tenang hati . Manalah tahu kalau2 ada dhikmah disebaliknya.

Kadang2 sayu juga bertandang merasuk pilu , menyelinap hati tua ini. Apatah lagi bila bersendirian menanggung akan segala lara ini. Tatkala itulah terbayang satu persatu wajah2 sahabat , adik beradik , saudara mara mahupun yang tersayang. Mengenangkannya , pokcik jadi sebak dada. Dalam rawan2 sepi yang sering bertamu , heningnya seolah2 bagai memanggil rindu pokcik padanya.

Namun siapalah pokcik ini dihatinya. Biarlah sunyi dan sepi menjadi teman setia. Ah ! malam ini akan jadi sunyi seperti selalu.


Nun jauh dihujung sana kedengaran irama yang sayup2 syahdunya..

Kau seperti nyanyian dalam hatiku..
Yang memanggil rinduku padamu ..ohhh
Kau seperti udara yang kuhela
Kau selalu ada

Hanya dirimu
Yang bisa membuatku tenang
Tanpa dirimu
Aku merasa hilang dan sepi


Ah ! Pokcik jadi terpilu..


( Note : Lagu Dealova - Once Dewa )

Sunday, July 16, 2006

" Kotai " Bu Lampir

Kotai atau penempatan Bu Lampir jauh kedalam kawasan tanah lapang yg dikelilingi pagar2 zink warna biru. Dihadapan pagar2 tersebut , tersergam rumah2 indah bunglo semidetached and link teres dua tingkat , memanjang2 dan nampak terang dari pinggiran padang sana. Siapa itu Bu Lampir ? Wahh jangan ditanya dong , ayuh mampir.

Dek kerana ada urusan yang belum selesai , dan apabila sakit dari bahu merebak ke kaki dan kepala lutut ( sebab dulu bahagian2 itu tak diurut) maka kelam kabut ler aku tatkala aku bangun pagi dan menyedari bahawa aku sudah tidak boleh berjalan dengan sempurna. Terdengkut2 dan terngempor2 seperti lelaki berkaki kayu lagaknya. Dan setiap kali bangun dari duduk maka akan berkejangan ler segala urat saraf belakang paha dan betis menyebabkan aku rasa nak menjerit sahaja.

Lebih malang sekali pabila tukang urut yg lalu tak berapa sihat dan beberapa tukang urut panel yg lain ada hal , balik kg sebab cuti hujung minggu. " Aduss ! cam mana nih ? " hatiku mendengus.

Bersama pemuda warga seberang yg bernama Arjun ( Nah bukan Arjun Rampal ye ) , yg sangat2 ku percayai, aku luahkan segala masalah dan derita yang menampan dikepala lutut ini. Dan dengan angguk2 dan rasa ingin membantu yg tinggi , maka Bu Lampir ler jawapannya.

Orang nye kecik molek ( walau pun sudah berusia awal 40 an) . " Apa ! diuruti ibu ? , aduhh.gi mana sih ? " aku mula merungut . takut kalau ada apa2 yg bakal terjadi di kotai penuh malap sang lilin2 , yang panjang terataknya dengan beberapa warga yang sedang berborak dalam bahasa2 yg amat susah difahami. Aku takut juga kalau2 tubuh gebu aku ini dipengapa2kan dan disalah guna oleh Bu Lampir. Alahaii , takutnye aku..

Dgn hanya berkain pelikat aku di suruh baring melungkup didepan anjung kotai . malam itu , bermulalah satu aksi urut mengurut satu badan. Nasib baik si Arjun duduk disebelah menemani. Dalam keadaan dipicit , dilirih , disapu dan ditarik , aku hanya mampu mengeluh , mendengus dan mengetap2 gigi jek (malu oo nak jerit kuat2 , oang ramai). Sambil2 tu mataku memandang kilauan lampu rumah banglo dan teres dari kejauhan..Sangat cantik , namun tidak dapat meredakan gelora laraku ini..Arkghss..!

Bu Lampir pandai mengurut. Tahu dia mana urat saraf yg lari dari landasannya. Tak kuat picit pakai tangan , dipakai siku. Tuh yang berderak2 dan berderap2 bunyi tulang temulang aku mintak ampun. Penat bersimpuh , dia bangun dan sesekali terasa2 macam ada diatas badan plak. Huuuii..seramnya. Tangan2nya pula , mulus merayap , menekan dan kadang2 rasanya terlebih nakal..oooo

Tapi sikuan2nya serta kutilan2nya pada sang urat atau biji2 angin yg jahat membuatkan angin aku pula jadi tidak menentu. Berkali2 peluh berjujuran membasahi dahi , kemudian sejuk , dan berjujuran balik. Ah satu jam yg penuh siksa dalam erótika gitu kekekek..

Bahu aku yg tergeliat dulu diurut lagi..kali ini benar2 dia berjaya memasukkan engsel yg terkucil lari. Berdetus2 bunyinya sampai aku pun tak pasti bunyi join berlaga atau aku yg terkentut2 kekekek . Tapi kali nih aku pasrah , aku cuma nak baik sahaja , aku nak jadi sihatt..waaa !

Akhirnya urutan pun selesai . Aku mengeluh panjang . berap aya kosnya ? aku tercangak2 dalam kepala . Alahaii Bu Lampir..$30 ringgit sudah cukup ye Bu atas pertolongan ini. Memang ibu pandai mengurut. Tahu aja mana2 urat atau tulang yg sakit. Pulak tu ada bacaan2 sekali. Harap2 tak ler dipanggil mambang2 segala ..waaa

Aku keluar dari kawasan kotai dengan senang hati dan lega badan. Tangan boleh diangkat tinggi , Cuma kaki ni tak boleh di hongah2 sangat..lambat skit nak baik. , jangan dikuat2kan sangat , kata Bu Lampir beberapa kali . Aku angguk2 jek ,

Bu Lampir seakan memperlawa , tapi aku rasa tak sedap pulak . " Tak apalah Bu. Rasanya udah baik dah nih " jawabku jujur.

Cukuplah takat ini , tak larat aku aihs..dan lagi , aku sayangkan tubuh gebuku ini , masih suci , asli dan tulus gitu..kekekek..alahaii..

Saturday, July 15, 2006

Blog Alaf21 FC kini berwajah BARU

Setelah hampir beberapa minggu dalam pembinaan dan dicuba beberapa kali , akhirnya Blog Alaf21 Fan Club kini tampil dengan wajah baru selain dari domain servernya yg juga telah bertukar dari Blogdrive ke Blogspot.

Pagi ini bersama2 Presiden Alaf21 FC sendiri iaitu saudara Feroz , Blog terbaru Kelab peminat Alaf21 telah selamat dilancarkan.

Marilah kite sama2 melayari nya ;

http://alaf21fc.blogspot.com

Ini adalah sebagai memudahkan pergerakan dan aktiviti kelab , selain dari dapat menyelenggara secara penuh blog . Selain dari itu juga , ia adalah sebagai mengambil inisiatif dan cadangan dari pengunjung dan peminat Alaf21 sekelian.

Terima kasih yang tak terhingga kepada anda semua yang tidak jemu2 memberikan sokongan dan dorongan pada Kelab Alaf21 . Semoga kelab akan terus maju dan menyerlah dimasa2 akan datang.

Marilah kita sama2 kesana , tentu ada banyak berita yang hendak diketahui.

Ayuh !

Thursday, July 13, 2006

Pesta Buku di KLCC - Bermula hari ini..Ayuh !

Hari ini bertempat di ruang legar KLCC , akan diadakan Pesta Buku sempana kempen membaca kabangsaan 2006 . Banyak syarikat penerbitan yg akan mengambil bahagian termasuk juga dari Karangkraf dan juga Alaf21 yg turut memeriahkan susasna.

So , kalau anda tidak kemana2 dan bercadang untuk membeli buku , mari lah kite kesana . Tentunya ada banyak buku2 yang menjadi pilihan anda tak lupa , diskaun2 yg hebat juga ditawarkan . Jangan lepaskan peluang anda..jom ler..

" Membaca jambatan ilmu . Tak membaca , cam mana nak tahu buat jambatan ? kekekek "

Pirates Of The Caribbean : Dead man's chest

Huh..lama tul pokcik tak tenguk wayang ( aiks , leh caya ke ? hik hik ) . So hari nih , pagi2 lagi pokcik dah tercatuk di TGV Bukit Raja utk tenguk apa2 cite yg menarik.

Maklum ler sebagai salah satu cara untuk terapi mata..Kali ini kisah adventure lanun2 pulau Caribbean diteruskan lagi dengan lebih mencabar dan hebat. Overall story , kira ok la gak..penuh dengan adegan lasak dan sedikit humor. Teknik kesan khas pun best.

Maklumler watak Captain Jack Sparrow lakunan Johny Depp mmg agak kelakar dan lucu sikit. So tenguk tuh taklah serius sangat , ada jek gelak2 kedengaran. Lain2 ada Orlando Bloom dan Keira knightly . Ok aa seme2 tuu..

Pokcik tak nak cite aa lebih2..nanti hilang plak thrill korang seme. Tapi keseluruhannya memang menarik dan mengujakan . Kisah2 klasik2 sang lanun2 nih dengan watak2 jahat yang unik serta kisah2 mitos serta harta karun memang menarik. Menyebabkan kite ternanti2 akan babak seterusnya serta kesudahan cerita. Tak berganjak mata dibuatnya. Tapi melihatkan ending cite nih , rasa2nya akan ada sequel nya nanti . Itu lah taktik namanya.

Sekurang2nya ada juga menda pokcik nak buat pagi nih, selain dari merehat2kan mata dengan terapi2 sebegini. Erks ! Opocots ! , alahaii ! lupaa plak pokcik , yang pokcik nih sakit bahu laaa , bukannya sakit mata..waaa.

Adehhh cam mana leh tersalah terapi nih ? kekekek..alahaiii..

Hanya sekadar urutan..

Malam ini aku pergi berurut ..iksh iksh kalau tak kerana kejatuhan motor dan beberapa siri tragedi yg menimpa , tak ku hingin nak mengurutkan lenganku ini. memang aku tak punyai banyak pilihan. Sejak pagi tadi aku dah macam oang patah tangan. kalau tak dipegang , makin terkulai , makin berbuai dan makin menyentap2 sakitnya ibarat tergantung tanpa sendi yang sempurna. Dan semalam jugalah aku tak lena tido kerana asyik terasa2 bisa yang menjalar diseluruh lengan.

Oang tua itu tekun mengayat segelas air. Aku memandangnya tanpa berkelip2. Tah oang mana tah ni yg dicadangakan seseorang. Huh ! , semacam jek rupanya . Tiba2 dia memandang aku dan menyoroti setiap tubuh badan aku umpama kambing tua yg terjumpa pucuk muda.." Uii ! simpang 44 Malek Selamat oiii " aku berdoa..

“ Bak tangan tu " tiba2 dia bersuara. Dengan terketar2 aku pun mengesot perlahan2 danmenyuakan lengan aku padanya ..Takkan aku nak cabut dan hulurkan kat dia plak ek ? kekekeke..

Pas tuh dia urut2 dengan maha lembut sekali sampai aku jadi bertambah syak wasangka. “ Ai urut cam nih, si Dol anak jiran sebelah umah pun boleh buat “ getus hatiku tak berapa berkenan. Adalah dalam 15 minit dia melumur lengan ku dengan minyak dan mengurut mesra dari pangkal bahu hingga ke hujung jari jemariku . lepas itu , bermulakah episod yang amat2 menyakitkan dalam round kedua..

Masa tu , Tuhan saja lah yg tahu betapa tersiksanya diri aku . Macam2 rasa ada , nak terjerit , terpekik , terlolong dan terkentut pun ada. Peluh berjuraian diseluruh badan sambil berkalih ketap gigi2 aku menahan setiap urat dan tulang yg dihimpit , dipicit dan ditarik2.

Nak2 bila tiba pada urat yg terseliuh lagi le diberikan perhatian yang penuh sampai aku rasa nak gigit jek telinga dia. Bergaya sungguh dia mengurut . Nasib baik dia tak menenggek dibahu aku . Kejap lengan aku dipulas , ditarik , dilenggang2kan dan prakk !! ditarik sekuat kuat hati mak bapak dia Hohhhh !..sakit ler mangkukk , Adehs . Rasa macam nak humban jek dia keluar tingkap kekekeke . Dibuatnya lengan aku macam gear kereta plak.

Setengah jam lepas tuh aku dah rasa kebas dah , tapi rasanya dah ok aa lengan aku tu..Kalau tadi tak leh angkat , sekarang dan boleh sikit2 aa. Cuma kena tunggu masa beberapa hari sikit nak beransur2 surut bengkak dan hilang anginnya. ( Hoh ! dia tak tahu yang aku nih dah hangin satu badan )

Setelah menghulurkan pengeras2nya ( berupa kertas yg tak berapa keras warna merah ). , aku pun turun dengan tak sabo2 nye.

Selangkah dua menapak , dia pun menyapa selamba..

“ Nih kalau nak baik betul nih , kena urut dua tiga kali nih "

Hah ! dua tiga kali ? Urut macam ta ta tadii tu ? Hohh ! Kirim salam jek laa “ bentak ku dalam hati ( sambil tersenyum tawar pada oang tua itu. )

“ Kali nih jek laaa..” aku membebal lagii...alahaiii..

Wednesday, July 12, 2006

Adalah hari2 nya

Hari ini , macam2 dugaan telah berlaku. Tak tahu lah kalau2 hari ini merupakan hari yg paling malang dalam hidup aku..tapi rasa2nya begitu ler kut..

1. Seawal pagi aku dah merayau disekitar taman , hanya utk mencari sarapan . Tak sangka kebanyakan gerai dan sarapan favourite aku habih terlalu awal . Mungkin sebab dah ramai students dan kembali memenuhi flat2 yg ada dan tentunya ramai yg hendak bersarapan..

2. Aku sedang membasuh baju dengan riang ria bila sampai kebasuhan terakhir tetiba mendung berarak perlahan dan tak sampai 10 minit hujan pun turun dengan lebatnya. Wow..what a day..Seronok dalam terperanjat. Last2 sidai baju lam umah jek...

3. Tgh aku bersiap nak gi tenguk pameran Jin , Hantu dan keranda di Muzium Shah Alam . tapi sampai2 sana tuu haa beratur sikit punya panjang dan rasanya kalau aku turut sama beratur , err mahu aku naik hantu nih..so balik umah aa tidoo

4. sebelah petang aku sedang bersiaran dengan kereta buruk ( dalam artikel " berapa lama , harus ku nanti " tu ) . Dan guess what ? Dekat2 nak waktu maghrib dia nye gear box habih rosak ditengah kesesakan satu jalan tuh. Terkial2 ler aku menolak ketepi dengan akal yg hampir2 mati dan seranah yg tak bertepi..

5. Aku menunggu sang Tow truck hingga hampir kul 9 mlm..oops oops sebelum tuh , lupa nak bagi tahu . Aku naik teksi dan berjalan kaki utk balik ke umah mengambil motor. well , aku kena tunggu kereta tuh utk pastikan Tow truck plak tak sesat dan tahu kemana nak dihantar..

6. Dalam pada mengikuti tow truck , well what do u know..malam masih panjang..dan entah dari mana tiba2 sebuah motor melanggar aku hingga aku terpelanting ditengah2 jalan. Sang pelanggar cabut lari..Aku nyaris dilanggar lori . Mujur motor masih leh gerak . Aku teruskan juga mengikut tow truck hingga ke bengkel.

7. Terbang duit $100 utk tow truck . Aku naik motor balik dengan lampunya yg malap2 tak berdaya..sesampai diumah..nampak kaburator dah mula melelehkan minyak hitam , all signal tak berfungsi dan tempat pijak kaki pun beralih ( menyebabkan kalau aku naik motor serupa beruk menenggek gitu )..

8. Bahu , lengan , siku , kaki , pinggang..seme ku urut sendiri..guna minyak panas cap ayam..heh

9. And what do u know..aku sedang memerhatikan pc sambil memegang bahu yg masih sakit. tah beralih sendi ke , tergeliat ke , retak ke atau patah . Walau pun tak de luka2 tapi ..bak kata oang.." makan dalam " ooo..

Thats it !..i say no more..NO MOOD. Aku nak berkabung 2 hari lah..

Tuesday, July 11, 2006

Sebermulanya sebuah semester..

Pagi semalam pokcik sedang sedap2 menyapu sampah dilaman bila tiba2 di hampiri oleh beberapa oang remaja perempuan .

Remaja2 : A’kum pokcik..
Pokcik : Opocots ! iksh iksh korang nih pepagi dah terperanjatkan oang. Wsalam , ye ada apa..( sambil menatap satu2 anak dara yg comel2 dihadapan..alahaii )

Remaja2 : Nak tanya nih..

Pokcik : Ooo bley , bley , bley nak tanya apa ?

Remaja2 : kat sini2 ada umah sewa tak ?

Pokcik : ( Sambil urut2 dagu ) Eerr sini tak de , kalau nak cari , tuu kat blok2 sana tuh ada kut..Err nak buat apa umah sewa ? Korang lari dari umah ke ?

Remaja2 : Ehh tak adalah pokcik , ni kami punya semester baru nak mula. Tengah cari2 umah lah nih..tak dapat asrama.

Pokcik : Alahaii dah tahu nak start kelas , nape tak cari awal2 lagi..iksh iksh pasrah kasih tul aaa..

Remaja : Kami buat degree pokcik. Dapat keputusan tempat pun last2 minit , tak sempat nak cari2.

Pokcik : Oooo itu macam ka ? mintak maap ler , pokcik dulu tak sekolah . Tak tahu plak sekolah dah start ke blom..

( Remaja2 itu mengangguk2 , sambil sesekali mengerling ke pondok pokcik.. )

Remaja2 : Pondok pokcik nih nak sewakan tak ?

Pokcik : Alahaii..korang nih..cam perli jek..Mana bley..bih tuh pokcik nak dok mana ?.Nak sewa tuh aa kat belakang tu , reban ayam itik lembu kerbau banyak kosong kekekekek hik hik..

Remaja2 : iksh iksh tak senonoh pokcik nih..jom ler..tak yah layan oang oang tua nih..

Remaja2 itu terus berlalu , meninggal kan pokcik yg terhenti ketawa tiba2. " Amboi2 budak2 sekarang nih , eksyen tul , gurau skit dah tak leh. Sensitip sungguh. Mentang2 ler sekolah tinggi2..alahaii. " guman pokcik sedikit terasa hati..

Setelah mengeluh sebentar , lantas pokcik menyambung kembali sapu2an yg dah jadi tak berapa sedap pagi tu..alahaii

Sunday, July 09, 2006

Nostalgia Pokcik sakit mata..

Sebagai mengingati akan " sakit mata " pokcik yg berlarutan agak lama , maka pokcik nukilkan lah sebuah sajak tentang peristiwa tersebut yang begitu menggamit rasa ahaks hik hik..

Pokcik sakit mata
Berpinar2 tidaklah selesa
Kepala tekak turut terengsa
Hendak melihat terasa siksa

Pokcik sakit mata
Tak leh kenyit si anak dara
Jiran tetangga sedara mara
Apatah lagi si Marpunah janda ahaks

Pokcik sakit mata
Hari2 berspek hitam
Alam gelap terasa nak pitam
Sekali sekala plak , cam Panca Sitaram kekekek

Pokcik sakit mata
Taik mata punyalah banyak
Jalan teraba tapi pokcik lanyak
Time tido , huii punyalah nyenyak

Pokcik sakit mata
Ramailah melawat si oang saket ( sakit )
Tapi , dari jauh kok terjengket2 ?
Bukan apa pokcik , takut terjangkit..alahaii

Pokcik sakit mata
Jumpa doktor berkala-kala
Pil dan ubat titis diberi segala
Termasuk ubat sakit kepala

Pokcik sakit mata
Dok umah jek senyap2
Tak leh merayap , tak leh menyelinap
Makan apa2 jek yg boleh di " ngap "

Pokcik sakit mata
Redha dalam pasrah
Kepada Tuhan pokcik berserah
Harap2 esok lusa baik lahhh ( InsyaAllahhh )


Alahaii pokcik yang sakit mata..

Pameran Misteri Jin , Hantu dan Keranda

Alahaii..pabila melihat kain rentang pameran kat atas nih , tetiba jek pokcik jadi seram sejuk. Berkali2 pokcik gosok mata ( dah lepas tu terjerit2 sebab lupa yg pokcik nih masih lagi sakit mata hik hik )..Rasa cam tak percaya pun ada..Tapi itulah yang sedang berlangsung di Muzium Shah Alam sejak beberapa hari lalu. Pemeran mengenai Jin , hantu , keranda dan yang sewatu dengannya.

Bagi peminat2 mende cam nih..atau saja nak tenguk2..maih ler kite beramai2 kesana Kalau berani gi ler malam2..hik hik kalau tak gii siang2 jek la .Mana2 yg kurus semangat tu ( kuss semangat ) datang ler beramai2 gituu hik hik. Lagi pun bukan selalu dapat peluang melihat menda2 pelik cam nih. Bayar $5.00 / $2.00 tuh kira murah ler , sebab kadang2 kita panggil Bomoh hujan , bomoh halau hantu atau jampi2 air pun koman2 kena bayor $20 ~ $30 hik hik.. Lagi insyaAllah keselamatan akan terjamin sebab dan diawasi oleh Ustaz2 atau yang terlibat dengan menda2 halus nih. Memang pun , manalah tahu lepas2 lihat tuu kot teracau2 ke , terjerit2 ke , tak tido malam atau paling kuat pun ditimpa perasaan ke ahaks hik hik..

Aahh apa ? Pokcik aa ? alahaii..hik hik lomm , lomm gi lagii..Apa ? Takut ? iksh iksh dakk aihhsss ( pala lutut dah start nak gigil2 nih ). Pokcik cool jek . Alaa mende2 cam nih..mambang simambang.err kira pass away jek tuu hik hik..Nanti aaa pokcik gii . Nak nak ajak Tok Lipat sekali..hik hik . Err saja , katanya dia nak gi jugakk..

Kelempang ! kelempung ! pranggg ! ( tiba2 jek bunyi bising dari dapur )

Opocots ! Mak Enon ..! Mak Senah ! Mak Minah eh eh Marpunahh ! ehh ahhh..oopss.

Iksh iksh iksh ( sambil urut2 dada. ) Terperanjat pokcik .

Alahaii , kucing oiii.! jangan ler buat terperanjat oang…alahaii

Friday, July 07, 2006

Pesta Buku Alaf21 - Seindah biasa

Lewat ptg tadi , saya pun mengerahkan diri ler berkunjung ke Pesta Buku di Premis Alaf21 yang diadakan seharian . Nampaknya saya merupakan orang yg paling last sekali datang aaa..Tak kisah ler..

Banyak juga buku2 yg ditawarkan selain dari buku2 masakan , motivasi , agama serta novel2 terbaru . Segala2nya diberikan diskaun sehingga 30% . Kebiasaannya hanya 15% sahaja .

Tapi berdasarkan dari feedback para pekerja disitu , kedatangan adalah seperti biasa , dah waktu tgh hari agak ramai sedikit . Mungkin sebab diadakan pada hari Jumaat . Lagi pun ini adalah pesta Buku yang diadakan julung2 kalinya terus dari Premis Alaf21 . Permulaannya agak kurang mendapat sambutan ( mungkin kerana terlalu tergesa2 atau kurang promosi , hanya bertumpu pada web Alaf21 sahaja ). Dan lagi , kebetulan pada tarikh tersebut merupakan tarikh daftar untuk pelajar2 ke Universiti selain dari hari Jumaat itu sendiri yang agak sibuk bagi kebanyakan orang.

Namun sempat jugalah saya menyambar beberapa buah buku yang telah diidam lama selain dari memenuhi koleksi2 buku yang ada. Bila lagi nak dapat diskaun murah macam nih ?

Diharap pihak alaf21 sendiri dapat mengkaji serta memperbaiki Pesta Buku seumpama ini pada masa2 akan datang seperti mempromosi secara besar2 an ( lebih awal ) selain memilih waktu yang sesuai .

Walau bagai mana pun untuk para pencinta buku2 Alaf21 sekalian , tidak perlu menunggu hari yg sebegini , kerana setiap hari adalah Pesta buku untuk Alaf21 . Semoga Alaf21 akan terus maju dan sentiasa menjadi pilihan masyarakat untuk bahan2 bacaan yang bermutu dan berilmu.

Thursday, July 06, 2006

Huh ! boring nyer pokcik..

Hari nih masuk hari keempat pokcik duduk umah . Tak leh kemana kerana masih lagi sakit mata. Merah dah berair tapi pedihnya yg berkurangan..iksh iksh. Daripada rasa seronok yang menggunung hingglah timbul rasa boring yang membukit. Apa nak buat duduk umah nih ? alahaiii.

Nak berjalan ? Hmm sama sekali tidak digalakkan , nanti banyak mudaratnya dai kebaikan. Nenguk TV..uii mana ada TV umah pokcik nih. Alahaii rasa macam tawanan perang Jepun jek. Boring pokcik boring..Seme keja dah buat..alahaii..

Tak tahu entah berapa kali pokcik buat rutin yg biasa nih. Setahu pokcik bila lantai dah siap mop dan sapu , pokcik akan bawak air kopi Tongkat Ali dan oops ! , tertumpah plak . Dan pokcik akan mop lagi..

Bila tengah sidai2 kain baju tu. Ooopss ! , pokcik jatuhkan beberapa helai dilaman. " Ah ! kotor plak dia " , pokcik basuh lagi laa hik hik..

Ayam , itik , kambing , lembu dan kerbau pun dah memandang pokcik dengn pandangan yg mencurigakan..Mungkin mereka ingat pokcik nih dah gila agaknya , bagi makan berpuluh2 kali diwaktu pagi sahaja. " Awat pokcik nak bagi kami mati kekenyangan ke aa " agaknya ler mereka seme merungut..hik hik..

Jiran sebelah umah tuh dari mempelawa masuk , sampai dah tutup pintu tingkap dahh..alahaii tak kan boring pokcik datang bertandang ? Baru err..errr doplo..tiga plo..err patplo kali datangg..hik hik , tapii ! , pokcik pakai spek hitam aa..

Kus kus kusss , mana plak kucing kuning nih ?. Rasa nye lom dimandikan ngan sabun breeze tadi. Mana yek ? Ada nampak tak ? kekekekekekekek

Alahaii..boring nyerr pokcik hik hik..

Wednesday, July 05, 2006

SUPERMAN RETURNS


Uii nampaknya..satu pilem tidak cukup untuk sakit mata pokcik nih..So kite tambah lagi satu aa..Cite apa ? Apa lagi kalau bukan yg tengah hot skg nih..Tak lain ialan cite Superman Returns. Eh nih bukan saja2 tau..tapi apa tu oang kata , haa " terapi mata " gituu..

Alahaii..cite nih , buat pokcik teringat zaman kanak2 jek laa..Ingatkan bila pelakon asal Christoper Reeves meninggal tak ada plak nak buat lagi. Tup tup ada plak , ngan hero baru lagi iaitu Brandon Routh ( yg nih dowang pun kata ada iras2 pokcik ahaks )

Lagi pun mmg pelakon nih ada rupa2 cam superman yg dulu aa. Nak2 bila dia pakai spek tebal jadi Clark Kent. Hmmm macam2 versi superman skg nih , ada cite Lois & clerk , yg superman masa remaja Smallville pun lain. Tah ler..

So far ok laa jugak cite nih , walau pun tak berapa adventure sangat . Tapi pokcik paling suka adegan dia selamatkan kapal terbang Boeing 777 daripada terhempas. Cam real jek kesan khas tuh , jauh lebih real dengan superman tahun 80an dulu. Watak jahatnya Lex Luthor ( lakunan Kevin Spacey ) pun best jugak , cuma tak di esposekan keseluruhan watak jahatnya. Lain2 tu biasa ler , babak2 drama , kisah2 cinta lama. Hmm hero pun nak bercinta gak kan ?

Harap2 lepas nih baik ler mata pokcik hik hik. Dan tak de apa lagi nak nenguk , lain2 seme cite tak best hik hik. Seperkara lagih..pokcik tenguk soang2 aa..yg lain seme keja..

Lagi pun , kan pokcik nih sakit mata.. hik hik alahaiii..

KRRISH

Alahaii..pedih sungguh mata pokcik nih , maklum ler oang sakit mata.. Rasa cam tak selesa jek , pedih dan rasa nak gosok2 jek. Doktor cakap tak leh kena panas atau jalan2 sangat ( tentu dia tak kasik oang lain jangkit sama ek ? hik hik ). Abih tuh pokcik nak wat pe ? Laa haii..takkan nak dok umah jek..boring aaa..

Last2 pokcik fikir , baik gi tempat yg tak panas , tak ramai oang serta tak berapa terang. Haa ! jeng jeng jeng ooo pokcik tahu dah kat mana ..hik hik

Tenguk wayang laa ..pe lagi . Amboi2 cite hindustan lagih..Ap nak wat..boring dok kat pondok tuh. Lagi pun oang kata hero si Hithrik roshan tu ada iras2 pokcik..tah ler , tapi tenguk dari jarak jauh , samar2 ada juga laa sikit2 hik hik..

Bagi sapa2 yg minat giler ( pokcik nih kategori minat tapi tak giler aa ) kat Hithrik Roshan dan heroinnya Priyanka Chopra , boleh ler ke panggung menenguknya. Overall citenye , fuhh mmg ler tak masuk akal langsung , tapi Hindustan nye pasal , pokcik layan jek . Sekurang2 nye , dalam masa tiga jam duduk dalam tuh , boleh aa pokcik ditimpa patplo juta belas2 kali perasaan , berbuai2 rasa , merasa debarannya , asyik masyuk , feeling dll..

Tapi ok aa cite nih. Sebahagian besarnya lokasinya diambil di Singapura . Teknik kesan khas nye bagus dan setaraf dengan filem2 Hong Kong. Mmg dalam cite nih watak Hithrik Roshan diserlahkan habih2 akan ketampanan dan kesasaannya . Maklumler jadi hero . ada power cam power rangers lagih . Pada seispa yg tenguk cite awalnya iaitu Koi Mil gaya , nih ler sequence nye..

Oops lupa nak cakap. pokcik nenguk soang2 jek..Maklumler tak de sapa nak diajak hik hik .
Ok laa tuh jek nak cite..ahaks hik hik..

Nenguk jgn tak nenguk aa..

Alahaii..

Tuesday, July 04, 2006

Dari kerana mata..

Alahaii..pagi tadi , bila pokcik bangun tido , rasa cam tak selesa jek mata sebelah kiri nih..Puas sudah pokcik rasa2 dan belai2 , tapi masih juga pedih. lalu pokcik pun tenguk lam cermin. Opcots ! , apsal plak merah sebelah kiri nih ? Pokcik kenyit dua tiga kali...aduhhh pedih pun rasa gak..

Aahhh ! Sahhh..! konpomm. Pokcik kena sakit mata..iksh iksh..pasrah kasih tul aaa.. Nih angkit sap alah nih..iksh iksh. Tak apalah , pokcik terima jek segala dugaan ini.. Apa lagi , pokcik terpaksa gi jumpa tuan doktor aa . Nasib baik dia bagi ubat titis dan pil , dan satu lagi jeng jeng jeng.. Spek hitam..ahaaa..baru ler pokcik leh melaram nih , uii rasa cam ahli kump Panca Sitaram plak ( kump. pancaragam India pimpinam En Siva Sitaram aa hik hik )..

Tak kisah ler..so , pas nih sapa2 yg datang pondok pokcik niih jangan rasa pelik plak kalu nampak pokcik pakai spek hitam , pagi2, tgh hari , ptg2 atau mlm2..hik hik . Dan lagi jangan main kenyit2 mata plak ngan pokcik hik hik..Nanti ada yg MC beberapa hari nih ahaks..Teringat lak pokcik akan satu lagu nih..

Dariii kerana mataaa ,
Yang mempunyaiii kuasaa..
Ohhh aku tergoda..
Aku tergoda dan ter MC samaa..kekekek hik hik

Alahaiii...*wink* ( ooo tak leh kenyit mata aa pokcik !..hik hik )

Monday, July 03, 2006

Loving you Sunday morning

Ukhs ! hari Ahad sudah berlalu. Waaa..terlalu cepat , sangat cepat mengalahkan Bas cepat Ekspress gituu..Hmm Apa yek yg pokcik buat hari nih ?..alahaiii

Pepagi gi kepasar..Uii lama sungguh tak kepasar . Oang pun ramai juga .iksh iksh tapi barang2nye, mak oii mahal2 belaka..ikan naik harga , ayam mahu pun sayur pun naik ..Hmm masalah sungguh , pokcik sebagai pengguna amat2lah tak puas hati. Senang jek dowang nak naikkan harga ikan .Ikan yg cikai2 cam kembong , cencaru , selar , senangin , kerisi dll pun leh jadi mahal. Laa haii. Sampai hilang selera pokcik nak berpasaran pepagi nih. Last2 baru pokcik teringat..apa daaa. Mana pokcik ada masak2 kat umah..hik hik . Pokcik kan selalu makan kedai , lagi pun pokcik tak pandai masak. Masak air pun selalu hangus..alahaii..

Selepas buat rutin pagi seperti ngemas umah , basuh baju , siram pokok dll . Pokcik pun landing jap . Sedang2 pokcik asyik berbaring terlentang sambil melihat lopong2 pada atap pondok , tiba2 ada ketukan pd pintu..Serta merta pokcik terbangun dan terkocoh2 membukanya. Alahaii seorang gadis muda , rasanya dalam usia belasan tahun sedang tersenyum2 pd pokcik sambil memberikan satu kad seperti kat penyata sekolah gitu ler . Sambil tu dia tunjukkan kad itu pada pokcik , tangannya turut mengapai , mengawang2 seolah2 cuba untuk mengelurakan suara dan berkomunikasi ngan pokcik.

Pokcik garu kepala beberapa kali sambil tercengang2 .” Apa dia nih nak bersilat ke ngan pokcik..iksh iksh “ . Lantas pokcik terus menatap kad yang telah sedia pokcik pegang sejak tadi..Ooo mintak derma , dari persatuan orang cacat selangor..Alahaii kesiannya. Pokcik ingta nak apa tadi. Lalu pokcik cari ler mana2 duit yg ada dan berikan pd dia.

Si gadis menerima dengan senyum hati serta buat flying kiss lagi..ahaks..jangan , jangan ler gituu , kang pokcik ditimpa perasann kang..hik hik . Pokcik tahu dia malu2 nak cakap..hik hik , sebelum dia beredar dia berikan pokcik sekeping kad.. uii nak bagi no telefon aa .Lantas pokcik belek2 dan menyedari di kad tersebut tertera simbol2 bahasa tangan menunjukkan huruf2 dan nombor2.

Er err gadis itu tadi ? err bisu rupanya. Hmm kesiannya.. Lantas dua jam lepas tu pokcik try juga meniru2 bentuk tangan yg menggambarkan huruf A sampai Z tuh.. Dan pokcik perasan gak jiran sebelah dok perati jek . Lantaklah . Hik hik tentu dia ingat pokcik nih berlatih main Kung Fu ular ahaks. Dan pada sebelah belakang tu pula , ada simbaol untuk ucapan terima kasih , sama seperti yang sigadis manis itu lakukan sebelum dia beredar. Ooo tima kasih aa tuh. Pokcik ingatkan flying kiss tadi ahaks ahaks..hik hik..malunye ..alahaii

Sebelah petang pokcik jalan2 ke taman permainan berdekatan. Oang ramai sedang berehat2 sambil menikmati suasan petang yang redup dan berangin. Ramai kanak2 main buai2 , jongkang-jongkit , gelungsur dll..Seronok sakan mereka. Teringat pokcik zaman kecik2 dulu mana ada permainana nih seme ? . Ada pun , gelungsur batu dan buai tempat duduk papan . Bila berbuai..bunyinya kiok kiok kiok jek. Laa haii untung budak2 skg nih , dapat main gelongsur, kuda spring , jongkang-jongket dan buaii..Aahh !! buai tu...kosong.!

Apa lagi , pokcik pun melompat aa , dan tidak berapa lama jek , pokcik dah jadi tumpuan ramai. Seorang budak kecik , menarik2 lengan ibunya.. " Mak apasal atuk tu main buai ? , dia kan dah besor "

Ahh lantak ler..Pokcik nak main jugakk..hik hik..I feelllll god na na na na , I feeeelllll good na na na na na..yeahhhh.hik hik

Malamnya pokcik gi umah sebelah nenguk cite P Ramlee , Nasib labu labi. Punya lah seronok dan lawaknya cite tuh hingga pokcik asyik ketawa jek .Sampaikan masa iklan pun rasanya pokcik ketawa jugak hik hik. Tak lama lepas tuu , terdengar bunyik rintik diatas bumbung. Pokcik keluar menjengah .Upp hujan aa ? Serta merta wajah pokcik berubah.. Lantas pokcik melompat turun dan balik ke umah.

Jiran pokcik tanya " Oiii ! Nak kemana tuuu pokcik ? "

" Tak nampak ke , hujan nihh . nak balik umah , tido sedap ooo. alahaiii hik hik . Lama tul tak hujan , rindu nyee..hik hik “

Aalahaii , demikan ler kisahnya..

Sunday, July 02, 2006

Kalau tiong tiong jugak , takkan sama burung kedidi..

Saturday, July 01, 2006

What a lovely day ...

Assalamualaikum semua..

Hari yang indah untuk permulaan yg indah. Horay..its today !..its today ! Seronoknye , cuti hujung minggu..yihaaa !! banyak betul planning nak buat hari ini..Nak gi jumpa kawan2 , nak gi jalan2 makan angin , gi dating , gi tenguk wayang , nak gi shopping , nak gi sana sini dan situ.

Pokcik cam biasa ler , gi pasar , basuh baju , kemas pondok..siram2 pokok bunga , bagi ayam itik lembu kerbau seme2 makan dll..alahaii...

Ok aa..tak de mende nak cite plak..pepegi nih pokcik sibuk skit aa . Kang petang2 aa..hik hik..Alahaii