Friday, July 28, 2006

La Pokcik De Langkawi

Alahaii..tak sangka apabila pokcik gi jalan2 , maka terjauh ler jalan2 nya hingga sampai ke Pulau Mahsuri ( Langkawi ) gitu . Saje pokcik nak melihat2 tempat nih yg dah agak berbelas2 tahun pokcik tak lawati. Memang seronok dan puas hati , walau pun amat meletihkan.

Langkawi sudah banyak berubah . Banyak pembangunan2 yg didirikan , infrastruktur yang sedang proses naik taraf , pertumbuhan kedai2 bebas cukai yg merambangkan mata serta tempat2 pelancungan baru yg menarik hati. Lagi pun , memang Langkawi nih terkenal dgn tempat2 bersejarah selain dari pelancungan yang ada.

Tiga hari di sana , pokcik dah rasa cam pulau pokcik sendiri plak. Untuk rasa tenang dan damai hati banyak pantai boleh dipergii selain hutan hijau yang masih tak terusik gitu. Pokcik habiskan banyak masa melawat2 dan merayau . Walau pun tak semua tempat gi , tapi kira best jugak ler. Pokcik gii melawat Kota Mahsuri , Beras terbakar , Dataran Helang , Jeti Kuah , Atma Batik village , Pantai Beringin , Pekan Kuah dan beberapa tempat lagi.

Pergi pada hari2 biasa nih taklah sesak sangat. Senang nak kemana dan mudah mendapat kenderaan sewa. Alahaii suka tul pokcik , hingga terlupa akan pondok yg ditinggalkan tuh ahaks..Apa tak nye , duduk hotel kelass lagi..hik hik terlupa diri plak pokcik sat..

Soppin2 ni huh jangan cerita ler , tuh yg kadang2 boleh sampai hilang akal oang bila tiba disini. Seme nak dibeli , seme nak diangkut. Orang datang merata mengerumuni kebanyakan kedai . Nak cari beg besor , cekelat2 , sudu garpu , mangkuk cawan , mangkuk ayun , teko , rokok , minyak gamat , kain baju , langsir dll..Kira macam2 adoo gituu..

Sepanjang perjalanan , masih banyak lagi dapat dilihat rumah2 kampung dan jalan2 kecil serta sawah2 padi yg luas terbentang . Tak lupa juga sang kerbau yg melenguh mengodak lumpur dan nampak tak de kerja tuh. Laa haii sungguh hijau gitu permandangannya.

Kalau ada peluang , ingat pokcik nak datang lagi ler. Maklum ler..setakat tiga hari tuh , kemana sangat ler nak gi.

Patung helang pun , kurang2 setengah hari nak memanjat sampai ke atas kepala nye . Jenuh oii..sampai nak terlondeh kain pokcik dibuatnya..hik hik hik..alahaiii

1 comment:

Anonymous said...

hahak.. langkawi tu kampung halamankuuuu... paling bes makan kat satu kedai ni.. di Bayas. fulamak.. giler lalok nyer sedap. lagi satu, kalu nak try makanan orang sana, cuba try kerabu beronok ataupon ulam laktot... sure menjilat jari kaki..

eh..org crita shopping aku cerita makan le plak.. haih