Seandainya sekarang nih pokcik diberi pilihan , antara kekayaan , keglameran , kecerdikan dan kesihatan , sudahlah barang tentu ( tanpa sangsi ) pokcik akan memilih untuk jadi sihat. Ya , seorang yang sihat..
Pengalaman dua minggu lalu banyak mengajar pokckik untuk lebih rasa insaf serta menghargai pemberian Tuhan yg satu ini. Dapat bernafas dengan bebas , bergerak tanpa kepayahan , tubuh segar serta mata yang memandang luas akan keindahan alam..
Cukuplah dua minggu lalu pokcik melaluinya . Dari sakit mata , hingga sakit tubuh badan . Walau malang tidak dipinta namun sebagai insan lemah dan tua , rasa tak mampu daya pokcik nak menanggungnya. Entah lah , kadang2 manusia ini aneh dan alpa pada sesuatu yang tak disangka2 hadirnya.
Dugaan silih melanda membuat kita jadi hampir2 putus asa. Sungguh manusia itu amat lemah . Pokcik sedar akan diri ini , memang tak sempurna . Selagi hayat dikandung badan pokcik akan cuba menjadi insan yang sebaik mungkin . Segala dugaan dan cubaan pokcik terima dengan tenang hati . Manalah tahu kalau2 ada dhikmah disebaliknya.
Kadang2 sayu juga bertandang merasuk pilu , menyelinap hati tua ini. Apatah lagi bila bersendirian menanggung akan segala lara ini. Tatkala itulah terbayang satu persatu wajah2 sahabat , adik beradik , saudara mara mahupun yang tersayang. Mengenangkannya , pokcik jadi sebak dada. Dalam rawan2 sepi yang sering bertamu , heningnya seolah2 bagai memanggil rindu pokcik padanya.
Namun siapalah pokcik ini dihatinya. Biarlah sunyi dan sepi menjadi teman setia. Ah ! malam ini akan jadi sunyi seperti selalu.
Nun jauh dihujung sana kedengaran irama yang sayup2 syahdunya..
Kau seperti nyanyian dalam hatiku..
Yang memanggil rinduku padamu ..ohhh
Kau seperti udara yang kuhela
Kau selalu ada
Hanya dirimu
Yang bisa membuatku tenang
Tanpa dirimu
Aku merasa hilang dan sepi
Ah ! Pokcik jadi terpilu..
( Note : Lagu Dealova - Once Dewa )
7 comments:
A'kum pokcik...hai h-----,
Hidup ini memang tak lepas dari dugaan dan cabaran dari itu kita kena hargai apa yg kita miliki.segala pertuturan hari2 kita ada lah doa.Kalau kita selalu mintak yg baik2 InsyaAllah akan di makbur kan.Hargai kasih sayang yg kita ada terutama pd Allah,keluarga tersayang dan kwn2.
Mama selalu ingat kan diri hargai sesuatu yg kita ada..tak kira lah walau musuh kita sekali pun..tiada yg kekal di dunia ini hanya pinjaman je.Kalau kita tak menghargai dari sekarang menyesal pun tak guna.Pengalaman mengajar kita jadi dewasa.Semoga pokcik sihat dan ceria selalu :-))
Long story hah.....hehehe
Itulah dinamakan perjalanan hidup. Sekejap naik dan sekejap turun. Yg tetap hanyalah pegangan kita yg maha Esa.
hai, pokcik... sy lebih tertarik ht nk tahu siapa sidia yg pokcik kerap sebut2 tu. blh kongsi cerita dn pengalaman pokcik ngan dia? knp sehingga kini pokcik masih bersendirian?
pokcik dan sahabat2 yg lain, nak tengok video dealova mai lawat blog saya..:)
mama - tak apalah , kadang kite perlukan kata2 yg sebegini . Sementelaah manusia nih selal jek lupa. Tima kaseh kerana memberi sokongan..dalam sakit dan perit sekurang2nya hati terubat juga..caya laa mama..tak usah risau , pokcik akan selalu ceria utk mama..alahaii
faridt - terima kasih kerana ingatan..semoga kite menjadi insan yg "humble" selalu..
nor ash burn - kenapa awak tertarik hati ? alahaii..besar sungguh syarat2nya tau . Kalau ada sesiapa yg bertanya dan hendak mengetahui nescaya oang itu akan jadi pengganti nanti kekekek. Dari itu biarlah kite sendiri membawa lara hati dan memori masa silam..alahaaii nasib badan..hik hik
faridt - oo lagu tu aa cun..pokcik gi lambat aa. ( masih sakit kaki ) jgn delete dulu aa kekek hik hik
Looking for information and found it at this great site... http://www.big-breasts-9.info mutual funds Pontiac resto parts Contact lenses birmingham uk Insurance medical salt lake city Village square cabinet
Post a Comment