Seingat pokcik lah, masa kecik2 dulu pokcik sangat nakal gitu. Nama pun kecik2, budak2, tentulah nakal ek? Tapi kenakalan pokcik nih tidak lah menjadi hal kepada masyarakat sesangat, cuma lebih kepada memeningkan ibu bapa gitu terutama ayah.
Puas sudah disebat, disesah, dirotan dan lain2 hukuman lagi, namun kedegilan pokcik tetap tak hilang. Agaknya sampai ayah pun naik boring. Ayah sebenarnya tak banyak cakap, Cuma bila sesekali dia bersuara , geruh bunyinya. Kalau rotan naik kebadan maka aduh la pula jawabnya. Berbekas sampai berhari2. Namun walau berkali2 pun dirotan, pokcik tetap juga nakal. Tak tahulah kenapa.. memang tak makan saman langsung.
Dalam satu insiden yg pokcik pun tak berapa nak ingat, rasa2nya melibatkan sekolah, mungkin sebab pokcik tak tak nak sekolah ke atau cabut sekolah.
Masa tuh bila ayah tahu, dia jadi terlalu marah. Terpacak pokcik berdiri seperti biasa, menanti dibebel atau menanti sang rotan singgah. Tapi waktu tuh, ayah hanya diam sahaja, tak memukul.
Keruh wajahnya. Pandangannya tajam menikan hingga pokcik tertunduk2 tak mahu memandang, bagaikan oang salah gitu (mmg salah pun). Dahinya berkerut seribu, barangkali tengah berfikir. Lama sungguh dia berfikir.
Setelah agak lama mendiamkan diri, barulah ayah bersuara " Sekarang nih senanglah, ayah ada. tak payah nak fikir apa2. Nanti bila ayah dah tak ada, baru lah kau tahu tinggi rendah nya langit tu "
Pokcik tak tahulah masa tuh, apa maknanya perkataan tu. Tapi bunyi suara ayah agak sebak dan tertahan2 nafasnya. Matanya nampak berkaca2. Agaknya2 segala yang terluah lahir dari dalam hati dia yang pasrah. Tentu hancur hatinya mengenangkan anak dia nih yang tak makan dek ajar.
Kini setelah berpuluh2 tahun masa berlalu, bila pokcik dah tua barulah terngiang2 kembali perkataan tuh. Pokcik sedih sangat kerana tak dapat nak memahami perasaan ayah masa tuh. Pokcik terkilan tak dapat mententeramkan jiwanya yang bergolak. Mungkin pokcik leh minta maaf atau menangis sahaja minta simpati. Kedegilan pokcik sebenarnya yang membuat jiwanya bengkak. Oh! jahat sungguh pokcik masa tuh..
Dan memang benarlah seperti yang dikata, sebab sampai sekarang nih, kerana kurangnya ilmu, pokcik masih tak dapat mengukur berapa “ tinggi”nya langit.
Sementara hidup pula, sekadar cuma2. Hanya ber kos “ rendah “ sahaja. Tiadalah mampu nak bersenang lenang atau berkaya2.
Moral :
Sentiasalah ingat kata2 dari oang tua kerana disebalik nasihat, marah, bebelan, pukulannya, ada doa dan harapan yang tinggi melangit untuk kita.
(Sambil menyapu air mata yg mengalir lesu dipipi )
Maafkan saya ayah.. maafkan saya..
Peristiwa Pilu 11 April 2021
5 years ago


