Wednesday, February 07, 2007

Gelap keluar (Blackout)

Entah kenapa malam ini tiba2 saja “blackout” dipinggiran Shah Alam nih. Pokcik yang sedang lepak2 dianjung tetiba terkejut melihat terang benderang kawasan flat2 sana jadi gelap gelita dalam sekelip mata. Dan tidak lama lepas tuh mulalah bunyi riuh rendah kedengaran.

Bunyi kanak2 menangis, deruman kereta motor serba bingit ( kes nak gi kedai cari lilin hik hik) dan bunyi oang menjerit cuba berkomunikasi sana sini. Kadang terselit juga suara budak2 nakal meminta tolong, tulunn… tulunn.., alahaii sayu jek bunyinya macam bunyi Puteri Buluh Betong , yg cedera terkena tombak gitu ( sebelum bertemu dgn Do Re Mi). Pokcik tergelak2 patplo kali..

Bagi oang tua yg sudah biasa bergelap2 sambil berteman lilin dan lampu minyak tanah nih, tidaklah menjadi satu hal yg besor. Sekali sekala dowang kena rasa juga apa yg pondok buruk nih alami setiap malam..

"Lagi lama lagi bagus," oh jahat sungguh hati pokcik nih kekeke

Pokcik menghirup kopi sambil mencicip biskut seperti biasa.. tiba2..

“ Hiihihihihihih hihihih haiiii oang tuaa… Hihihihihih .” sayup2 bunyi suara itu menjerkah..

Pokcik terperanjat katak, kopi tongkat Ali tertumpah, biskut berkecai2 melayang entah kemana.. dan tubuh tua ini nyaris2 terkedang terlentang..

Sambil mata terpejam rapat2, fikiran pokcik ligat mencerna . Bunyi apa tu? Semacam jek ngilainya? Jangan2 bunyi .. haa haa.. haa oh tidak! Adakah dibawah pondok pokcik nih? Atau belakang nih? Ohh takut nyaa akuuu ! ( dengan tubuh yang serba gigil2..)..

Namun dihujung rasa suspension yg tinggi, tiba2 datang pula satu maklumat baru..

"Aiks.. tak silap macam suara Dol jek… , "

Dan suara tersebut bertukar melekak2 dekat dengan sebelah pondok pokcik nih

"Iksh iksh ikshh memang sah, hantu betul budak Dol nih.. "

Alahaii


Nota : Sang mata2 ikan sudah mula menunjukkan tanda hendak menyerang. Oh tidak.! Nampaknya dalam minggu kedepanan nih, sengsaralah pokcik mu ini tanpa dapat meselesa2kan diri menikmati makanan2 yg enak gitu. Alahaii..

4 comments:

Unknown said...

Amboiii... Dol, baru berguru ngan Opah De dah pandai dah... hik hik hik... Kalau Pokcik nak tahu, itu ler mengilai step pertama yang Opah De ajo kat Dol. Terkencing dibuatnya.. kalau dengo dia ngilai step kedua dan seterusnya, mau orang lelaki terkena senggugut... ahakz...sabo je aku...

Nziela said...

hehehe... jahatnya dol tuu... hehehehe... sian pokcik ekkkk... keh keh keh

Mersik said...

Opah De - Uii jgn ler suo Dol wat cam tuh. nanti bertambahlah kencing manis pokcik nih iksh iksh..

Nziela - Ya, jahat mmg jahat.. budak2lah katakan.. nak wat cam mana.. lain ler cam pokcik nih.. baik sesangat hik hik *wink*

Anonymous said...

pokcik ngan ujan ngan mata ikan, ngan ujan ngan mata ikan, ngan ujan ngan mata ikan, ngan ujan ngan mata ikan......