Wednesday, February 28, 2007

iksh iksh Dol nih..

"Dol! Mari sini..," laung pokcik bila terpandangkan si Dol yg galak berlari2 bermain polis sentri dengan adiknya.

"Ada pe tuk? " soalnya dalam nada mengah2. Namun pistol kayu di tangannya tergenggam kukuh, sebagai langkah berjaga2.

"Tak ada apa2, saja jek tuk nak ajak borak. Lama tuk tak borak2 ngan Dol. Haa.. musti Dol dah rindu ngan atuk nih hik hik “

"Eleh.. " cebik Dol pura2 , sambil perlahan duduk2 diatas tangga sebelah pokcik. Sekali sekala matanya melilau ke rumah dan tubuhnya tertunduk2 pabila melihat adiknya yg lari lintang pukang bila dipolis sentri oleh maknya sendiri. (kes suruh mandi tak mahu).

"Cam mana Dol nye sekolah tadika?, best tak? Belajar apa? “ pokcik cuba berbasa basi.

"Okey.. okey..," angguk Dol laju2. Mungkin seronok dengan aktiviti ketadikaannya.

"Dol belajar apa kat sekolah tuh," soal pokcik lagi.

"Ooo banyak.. , belajor membaca, tulis2, kira2, main2, lari2 .. macam2 laa..," jawabnya pantas.

"Oh Dol dah pandai kira aa? Atuk nak testing2 nih, testing kira2. Haa.. satu campur dua berapa?"

"Dol tahu tuk.. tentulah tigaaa..," sambil mengangkat sebelah tangan menunjukkan kelima2 jarinya. Pokcik tergaru2 kepala jap.. adehhh..

"Cikgu tadika baik tak? Apa dia selalu nasihat Dol?."

"Hmm macam2, suruh rajin belajar, rajin datang sekolah, rajin tolong ayah.."

"Ada sekali tu cikgu kata, kite kalau gi sekolah macam bawak bakul. Pergi dengan bakul kosong, balik nanti, bakul tuh penuh dengan barang2.. "

"Uii.. betul la tuh cikgu Dol kata..," Pokcik mula tertarik. Pandai betul cikgu tadika Dol nih buat kiasan. Senang budak nak faham.

Namun wajah Dol sedikit berkerut, seperti memikir sesuatu.

"Tapi.. cikgu tu tak cakap, kalau dah penuh mesti berat nak bawak balik..," tingkah Dol tiba2 , sebelum berlari balik ke rumah setelah melihat maknya tercangak2 mencari dihalaman.

Pokcik terkedu kejap.. Dol nih.. iksh iksh alahaii


NOTA : Pokcik juga dengan gembiranya mengambil kesempatan nak mengucapkan, Selamat hari Jadi buat teman (tapi mesra) yg selalu berkunjung kemari iaitu ebriza. Di hari paling indah ini, pokcik harapkan dia akan panjang hayat, ceria selalu dan success dalam kerjaya serta bidang yg diminati.

4 comments:

karl Firdaus said...

Petah dan bijaknya mulut Dol nih .. cucu Pokcik ke ? Pokcik kata pokcik belum kahwin...

Sekarang Una garu2 kepala ...

Mersik said...

karl - iksh iksh idak ler, si Dol nih kan anak jiran sebelah pokcik,si Leman dan Limah tuh.. alahaii..

haa.. lupa la tuh..

(Teringat samseng kg Dusun, Sarip dol hik hik)

Unknown said...

Cayang kat Dol.. nasib baik dia tak buat hidung dia cium bau atuk tak mandi.. keh keh keh... huhu

Mersik said...

Opah De - Uii Dol mmg cayang kat atuk dia nih, cuma tak tahu cam mana nak dipamerkan kekekekek