Ibarat kopi dan sekut kering, kalau salah satunya tak de dalam santai malam pokcik ni, hmm.. rasa tak beerti itu. Ia saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.
Walaupun kopi Tongkat Ali rasanya pahit dan sekutnya tawar hebeh, namun bila di adungaulkan bersama, dikunyah perlahan2 didalam mulut, rasa pahit2 nya mengatasi rasa tawar dan begitulah sebaliknya. Perlahan2 rasa asalnya akan hilang dan akan terbitlah satu rasa lain yang penuh bertenaga.
Domkianlah juga perihal bersinta2an nih. Tak semestinya perlukan yang cantik dan kaya atau yang bagus2 sahaja. Yang buruk pun ada haknya. Ibarat kata pepatah Pujangga Hindi " Seluruh dunia sedang bercinta , tentu ada satu untukku ". Makanya sintaa adalah untuk semua gitu.
Tentu ada oang pernah berkata, cinta ibarat ramuan dalam masakan. Merwarnai bahan2 selain mencorakkan rasa agar lebih pelbagai. Terpulanglah kepada kepandaian masing2 untuk merencahkanya. Namun pabila selalu dibelai dan diberi kasih secukupnya, hasil daripada sintaa akan jadi indah dan menyakinkan.
Begitu juga dalam hal toleransi, juga amat wajar ibaratnya. bayangkan, kopi cair dan sekut keras, bila bersama boleh jadi serasi. Sedap lagi menyedapkan yang lain.
Oh! Banyak sungguh mende boleh dipelajari hanya dengan bersantai2 begini bersama kopi Tongkat Ali dan biskut kering. Walau bagaimana pun, bercerita pasal cinta , memang tak akan ada pengakhirannya sebab ianya bersifat universal dan ada dimana2 hatta melangkaui zaman dan waktu.
Amboi2.. cite pasal sinta plak pokcik malam nih.. Macam udah ketemu gitu.. oops..( sambil toleh kiri kanan..) hik hik Alahaii...
NOTA : Untuk karl , rasanya ini versi penuhnya , sinta ibarat kopi tongkat Ali dan sekut..
EBOOK: HUD, SUAMI IRIS (BAB 5)
1 year ago
7 comments:
Salamz Pokcik..
Cinta ibarat kopi tongkat ali dan sekut kering ....hmmmm ..Karl suka itu. Tentunya bila digabungkan yang pahit dan tawar tuu timbul pula rasa manis ... entah mana rasa manis tuu datang pun kita tak tahu ya pokcik .... yang pasti rasa manis tu tak akan datang dengan sendirinya tanpa usaha kita menyatukannya ... satu analisis yg cukup baik ...
Satu dunia bercinta , tak kan tak satu pun untuk aku ?? Karl sedang berfikir sekarang ........betullll... tak bohong ...pokcik buat karl berfikir..
terima kasih pokcik...
salam pok cik,
sabar satu hari nanti pasti ketemu juga.
cinta ibarat bayang2 yg sentiasa mengejar kita.... cewahssss.....
:-)
Karl - Uii elok la tuh kalau ada terfikir2. Maklom la soal2 cinta nih kadang terlalu "tak pasti". Rexeki masing2.. cuma jgn terlalu hanyut dalam perasaan dah ler. Nanti merana badan, alahaii..
ct - uhuks.. uhuks bila tuu? hari apa tuh? hik hik
ita - uish ada plak.. kalau cam tuh gii la kat tempat gelap.. lari dpd bayang.. kang hantu kom kom plak dtg kekeke alahaii.. jgn marah ye.. alahaii *wink*
Pokcik, bukan ke Pokcik bersinta ngan Marpunah dan Selamah? Konpius Opah De... keh keh keh... ni nampak gaya cam nak pasang lagi satu nih!!!
Opah De - Haa? bersinta dgn mereka? uishh ada plak.. kan hati ini masih lom terbuka, setakat menjeling2, menggoda2, berkias2 dan berbicara romantis tak semestinya bersintaaa..kekekek
(Yg masih tercari2 di alam maya..huu huu )
Pok cik sekrg ni musim ditimpa perasaan ek? hehe
Post a Comment