Entah apalah mimpi di Ah Seng tu tetiba sahaja bagi sekotak liimau pada pokcik sewaktu melintas ke kedai kopinya.
“ Pokcik aa.. ini kasi angkat.. manett (manis) punya limau..” pelawanya bersungguh2. Namun melihatkan ruang kedainya yg semakin banyak gantung2an yg serba merah serta tanglung2 berbagai bentuk, pokcik baru teringat..
“ Ohh.. sudah mau layaaa aa.., “ jawab pokcik sambil ketawa..Kenapa pokcik boleh jawab terpelat, itu pokcik tak tahu. Memang sekarang nih kalau berjalan2 disekitar kedai2 depan tuh banyak kedai sudah terhias cantik , masing2 hendak memeriahkan dan memerahkan kedai masing2.
“ Gong Xii Faa Chaii aa Ah Seng !.. happy2 aa laya2 .. “ ucap pokcik berkali2. Sambil mengangguk2 kepala ( walau pokcik sedar dia oang cina , bukan oang Jepun).. Pemberiannya itu walau hanya sekotak limau , namun pokcik terima dengan tangan terbuka dan bahu serba lenguh. Yo laa nak membawaknya balik ke pondok tu.. hik hik..
Nampak nye bertambah2lah vitamen C dalam tubuh badan pokcik dua tiga hari nih.. hik hik alahaiii..
EBOOK: HUD, SUAMI IRIS (BAB 5)
1 year ago
2 comments:
olang demam kena banyak makan itu limau ...... lepat makan kina titun ....
Lepas mangun titun.. kepala sula lingan.. baru buleh ngeteh maa.. hik hik
Post a Comment