Friday, December 15, 2006

Semuram pagi...

Hari ini pepagi lagi pokcik dah duduk dianjung. Melihat jauh2 akan suasana pagi dan kedinginannya yang seakan mengiggit2 kesegenap tulang kering. Jarang benor pokcik bangkit dan tercatuk2 disini. Biasanya , sesudah subuh pokcik akan memeriksa bantal busuk, tepuk2 dan juga check sama ada selimut boleh digunakan lagi sebalum membuat test2.. hik hik, maklom laa tak de apa2 yg hendak dibuat.

Entah kenapa kali ini hati ini bagai diruntun2 untuk menyendiri sambil menguntai sebarang kemungkinan yang membuatkan hati jadi terusik tetiba. Terusik yang rasanya amat pelik dan menyusup2 lalu meluruhkan segala fikir baik dan rasa ceria yang sedia ada. Alahaii.. hingga jadi sedih pokcik dibuatnya, sungguh2 sedih gitu.

Sejak dua tiga hari ni kerap benor pokcik di gossip2 dan diusik2 walau hakikatnya pokcik menanti akan “dirisik2” nye hik hik. Tah siapa2 tah yang mengkenen2kan pokcik pada si dialah, janda tu lah, anak itu lah, inilah dan memacam lagi. Buat masa nih hati pokcik masih lom terbuka tauu..huuuu. Tak baik buat cam tuh, mereka pun manusia juga. Sian oang2 tu seme di usik2 sama pokcik yang glamer dan serba malu2 ayam nih..iksh iksh

Kadang2 pokcik jadi hairan sungguh2, Tak de niat sebesor zarah pun di hati pokcik nak menganggu sesiapa. Apatah lagi Cik Zaharah Cikgu sekolah Tamil depan tuh. Tak ada niat pun pokcik nak mengadu domba atau menjalin musuh sesama. Kalau boleh seme pokcik layan sama rata, baik manusia atau apa saja makhlok2 nye.

Mereka berhak dilayan semesra2 alam dari pokcik yg tua dan serba daif nih.. Prinsip pokcik senang, kalau oang gembira pokcik pun tumpang gembira, kalau oang sedih, pokcik berlagi2 la sedihnya kerana walau pun pokcik tua dan glamer, tapi hati pokcik masih tinggi dengan nilai2 kemanusiaan dan timbang rasa sesama insan. Ibarat pantunnya ,


Jinak sungguh si ayam katik
kasi makan beras padi
Hati sayang budi pun baik
Tidak mudah lupa sekali

Lagi pun, apalah yang ada pada pokcik. Duduk bermukin dan berpondok2 jauh dihujung kampong. Hayat cuma sebatang kara, makan pun ala2 kadarnya berkais pagi makan petang, berkasi petang makan malam dan berkais malam makan esok pagi..

Ini lah yg pokcik dok memikir2 sejak sesudah subuh tadi. Kenapa dan entah bagaimana ianya bermula. Mungkin ada salah silap pokcik yang tidak sedari atau ada insan2 yang sengaja mengacah dan berlebih2 usiknya hingga tak sedar yang situa ini juga punya perasaan. Kenapa pokcik musti dilayan sedikian rupa walaupun pokcik juga manusia.

Fikiran pokcik terhad. Bukannya pokcik nih cendikiawan atau ahli fikir. Pokcik tak pandai nak mengkomen sesuatu lebih2, mengkritik atau berbicara yang khusus2. Pokcik hanya ada hidup yang simple dan serba kekurangan. Dan rasanya tak wajar kalau hati ini selalu sangat2 disakiti..

Pokcik lahir hasil dari imiginasi yang kuat dari fikiran “seseorang”. Untuk mengubat hati2 luka dan menghibur manusia yang perlukan ketawa atau rasa ceria. Di pondok ini lah segala2nya bermula, difikiran yang serba singkat, lurus dan tiga suku inilah lahir cerita2 yang mampu mengubat rasa, membuatkan anda anda semua tersenyum lama2. Tak kira siang dan malam, pokcik sentiasa ada untuk semua.

Percaya bahawa pokcik ada, anda juga harus percaya pokcik jua mempunyai perasaan gitu. Jiwa pokcik halus, mulus, tulus, kalklulus, fulus dan lain2 lus lagi..

Alahaii.. oang kata tak tak elok merungut pepagi buta. Nanti rezeki akan lari. Pokcik bukan merungut tapi rasa sedih jek, sangat2 sedih gitu.. Kalau ikutkan hati nih, pokcik nak merajuk dan pergi buat selama2nya..

Tapi pagi ini, pokcik memang rasa sayu gitu. Pokcik ingat nak menangis sekejap lah, sebelum masuk mandi..


Dan masa mandi2 tu nanti pokcik ingat nak nyanyi lagu " Tak punya siapa " laa.. alahaii

6 comments:

Anonymous said...

mers,sy mmg memahami perasaan awak. sbb tu kekadang sy rasa sedih apabila melihat mereka keterlaluan mengusik awak. mmg seronok mmbicarakn hal2 kahwin. tp perasaan org yg diusik tu, maaf ckp, yg dh terlewat mcm awak tu, patut dijaga. soal kahwin ni pd sesetengah org mmg la sensitif. sy sentiasa doakn awak semoga bertemu jodoh dgn org yg bersesuaian dgn jiwa awak.

Abang Long said...

wahai pokcik mersik, entah tetiba, bila abang long terbaca rintihan pocik, abang long juga rasa sedih, pilu, bagi abang long, setiap manusia mempunyai perasaan halus yang sukar ditafsirkan, yang terbaik sebagai Umat Nabi Muhammad adalah mengikut apa yang diajar oleh Bagina, dimana Baginda tidak pernah melukakan hati sesiapa, hatta seorang YAHUDI sekalipun, wahai pokcik, janganlah berduka nestapa dan bersedih pilu, kalau pokcik nak menangis, abang long pun nak menangis sama lahhhh ...

Anonymous said...

Alahai ... Pokcik merajuk ke? Jgnlah gitu ... kita gurau2 jek. Ye pokcik ye ... meh kita pujuk balik. - ebriza

Mersik said...

Nor ash burn - alahaii tima kasih ler krn memahami. Biasa ler, isu yg agak taboo nih tak seme oang leh ngam. Apatah lagi kalu anak2 dara yg sebaya2 pokcik nih..

Aminn..baik sungguh awak mendoakan..gegege..hik hik suka hati pokcik .

( Sambil nyanyi lagu jiwa, lagu cinta )

Abg Long - Ye ke , kira cam set2 awan yg terpilu la nih. Tak apalah..maih ler kite menangis bersama2. Sebelum tuu..kite ngetehhh duluuu..huuu hik hik

ebriza - sungguh ka awak bergurau? (sambil kesat2 air mata dan ingus leleh2). Sungguh ka awak nak memujuk ? (sambil tersengih lebor)..

Sungguh ka awak nak menjadi....

Anonymous said...

Uik ... ni nak menjadi apo pulak ni? (Garu2 kepala, terconpius sebentar.)Nah tisue ... gi lap hingus tu. Buruk bebeno!- ebriza

Unknown said...

Pokcik, jangan ler sedih. Lambat laun orang yang mengusik tu akan sedar jugak usikannya keterlaluan. Opah De harap, dia cepat-cepat ler insaf dan minta maaf kerana usikannya telah membuat Pokcik menangis. Ni sudah parah...
Jangan nangis ye Pokcik. Ingat ler kat donkey yang sengih kat Pokcik sokmo.. semoga terhibur.. huhu...