Friday, December 08, 2006

Dedor...

Pokcik teringin sekali hendak menyambung cerita tentang kemeriahan kenduri kendara di kampung bila tiba2 badan ini diserang dedor yg amat2 tidak menyelesakan. Pokcik pun tak tahu kenapa tiba2 rasa seram sejuk jek badan nih. Mungkin nak jadi deman kut. Terjengah2 juga pokcik kat luar kut2 ada oang dtg mintak derma ke ( Kes sindrom Haji Bakhil ). Last2 baru teringat yang petang semalam pokcik ditimpa hujan gerimis sekembali dari berjalan2 kekedai. Tapi , itu Cuma gerimis..iksh iksh..macam tak percaya pulak. Ditimpa hujan ribut tak ada mende, tapi dek kerana setitis dua sudah mahu sakit..iksh iksh..cobaan…

Dari hujung kepala, leher, dada , perut dan segala2nya rasa serba tak kena. Tubuh ini rasa macam letih lesu dan tak bermaya. Macam2 rasa ada, panas , sejuk, suam2 kuku bersilih ganti menyerang satu badan hingga pokcik tak dapat buat apa2 kecuali mengiggil dan mengiggil sahaja..gegegege..hmmm..gegegeg..hmmm..

Aduh.. kesian sungguh pokcik pada diri sendiri. Dalam keadaan2 yg sebegini pokcik terfikir alangkah eloknya kalau pokcik tak keseorangan. Sekurang2nya tentu ada yang menjaga dan mencarikan obat. Minum kopi tongkat Ali berpeket2 pun tak de rasa nak kebah, malah semakin nak rebah ada lah.

Fikiran pun rasa berat untuk memikir. Berdenyut2 rasanya menyengat didalam kepala. Maka dalam hal2 ini.. berehat2 sahajalah yg sesuai..

Alahaii..siapalah yang sudi untuk mengobati..?

7 comments:

Anonymous said...

sy sudi. tp pokcik jauh sangat. maka lupakanlah aje......

Mersik said...

Uii..sapa kan gerangannya tu ? Mensudi2kan diri tanpa memberi nama. Oh! nih musti pari2 dari kayangan..gegegege..alahaii

(Yg hanya jauh dimata hik hik )

Anonymous said...

mersik...kena tukar kopi kot...tinggalkan tongkat ali...cubalah tongkat semambu...

Unknown said...

Sian Pokcik, meh Opah De menurun ala Tok Batin Lepat Keladi...huhu... Opah De doakan agar Pokcikcepat sembuh, amin... puh kiri puh kanan...puh puh...

Mersik said...

Salmah - uii kopi tuh tak leh sembarangan , ia dtg bersama2 tongkat Ali..kalau tukar semambu nanti letih lesu huuu hik hik

Opah De - Err err Tok Batin Lepat keladi tu sedar mara ngan lepat pisang ke? kekekek..Ooo kalau dtg sana kirimkan sekali talam keladi barang seloyang dua aa..gegege hik hik..alahaii..

Puh atas, puh kanan, puh kiri..tetiba bawah jek yg puuttt! gegege hik hik

Unknown said...

Wakakakakakkaakka..ish Pokcik. Pakai pampers tak? He he he... sabo je aku. Tok Batin Lepat Keladi tu dua pupu sebelah bapa dengan Tok Batin Lepat Pisang. Tapi dia, dia tiga pupu sebelah emak dengan Tok Batin Badak Berendam...huwaaahahahahahahaahaha...
Sihat hari ni Pokcik? Rindu lak Opah De kat Pokcik... bahaya tuh!!!

Mersik said...

Opah De - Uii bytk tu sedara mara dia ek..gegegege..sepupu selepat gitu hik hik alahaii.. pokcik sihat jek..haa! windu? Adehh..adehh.. tetiba demem plak kekeke..huu sabo jek aku