Thursday, December 07, 2006

Kenduri kendara di kampung (Bhgn 2)

Sesekali pokcik menjengah kedepan, melninjau2 kalau2 sidia sudah berlalu. Alahai. Kalu boleh tak mahulah tersua muka. Kelak nanti akan mengundang sengketa. Dia sudah nampak bahagia..biarlah begitu saja. Dan pokcik..tak mahu apa2 lagi..Yang dulu biarlah berlalu..

Bila merasakan yang sidia sudah tiada, barulah lega hati pokcik. Lalu pokcik pun duduk lah dibangsal belakang sambil menolong oang2 disana memotong buah nenas dan tembikai. Matahari pun dah hampir tegak diatas kepala. Teriknya tak terkira. Sekejap lagi tentu rombongan pengantin lelaki akan sampai. Jamuan berdamai perlu disiapkan… termasuklah buah2an ini seme..

Sambil memotong2, sambil tu ler masuk seketul dua dalam mulut sekali hik hik . Sampai naik kembung perut pokcik nih. Penghabisnya bila semua dah selesai, pokcik duduk jek di dihujung bangsal sambil mengelap2 pinggan yg sudah dicuci.

Oang ramai yg bersibuk membantu sudah beransur kurang, termasuklah juga budak2nya yang hilang entah kemana. Akhirnya pokcik soang jek yg berada disitu…alahaii..

Pak Abu, tuan umah terkocoh2 datang dengan baju melayu berkocek yg sudah melayut2 dengan kain sampin pelikat yang bergombang2. Matanya melingas2 seperti mencari seseorang.. Nampak macam resah sahaja.

“ Iksh..iksh mana semua oang nih ? “ rungutnya sambil sesekali menoleh kepada pokcik seolah2 mengajukan soalan itu pada pokcik.

Pokcik menjungkit bahu sambil menggeleng2 kepala. “ Tak tahu laa..Pak Abu .. “ jawab pokcik ringkas.

Sambil mengeluh2 , Pak Abu lantas berlalu..

“ Pak Abu..! “ tiba2 pokcik menjerit memanggil hingga hampir2 terkejut Pak Abu. Seraya dia menoleh.

“ Nasib baik pokcik ada , kalau tak ade oang nak lap2 pinggan nih kan Pak Abu? “ kata pokcik kuat2 , membuatkan Pak Abu terpinga2, kemudian beransur tersengih2 mengangguk sebelum berlalu..

Lepas tu pokcik tergelak2 patpo kali..hik hik hik hik..alahaii..

5 comments:

Anonymous said...

laa haiii mersik...nasib baik x tumbang Pak Abu tu...
jgn d jeling jgn d pandang...silap gaya lebam!
eh...yg dok atas pelamin (siap main kenyit2 mata patplo juta kali kat oang sebelah tu) bukan mersik ke yg jadik pengantin lelakinya?...rasa cam x silap oang...

Unknown said...

alahai...pokcik mersik jumpa buah hati lama ke kat kemduri kawin tu? Kat open house Alaf ari tu nampak kelibat pokcik tgh dok depan makanan. Pakai baju kaler merah lagi. Nasib baik x de lembu... hik hik hik.

Unknown said...

Pasai apa Pokcik jerit nama Pok Abu tu? Sabo je aku. Kalo idak, mau jadi kenduri lain... na'uzubillah. Citer sikit, tak ada ke orang ngintai pokcik masa pokcik lap pinggan atau makan buah yang dipotong tu... huhu.. mana ler tau ada yang buat candid camera pulak...huhu... boleh masuk YouTube nih.

pu3Chempakabiru said...

Kanda, banyak depa amik gambar pokcik curi-curi makan buah lebih dari memotongnya. Itu pasallah hidangan buah di meja pengantin cam kureng je... rupanya dan bersemadi di dasar purut pokcik..isy..isy...isy..... :) :)

Mersik said...

Salmah - Uii tak mahu la dok dekat2 pelamin tu. Mak andamnya menjeling nakal jek. Tak daya pokcik huu

Ainin Naufal - Amboi2..nape tak menyapa2 masa tu , leh berkenal2 mesra..alahaii

Opah De - Alaa saja jek nak ambik ati pak Abu tu..Alah, sapalah nak intai oang tua nih dok kat bangsal. Takat anak dara jeling2 tu..huh maleh pokcik nak layan kekekeke..

chempaka biru - Elehh..tak luak pun..lain ler kalu buah yg sedap2 cam anggur, epal , stratberri..mmg tak merasa pengantin tuu kekekeke..alahaii