Friday, December 29, 2006

Musim berlalu..

Sejak sehari dua yang lepas, pokcik agak "terhilang" sekejap dari pondok buruk nih. Mungkin ada diantara anda seme yang tertanya2 akan ketiadaan pokcik, kerana pokcik selalunya tak pernah berenggang lama2 dengan pondok buruk nih. Apatah lagi meninggalkan anjung yang nyaman2 ditemani kopi tongkat Ali panas serta biskut kering.

Alahaii.. pokcik saja berjalan2. Cadangnya nak menghala ke Selatan gitu. Oleh kerana dibahagian tersebut dilanda banjir yang teruk2 maka tak jadi ler pokcik hendak kesana. Namun perjalanannya sampai juga ke destinasi yg hampir2 selatan lah jugak.

Di sana pokcik , hanya merehat2kan diri sambil memikir2 akan banyak hal. Bukannya tak boleh berfikir di pondok tuh, tapi biasalah, pondok sendiri, anjung sendiri, fikirannya pun mungkin terikut2 hati sendiri, suasana dan keadaan sekeliling. Bila berubah angin, barulah otak nih berjalan sikit dan rasa rajin nak menjana2 sesuatu yang baru untuk tahun yang baru.

Uii..sebut pasal tahun baru, nampaknya dah tak lama lagi laa tahun 2007 akan muncul. Selain dari itu Raya Aidil Adha pun serentak muncul juga. Memang sibuk betul akhir tahun nih. Sibuk bekerja dan sibuk juga bercuti2nya..alahai hik hik.

Adapun pokcik sebenarnya mencari diri didalam diri.. Fuh! bunyi pun dah macam mistik jek hik hik. Uii janganlah gabra. Pokcik tak pandai sangat nak bercerita pasal apa yang bergolak di dalam kepala nih. Bukannya pokcik ahli sakit jiwa ( erks..ada plak ahli? Hik hik ). Tapi tu laa.. kadang2 ada sesuatu yg menganggu fikiran nih. Lama dah pokcik fikirkan, cuma sejak kebelakangan ini, ia begitu kuat menganggu dan menerjah2.

Secara kesimpulan, begini lah ceritanya. Ia ada kena mengena dengan menjelangnya tahun baru, Raya haji dan Maal hijrah. Dan ia lebih kepada perancangan tahun baru dan apa yg kita nak buat secara berbeza disamping sasaran2 yg hendak dicapai.

Terlalu rumit sampai tak habih fikir pokcik dibuatnya. Namun yang pastinya..

Hidup perlukan perubahan. Baik dari segi fizikal dan mental. Kerana dengan cara itu sahajalah manusia akan berjaya. Terpulang pada diri2 masing untuk melakukannya..

Itu jek la yg dapat pokcik katakan. Memandangkan hari nih pun dah Jumaat dan kita semua kan bercuti lama, maka pokcik nak ambik kesempatan ini untuk mengucapkan ,

Selamat bercuti Hujung minggu , semoga ceria2 selalu dengan aktiviti yang menarik.

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha, semoga akan lebih gembira menyambutnya selain mendatangkan keinsafan pada kita melihat pada insan2 yang kurang bernasib baik.

Dan tak lupa, Selamat Tahun baru 2007 , semoga tahun ini akan lebih meriah buat kalian seme dan harap2 untuk jadi lebih baik dari tahun2 sebelumnya.

Mudah2an..alahaii

6 comments:

Abang Long said...

tamales tubmaynem irah ayar lidia ahda nad tamales tubnaynem nuhat urab 7002.

mamajambu said...

Selamat hari raya aidil adha pokcik dan selamat menyambut tahun baru 2007..semoga pokcik sentiasa sihat dan ceria selalu hendak nya amin...

selamat bercuti...^_^

Anonymous said...

Selamat semuanya Pokcik... semua yang baik-baik... amin. Semoga hidup Pokcik akan bertambah bahagia, bertambah sihat, bertambah rezeki, bertambah-tambah semuanya... amin...

Mersik said...

abg long - Uii nih apa mimpi ucap selamat terbalik2 nih..mcm mentera harry potter jek.alahaii..oang nak kedepan, dia kebelakang plak hik hik..

alib uam hetegn ? kih kih


mamajambu - Ooo samo la pokcik..uu harap2 mama pun ceria dan berazam2 baru gituu hik hik alahaii

Mersik said...

Opah De - Uii terima kasih daun keladi ler byk2..hik hik byk2 keladinye. Moga2 termakbol la segala doa2 dan harapan tuh..samo2 la kite melangkah ke tahun baru dengan lebih berkeyakinan dan jauh pandangannya..alahaii

Anonymous said...

selamat hari raya aidiladha dan selamat tahun baru 2007