Tuesday, April 28, 2009

Robek

Malam ini, sambil melayan mamun, sambil merenung bintang-bintang kelabu di langit ( sebenornya mata pokcik yang dah kuyu menahan ngantuk), terbit sedikit selera hendak menulis barang sebaris dua cerita. Oh, ini sungguh luar biasa sekali... kerana sejak beberapa bulan yang lalu, pokcik memang sangat malas untuk berbicara.

Mata masih terkalip-kalip. Otak sudah sedikit gerek seperti enjin moris minor lama yang tak diservis. Apolah nak cerita ni? Punggung sudah beberapa kali digaru. Idea datang dan pergi macam lampu trafik light di siang hari.

Dari kejauhan, di perumahan kongsi indon yang malap lampunya, sayup-sayup terdengar lagu dangdut yang mendayu-dayu dibawa oleh penyanyi gelek 45 darjah Mas Idayu.

Wah, layan dangdut la pulak..

Bosan, bosan, bosan dengan sikap muuuuu
Pergi, pergi , pergi dari sisiku..

Aduh, aduh, aduh , aduh aku tertipu
Aduh, aduh, aduh , aduh aku merana
Aduh, aduh, aduh , aduh aku terpana
Aduh, aduh , aduh , aduh

Gobek hatiku...
Gobek hatiku.. hu huu

zzzzzz
zzz

hik hik

Monday, April 27, 2009

tumbang...


Pesta Buku sudah berakhir hari ini.
Dan, pokcik pun akhirnya... tumbang.
Adehh..
Hik hik

Tuesday, April 21, 2009

Dan...

Dan, biasalah...
Bila dah berpesta buku sakan-sakan,
Alah penat la pulak..
Alahaii..

Saturday, April 18, 2009

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009.


Pokcik akan menjengok di pesta buku dalam beberapa hari ni.
Maklomlah, dah lama tak mencium bau-bau kertas dan buku-buku.
Hik hik.. Maih ler...

Monday, April 13, 2009

batuk...


Pokcik tidak berapa sihat sejak dua tiga hari ni. Batuk-batuk yang mulanya bernada manja, akhir-akhirnya menjadikan bunyinya serba serak hingga mengokol-ngokol dan terhinggut-ginggut tubuh pokcik tatkala ia menyerang. Ditambah pula dengan perit tekak dan kerongkong, sangat-sangatlah membuat pokcik jadi tak selesa. Hatta hendak menelan air liur pun rasa macam nak menangis saja.

Musim-musim hujan begini, tubuh tua ini memang mudah kalah. Kena air hujan barang setitis dua, sudah dedor badan. Seram sejuk mula terasa. Urat saraf berdenyut-denyut, Mujur setakat ni, demam tidak mengiring sama. Kalau tidak terkapor-kaporlah pokcik tiada daya hendak menahan virus-virus tersebut dari menghinggapi.

Beginilah keadaannya bila tubuh sudah semakin tua dimakan usia. Luar dan dalam jadi rapuh dan tidak bertenaga. Cuma pokcik tidak kecik hati sangat sebab sudah selayaknya tubuh ini merasa yang sedomkian. Kerana usia sudah meningkat senja. Dan lagi, tubuh ini pun sudah tidak segagah dulu.

Bila tengokkan oang-oang zaman sekarang ni, lagilah pokcik semakin menggeleng kepala. Zaman sekarang, muda-muda lagi sudah kena sakit itu ini. Darah tinggi, kencing manis, jantung, migrane, stroke dan macam-macam lagi penyakit yang mesratubuh.

Perobahan gaya hidup manusia yang serba moden hari ini terlalu pantas hinggakan kita tidak peduli dengan kepentingan tubuh dan juga makanan yang diambil. Belum lagi dikira waktu-waktu makannya. Pendek kata, selagi tekak rasa nak makan, selagi perut boleh tahan, 24 jam pun boleh sapu apa saja. Tak kira siang atau malam.

Benarlah kata Tok Lipat, sahabat baik pokcik di Kampung Parit Sangap tu.

Katanya,“ menjaga kesihatan ni, bukannya masa kita dah tua je, tapi sedari muda kita jadikan amalam yakni gaya hidup yang sihat. Kalau tidak nasiblah. Bila dah tua, badan pun sakit-sakit, segala organ dalaman meragam sana sini, itu maknanya sudah terambat. “

Pokcik setuju sangat dengan pendapatnya. Kalau dah namanya sakit, makan ubat pun belum tentu dapat memulihkan tubuh kepada keadaan asal. Macam enjin dah rosak, godek-godek, overhaul sana sini pun belum tentu boleh sebaik enjin yang asal.

Oleh itu, sayangilah tubuh badan anda. Jagalah ia dengan sebaiknya selain mengisi keperluannya dengan makanan-makan yang berzat dan penuh nutrisi seimbang. Badan yang sihat akan menjadikan otak dan sekelian tubuh cergas bertenaga.

Jangan besok, kamu semua jadi tua... sebelum waktunya.

Hidup biar sedap, yihaaa... ( mula bangun dan hendak melompat-lompat.. )

Adehh.. adehh.. adehh... hmmm... hmm...

Macam nak demam je rasanya... adehh... hmm hmm hmm

Alahaii...

Friday, April 10, 2009

Berpaling...

Itik : Kita ni nampak saja dekat tapi sukar berbicara

Siput : Apakan daya bukan kita yang merencanakannya.

Itik : Bukankah elok kalau kau di sebelah kiri dan aku disebelah kanan. Setidak-tidaknyanya dapat kita bertentang mata. Bukannya berpaling macam ni.

Siput : Sepatutnya begitulah. Seperti yang ku cakap tadi, apakan daya, stoken ini...


Haliaaaa yang punyaaaa...

Alahaiii...

Tuesday, April 07, 2009

Di taman teman.


Pokcik terasa hendak gelak saja sekuat mungkin.

Alkisah, bila mengunjungi satu blog teman ni.. pokcik menulis

"Salamz Moi, pekaboo? wat pe tu? Amboi bz nampak. Saja singgah2 lawat kawan lama."

Dan, beberapa jam lepas tu.. pokcik dengan konfidennya melawat blog yang sama dan dengan selambanya menulis.

"Salamz Moi, pekaboo? Wat pe tu? Lama tul pokcik tak datang ke sini.. lamaaaaa gitu."

Tap! Pokcik tekan enter... komdian, tiba-tiba saja tangan ni gatal nak skroll ke bawah.

Erks...! Hiyaa...

Sahihlah, pokcik ni memang dah tua.

Alahaii...


Nota cagu :
Sesiapa yang merasakan pokcik telah melakukan kekeliruan ini di blog mereka, harap dimaafkanlah saja oang tua ini.

Monday, April 06, 2009

tidur...


“Kopi ni bagus pokcik, sesuai untuk kesihatan.“ Lelaki itu tersengih sambil menyua satu kotak yang didakwanya kopi herba. Wajahnya manis laksana jurujual jalanan. Pakaianya juga kemas.

Entah dari mana dia datang, tiba-tiba saja muncul, menjagakan menung pokcik di atas tangga.

“Alah, tak apa... pokcik dah banyak kopi dah,“ jawap pokcik dengan mesra. Memang di dapur pondok pokcik ni sudah penuh dengan stok kopi tongkat ali dengan skut kering yang pokcik tidak boleh miss membelinya.

“Eh, kopi ni lain, pokcik. Banyak kelebihannya. 1001 macam khasiat dah rahsia turun temurun. Sebagai contoh, kalau pokcik nak kurus, kena selalu amalkan minum sebelum makan. Kalau nak sentiasa cergas pula, minum lepas makan. Kalau pokcik malam-malam minum, fuhh... sampai pagi tak boleh tidur. Cerah biji mata. Power sungguh!“ Berjela-jela lelaki itu melobi. Pokcik mengeluh beberapa kali.

“Alah, sekarang ni, tak makan kopi pun dah boleh tidur.“ Jawap pokcik lagi.

”Eh, Apsal pulak tu.” Lelaki itu menyoal.

“Biasa la… gawat! “

“Hah!“ Lelaki itu terkedu... barangkali hairan, orang tua-tua macam pokcik ni pun boleh gawat. Segera ia berlalu selepas berjabat dah tersengih tawar. Ya lah, menjual sesuatu pada yang tak mampu memang sia-sia.

Walaupun kedengarannya sudah seperti disenyapkan dengan cerita-cerita semasa yang agak panas, err err politik misalnya, hakikanya ia tetap ada dan kian parah ibarat api yang memakan sekam. Sekam yang mungkin di sawah kamu sendiri.

Lihat dan dengar sajalah di sekeliling kita. Tentu ada kisah-kisah mereka yang kurang bernasib baik dilanda gawat yang melanda. Pokcik yang sering memantau senarionya saban hari tetap juga terkena tempiasnya.

Selain pekerja kilang industri automotif, di jangka banyak lagi sektor yang bakal terlibat. Dan menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, hingga akhir tahun ini keadaan gawat akan berterusan, malahan lebih buruk lagi.

Hingga ada yang sukar untuk lelap... di waktu malam.

Alahaii...

Wednesday, April 01, 2009

tolong...


“Hidup kena selalu tolong oang.“ Domkian mukadimmah pokcik pada Dol pada satu pagi yang sungguh sabtu.

Budak nakal sebelah umah tu tiba-tiba je menjengah di awal pagi sedang pokcik asyik menyantai-nyantai. Cik Tom yang sedang lena tido terkejut bila diganggu si Dol itu. Lintang pukang dia berlari keliling umah. Walaupun begitu, pokcik tidak putus-putus memberi nasihat kepadanya.

"Dol memang baik tok,“ sahut budak itu sambil mengacah-acah lagi Cik Tom.


“Yer laa tuu..," pokcik menjuih mulut. Seakan kurang percaya saja kalau tiba-tiba budak Dol ini jadi sedikit budiman.

“Betul tok, kalau atok nak tahu, semalam... Dol tolong Pak Sahak tu menyeberang jalan." Dia mula bercerita.

“Aaa.. ye ke?“ Tiba-tiba pokcik terbayang orang tua yang tinggal di umah teres perumahan depan itu. Dia agak uzur sikit, jalan ketar-ketar pakai tongkat.”

“Bukan Dol saja, Suppa, Ku Chai, Meon dan Anip pun tulun jugak.” Dol menyebut satu persatu kawannya yang terlibat dalam misi yang amat mulia ini.

“Uii.. sampai lima orang, nak tolong Pak Sahak menyeberang jalan?” Pokcik sedikit konpius bercampur teruja. Setakat nak menyeberang jalan, oang tua itu sendiri pun boleh. Dia bukannya tak boleh jalan langsung. Cuma pergerakannya slow and steady je

“Tu la, tok...,"


"Masalahnya, orang tua tu tak mahu menyeberang jalan..” jawab Dol sambil tersengih-sengih sebelum mengekek-ngekek ketawa.

“Aaaa...... ,"

Pokcik terkedu. terasa dunia ini semakin gelap gelita.

Alahaii...

Monday, March 30, 2009

Dunia tanpa letrik ( Earth hour 2009 )

Sabtu, 28 Mac 2009 , tepat jam 8.30 malam...

Tap!

Pondok pokcik bergelap.

Zzzzzzz
Zzzzzz
Zzzzz

Kroihs.. kroihs….


Nota cagu :
Eh, sama juga la tuu.. hik hik

Monday, March 23, 2009

Tag Spesels...

Alahaii... pokcik di tag lagi oleh seseorang, hmm.. Molly , yo la.. pokcik jawab ni.. Seperti biasa, jawapan pokcik memang selamba, tapi... ikhlas gitu. Layannnnnnnn

5 Yang Paling Spesel - Orang Yg Masih Bernyawa:

1. Tok Lipat ( Cupmate – kawan sekepala dan se ngeteh2 hik hik)
2. Sedara mara pokcik yang masih hidup.
3. Teman-teman tap mesra dan kawan2 yang kita suka.. sesapa la, tak kisah.
4. Makhluk tuhan paling seksi, auw auw auw auw , ah ah ah

5. Haliaaaa ( Aleya )

5 Yang Paling Spesel - Makhluk Bernyawa Bukan Orang:

1. Cik Tom ( kucing tompang di pondok pokcik ni aa )
2. Ubi kayu ( sebab darinya lah datang bahan asas (tepung) untuk sekut pokcik )
3. Tongkat Ali ( utk wat kopi kegemaran pokcik, peneman santai kalau malam bulan mengambang)
4 Ayam, itik, arnab, katak, segala serangga yang berkeliaran di sekitar pondok pokcik ni haa.. Kalau tak de seme-seme tu boleh sunyi pondok pokcik ni.
5. Ikan merah yang masih nyawa-nyawa ikan – sebelum dikorbankan untuk masakan asam pedas oleh Nek Salemah. Uii sedapnyaa.. terangkat gituu..

5 Yang Paling Spesel - Harta Benda Yg Memang Tak Bernyawa:

1. Sekut Hup Seng
2. Kopi tongkat Ali
3. bantal kusam
4. Selimut buruk
5. Pondok ini ler

5 Yang Paling Spesel - Ape2 Yg Jadi Nyawa Anda:

1. Jantung
2. Buah pinggang
3. Limpa
4. otak…
5. usus besor dan kecil

Mana-mana organ yang di atas tu kalau cedera, abih laaa nyawa..


5 Yang Paling Spesel - Penjawab Tag Nyawa Yg Seterusnya:

1. Tok Lipat
2. Iman Dolloh
3. Janipah Lopis
4. Wak Semenggah
5. Marpunah

Yihaaaa!


Nota Cagu :

Oh, ada ulasan buku Dol Leman Misteri Pohon kekabu di blog Fadilah Diyana lah. Caya la.. terima kasih daun keladi.. banyak-banyak keladinya.. hu huu

Wednesday, March 18, 2009

Leha...


Sesekali mendengar lagu-lagu lama di curung radio buruk pokcik ni, memang boleh ternaik syoknya. Mujurlah ada stesen Klasik Nasonol yang sangat-sangat perihatin pada permintaan oang tua ini. Maklomlah, zaman sekarang lagu-lagunya keras-keras dan rancak-rancak. Melodinya entah apa-apa lah. Lebih bingit dari bising.

Ada sekali tu.. pokcik tertanya-tanya sendiri apabila mendengar satu lagu oleh seorang penyanyi baru ni. Dahlah dulu beriya nak nyanyi, bila dah dibagi peluang, direkodkan suaranya tak menyanyi pulak. Asyik menceceh-ceceh, bercakap laju-laju dengan rentak irama yang sangkut-sangkut gitu. Entah la oang kata itu irama hip-hop. Pokcik kata hickups je.. hik hik

Berbalik pada lagu Klasik Nasonol tadi, maka setelah agak lama melayari halwa teliunga, tiba-tiba terdengarlah lagu seorang penyanyi yang dah lama pokcik tak dengar. Sapa lagi kalau bukan di Leha tu. Alahhh takkan tak kenal, Lehaa yang nyanyi lagu kerana pengalaman, dangdut reggae-reggae, nasib janda, joget burung merpati dan banyak lagi. Ish. Ish.. kamu ni nampak benarlah tak tahunya.

Leha ni memang popular di zaman 70an dan 80an. Masuk je 90an dia dah mula slow. Kalau dengar suaranya yang manja dan menggebu-gebu bak buluh perindu tu, hati boleh jadi tertawan gitu. Lidah boleh jadi kelu. Lengguk nada syahdunya memang tak jemu didengar telinga. Belum lagi raut wajahnya yang waktu itu cun-cun ayu, yang menjadi igauan anak-anak muda, termasuklah pokcik juga. Hik hik..

Apa-apa pun layan la lagu dia ni, yang pokcik teramat-amat suka sekali. Santai dan menikam kalbu hingga tidak sedar hati diserang oleh asyik dan rindu pula kekek..

Agak-agak kamulah, kalau pokcik yang nyanyi lagu ni.. siapa ya yang sesuai berduet dengan pokcik?

Hik hik


Semurni Kasihmu Sesuci Kasihku – Zaleha Hamid & Aziz Ahmad

Bertiup sang bayu senja
Burung terbang ke sarang
Tanda matahari hilang
Cahaya dibumi

Bertambah indah suasana
Pungguk bertemu bulan
Hilang segala duka
Masa remaja

Sejernih embun sesegar pohon
Segar lagi cintaku padamu
Sesayup awan setinggi gunung
Tinggi lagi harapan padamu

Apa benar begitu
Bulan kan terbit tinggi
Cahaya menerangi alam
Luas semesta

Kalau begitu tuan
Kuserah hati ini
Jangan kau bimbang lagi
Kau kasihku


Tuesday, March 17, 2009

Round...


Entah apa mimpi, Pak Leman mengajak pokcik pergi kenduri kahwin rumah teman tapi mesranya. Mak Limah tiada menemani. Ada urusan kaum hawa katanya. Memandang kan pokcik ni kategori warga emas, tentu layak kalau dikata mertua angkat sekali pun. Dan Dol, si budal nakal sibuk mengangkat tangan, yeah yeah.. atok ikut, yeah yeah.. atok ikut…

“Pokcik tengok sign board, saya bawak keta.” Pak Leman tekun memulas stering. Kereta kancil model lamanya masih tersengut-sengut. Entah tersilap tekan brek ka, clutch ka atau minyak ka. Dol pun sudah tersenggut juga sambil berdengkur-dengkur. Penat main polis sentri agaknya sejak pagi tadi.

Pokcik menjengahkan kepala, sambil berkedip mata. Komdian mengenggam tangan lalu disua ke mata. Meneropong la kekununnya mencari-cari arah dan petunjuk jalan. Kancil Pak Leman mula memasuki roundabout Shah Alam yang entah belah mana.

“Tengok signboard tu…” juih Pak Leman menunjuk kepada tiang-tiang yang dipacak beserta berserta bunga manggar sehelai ditepi roundabout.

“Sapa nama anak nya?” Soal pokcik.

“Ntah la.. tengok la saja..” Pak Leman tak menoleh. Kancilnya sudah mula korner baring. Pegangannya kejap dan kukuh.

“Bedah dan Tumin, “ "Bukan!” , "Hah, round lagi… bior pokcik tengok.”

“Salwa dan Hafiz,” “Bukan!” , “ Hah, round lagi… bior pokcik tengok.”

“Elly dan Iwan,” “Bukan!” , "Hah, round lagi… bior pokcik tengok.”

Dan ianya berterusan entah ke berapa kali.. sampai naik teleng kepala Pak Leman dan kematu pegangan steringnya. Pokcik meraba kepala yang sudah pening.

“Ish apa kejadahnya oang pacak signboard kat tepi roundabout ni? Kalau satu tak pe, ini banyak la pulakk…” Omel pokcik sambil terkedip-kedip mata.

Kancil masih mengelilingi roundabout itu entah kali ke berapa tah…

Dol masih berdengkur, cuma kepalanya sudah dibawah manakala kakinya pula di atas.

Alahaii...

Thursday, March 12, 2009

Jemu...


Di warung depan simpang Parit Sangap itulah kami selalu berkumpul setiap kali berjumpa. Pokcik, Tok Lipat dan Pak Dolloh pengunjung yang setia. Lain-lain manusia, datang dan pergi begitu saja. Maklomlah, Warong Noyon hujung simpang tu memang popular.
Orang dari kampung sebelah menyebelah pun ada datang menyinggah bila tekak teringin nak pekena roti canai atau nasi lemak. Belum lagi masuk teh tarik yang tak boleh ditolak-tolak keinginannya untuk merasa.

Wak Semenggah antara pengunjung yang selalu kami jumpa. Setiap kali tersuanya sedang mencicip kopi dan roti canai , dia akan mengangkat tangan dan difollowi oleh salam mesra.

“Bila sampai? Lama tak jumpa?” Domikian la mukadimah yang sering keluar dari mulutnya. Komdian, apabila keadaa menjadi terlalu mesra, dia akan memulakan perbualan kami dengan kisah-kisahnya yang tersendiri.

Cuma masalahnya, saban kali pokcik dan kawan-kawan tersua dengannya di warung itu, saban kali jugalah pokcik mendengar cerita yang sama. Tanpa berobah walau sefakta pun. Kami dapat menjangka cerita-cerita seterusnya.

Hakikatnya, dalam fikiran Wak Semenggah sudah semacam satu rekod untuk perkara-perkara yang sangat terhad. Kadang-kadang juga ketersasulannya menyebut nama kami bertiga membuatkan kami jadi bertambah ngeri.

Barangkali, itu adalah lumrah apabila ketuaan yang menjadi-jadi. Namun, kami biarkan saja orang tua itu. Lagi pun, dia lebih tua daripada kami. Kami kena hormat. Selepas itulah baru kami terasa hendak memperlekeh dan mengutuknya. Maklomlah, kami pun manusia juga dan dalam dada ini juga ada sekelumit perasaan yang sedikit jahat dan jaki.

Bila difikir-fikirkan balik, begitulah kita bila sudah semakin lama hidup di atas muka bumi ini. Jadi tua dan dilupa. Namun proses untuk menjadi tua bukannlah sesuatu yang menyeronokkan. Memang kampung Parit Sangap banyak mengajar pokcik untuk menilai diri sendiri selain memikirkan pada hal-hal akan datang.

Agaknya, apa pendapat oang, bila setiap kali pokcik menyapa ,

“Uii.. wat pe tuu?”
“Lama tak nampak? Lamaaaa gitu.”
“Bersungguh nampak. Bz ek...”
“Biasa la.. sihat-sihat oang tua.”

Kadang-kadang pokcik terfikir juga akan perasaan kamu ketika melayani bicara ini.

Adakah perkataan-perkataan yang biasa-biasa itu terluah tanpa perasaan dan detik pemula bicara? Maksudnya, “pop” ia hanya keluar begitu saja dari mulut pokcik. Ntahlah pokcik pun tak tahu.

Kebiasaan atau memang datang dari hati?

Adakah pokcik juga dalam proses untuk menuruti perilaku dan pericakap Wak Semenggah?

Oh, Tak dapat dibayangkan.

Alahaii...


Nota cagu :

Pada sesiapa yang sudi melayan pokcik saban hari tak kira malam atau siang, pokcik ucapkan terima kasih daun keladi banyak-banyak. Walau apa pun rasa ( nyata atau skema ) yang timbul pada hati kamu dalam melayan oang tua ini, pokcik sangat-sangat menghargainya. Lagi pun oang-oang tua cam pokcik ni bukannya lama sangat nak hidup.

Kepikunan membuatkan pokcik sering lupa. Keuzuran pula menambah rasa malas untuk pokcik melawat kamu tiap-tiap hari.

Saat ini, ketuaan berlalu dengan amat drastik sekali.

Dan pokcik tidak berdaya.

Tuesday, March 10, 2009

Bukan Tagged Biasa : Warkah Cinta.


Pokcik nak menjawab tagged dari Abang long. Entah apalah abg long tu menyuo pokcik mengenang-ngenang zaman warkah-warkah cinta dulu. Pokcik mana ingat, berhari-hari pokcik memendam malu yg teramat , kerana mengingati kisah cinta lampau bagi seorang tua seperti pokcik ni amatlah menostalgiakan gitu.

Kadang-kadang sampai terkhayal sendiri. Sampai Pak Leman yg lalu depan pondok pokcik pun turut menegur apabila melihat pokcik bersungguh mengunyah plastik sekut sambil termenung jauh. Tu la.. asyik sangat memikirkan fasal warkah cinta ni, plastik sekut dengan sekut pun tak dapat di beza hik hik

Apa-apa pun... ni jek la yang pokcik dapat fikirkan.. layannnz


1 - Bila kali pertama menerima WARKAH CINTA ?


Err.. err.. masa umur 8 tahun kut. Actually , Bedah hantar kad wish cepat baik masa pokcik baru lepas masuk jawi.. Kira warkah cinta la tu ek, sbb pokcik baru jadi dewasa masa tu dan perasaannya bergelora lain macam je kekekek

2 - Dalam WARKAH CINTA ada lirik lagu atau puisi atau pantun atau syair atau sajak ?
Err.. errr.. ada kata-kata yang tersalah susun dan ejaan yang berterabur. Tapi, waktu tu.. pokcik pun baca terkial-kial. Maklomlah, oang tak pandai sekolah.. hik hik Namun tetap tersengih selepas membacanya.. Dalam bercinta semuanya serba indah.

3 - Dalam sampul WARKAH CINTA, ada ditabur bedak atau haruman ?
Hik hik.. masa tu bedak serbuk susah nak dapat. Mak salu pakai bedak kotak empat segi yang depannya ada gambor amoi rambut panjang. Nak tak nak terpaksalah kikis bedak tu. Kadang-kadang sampai berketul-ketul. Ah lantaklah, janji wangi.

4 - Masih disimpan semua WARKAH CINTA ?
Huyoo.. mana ado lagi, dah lamo dah.. dekat 55 tahun dulu. Tapi pokcik ingatah, ada dalam patplo lai.

5 - Ada disertakan gambar ?
Tak adalah gamaknya. Maklom la.. zaman dulu mana ada duit nak ambik gambor. Mahallll.. Koman-koman pun lukislah gambor hati dan anak panah. Kat bawah tu tulis perkataan skema , Pechah kaca pechah gelas, Sudah bacha harap balas.

6 - Masih disimpan WARKAH CINTA itu di dalam sampul asalnya ?
Dah selamat dah , masa mak bakor bantal busuk berserta sarung-sarungnya sekali. Dah hitam legam penuh peta. Surat-surat tu pula, pokcik simpan dalam sarung bantal , alahaiii , nasib.

7 - Pernah dibaca selepas itu? atau disimpan buat kenangan dan sebagai harta ?
Simpan dalam hati dan ingatan selagi tubuh ini masih segar dan nafas ini masih berdenyut dalam diri.

8 - Tarikh WARKAH CINTA pertama yang diterima ?
23 Februari 1953

9 - Adakah sesiapa yang tahu tentang WARKAH CINTA anda ? Umpamanya anak atau saudara ? Ada, bapak si dia tu .. waaaaaaaaaaa . Terus pokcik kena marah, dan dia pun kena saiko dengan bapak dia ( lebih kepada membandingkan pokcik dengan oang lain yg lebih berjaya dan mampunanggung hidup ( selepas kahwin)) . Oleh itu, kisah cinta pokcik putus begitu saja di tengah jalan. Sob.. sob.. sob

10-Pendapat ANDA. Mana lebih mendebarkan ... antara Surat @ WARKAH CINTA atau emel atau sms ?
Kos yang ditanggung oleh segala perkhidmatan dalam meluahkan rasa cinta kita dalam cara yang tak kita fikirkan secara waras. Contoh, bil telefon yang melambung-lambung.

Pokcik dah kata , Dalam bercinta semuanya serba indah


Alahaii...

Saturday, March 07, 2009

nak..

Nak balik , tak balik
Nak balik , tak balik
Nak balik, tak balik

Aahh... balik laaa

Parit Sangap..

Here i come..

Hik hik

Sunday, March 01, 2009

Tagged pilem-pilem


1. You have to point out 5 romantic movies that you would love to share with your loved ones.

2. It doesn’t have to be in order.. as long as you love the movies, it will be fines long as you love the movies, it will be fine

Alahaiiii.. pokcik kena tagged plak ngan Dhiya Zafira. kali ni tanya fasal pilem-pilem kesukaan pokcik yg nostalgia. Kalau nak diikutkan, banyokkkk... Tapi ni jek la yang pokcik ingat... kenapa?

1. Ibu Mertuaku - Mana boleh lupa pilem ni. Apatah lagi dialog Mak dara pada Kassim Selamat di kuburan ,

"Hmm.. Menangis kunun. Jantan tak tau malu. Menikah satu sen tidak keluar uwang, malah harta anak aku kau kikis sampai habis. Komdian, kau seksa pulak anak aku sehingga mati. Pergi kau main mujik disana buat apa kau menangis di sini."

Ooo.. dasatt..



1. Penarek Becha - Sebab ada lagu Azizah.. hik hik

3. Sanggam - Kisah cinta tiga segi yang terawal pada pilem hindi, sekarang ni... dah berlambak-lambak kisah cam ni. Pokcik suka lagu , Hardil Jo Pyar Karega.. Yihaaaaaaa

4. Haati Mere Saati - Wow! gajoh boleh main bola wa cakap tu.. Kalah Ronaldo. Nak-nak kalau gajah tu naik minyak tengah-tengah padang hik hik


5. Chaahat - Suka tengok Pooja Bhaat - Cun gitu.. kekekekek Lama dah dia tak berlakon. Mana perginya ek?

Tu jek la.. pilem-pilem yang pokcik minat. Waa jangan la gelakkan. Pokcik tahu.. seme pilem-pimen lama tu..
Apa nak buat , orang lama.. hik hik

Wednesday, February 25, 2009

Diari sang hujan...



Hujan kini begitu murah sekali turunnya saban hari, Dari petang membawa ke pagi terus ke dinihari. Bersemangat sungguh pokcik menikmatinya berteman sekut kering dan kopi tongkat Ali.

Sekurangnya dingin jugalah tidur pokcik setelah penat bersantai, membuang letih lesu tubuh badan dan celaru fikiran ini.

Agak berselera gitu dengkur-dengkurnya bersama bantal busuk serta selimut kusam yang menutup seluruh tubuh tua ini sambil di temani….

mimpi-mimpi basah...

Hik hik

Nota cagu :


Korang memang nakal kalau mengingatkan maksud yang lain mengenai mimpi basah tersebut. Tidak bolehkan anda menganggap yang pondok pokcik bocor dan air menitis di atas kepala sewaktu tengah tidur menyebabkan semua mimpi-mimpi pokcik basah semua.. gegegege

Monday, February 23, 2009

Luka ini separa pedihnya...

Hujan yang turun gerimis membasah bumi di petang Ahad membuatkan pokcik jadi rindu pada saat santai yang begini-begini. Sambil menghirup, sambil menitip biskut kering di tangan, ingatan itu bagai di bawa-bawa pergi.

Tinggallah kasih tinggallah dewi
Aku pergi berputih hati
Kalau orang tuamu enggan memberi
Apakan aku harus menanti...

Dan momen-momen itu bagaikan seribu sembilu yang menyucuk tangkai hati. Merobek kembali parut luka lama yang masih hangat terasa.

Cerita lama itu seperti semalam berlalunya. Pokcik merenung jauh ke dalam titis hujan, seolah-olah nampak seorang jejaka yang basah lencun meredahnya, yang patah hati, kerana cinta. Kadang-kadang mengalir si air mata bersama pedih pilu yang sungguh menyakitkan.

Adehh...!

Waa.. tergigit jari la pulak.

Ish, ish, tuuu la padohnya, kalau makan sekut sambil menggelamun.

Alahaii...

Thursday, February 19, 2009

Rindu ini sederhana pilu...

Terima kasih si daun keladi kepada sesiapa yang sudi mengunjungi pondok ini. Juga pada insan-insan suci yang sudi menitip khabar di angin lalu.

Yang dekat , berkirim jalan
Yang jauh , berkirim salam..
Yang ingat , berkirim sapaan
Yang lupa , berkirim ingatan

Yang bersua, ber 'ngeteh-ngeteh'an

Kadang-kadang, dalam hati ini berkobar-kobar hendak menulis, tapi siapa tahu bilamana perasaan ni naik dan turun sesuka hati dan akhirnya mati begitu saja.

Pokcik terdera oleh rindu yang membalun pilu.

Alahaii...