Monday, April 13, 2009

batuk...


Pokcik tidak berapa sihat sejak dua tiga hari ni. Batuk-batuk yang mulanya bernada manja, akhir-akhirnya menjadikan bunyinya serba serak hingga mengokol-ngokol dan terhinggut-ginggut tubuh pokcik tatkala ia menyerang. Ditambah pula dengan perit tekak dan kerongkong, sangat-sangatlah membuat pokcik jadi tak selesa. Hatta hendak menelan air liur pun rasa macam nak menangis saja.

Musim-musim hujan begini, tubuh tua ini memang mudah kalah. Kena air hujan barang setitis dua, sudah dedor badan. Seram sejuk mula terasa. Urat saraf berdenyut-denyut, Mujur setakat ni, demam tidak mengiring sama. Kalau tidak terkapor-kaporlah pokcik tiada daya hendak menahan virus-virus tersebut dari menghinggapi.

Beginilah keadaannya bila tubuh sudah semakin tua dimakan usia. Luar dan dalam jadi rapuh dan tidak bertenaga. Cuma pokcik tidak kecik hati sangat sebab sudah selayaknya tubuh ini merasa yang sedomkian. Kerana usia sudah meningkat senja. Dan lagi, tubuh ini pun sudah tidak segagah dulu.

Bila tengokkan oang-oang zaman sekarang ni, lagilah pokcik semakin menggeleng kepala. Zaman sekarang, muda-muda lagi sudah kena sakit itu ini. Darah tinggi, kencing manis, jantung, migrane, stroke dan macam-macam lagi penyakit yang mesratubuh.

Perobahan gaya hidup manusia yang serba moden hari ini terlalu pantas hinggakan kita tidak peduli dengan kepentingan tubuh dan juga makanan yang diambil. Belum lagi dikira waktu-waktu makannya. Pendek kata, selagi tekak rasa nak makan, selagi perut boleh tahan, 24 jam pun boleh sapu apa saja. Tak kira siang atau malam.

Benarlah kata Tok Lipat, sahabat baik pokcik di Kampung Parit Sangap tu.

Katanya,“ menjaga kesihatan ni, bukannya masa kita dah tua je, tapi sedari muda kita jadikan amalam yakni gaya hidup yang sihat. Kalau tidak nasiblah. Bila dah tua, badan pun sakit-sakit, segala organ dalaman meragam sana sini, itu maknanya sudah terambat. “

Pokcik setuju sangat dengan pendapatnya. Kalau dah namanya sakit, makan ubat pun belum tentu dapat memulihkan tubuh kepada keadaan asal. Macam enjin dah rosak, godek-godek, overhaul sana sini pun belum tentu boleh sebaik enjin yang asal.

Oleh itu, sayangilah tubuh badan anda. Jagalah ia dengan sebaiknya selain mengisi keperluannya dengan makanan-makan yang berzat dan penuh nutrisi seimbang. Badan yang sihat akan menjadikan otak dan sekelian tubuh cergas bertenaga.

Jangan besok, kamu semua jadi tua... sebelum waktunya.

Hidup biar sedap, yihaaa... ( mula bangun dan hendak melompat-lompat.. )

Adehh.. adehh.. adehh... hmmm... hmm...

Macam nak demam je rasanya... adehh... hmm hmm hmm

Alahaii...

9 comments:

sufiyyah zulkifli said...

syafakallah pok cik! ;)
tapi, dalam buku dr. aidh al-qarni kata jgn kata ini ketika sakit ;
"Tuhan, alangkah baiknya jika aku sihat.."
dan jangan mengeluh dalam apa jua keadaan, sebab hanya DIA yang TAHU apa yang sepatutnya utk kita.
;)
hehe.
dah lama tak bertanya khabar pok cik.
hurnm.
insya Allah nnt saya letak n3 pasal org tua kat blog saya ya!

miloaiskurangmanis said...

banyak2 rehat le pokcik
kesian kat pokcik....

tak yah le nak lompat2 bagai
kalo teringin sesangat
goyang2 kaki jer dah cukup
hiks

Unknown said...

Get well soon pokcik. Makan ubat dan berehat kerana anda amat diperlukan bermula pada hari Jumaat ini. Doctor's order tau.

INTAN said...

get well soon pokcik

m.q said...

haiiii...lama sy xsinggah kt pondok pokcik ni :)

Nek Cun said...

Salam pokcik... demam sebab kena embun selalulah tu agaknya!... tu ler... kan nekcun dah kata, jangan suka main embun... nekcun do'akan agar pokcik sehat dan dapat jumpa di PWTC Sabtu nanti... tapi nekcun akan sampai petang sikit kerana esok dah nak kena pi outstation, Juma'at malam baru sampai KLIA... kali ni, pokcik mesti kena tegur nekcun yek! kalo dak... nekcun nak ligan pokcik plak!.... hahaha...

arsaili said...

salam..lamanya tak melawat pok cik kampung durian nan sebatang nih ..ahahaha ...cepat2 sembuh ye pok cik...dh tua tu buat la gaya org tua...jgn la terkinjar2 plak..mana nak kebah demam nyaer..ahaks

sufiyyah zulkifli said...

pok cik,
pagi tadi saya dah culik gambar profile pok cik.
harap pok cik halalkan!
^-^
saya dah post entri pasal orang tua.. =)

Mersik said...

Suffiyah Zulkiffli - Pokcik baik2 saja. Biasalah batuk2 sikit..batuk oang tua. Mekasih ler krn prihatin. Dan terima kasih juga wat entri pasal oang tua.. terharu ni. waaa


miloais - goyang kaki ek? hik hik nnt dari kaki naik ke badan, seme nk bergoyang kekekek


Opah De - Tak apa.. sakit2 pun pokcik redah juga, demi semangat yg membara2, yihaa.. hik hik


Intan - mekasih..*wink*


masni qisrine - Ha'ah.. lamaa gitu.. hik hik bz aa..


Nek Cun - Waa. pokcik malu aa.. hik hik, Agak2 kalau ada oang tua yg tegur2 nekcun sambil tup mate tu.. pokcik la tu.. hik hik Jumpa di sanaa.


arsaili - Tu la.. kau ni tenggelam timbul gitu.. Apa2 pun mekasih krn prihatin. Kalau dah ada di sini.. jgn lupa miscall2.. bley aa kite ngeteh2 plak ekekek