Monday, April 06, 2009

tidur...


“Kopi ni bagus pokcik, sesuai untuk kesihatan.“ Lelaki itu tersengih sambil menyua satu kotak yang didakwanya kopi herba. Wajahnya manis laksana jurujual jalanan. Pakaianya juga kemas.

Entah dari mana dia datang, tiba-tiba saja muncul, menjagakan menung pokcik di atas tangga.

“Alah, tak apa... pokcik dah banyak kopi dah,“ jawap pokcik dengan mesra. Memang di dapur pondok pokcik ni sudah penuh dengan stok kopi tongkat ali dengan skut kering yang pokcik tidak boleh miss membelinya.

“Eh, kopi ni lain, pokcik. Banyak kelebihannya. 1001 macam khasiat dah rahsia turun temurun. Sebagai contoh, kalau pokcik nak kurus, kena selalu amalkan minum sebelum makan. Kalau nak sentiasa cergas pula, minum lepas makan. Kalau pokcik malam-malam minum, fuhh... sampai pagi tak boleh tidur. Cerah biji mata. Power sungguh!“ Berjela-jela lelaki itu melobi. Pokcik mengeluh beberapa kali.

“Alah, sekarang ni, tak makan kopi pun dah boleh tidur.“ Jawap pokcik lagi.

”Eh, Apsal pulak tu.” Lelaki itu menyoal.

“Biasa la… gawat! “

“Hah!“ Lelaki itu terkedu... barangkali hairan, orang tua-tua macam pokcik ni pun boleh gawat. Segera ia berlalu selepas berjabat dah tersengih tawar. Ya lah, menjual sesuatu pada yang tak mampu memang sia-sia.

Walaupun kedengarannya sudah seperti disenyapkan dengan cerita-cerita semasa yang agak panas, err err politik misalnya, hakikanya ia tetap ada dan kian parah ibarat api yang memakan sekam. Sekam yang mungkin di sawah kamu sendiri.

Lihat dan dengar sajalah di sekeliling kita. Tentu ada kisah-kisah mereka yang kurang bernasib baik dilanda gawat yang melanda. Pokcik yang sering memantau senarionya saban hari tetap juga terkena tempiasnya.

Selain pekerja kilang industri automotif, di jangka banyak lagi sektor yang bakal terlibat. Dan menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, hingga akhir tahun ini keadaan gawat akan berterusan, malahan lebih buruk lagi.

Hingga ada yang sukar untuk lelap... di waktu malam.

Alahaii...

3 comments:

Nukilan ida said...

sabar la... ada hikmah disebaliknya..
sedapnyerrr minum kopi dan biskut kering!!

Unknown said...

Pokcik... apa jadi? Sabar pokcik, sabar. Erm... jangan runsingkan minda. Pokcik tahu apa yang pokcik boleh buat sementara tu, kan?

Nek Cun said...

Pokcik... gawat ni rasanya hanya kita rakyat marhain yang rasa kot... depa-depa kat Parlimen tu, macam tak heran jer...isteri-isteri depa dok masih gak shopping kat oversea... entah ler... nekcun pun rasa cam nak buka gerai nasi lemak jer dah ni... hehehe...