Tuesday, March 17, 2009

Round...


Entah apa mimpi, Pak Leman mengajak pokcik pergi kenduri kahwin rumah teman tapi mesranya. Mak Limah tiada menemani. Ada urusan kaum hawa katanya. Memandang kan pokcik ni kategori warga emas, tentu layak kalau dikata mertua angkat sekali pun. Dan Dol, si budal nakal sibuk mengangkat tangan, yeah yeah.. atok ikut, yeah yeah.. atok ikut…

“Pokcik tengok sign board, saya bawak keta.” Pak Leman tekun memulas stering. Kereta kancil model lamanya masih tersengut-sengut. Entah tersilap tekan brek ka, clutch ka atau minyak ka. Dol pun sudah tersenggut juga sambil berdengkur-dengkur. Penat main polis sentri agaknya sejak pagi tadi.

Pokcik menjengahkan kepala, sambil berkedip mata. Komdian mengenggam tangan lalu disua ke mata. Meneropong la kekununnya mencari-cari arah dan petunjuk jalan. Kancil Pak Leman mula memasuki roundabout Shah Alam yang entah belah mana.

“Tengok signboard tu…” juih Pak Leman menunjuk kepada tiang-tiang yang dipacak beserta berserta bunga manggar sehelai ditepi roundabout.

“Sapa nama anak nya?” Soal pokcik.

“Ntah la.. tengok la saja..” Pak Leman tak menoleh. Kancilnya sudah mula korner baring. Pegangannya kejap dan kukuh.

“Bedah dan Tumin, “ "Bukan!” , "Hah, round lagi… bior pokcik tengok.”

“Salwa dan Hafiz,” “Bukan!” , “ Hah, round lagi… bior pokcik tengok.”

“Elly dan Iwan,” “Bukan!” , "Hah, round lagi… bior pokcik tengok.”

Dan ianya berterusan entah ke berapa kali.. sampai naik teleng kepala Pak Leman dan kematu pegangan steringnya. Pokcik meraba kepala yang sudah pening.

“Ish apa kejadahnya oang pacak signboard kat tepi roundabout ni? Kalau satu tak pe, ini banyak la pulakk…” Omel pokcik sambil terkedip-kedip mata.

Kancil masih mengelilingi roundabout itu entah kali ke berapa tah…

Dol masih berdengkur, cuma kepalanya sudah dibawah manakala kakinya pula di atas.

Alahaii...

6 comments:

SHIMI said...

Tak po pokcik
Round-round roundabout mcm cuti cuti malaysia gak.

Itu dikira senaman yang baik untuk warga emas..

kwang.kwang..kwang

Nursuzry said...

ekekekekek...
pokcik gian marygoround ker?

sufiyyah zulkifli said...

hurnm,
sungguh tak paham.
apakah ramai sangat mendirikan rumahtiangdantangga? he3.

Nek Cun said...

Pokcik.. kalo dah ber'round-round' tuh, teruskan ajer sampai pening. Dah tu kalo nanti kereta dah tersadai tepi jalan, tentu ada orang yang tunjukkan jalan... dah tak gadoh nak terteleng-teleng... hehehe...

Mersik said...

SHIMI - Hiyaa.. apo hal round2 kat situ.. Nanti minyak abih, keta tersadai, pokcik plak yg terkoma2 ... alahaii


Nursuzry - Hik hik.. hiyaaa wat pening kepala ada la.. hik hik


sufiyyah zulkifli - amboi, menanya plak dia.. tunggu la masa bila diri sendiri merasai.. Masa tu oang lain yg akan tak faham.. hik hik


Nek Cun - Waa.. masa tu kenduri dah abih. kempunan nak makan nasik minyak. Apatah lagi kalu dowang sediakan baryani gam..

Waaa... ruginya.. hik hik

zakiah said...

Pokcik,

salam ukhwah...

Santai benar membaca laman pokcik...rasa tenang di hati

banyak ilmu yang diperolehi.
terima kasih...

biasalah adat makan kenduri...

teruskan beround ya pokcik
terima kasih kerana membenarkan saya menyinggah