Friday, November 30, 2007

Mari kita terjah..


Salamz sejahtera dan ceria di hari jumaat yg indah ini. Pokcik tidak dapat menulis banyak kerana badan agak dedor2 sikit. Macam nak demam pun ada.. mungkin pokcik nak tumbuh gigi lagi agaknya hik hik..

Semoga anda semua sihat, santai dan gumbira selalu di hujun minggu ini.

Kalau ada masa terluang, pergi laa jalan2 ke Dataran Merdeka , sabtu dan ahad ini, kerana di sana ada " Fiesta Ushawan Luar Bandar " yang dianjurkan oleh Kemas. Banyak pameran dan booth yang disediakan.

Termasuklah booth bernombor 31 yg ada "Dol Leman" didalamnya. Dari sumber angin2 yg boleh dipercayai, Dol Leman akan mula dijual di situ... Sudi2lah mendapatkannya, kalau tak sudi pun maka sudi2kan la jua.

Jangan kata Dol Leman, penulisnya pun barangkali ada, kalau tak de pun.. iksh.. iksh.. bior pokcik jek la yg pergiii....

Mari kita terjah.. yihaaaaaaaaaa

( Lari sambil angkat kain tinggi2.. )

Thursday, November 29, 2007

Mereka dan cinta...


(i)

Mereka kata

Cinta boleh dibeli begitu saja

Dimalam hari.

Murah dan mewah.

Aku makhluk malang kerana tidak mampu membeli jua


(ii)
Tuan ku,

Yang sebatang kara itu, berkata


Dunia jadi sepi tanpa cinta yang huru hara

Tidak ku damba cinta yang mahal harganya

Ketaksampaian bukanlah dosa

Sekurang2nya

Aku boleh tetap merindu…


(iii)

Ah! Pedulikanlah dia..

Apa bisa dia menilai cinta dalam diriku

Jikalau hakikatnya

Kami tidak sebulu...


Nota Cagu :

Sajak ini dinukilkan sebagai menyelami hati Cik Tom yang semakin dingin pada pokcik gara2 pokcik menegurkan selalu keluar2 di malam hari. Apatah lagi dalam musim2 mengawan ini.

Wednesday, November 28, 2007

Rindu Dol...


Pokcik amat merindu pada Dol Leman.

Ini kisah benar. Musim sekolah yg menjelma kadang kala meragut keheningan pagi pokcik yg acapkali riuh dengan suara2 Dol yg menganggu serta mengagau. Walau pun selalu pokcik panas hati dan rasa ingin menempelengnya, tapi apalah nak dimarahkan pada budak graduan tadika tu.

Sejak seminggu yang lalu entah ke mana hilangnya. Mungkin mengikut keluarga pulang ke kampung dan tertinggal disana.

Benar kata pujangga. Kita selalu merindu pada yg tiada.

Kata-katanya yg dibalas dengan cebik-cebikan oleh pokcik sedikit masa dulu kembali terngiang2 dihujung telinga. Menyiksa diri sendiri..

“ Nanti Dol tak ada, atuk mustiiii winduuuu punya... kekekekek “

Alahaii…


Nota Cagu :


Mujur Dol Leman yg lagi satu ada, dan tak lama lagi akan muncul



.


Friday, November 23, 2007

Menara Gading... (2)


Tersipu-sipu , tersengih-sengih dan termalu-malu ayam.

Domkian la aksi oang tua itu tatkala dipakaikan baju labuh graduan yang serba berkaler2 itu. Tak lupa juga, topi hitam empat segi diatas kepala.

Dia adalah insan yang entah ke berapa kali dipakaikan jubah tersebut. Dari sekecik2 budak, abg kakak, mak ayah serta atuk nenek sekelian, seme kena merasa pakaian “sakti“ tersebut.

Memakainya sahaja membuatkan kita melihat masa depan dengan rasa lebih bagus dari biasa. Begitu juga yang memandang2nya, akan menganggap insan ini akan jadi luar biasa kelak.

Dan, saat itu perlu dikenang2 dan dirakam supaya beberapa tahun lagi , kita dapat membuat perbandingan dalam hidup bertitik tolak dari tarikh bersejarah ini. Apa yg telah dikecapi, hadapi , urusi, koleksi ( dr perkataan collect ) , dan hargai dalam hidup ini. Adakah akan menjadi insan hadari atau sebaliknya. Pakaian keramat itu telah memlilih insan tertentu, memberikan kuasa dan peluang. Terpulang pada si pemakainya untuk mencorak hidup seterusnya dengan sebaik mungkin.

Dan pakcik tua itu.... terus mendoakan yang baik2 sahaja.


Sehingga selesai majlis, kelihatan tergigl-gigil pakcik itu turun semula ke bawah. Lenguh lutut dan letih tubuh sudah tidak terkira lagi siksanya. Nyaris2 dia terguling2 dek kerana tersilap langkah.

Dan topi empat segi masih ada lagi di atas kepalanya . Barangkali kerana sangat teruja atau terlupa.

Domkian la fitrah ibu dan bapa, sentiasa hendak memberikan yang terbaik pada hidup anak-anak mereka.

Alahaii…



Nota Cagu :

Selamat bercoti hujung minggu. Ceria2 selalu..

Wednesday, November 21, 2007

Menara Gading...


“Inilah tempat acik belajar… mak, ayah” ujar anak muda itu tatkala kereta sewaan ayahnya melintas ke beberapa bangunan yang tersergam indah dalam kampus UiTM yang berbukit-bukit itu.

Si ayah yang sudah penat berjalan jauh hanya tersengih, mengangkat2 dagu sambil sesekali bernafas kencang. Tiba di hujung jalan, kenderaan tidak dibenarkan masuk. Dengan lutut yang bergoyang, terpaksalah mereka memanjat2 pula tangga untuk ke dewon besor, melihat si anak bongsunya mengambi Diploma atau Ijazah.

Kalau diikutkan kederatnya, memang tak berdaya sangat. Namun kerana anak bongsu yang manja ini ( dari berbelas2 adik beradik yg lain) kini sudah berjaya menamatkan pelajarannya dan memiliki sijil pengiktrafan dari Universiti yang popular di M’sia, maka terpaksalah ayahnda dan bonda mengagahi juga. Oh, mereka sungguh bangga sekali...

Domkianah secebis senario yg saban tahun berlaku dipekarangan Uitm ini. Sengaja pokcik memanjangkan perkara ini kerana menyampaikan cerita2 yg baik serta molek2 memang dituntut dalam pondok pokcik ni. Dan lagi untuk melihat situasi ini dari prospek pengorbanan mak ayah yang tidak putus2 sejak daripada kita mula menangis sampailah besor panjang dan berjaya.

Sebab itulah tidak dikisahkannya akan halangan yang mendatang, kerana halangan yg tersedia bahagia yg nyata amatlah berbaloi untuk diusahakan selain halangan menempuh hasil yang tak pasti. Cuma yang pasti, apabila berada lama didalam dewan tersebut, mereka akan tertidur keletihan.

Selepas itu dibawanya mereka berjalan2 di sekitar Shah Alam yang penuh dengan bulatan2 menyebabkan leher mak ayah selalu tersenget2an mengikut korner kereta. Dan mereka juga duduk bersila direstoren Mek Donol di Seksyen 2 itu sambil terkebil-kebil bertanya "Makan lauk je ke? Nasik2 tak de ?"

Ditunjukkan pula segala tempat yang mereka pernah ziarahi atau pergi supaya mak ayah yang asalnya dari kampung, turut teruja dan merasa bangga.

Cuma tidak ditunjukkan saja tempat mereka mengenal kasih, berjanji temu, membuang masa serta menghabiskan duit pinjaman untuk membeli cinta hatta bersantai2 sahaja. Menghilang stress kekununnya...

Domkian la fitrah anak2, sentiasa hendak menunjuk yang baik-baik sahaja dalam hidup mereka.

Alahaii…

Tuesday, November 20, 2007

Ojo Kesandung , Alih bahasa Melayu...


Terima kasih daun keladi diucapkan kepada jowopinter yang sudi menggunakan ke"pinter"annya dalam berbahasa ibonda untuk mengadaptasi lagu latar pondok pokcik ni ke bahasa melayu. Nanti pokcik cari lagu jawa banyak2 lagi kekekekek.. acah jek tuh.

Apapun, diharap sekalian akan senang faham dan dengan itu akan lebih menyelami melodi serta makna yang terkandung dalam lagu itu. Jangan sampai tersandung sudah... hik hik

Ojo Kesandung
- Jangan tersandung / tersepak

Batu neng dalan awan awan
- Batu di jalanan siang hari

Kuii nandang Ne Ora karuan
- Itu tandanya tidak keruan


Karang enom mesti ne Dadi golek ann
- Yang muda mestinya menjadi carian

Ayu Nggarang di karang Gawe pawitan

- Yang cantik dan tampan dijadikan pilihan

Ojo kok fikir
- Jangan difikirkan

Rai mbancer golek an mu
- Muka yang 'hensem' kau cari

Rai kelimis rame seng nunggu
- Muka yang cantik licin ramai yang menunggu

Melerak melerok meripate alis se ciut
- Jeling menjeling matanya alis matanya kecil

Moro teko seng nunang Ora keterimo
- Pergi datang yang meminang tidak diterima

Chorus

Mbok perawan karo joko podo ae
- Anak dara dan jejaka sama saja

Ora terimo duding ngane uwong tuo
- Tidak menerima pilihan orang tua

Nek seng wadon
- Kalau yang perempuan

Pile hane bondo kerjo
- Pilihan mesti berkerja/berharta

Nek seng Djoko
- Kalau yang jejaka

Raii kelimis arepane
- Dahi licin cantik kehendaknya

Ayo podo di cekedi
- Marilah kita berpegang/menerima

Kersane pengeran kuoso
- Apa yang dikurniakan Allah Yang Kuasa

Terimo oppo ae seng di wehi (2X)
- Terima apa sahaja yang diberi

Bapak lan emak
- Bapak dan emak

Seng nggedek ake kawet bayi
- Yang membesarkan sedari bayi

Cilik di gedong Nangis di bopong
- Kecil dibedung , menangis didokong

Pengen Njalok neng kue Ora keweton
- Ingin meminta2 dari anak2 tidak tersebut

Karek kue wes gerang
- Tinggal anak yang dah dewasa

Timbang ngono
-
Timbanglah sendiri



Saturday, November 17, 2007

Ucapan..


Selamat jalan diucapkan buat 26 ribu jemaah haji Malaysia yang akan mengerjakan haji tahun ini. Semoga dipermudahkan urusan dan diterima ibadahnya

Tahniah dan syabas buat penuntut UiTM, yang sedang sibuk memanjat bukit kampus induk di Seksyen 1, Shah Alam, seminggu dua ini bersama keluarga masing2, untuk menerima sijil sempena majlis konvokesyen. Lepas ni janganlah eksyen2 aaa

Pada kanak-kanak sekolah, selamat melompat2, beriang ria sempena cuti sekolah. Semoga anda semua tidak melupakan sekolah serta apa yg diajar selama ini, termasuk juga pakcik yg jaga trafic light semasa kalian memikir bahawa jemberang jalan tidak harus pandang kiri dan kanan, hanya meluru ke depan sahaja. Tak lupa juga tukang kebun sekolah sekali.

Yang untuk yang lain.. selamat bercoti hujung minggu... Salam ceria

Thursday, November 15, 2007

Jauh tapi mesra...


Kebiasaannya , bagi kita2 yg bermasyarakat melayu penuh dengan budaya dan tinggi adat susilanya, amat menitikberatkan akal hal2 berkaitan dengan tandang bertandang ni. Sudah menjadi kemestian pabila kita di katakan mesra atau perihatin, maka sayugia la kita jadi sering ingin bertandang2.
Selain mengeratkan siratulrahim, kita juga ingin berborak lebih lama sambil mengisi sebarang slot (hiburan, usikan, godaman, gossipan , umpatan dll ) dengan maklumat2 yg terkini.

Begitulah juga dengan adat mengenal peribadi terutama bagi oang yg muda remaja termasuk juga yg muda jiwanya. Bertandang untuk melebih kenal adalah menjadi seakan perlu pula.

Pokcik sedikit susah hati pabila dikatakan orang kurang bertandang sejak2 akhir ini. Memang, apabila kita mula dikenali dan dikasihi, maka segala yg ada didalam hati akan dipecah2 untuk memberi. Setiap insan yg selalu menjenguk ke sini harus dibubuh namanya dlm garisan kalbu serta otak ini supaya tidak lupa. Bukan bermakna terpaksa, namun kerana rasa menghargai yang tersangat2 mendalam lebih2 lagi pada yg sudi meluangkan masa mampir ( atau hampir ) ke pondok ini, melayan karenah dan keletah pokcik yang bergigi dua ini.

Ditambah pula dalam dunia maya yang serba menyentuh2 hati dan perasaan. Hinggakan orang boleh jadi terkesima , terleleh air mata dan terusik jiwanya hanya dengan mengadap skrin tiwi saban hari. (sambil geleng2 kepala)

Walau apa pun dugaan yang diterima, pokcik tetap mengingati. Kerana setiap pagi pokcik akan bersantai dianjung dan seringkali melihat pondok dari atas sampai ke bawah, lebih2 lagi tempat di mana tiang dicacakkan. ( Kira cam ala2 di mana bumi di pijak la gitu hik hik )

Lagi pun, perlukan kita bertandang selalu, sedangkan bicara sering ketemu dan perasannya, bagai sudah kenal berkurun dulu ? hu huu *wink*

Agaknya itulah yg dinamakan “ Kemesraan sejalur pandang “

Oh! Pokcik tidak berdaya menghalangnya..

(sambil menunduk wajah dengan kerlingan penuh pesona )

Alahaii…

Tuesday, November 13, 2007

Asyik...


Kadang2 tu , sesuatu yang asyik tidak semestinya di fahami...

Domkian la.. keistimewaan sesebuah melodi.


Oja Kesandung

Oja Kesandung
Batu neng dalan awan awan
Kuii nandang Ne Ora karuan
Karang enom mesti ne Dadi golek ann
Ayu Nggarang di karang Gawe pawitan

Ojo kok fikir
Rai mbancer golek an mu
Rai kelimis rame seng nunggu
Melerak melerok meripate alis se ciut
Moro teko seng nunang Ora keterimo

Chorus

Mbok perawan karo joko podo ae
Ora terimo duding ngane uwong tuo

Nek seng wadon
Pile hane bondo kerjo

Nek seng Djoko
Raii kelimis arepane

Ayo podo di cekedi
Kersane pengeran kuoso

Terimo oppo ae seng di wehi (2X)


Bapak lan emak
Seng nggedek ake kawet bayi
Cilik di gedong Nangis di bopong
Pengen Njalok neng kue Ora keweton
Karek kue wes gerang

Timbang ngono

Nota Cagu :

Jangan tanya pokcik apa maknanya, sebab pokcik bukan orang Jawa. Pokcik ni kira2 cam melayu asli laa gitu.. kekekek..

Sapa2 yg tahu.. boleh laa tulung translate kan.. Kak long ka? Jowopinter ka.. boleh nggak?

Monday, November 12, 2007

Bunyi hujan...

Pokcik duduk bersila mengadap bumbung yang sedikit renggeh dan berombak sejak tengah hari tadi. Hujan yang melebat sejak subuh tadi kadang2 begitu menganggu ketenangan pokcik yg ingin melayan perasan sendiri. Bersedih sepi mengenangkan raya yg baru saja pergi.

Nampaknya bumbung ini pun sakit ditimpa hujan saban waktu. Barangkali ia perlu juga ditukar supaya jadi kukuh dan nampak cantik pada zahirnya.

Pokcik sedang berkira-kira ,

Kalau ditukar bumbung zink… nescaya pabila ditimpa hujan, bunyinya akan jadi tink, tink, tink..

Kalau ditukar bumbung genting… nescaya pabila ditimpa hujan, bunyinya akan jadi ting, ting, ting..

Kalau ditukar bumbung asbestos… nescaya pabila ditimpa hujan, bunyinya akan jadi tos, tos, tos..

Tapi, kalau dibiarkan atap begini saja… bunyinya akan kekal bertap, tap, tap

Tak mengapalah,

Sekurang2nya, ianya sama dengan bunyi air mata pokcik yang meleleh tatkala duka melanda hati.

Alahaii…

Friday, November 09, 2007

Syawal yang pergi...


Hari ini pokcik merasa sangat sedih sedikit, kerana mengikut kalender Hijriah yang digunapakai oleh umat Islam, ia merupakan hari terakhir Syawal yakni yang kita paling senang faham sebagai bulan berhari raya.

Alahaii… sungguh deras ianya berlalu, membawa sama segala keriangan dan ceria yang melimpah2 pada hati, jiwa, senyuman serta perut2 sekelian. Hari dimana kita dijamu lebih dari hari2 biasa dengan segala macam makanan yang enak2 dan lebih kuantitinya.

Yang mana kita juga terlupa bahawa Aidil fitrinya hanya hari pertama sahaja manakala Syawalnya sahaja yang sebulan, dah kita beraya sebulan itulah kekununnya.

Begitu juga hari kita berpeluang berjumpo semua sedara mara yang jauh dimata dan barangkali jauh juga di hati. Berziarah yg tua serta yang muda sambil peluk cium dahi pipi, menghulur salam sesama sambil menadah2 apa2 yg perlu… ( duit raya )

Oh, meriah sungguh kalau dikenang2kan detik manis itu…

Entah kenapa diakhir2 zaman ini, segala2nya bergerak lebih pantas dari apa yang difikirkan. Baik yang molek2 mahupun yang jelek2.

Bertuahlah sekelian kamu yg telah memunafaatkan sebulan ini dengan segala rasa syukur pada Tuhan serta merapatkan hubungan kasih sesama insan. Lagi pun, memang itulah yang diharapkan dalam Syawal ini. Penuh ceria dan gumbira.

Semoga ditahun hadapan, akan dapat bersua lagi… insyaAllah.


Nota Cagu :

“Tok, kalau kita dah habis puasa 6, bolehlah raya lagi 6 hari ek tok?,“ soal Dol yang sudak terpacak di muka tangga pada pagi yang hening tadi. Sahihlah, dia ponteng tadika!

“Uish.. mana ada cam tuh. Ko ni pandailah... „“ ujar Pokcik seraya menepuk dahi. Macam2 budak soang ni...

Sebenarnya dia (Dol) ni tak pernah cukup pun puasa tahun ni, tak sampai pun 6 hari... kekekek

Ceh.. ada hati nak raya lama.

Monday, November 05, 2007

Bersalah...


Pokcik berasa sedikit bersalah kerana membiarkan pondok ini sunyi sepi sejak seminggu yang lalu. Kebiasannya pokcik tidak begini. Memang tak sampai hati pokcik kalau tidak berceloteh barang sehari dua.

Aduh.. mengapakah boleh sampai jadi begini ?

Biasalah, manusia… apa bila di beri sedikit tumpuan dan glamer yang tiba2 menjelma, maka akan terkoma2lah segala urat sarap dan rasa untuk berlagak seperti biasa. Apatah lagi dengan rasa ceria dan sekelian puji2an yang nampaknya sangat benar belaka.

Lebih-lebih lagi bagi kategori manusia warga emas seperti pokcik ni. Lagilah, apabila kelak dilayan macam emas, maka akan jadi tak kemas la hidup ini. Oh! berat sungguh dugaan ini.. Tidak dapat dibayangkan gitu..

Harap2 pokcik akan terus kekal begini kerana peralihan hidup disaat2 usia menjelang syuruk ni terlalu menyusahkan kadang kalanya. Lebih baiklah pokcik meladeni hayat sebagaimana seadanya kini.

Melaluinya dengan tabah hari dan senyuman seindah suria pagi, seperti selalu2nya.


Moga pokcik punyai sedikit kekuatan gitu...

Alahaii…

( Sambil membelek cover Dol Leman dan jari jemari mengurut minyak pada rahang dagu dan pipi… agak tegang gitu rasanya sejak seminggu lalu hik hik )


Saturday, October 27, 2007

Tentang Dol Leman...



Satu petang, beriya2 Dol bertandang dan mengonggah2 pondok pokcik ni hingga jadi kusut masai lena pokcik.

"Ooooo Dol.. apa ko buat tuu?" jerit pokcik dalam keadaan panik. Ingatkan Tsunami tadi..

"Atuk... dah keluar! Hu huuu dah keluar! " pekik budak nakal itu separuh histeria.

"Apa yang dah keluar?" soal pokcik dalam keadaan separa mamai. Biasanya kalau pak Leman dah keluar gi keja.. mmg cam gitu perangai Dol. Suka tahap lapan..

"Ini laa tok.. buku Dol .."

"Buku.. eh ko mana buku? Buku sekolah tadika ada la " jawap pokcik..

"Eh.. tak aa.. buku yg ini... taraaaaaaaaaa ! " sengihnya semakin lebar.

"Erks... " pokcik terkedu.. Cam bermimpi plak rasanya.

Alahaii... syukurlah banyak-banyakk...

*********************************

DOL LEMAN : Misteri kebun Pisang.


Untuk sekelian peminat Dol Leman sekelian, diharap... sudi2lah mendapatkan buku ini.

Kalau tak sudi pun maka, sudi2kan la juga... gerenti best punya... hu huu

Nota Cagu :

Walau pun anda semenya nampaknya teruja2 dan tak sabo2 hendak mendapatkan buku ni, tapi.. harap ber sabooo..

Belum keluar lagi gitu. Mungkin tgh dalam proses kut. Pertengahan bulan depan barangkali ada la kat kedai tu.. hu huuu

Thursday, October 25, 2007

Malap api, malaplah jiwa


Sedang pokcik berkira2 hendak masuk beradu lewat tengah malam semalam, tiba-tiba sahaja bekalan elektrik terputus. Bukan kerana lampu di pondok pokcik padam ( kerana pondok pokcik tak de lektrik pun ) tapi kerana pandangan dibeberapa flat nun dikejauhan sana serta merta jadi hitam kelam.

Kalau nak diikutkan pokcik bukannya kisah pun. Tapi kerana matinya api dek tiba2 itu secara tak langsung maka hiduplah pula mulut. Riuh rendah bunyinya, suara2 sumbang terjerit2 , terpekik2 dan ketawa mengilai tak tentu pasal hingga kedengaran sampai ke pondok pokcik ini. Agaknya mereka terfikir bahawa api padam merupakan satu siksa yg tak tertanggung dek badan mereka.

Komdian apabila api jadi semakin lama tak hidup, berdedai2lah orang menghidupkan motor dan dipulas kuat2 minyak hingga jadi hingar bingar pula kawasan itu bagaikan litar rempit. Barangkali juga, mereka ingin menerangkan jiwa dengan keluar ke warung mamak di depan sana. Di sana pasti ada api yg boleh menyalakan rokok atau menjana skrin besor yang menayangkan sukan 22 orang lelaki berlarian dipadang merebut sebiji bola. Dan mereka boleh jadi semakin riuh.

Lelaki perempuan, semuanya sama… antara blok pun boleh mengusik2 hatta bergurau senda laksana dunia ini mereka yang punya tanpa rasa malu pada telinga2 yg mendengar dialog lucah mereka.

Dan kebanyakan yang menghuni di flat2 sana tu adalah kumpulan istimewa yg dipanggil sebagai golongan universiti, yang barang kali terlupa diajarkan adab dan cara bersosial sesama insan dan jiran ter"banyak" tangga.

Almaklumlah, di pinggiran Shah Alam ni kerap benar ditarik2 akan nikmat apinya. Mungkin kerana ada majlis2 makan-makan oang2 kenamaan disekitarnya yg perlu banyak "karan", atau sudah takdirnya berlaku masalah teknikal.

Apakah mereka tidak kasihankan akan pemandu lori yg keletihan mahu berehat menenangkan mata barang seketika, kanak2 yg perlu tido secukupnya utk menjawap periksa keesokan harinya, anak2 kecil yg diharapkan tidur lebih nyenyak supaya mak bapaknya tak tersenggut2 bangun membuat susu diwaktu malam atau pasangan sah yang berkira2 mahu menjadikan malam itu lebih santai, indah dan serba nikmat.

Entahlah, budak2 sekarang ni sudah tidak mempedulikan akan hal2 yg berkaitan dengan menjaga hati sesama jiran tetangga. Padahal mereka berpelajaran dan bersekolah lebih tinggi dari pokok kelapa.

Rasanya masih ada lagi ilmu2 yang kurang untuk lebih dipelajari. Apatah lagi dizaman lebihnya napsu dan napsi ini.

Sebab itulah pokcik lebih rela tinggal jauh dari pembangunan.


Alahaiii...

Tuesday, October 23, 2007

Hujan semalam...


Lama betul tak turun hujan dikawasan pokcik ni. Semalam adalah yg teramat lebat dan lama sekali dalam sejarah berhujan pokcik. Dari sejak sebelum subuh hingga lewat tengah malam, tak henti2 hujan turun dalam pelbagai tempo, lebat, renyai dan simbah2an.

Dan semalam jugalah.. pokcik mencatatkan banyak rekod2 baru...


1. mengigil2 dan terketaq2 paling lama..
2. Sekut kering paling banyak di makan dalam sehari
3. Dan kopi tongkat ali paling banyak dibancuh dalam sehari

Dan Cik Tom mencatat satu rekod saja, iaitu duduk di umah waktu malam...

hik hik

Alahaii…

Monday, October 22, 2007

Syawal ini...


Sejak balik beraya dari kampung, pokcik agak kematu gitu. Rasa tak ingin buat apa.. hanya ingin duduk diam sahaja. Sementelaah, hilang pula idea untuk berbicara, hilang ghairah untuk berziarah, hilang rasa untuk ketawa , hilang mood utk berhumor mesra apatah lagi berkongsi rasa.

Walau pun sudah puas dipujuk2 akan hati ini bahawa setiap menjelang raya, suasana akan jadi lebih ceria dan kita akan lebih bergumbira dari tahun2 sebelumnya..

Hakikatnya.. kita semakin kecewa dan kecewa..

“Melihat pada yang buruk jangan sampai terhanyut dibawa perasaan,” Pokcik teringat akan nasihat Tok Lipat pada suatu malam, di kg, sebelum beliau menyalakan selingkar ubat nyamuk cap ikan emas.

“Renung dan fikirkanlah, setelah itu.. cari kemanisan yg boleh dikenang.., “ ujarnya lagi, sebelum rebah tergolek bersama dengkur malam.

Dan Pokcik kembali merenung bintang di langit...

Wednesday, October 17, 2007

Dah balik...


Pokcik macam dah balik dari kampung gitu... hik hik

Adoh... letih aa pulak...

Apa tak nye.. raya sampai lupa diri.. hu huu

Alahaii

Wednesday, October 10, 2007

Eh! dah nak raya ke ? alahaiii...


Assalamu'alaikum dan salam sejahtera buat semua.

Alahaii.. dalam pada pokcik mengurut2 dada dek kelelahan ni.. pokcik hampir2 terlupa bahawa sayugianya sudah hampir tiba sang hari raya ini. Alahaii… bercepatan betul masa berlalu sedang sakit demam dan seram2 sejuk badan pokcik nih terasa lambat benar kebahnya.

Apa2 pun raya yang mendatang, tak boleh la kite buat tak pandang. Pokcik yakin benor seme sudah terkinja2 tak sabo sungguh nak behari raya.. Hmm.. elok la kalu kalian seme berperasaan sedomkian kerana raya ni, adalah hari kemenangan yg hakiki untuk umat manusia dimuka bumi ini yg percaya akan pahala dan dosa.

Dikesempatan yang tak berapa ni, pokcik hulurkan salam kemaafan patplo juta belas2 ribu kali pada semua yang sudi mendampingi oang tua ini. Semoga raya kali ini akan lebih meriah dan gumbira tahap maksima gitu. Kalau berbalik kampung tu , sampaikanlah salam pada kedua ibu bapa yang masih ada, atau oang2 tua di kg sama..tok imam, tok siak, atau para mak-mak janda dengan doa supaya panjang umur dan terpelihara hidupnya.


Terima kasih juga diatas ingatan tulus suci pada sesiapa yg sudi mengirimkan kad ucapan pengganti diri buat pokcik. Suka betul pokcik bila mendapatnya.

Yo la.. apa2 pun jaga diri baik-baik sepanjang berhari raya ni.. Bak kata oang malang tak berbau. Beringat sebelum kena.. mudah2an dilindungi keselamatan anda seme.

Pokcik pun nak mengemas la ni.. Tak seronok kalu raya tak balik kg.. Biorkan sakit, pokcik gagahkan juga.. alahaii..

Si Dol tu pun dah siap2 balik semalam. Sempat juga dia pau pokcik duit raya. Walau pokcik kata tak de duit, dia mintak jugak.. iksh iksh budak ni. Pokcik bagi la gak singgit.. Cuma bila dia kata , “ Tak pe tok.. raya kan sebulan “ itu la yg buat pokcik lagi terkedu.. alahaiii

Pondok pokcik ni, akan tutup buat seketika dalam beberapa hari. Kalau nak datang raya , meh la.. pokcik tak ada.. tapi cik tom tu ada la kut.. hik hik.

Selamat Hari raya.. maaf zahir dan batin.. hu huuu

Alahaiii

Monday, October 08, 2007

Dugaan yang sedikit...

Pagi ini tatkala sinar mentari pagi mencelahkan jalurnya dibalik awan kelabu, pokcik diserang bersin2 yang kerap2 hingga membawa kepada hidung berair yang acapkali menghingus tanpa henti.

Ditambah pula rasa seram2 sejuk yang mula dirasai, merata diseluruh tubuh badan.

Kalau ada rezeki, harus juga pokcik akan demam...

Terima kasih , Tuhan...

Friday, October 05, 2007

Deras Ramadhan... (4)

Hari ini entah hari berapa Ramadhan berlalu. Sudah pokcik kabokan awal2 lagi, bahawa berlalunya ia sangat deras dan kurang diperasankan ramai.

Sekarang ni, kalau nak diikutkan sudah mula terasa bahang hari raya di mana2. jenguk sajalah gedung2 indah dn pasar2 malam yg terang benderang, pasti antara barangannya lebih kepada untuk raya2 sahaja. Baik baju nye, kain , perhiasan, biskut , kuih2 atau apa sahaja yang boleh dirayakan kekeke..

Pokcik melihat segalanya nya dengan hati yang berwarna warni. Kadang kala timbul rasa berbelah bagi. Maklom la.. melalui seme itu dalam zaman yg berbeza sejak 60 tahun yang lalu menjadikan perasaan ini terlalu neutral dan statik. Lagi pun apalah sangat dah tua2 ni nak beraya..

Agaknya kemeriahan yg sebenar hakiki adalah tatkala Pak Iman mengalunkan takbir pagi raya dimana itu adalah tanda untuk meraikan kemenangan kita. Keberjayaan dalam ibadah puasa dan mengumpul seberapa banyak pahala ( yg mudah2an diterima oleh Tuhan ).

Selain dari tu.. peluang untuk berasa sedikit ceria selain lebih makan yg diberi2 oang..

Komdian , barulah dikenang2 mereka yg telah pergi selain bertangis2 sesama insan yg masih tak pergi lagi, memohon ampun dah maaf serta berziarah ke rumah sanak saudara jua teman2 tp mesra sebagaimana yg telah ditradisikan sejak dulu lagi.

"Pokcik.. pokcik.. tu pak iman dah abih khutbah. Dah nak mula sembahyang." Seoang anak muda menepuk2 bahu pokcik yg kian terlentuk bagai ayam kena sembelih di pangkal tiang mesjid itu

Pokcik terjaga lalu mengosok2 mata dan menyapu air liur yg hampir menitis..

"Oh.. tertidur lagi pokcik, hari jumaat ini.. "

Alahaii