skip to main |
skip to sidebar
Pokcik amat merindu pada Dol Leman.
Ini kisah benar. Musim sekolah yg menjelma kadang kala meragut keheningan pagi pokcik yg acapkali riuh dengan suara2 Dol yg menganggu serta mengagau. Walau pun selalu pokcik panas hati dan rasa ingin menempelengnya, tapi apalah nak dimarahkan pada budak graduan tadika tu.
Sejak seminggu yang lalu entah ke mana hilangnya. Mungkin mengikut keluarga pulang ke kampung dan tertinggal disana.
Benar kata pujangga. Kita selalu merindu pada yg tiada.
Kata-katanya yg dibalas dengan cebik-cebikan oleh pokcik sedikit masa dulu kembali terngiang2 dihujung telinga. Menyiksa diri sendiri..
“ Nanti Dol tak ada, atuk mustiiii winduuuu punya... kekekekek “
Alahaii…
Nota Cagu : Mujur Dol Leman yg lagi satu ada, dan tak lama lagi akan muncul.
5 comments:
nanti balik msia nak cari...nanti tok tolong sign autograp yer
pokcik, pertama sekali, terimakasih kerana sudi datang rumah semasa kenduri tempohari. Kedua, simpan satu buku Dol Leman utk saya ya...kena ada autograf pokcik yang special sekali, khas utk anak2 saya terutama yang dua orang baru bersunat tu, Mu'adz dan Zubair. Disebabkan saya tak ada di sini nanti, harap pokcik dpt pos atau lebih senang pokcik hantar jek lah kat rumah sayakan...hehehe..pondok saya pun bukannya jauh sgt dari pondok pokcik tu...since cuti-cuti sekolah ni anak2 saya tu boleh lah membacanya ....
terimakasih pokcik... doakan saya dan suami beroleh kesihatan yg baik dan dpt menunaikan iabdah haji dgn sempurna dan dikurniakan haji yang mabrur.
Tentu DOL pun rindukan pokcik jugak tue...
arsaili - Kekekek.. itu mcm kalu kena cari dua2 laa.. bukunya dan juga penulis nya kekeke.
Buku tu senang nk cari kat kedai2tp pokciknya, Uii jaoh pondoknya. Nun dipingggiran Shah Alam sana.. hu huuuu
iza'izz - Ye ke? aloh budak tu bkn leh caya.. dah alik kg lupa pokcik plak. Maklom la.. seronok sakan..
nurazzah8 - Terima kasih daun keladi krn sudi menjamu oang tua yg tak seberapa ni. Terharu gitu dibuatnya hingga rasa nk datang lg kekeke..
Ooo.. pasal buku tu jgn risau, nnti kalau dah ada di tangan akan segeralah di hantar ke jalan Yakut sana.. kekekek
Semoga persiapan nak ke tanah suci berjalan dengan lancar serta dikurniakan kesihatan yg baik. Mudah2an.. Amin
Post a Comment