Wednesday, November 21, 2007

Menara Gading...


“Inilah tempat acik belajar… mak, ayah” ujar anak muda itu tatkala kereta sewaan ayahnya melintas ke beberapa bangunan yang tersergam indah dalam kampus UiTM yang berbukit-bukit itu.

Si ayah yang sudah penat berjalan jauh hanya tersengih, mengangkat2 dagu sambil sesekali bernafas kencang. Tiba di hujung jalan, kenderaan tidak dibenarkan masuk. Dengan lutut yang bergoyang, terpaksalah mereka memanjat2 pula tangga untuk ke dewon besor, melihat si anak bongsunya mengambi Diploma atau Ijazah.

Kalau diikutkan kederatnya, memang tak berdaya sangat. Namun kerana anak bongsu yang manja ini ( dari berbelas2 adik beradik yg lain) kini sudah berjaya menamatkan pelajarannya dan memiliki sijil pengiktrafan dari Universiti yang popular di M’sia, maka terpaksalah ayahnda dan bonda mengagahi juga. Oh, mereka sungguh bangga sekali...

Domkianah secebis senario yg saban tahun berlaku dipekarangan Uitm ini. Sengaja pokcik memanjangkan perkara ini kerana menyampaikan cerita2 yg baik serta molek2 memang dituntut dalam pondok pokcik ni. Dan lagi untuk melihat situasi ini dari prospek pengorbanan mak ayah yang tidak putus2 sejak daripada kita mula menangis sampailah besor panjang dan berjaya.

Sebab itulah tidak dikisahkannya akan halangan yang mendatang, kerana halangan yg tersedia bahagia yg nyata amatlah berbaloi untuk diusahakan selain halangan menempuh hasil yang tak pasti. Cuma yang pasti, apabila berada lama didalam dewan tersebut, mereka akan tertidur keletihan.

Selepas itu dibawanya mereka berjalan2 di sekitar Shah Alam yang penuh dengan bulatan2 menyebabkan leher mak ayah selalu tersenget2an mengikut korner kereta. Dan mereka juga duduk bersila direstoren Mek Donol di Seksyen 2 itu sambil terkebil-kebil bertanya "Makan lauk je ke? Nasik2 tak de ?"

Ditunjukkan pula segala tempat yang mereka pernah ziarahi atau pergi supaya mak ayah yang asalnya dari kampung, turut teruja dan merasa bangga.

Cuma tidak ditunjukkan saja tempat mereka mengenal kasih, berjanji temu, membuang masa serta menghabiskan duit pinjaman untuk membeli cinta hatta bersantai2 sahaja. Menghilang stress kekununnya...

Domkian la fitrah anak2, sentiasa hendak menunjuk yang baik-baik sahaja dalam hidup mereka.

Alahaii…

7 comments:

Orked said...

pakcik...nak pesan ni, kalau masuk kat gate utama utim tu, jeling² la air terjun tu...sy yg buat tu..hak..bkn la...servey je..kat situ.

Qaseh Bidadari said...

anak2 po'chik..redha aje lah...

Unknown said...

Hmm... ni cam dah biasa buat jek pokcik nih!!! Bab last tu ler, yang membuang masa dan duit pinjaman tu... ngeh.

NURAZZAH8 said...

pokcik, lagi satu perkara. kalau anak2 muda ni jenis yang mengenang jasa, akan dibawanya lah mak ayah tu memanjat tangga fakulti mereka dahulu dibawa berjumpa cikgu cikgi yang dengan penuh dedikasi mencurahkan ilmu kpd mereka tanpa mengenal erti penat lelah. Diucap terimakasih dan sebagainya... itu bg yg mengenang jasa lah.. ada juga yg buat2 tak kenal dah cikgu mereka bila bertemu...ialah cikgu bawa kereta kancil, mereka bawak kereta BMW...

arsaili said...

iskk..yg peliknya tak di benar masuk kenderaan awam...penat nak daki aaaa pokcik...teksi khas jer bole masuk kan..isskkkkk

Juezura said...

huhuhu teman dulu keta masih boleh sampai dalam...itu berkurun dulu ler ...tapi yang pasti mmg kena panjat tangga2 yg tak habis2 tangganyer..ekekek. Lagi satu lama sungguh rasanya tak lalu bulatan2 di S.Alam tu ..ahaks...rindu pulak.

teman tk pernah joli dgn duit pinjaman..cukup2 belanja teman jer ...ahaks

Mersik said...

jie - Ooo dia yg wat rupanya.. hik hik apsal kecik sangat. Susah aa pokcik nak mandi manda atau piknik2 ka kat situ.. hik hik


mama rangie - Alahaii.. tu la pasal.. kadang anak2 ni.. dia laa buah hati pengarang jantung, dan... dialah juga yg mencetuskan sakit jantung.. hik hik


OD - Uii.. tak la.. dulu2 lain sikit.. tak byk mende nak di spent kan dgn wit pinjaman tu. Skg ni.. uii macam2 adooo.. hik hik


Nurrazah8 - Haa.. itu mmg bonar gitu. Agaknya cikgu cikgi seme dok tingkat tinggi2 kut.. tak terjangkau dek lutut kaki. Apa2 pun.. biasa ler manusia, jarang yg mahu mengenang2 gitu.. hik hik

(Terkenang Nasi Bukhara dan spaghetti di umah seseorang hu huu )


arsaili - Tu la.. kalu masuk seme.. tentu jem abih. Kenderaan tertentu jek leh masyuk.. Konvo ni pun leh kira cam set2 Amazing Race la gak kekeke


Kak Long/ Zura - Hik hik.. eh zaman dulu2 student2 mmg baik2 gitu.. gegegege..

Kalau windu nak round Shah Alam.. mauh ler.. korner2 cam naik roller coaster.. kekeke

Jangan lupa singgah pondok menziarahi oang tua ini.. hu huu