Friday, October 05, 2007

Deras Ramadhan... (4)

Hari ini entah hari berapa Ramadhan berlalu. Sudah pokcik kabokan awal2 lagi, bahawa berlalunya ia sangat deras dan kurang diperasankan ramai.

Sekarang ni, kalau nak diikutkan sudah mula terasa bahang hari raya di mana2. jenguk sajalah gedung2 indah dn pasar2 malam yg terang benderang, pasti antara barangannya lebih kepada untuk raya2 sahaja. Baik baju nye, kain , perhiasan, biskut , kuih2 atau apa sahaja yang boleh dirayakan kekeke..

Pokcik melihat segalanya nya dengan hati yang berwarna warni. Kadang kala timbul rasa berbelah bagi. Maklom la.. melalui seme itu dalam zaman yg berbeza sejak 60 tahun yang lalu menjadikan perasaan ini terlalu neutral dan statik. Lagi pun apalah sangat dah tua2 ni nak beraya..

Agaknya kemeriahan yg sebenar hakiki adalah tatkala Pak Iman mengalunkan takbir pagi raya dimana itu adalah tanda untuk meraikan kemenangan kita. Keberjayaan dalam ibadah puasa dan mengumpul seberapa banyak pahala ( yg mudah2an diterima oleh Tuhan ).

Selain dari tu.. peluang untuk berasa sedikit ceria selain lebih makan yg diberi2 oang..

Komdian , barulah dikenang2 mereka yg telah pergi selain bertangis2 sesama insan yg masih tak pergi lagi, memohon ampun dah maaf serta berziarah ke rumah sanak saudara jua teman2 tp mesra sebagaimana yg telah ditradisikan sejak dulu lagi.

"Pokcik.. pokcik.. tu pak iman dah abih khutbah. Dah nak mula sembahyang." Seoang anak muda menepuk2 bahu pokcik yg kian terlentuk bagai ayam kena sembelih di pangkal tiang mesjid itu

Pokcik terjaga lalu mengosok2 mata dan menyapu air liur yg hampir menitis..

"Oh.. tertidur lagi pokcik, hari jumaat ini.. "

Alahaii

3 comments:

Orked said...

toin..toin.... sltm hari raya pakcik...ehemmm...sampul ijau tu bile nk huluQ

arsaili said...

salam, pokcik raya mana eh?

Mersik said...

jie - Hik hik.. selamat hari rayaa.. uii nak gak ke? alah maih ler dtg beraya ke pondok pokcik.. jangan kata hijau , belang2 pun pokcik leh bagi kekeke hu huu


arsaili - Uii kalau beraya , ke kampung la paling syok sekali.. Mana lagi kalu tak ke kg pokcik di Batu Pahat sanan , hu huu.. Ramai yg dah menanti2 gituu alahaii