Monday, April 21, 2008
Angin selat membelai...
Sekali sekala berada jauh dari keriuhan kota dan peristiwa yang menyentak2 dada, amatlah dinanti2kan. Peluang untuk pulang ke kg halaman beberapa hari lalu begitu mendamaikan sekali akan jiwa ini.
Ibarat seluang pulang ke lubuk, domkian la peribahsa yang sesuai dikiaskan pada perantau seperti pokcik ni.
Malam yang hening di kampung, dihiasi seribu bintang, ibarat menghindar hujan yang lama tak bertamu. Bertemu kawan lama pula, makin menambah lagi rasa keseronokan selain menggamit2 saat keremajaan suatu ketika dulu.
Banyak yang dah berubah. Hakikatnya memang ia sentiasa berubah...
“Jom balik la kawan oi.. dah lama kite ngeteh-ngeteh ni. Rasa macam nak mabok la plak ,“ Tok Lipat meletakkan cawan kopi yang ke sepuluhnya dengan lesu. Matanya sudah merah dek kerana menahan ngantuk. Beberapa cawan kopi pun tak mampu menyegarkannya.
Dia sudah menyerah kalah. Melawan minom kopi dengan oang tua ini, adalah satu kesilapan besar...
“Alah kejap lagi la.. meh la tambah lagi kopi tu..,“ Pokcik terseringai seraya memujuknya lagi. Lagi pun, pokcik masih lagi slow and steady.
Warung Wak Aji ( generasi ke 2 ) dipinggir kampung itu sangat terkenal dengan aktiviti lepak-lepak dan ngeteh-ngetehnya hingga ke lewat pagi. Ramai oang-oang yg sezaman dengan kami selalu duduk-duduk membuang masa di sana.
Setiap kali pulang ke kampung, pokcik tidak melepaskan peluang untuk berhimpun di sana.
Sekurang-kurangnya, ada juga suasana yg masih tak berubah...
Alahaii
Friday, April 18, 2008
Perihal Pesta Buku 2008
Menjejakkan kaki ke Pesta Buku Antarabangsa yg saban tahun diadakan di PTWC memberikan perasaan yang teramat seronok dan mengujakan hati.
Walaupun patplo juta belas2 ribu pesta buku telah pun dihadiri, pasti setiap kali majlis seumpama ini diadakan, akan ada kenangannya yg tersendiri.
Almaklomlah, pesta ini sangat2 ditunggu2 kehadirannya oleh sekelian pencinta buku , penulis , pengedar, tauke kertas dan sesiapa saja yang berkepentingan dan berminat dalam industri buku ini.
Domkian la juga halnya dengan pokcik yg turut tidak melepaskan peluang untuk berasak2 sama mengunjungi majlis yg gilang gemilang ini.
Kalau hendak diceritakan fasal kesesakan, maka pesta buku turut tidak terkecuali. Dengan lautan manusia yang memenuhi gerai di sana sini , tak kira yang muda atau tua, sudah cukup untuk meletihkan badan selain membuat peluh semakin berjuraian.
Pokcik lebih banyak menghabiskan masa melihat2 ke sana kemari. Maklomlah, kalau hendak meneliti setiap gerai yang berjumlah lebih dari 300 tu, sampai minggu depan pun tak habis. Tapi, keadaan di sana memang meriah dan riuh betul.
Sejak awal pagi dibuka, berbondang2 oang datang. Ada yang naik kenderaan sendiri, awam dan juga rombongan2 sekolah, dekat mahupun luar KL. Semua teruja dengan pesta buku.
Pokcik berjalan dengan maha slow mengikut flow manusian yang ramai. Sesekali berehat ditepi dinding, mengetuk2 kepala lutut yang lenguh dan bergoyang2. Sekali sekala oang menyapa, menghulurkan apa2 kertas, pokcik ambik jek la.. agak2 dah tebal.. wat kipas hik hik. Ada juga yg mempelawa duduk ( penjual) untuk berceramah akan hal dagangannya, namun pokcik tak ada masa. Mintak maap jek la. Domkian la keadaan gerai2 yg tak pernah sunyi sepi dari memerangkap pelanggan.
Ada sesetangah gerai memang penuh sesak. Gerai2 kesukaan ramai, gerai majalah kartun, buku2 sekolah atau yg ada buku2 pujaan ramai.
Siapa yang pokcik jumpa di sana? Ohh ramai.. beribu2 lemon, tak terkira banyaknya. Ada yang kenal mesra , dan tak kurang juga yg terpaksa dikenal2kan.
Biasalah, kalau boleh kita hendak jadi oang yg paling dikenali sekali, tapi hakikatnya.. kita adalah kita. Bukan senang hendak meraih perhatian. Apatah lagi dalam keadaan kita yang tak punya apa2 dan barangkali menyukarkan oang untuk memandang hatta menjeling sebelah mata. Tak mengapalah, pokcik tak berkecut hati pun...
Pokcik ucapkan terima kasih daun keladi pada sesiapa yg sudi menyapa pokcik ni. Maklom la, oang tua yg ke pesta buku, tentu agak payah dan jenuh utk melayani semua. Yang penting kita dapat bertemu, berbual dan menjalin kemesraan sesama insan berpanjangan. Semoga semuanya menjadi kenangan yg manis buat kita ini.
Semoga pada tahun hadapan, kita semua akan dukurniakan masa dan kesihatan yang baik supaya dapat sama2 lagi memeriahkan pesta buku selain bertemu kawan2 sepesta sebuku..
Alahaii
Selamat bercoti hujung minggu. Pokcik ingat nak alik kg la barang sehari dua. Lama tul tak balik.. alahaiii..
Tuesday, April 15, 2008
Kisah di Pesta Buku...
Khabar-khabarnya sewaktu pesta buku, buku sensasi Dol Leman diberitakan laku keras!
Dan, pokcik yg sedang terduduk keras berdekatan dengan buku-buku itu... sambil tersengih-sengih dan tersipu-sipu , masih lagi lom laku-laku hik hik
ii.
Pokcik sedang duduk disatu sudut bila seorang anak muda yg mengusung kemera dan senaskah suatkabo omputih dicepit celah ketiak turut duduk di sebelah.
Setelah agak lama berdiam, dia memulai salam... dan menyua tangan lantas memperkenalkan dirinya..
“Saya, Zack... penulis sambilan,“ ujarnya bersungguh. Pokcik boleh dapat agaklah, berdasarkan penampilannya itu.
Pokcik tersengih...
“Pokcik... penulis “sempoi“an...“ jawap pokcik, serius.
Dia menggaru kepala sambil terpinga-pinga, manakala pokcik terus-terusan ketawa kuat-kuat ( dalam hati ) hik hik..
iii.
Seorang kanak-kanak riang, dengan penuh semangat, menerjah sang penulis Dol Leman , sambil membawa sama tujuh naskah Dol Leman yang baru dibeli... Mintak sain kononnya..
Dan sang penulis tersebut , sambil tersipu2 berkata..
“Err.. buku Dol leman buat masa ni ada dua jek dik...“ sambil menunjuk pada dua buku Dol Leman diantara buku-buku kartun Doraemon.
Nota : Dah agak dah, tentu ada yg tersasul ni.. Alahaii...
Saturday, April 12, 2008
Pesta Buku...
" Banyakkkkkkkk bukuuuuuuuuuuu..! "
Nota cagu :
Selepas mengunjungi pesta buku baru2 ni... pokcik telah terkoma2 selama beberapa hari dan baru2 ini saja nampak macam dah kebah.
Namun , weekends ni.... pokcik pergi lagi... Yihaaaa!
Jumpa di sanaa !
Friday, April 04, 2008
Mesra...
“Wahhh.. seronok aa ko, dapat gi pesta buku.. sain2.” Suara Tok Lipat kedengarannya ceria dihujung talian. Sesekali tenggelam timbul di iringi bunyi angin dan air yang mendesah2. Barangkali dia sedang memaut tiang telefon sambil air baik ke paras pinggang, maklom lah, skg musim hujan di kg
“Alah, biasa2 jek , Pat. Penulis Dol Leman la yg glamer. Aku saja nak jalan2.. “ jawap pokcik, merendah diri.
“Jangan lupa kirim salam kat teman2 tapi mesra, gadis2 genit dan para mak janda yg kerling mata bersama senyuman menggoda...“ usiknya lagi menyebabkan pokcik pecah ketawa. Ada2 jek Tok Lipat ni. Tak senonoh betul!
“Bolehlah nanti beramas-ramas mesra...“ sambungnya lagi..
“Hah, Apa dia?“ pokcik mendekatkan telefon ke telinga.
“Beramas-ramass mesraaa...“ dia menguatkan suara. Pokcik tengok telefon dengan dahi berkerut.
“Apaaaaaa diaaaa?“ soal pokcik lagi.
“Beramah-ramah mesraaaaaaa laaaaa...“ jeritnya lagi dengan kuat.
“Ooooo...“
Pokcik mengurut2 dada.. kusss semamat...
Hik hik
Nota cagu :
Selamat berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa di PTWC . InsyaAllah, penulis Dol Leman akan berada di sana menanti... Yihaaa.
Thursday, April 03, 2008
Pesta Buku Antarabangsa , Kuala Lumpur , PTWC
Inilah masanya kita ( seperti yg disebutkan diatas ) semua berkumpul meraikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang berlangsung sehingga 13 April, di PWTC.
Marilah kita sama-sama berkunjung ke sana untuk memeriahkan suasana yang serba meriah, sesak, riuh dan 'Hah-pening" (happening) itu. Semoga dengan suasana itu, akan terhapuslah segala tanggapan negatif yg mengatakan bahawa rakyat M’sia ini tak berapa gemar membaca.
Melihat saja pada senario pesta yg dulu pun, kita sudah tahu. Kali ini tentu lebih meriah dan banyak gerai2 baru disediakan. Ditambah pula dengan bahan-bahan bacaan terbaru dipasaran.
Mudah2an pokcik pun akan diberi kesihatan yang baik dan kekacakan yg maksimum supaya dapat turun sekali bersama-sama anda semua untuk melihat2 selain membelek beberapa buah buku yg agak berkenan dihati ini.
Mana2 yg dah kumpul duit banyak2 tu.. memboronglah dengan bijak. Pilih bahan2 bacaan yg elok, bermaklumat dan bermanfaat. Ibarat kata bijak pandai, buku umpama sumberan ilmu yg tidak bertepi. Kalau hendak jadi pandai maka sentiasalah berdamping dengannya.
Pada sesiapa yg punyai idola atau buku2 yg ditunggu2, maka bergumbiralah dengan keterujaan anda itu. Tengok la di mana penulis anda berada dan terjahlah mereka dengan senyuman manis nan berbunga2. hik hik..
Untuk pesta kali ini, buku Buku Dol Leman ( Misteri Kebun Pisang dan Misteri Sungai Loyang ) akan turut berada di sana. Hmm.. bukan untuk menyaingi sesiapa ( walau sekarang buku tu tengah ngetop di Parit Sangap, selepas buku panduan telefon kekekek ) , tapi lebih manis kalau dikata kehadiran buku2 itu hanya sekadar sama2 memeriahkan suasanalah hendaknya.
Dan lebih berkrim lagi apabila sang penulis Dol leman itu sendiri, akan turut berada disana yakni di Gerai KarnaDya (3064 dan 3065). InsyaAllah...
Bolehlah nanti anda menyapa2nya dengan mesra, lemah lembut dan ditambah dengan sedikit jelingan2 manja... kerana kabo2 nya dia tu amatlah pemalu orangnya hik hik..
Pokcik dijangka akan berada di sana hampir setiap minggu. Dari terbit fajar sampai tengah malam.. kekekek
Taklah sampai gitu sekali.. Tapi kata oang, lebih banyak ada la.. dari tak de.. Alah, buat ada2 gituu.. Alahaiii
Apa-apa pun, semoga anda semua akan bergumbira dan ceria mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa KL, tahun ini.
Berseronoklah..
Tuesday, April 01, 2008
Pokcik Angkat...
Malam itu, pokcik sedang termenung jauh dianjung pondok sambil melihat bulan yang sayup2 dibayangi awan hitam. Barangkali, sekejap lagi turunlah gerimis seprti malam selalu2nya.
Dalam pada pokcik melayan angan di bawah sedar, pokcik tertanya2 pada diri sendiri. (Sebenarnya lebih kepada angan2 sendiri )
Kalau sekarang ni kita ada program anak2 angkat , pertukaran pelajar angkat dan yg sewaktu dengannnya.
Kenapa kita tidak boleh ada program pokcik angkat?
Kalau ada, tentu akan senang hidup pokcik nanti. Err err kalau boleh pokcik nak diangkat2kan oleh Datuk2 atau Tan Sri2 yg duduk dirumah besor dan mewah2 saja.
Dan jangka masa angkatnya bior la lelama sikit. Setahun dua ka… sebelum bertukar ke keluarga angkat yg lain ( juga Datuk2 dan Tan Sri2 yang serba kaya )
Apabila tersedor, pokcik tergelak sendiri,
Alahaii… jauh betul angan2nya.. hik hik.
Cinta sang para-para
Jika benar kata ini dusta
Meranalah nanti sang pemberi cinta
Kerana dalam ikhlas bicara
Kita sebenarnya mengikut rasa
Barangkali juga kita melupa
Dan kita,
Tidak mahu apa-apa
Hanya sekadar
Ingin bercinta
Sahaja…
Wednesday, March 26, 2008
Beban di dada...
Berilah aku sedikit beban
Sekalut fikiran dan sebuah perasaan
Rasanya, itu bisa aku tanggung
Sedang mata terus terpejam
Selitkan sekali rindu menggebu
Dalam mimpi ku boleh merindu
Pada malam pekat kelabu
Terbongkang luas tanpa kelambu..
( Sedang tidur terlentang sambil memeluk bantal kusam )
Tuesday, March 25, 2008
Darihal mengenang...
Sejak beberapa minggu ni, memang hafal sungguh pokcik dengan perubahan iklim yang melanda setempat ini. Bila time dia nak hujan, bila panas terik, gerimis, curah2, ribut petir dan angin berpuput… semuanya sudah seperti intisari rancangan di tiwi terpahat kukuh dalam minda pokcik.
Walaupun perubahan selalunya mengobah kehidupan, namun ada juga ruang2 masa yang ibarat terbuka untuk membolehkan kite dapat bersama2 diri sendiri memikir, mengenang sambil melayan perasaan yang melankolik.
Mengenang punya makna yg tersendiri. Pokcik tak tahulah nak cerita2 akal hal2 lain atau orang lain. Kerana yg ditunggu disini adalah oang tua glamer ini, maka sayugialah pokcik akan bercerita darihal mengenang ini.
Agak2nya lah, dalam hidup kita ini.. berapa banyak masa yang dihabiskan dengan hanya mengenang saja? Tak kiralah mengenang sesiapa, mengenang oang yg dah pergi , orang yg jauh, oang yg dirindu , dicintai, dibenci hatta mengenang akan pokcik yang satu ini.. hik hik.
Entah kenapa, beberapa titis air yg tersesat jatuh diubun2 pokcik yg berrambut jarang seolah2 merangsang neuron kenangan yg agak lama sewaktu pokcik berusia sangat remaja dulu. Waktu itu banyak masa remaja dihabiskan untuk mengenang seseorang, sementelaah waktu itu baru hendak belajar mengenal cinta dan perasaan.
Keindahan yg sementara itulah yg diharap2kan. Diri pula bagai dihanyut2kan oleh perasaan sendiri. Betullah kata pujangga, sememangnya saat mengenal cinta amatlah indah. Rasa macam tak jejak tanah.
Oopps.. jangan jauh menerawang, pokcik baru cerita pasal mengenang2 saja tau..
Yg disana sudi atau tidak, belum lah tahu lagi.. hik hik..
Kira mccam perasaan yg tergantung gitu la.. hu huuu
(Atau lebih kepada perasan yg melebihi perasaan)
Alahaiii....
GANTUNG – Melly Goeslow
Ku harus menemui cintaku
Mencari tau hubungan kita
Apa masih atau telah berakhir
Kau menggantungkan hubungan ini
Kau diamkan aku tanpa sebab
Kaunya apa, ku harus bagaimana
Chorus
Kasih…sampai kapan kau gantung cerita cintaku
Memberi harapan
Hingga mungkin ku tak sanggup lagi
Dan meninggalkan dirimu
Detik-detik waktupun terbuang
Teganya kau menggantung cintaku
Bicaralah biar semua pasti
Gantungnya hubungan cinta denganmu
Membuatku sakit
Hingga mungkin ku tak sanggup lagi
Dan meninggalkan dirimu
Monday, March 24, 2008
Konflik senyumanku...
Pokcik duduk sendirian diatas bangku itu sebelum dua oang remaja mampir lalu melabuhkan punggung bersebelahan dengan pokcik. Dengan serta merta pokcik menyuakan sengih paling manis. Namun kerana keasyikan berboraknya mereka, langsung pokcik tidak di pandang walau sebelah mata. Tak mengapalah, pokcik duduk diam2 saja.
Dalam pada itu pokcik memasang telinga...
Oh, Budak2 remaja perempuan itu galak bercerita pasal teman mayanya. Termasuk teman2 sekolej yang nampak macho dan hensem katanya. Sekali sekala mereka berdua tergelak. Barangkali lucu bila bercerita akan hal kawan2 mereka yang tak pernah keluar bertemu teman lelaki atau dalam kata2 manis kelat , berpacaran...
Oh! Kamu ketahuan... Itu pun kamu jadikan isu? Menemplak sesetengah kaum dengan perkataan yang ganas2 sedangkan kamu pun apa kurangnya. Tak malu bercerita tentang teman lelaki mu yg alim2 kucing. Nak dikata hensem entah bahagian mana yg dilihatnya. Pakaian serba trendy , ber T-Shirt rock, seluar labuh bertalipinggang longgar , kadang terkoyak sana sini, lengan bertatu, telinga bersubang dan eh, pakai anak tudung lagi.
Sesekali mereka menjeling pokcik. Pokcik sua sengih lagi. Mereka mencebik.
Oh, kamu nak berparti di umah anu ya? Parti remaja masa kini kununnya. Hiburan sensasi “ muda hanya sekali “ ? Ada minum2 , hisap2 dan khayal? Apa kamu sudah gila? Itu parti membunuh diri namanya.
Ah, barangkali pokcik tersilap dengar. Rasanya kamu bercerita pasal syarahan Ustazah dikampus, pasal akhlak murni, peribadi luhur dan tauhid sejati. Barangkali jugalah tu.
Kamu bercerita tentang remaja zaman siber serta kebebasan muda mudi memilih jalan hidup sendiri. Kamu mau bebas rupanya. Tapi bebas sampai ke mana? Sampai terbabas? Dalam diam pokcik menjawap dalam hati.
Mereka mengekek ketawa. Sungguh ceria dan gumbira sekali remaja masa kini. Bercerita segalanya dalam nada positif gitu. Apa2 saja boleh digaul selalu. Tak kira ada batasan agama atau bebelan oang tua. Semenya di langgar lari.Sungguh kamu ini amat merisaukan hati tua pokcik dan oang2 tua zaman ini.
Harap2 kamu hanya membuat lawak mengiburkan oang tua ini.
Pokcik menunduk, memikir, menelaah serta mengkaji.. sebelum menggeleng kepala dan tetiba terketawa sendiri dengan agak kuat.
Remaja tadi sedikit tersentak. Mereka mengerling pokcik dengan pandangan dramatis sebelum cepat2 berlalu.
Dari jauh, kedengaran mereka ketawa lagi... Barangkali mentertawakan pokcik pula.
Alahaiii...
Cerita hujan dari seorang teman...
“Tak banjir ke?” Pokcik menanya penuh bimbang.
“Uish mana ada.. biasa2 jek,” jawap Tok Lipat dengan nada ceria, seolah2 hujan yang turun saban hari tidak memberi apa2 mudarat pada kg nya. Yg mana, secara kebiasaannya… hujan2 yg sebegini tentunya akan diiringi dengan bencana alam yang berpanjangan.
“Takat ni... okey lagi. Tak de pulak air2 sungai, tali2 air melimpah,” Dia bersuara lagi, secara tidak langsung membuang kerisauan yang bertandang dihati tua ini pada kg halaman tersebut dan teman tapi mesra.
“Abih tu hujan la hari2 ek..,” Pokcik menyoal lagi. Dengan rasa perihatin inilah pokcik segera me miscall2 Tok Lipat di kg, bertanyakan hal ehwal cuaca dan hujan yang maha rajin turunnya.
“Itu biasa la.. semadang jek hujan. Nak pergi mana2 pun kena bawa payung. Leceh..” Tok Lipat kedengarannya mengeluh pula.
“Tak apalah, kang kalau kena hujan, deman pula.. maklomlah , dah tua2 ni..,” pokcik memujuk manja.
“Hah, iyo la tuu... Demam makan ubat," jawapnya sedikit lucu.
“Kena standby baju hujan la ek hari2 ?” Pokcik menyoal lagi.
“Uishh.. tak payoh… payung banyak , berlambak2 lagi…” jawapnya segera.
“Banyak? Mana dapat banyak2 ?” Soal pokcik dengan hairan. Setahu pokcik, Tok Lipat ini hanya ada baju hujan kaler hitam satu tu je. Yang dah kotak ketiaknya… Kancingnnya pun tak boleh sampai atas.
“Eh, itu hari masa pilihanraya... kan dapat pree… aku rembatlah sampai seplo… “
Tok Lipat mengekeh dihujung talian
Pokcik terkesima.. .
Alahaii… hik hik
Friday, March 21, 2008
Kejutan...
Secangkir air kopi tongkat Ali yang panas dan sepiring besor sekut kering menemani santai pokcik di awal pagi itu.
Pokcik sedar, sejak akhir2 ini pokcik semakin kembali ke alam yang lebih nyata, yang penuh dengan kejutan2 lagi menyesakkan dada. Sejak2 berakhirnya pilihanraya dan kisah2 yg berlau selepas itu, pokcik lebih gemar mendiamkan diri selain menaakul perubahan yang bakal berlaku.
Ya, perubahan itu pasti! Walau sekurun mana pun masa yg diambil, ia tetap akan berlaku juga. Kerana... kehidupan manusia itu sendiri sentiasa berubah2. Begitu jua dengan negara pada zaman2nya yg tertentu. Tak termasuk pada individu itu sendiri. Ada yang semakin baik dan tak kurang juga menjadi semakin teruk.
Walau apa pun yg berlaku, pokcik tetap akur. Semangat manusia kadang2 sukar diramal. Bergantung kepada gelombang yang melanda. Harap2 selepas ini akan ada sedikit cerita indah dan ihsan2 yg mewah dalam menaiktaraf hidup manusia khususnya di dalam negara Malaysia yang tercinta dan bersifat majmuk ini.
Harap2 ia dikekalkan begitu.. kerana untuk seorang tua seperti pokcik ini, sangatlah sensitif pada perubahan semasa, apatah lagi kejutan2an ,
“Oh! Dia sudah turun pangkat.“
“Eh! Dia tidak lagi menjawat ke?.“
“Ooo.. rupa2nya dia kaki songlap.“
“Isy... isy , Dia tu... memang kacang hantu!“
Domkianlah antaranya maksud pokcik..
Opocots...! Eh, dah sejuk rupanya air kopi pokcik ni...
Sruups... sruups... ( seraya menghirup dengan rakus )
Itu pun kejutan gak... hik hik
Alahaii...
Thursday, March 13, 2008
Alah Dol...
Pokcik hampir2 terlupa bahawa coti sekolah sudah pun bermula pada minggu ini. Bunyi riuh yg berpanjangan di laman umah sebelah mengesahkan lagi tekaan pokcik bahawa si Dol juga sedang ber riang ria menyambut cuti.
Pada pagi yang dingin2 abc itu, tersembul laa budak Dol tu dimuka tangga sementara pokcik yang baru saja kebah dari deman sedang menyandar lesu, berkira2 hendak menjamah sekut dan air kopi.
“Atokk.. dah sihat belom?“ jeritnya nyaring. Soalan sama seperti soalan yang semalam2nya.
“Baik dah sikit2“ Pokcik menjawap lesu. Rasanya masih ada lagi nada2 getar dalam suara ini. Tapi, kalau tak dijawap nanti pekak plak telinga ni disoal berkali2.
“Atok cepat2 lah baik. Nanti, boleh kita main polis sentri.“ Tanpa segan silu dia memperlawa dengan mulut tersengih. Pokcik diam saja. Tak berapa ada selera nk melayan. Budak2 lah katakan.
“Atok tak sihat... Dol janganlah bising2, atok nak makan ubat, lepas tu nak tido.“ Pokcik seakan memohon sedikit belas.
“Oh, atok nak tidur ke? Tak apa. Nanti boleh Dol nyanyikan lagu. Senang atuk nak tido. Lagi pun, kat sekolah, cikgu selalu ajor nyanyi.“ ujarnya lagi dengan ceria.
“Iya..“ Pokcik mengangguk lesu. Kepala masih lagi bengal dan berdenyut. Namun kurang sedikit dari sebelum ni.
“Atok nak dengor Dol nyanyi tak?“ ujarnya lagi secara sukarela.
Pokcik terbatuk2 kecil. Dalam hati berkata,“ Kalau tak direlakan pun nanti dia akan nyanyi juga.“ Akhirnya, pokcik angguk sajalah..
Dan dia mula berdiri tegak, lalu bernyanyi...
Burung kakak tua.
Hinggap dijendela
Atok sudah tuaaa
Giginya tinggal duaaaaaa...
Pokcik tiba2 terbatuk. Itu jam juga pokcik rasa macam nak demam balik.
Alahaii...
Nota cagu :
Buku Dol Leman Misteri Sungai Loyang telah mula dilihat memenuhi rak2 buku MPH, Popular dan kedai2 buku lain di sekitar lembah Klang. Jangan lupa mendapatkan yang original.
Dan, jangan pulak tersalah ambik , kut2 terambik Doraemon ka...
hik hik
Monday, March 10, 2008
Oh...
Sebaik sahaja keputusan pilihraya diumumkan , pokcik diserang dedor yg amat drastik. Menggeletar seluruh badan. Bisa seakan merayap2 disegenap urat saraf hingga mendenyutkan kepala otak pokcik
Dan, pokcik masih lagi terasa2nya hingga kini...
Alahaiii...
( Sambil tarik selimut.. grr grr grr )
Friday, March 07, 2008
Saat itu...

Ada yang ingin membaikpulih pondok buruk pokcik supaya nampak ala2 Mahligai Puncak Kayangan gitu. Ditar gorengkan kawasan sekeliling supaya nampak elit, hebat dan tak becak bila hujan turun. Perigi dibelakang pula akan dibuat kolah serta air pancut yang mencurah supaya pokcik tidak perlu tercangkung2 tatkala bersiram. Menjadikannya sebuah kolam renang pun rasanya tak mustahil kalau pokcik hanya mengangguk sekali.
Tak kurang juga yang ingin menyara makanan rutinan pokcik iaitu sekut kering dan kopi tongkat Ali supaya pokcik dapat terus cergas dan boleh berlari. Dihadiahkan persalinan serba baru agar pokcik nampak trendy dan berjati diri (kekununnya)
Akan dibelikan juga kenderaan beroda supaya pokcik tidak perlu berjalan kaki dan hilang arah. Segala macam hal yang melibatkan perjalanan akan jadi serba cepat.
Yang tak boleh dilupa, ada pula yang ingin menaja gigi ini , supaya nampak penuh dan bertambah terserlah seri sengihan ikhlasnya nanti.
Ada juga yang pedajal menjemput pokcik menjadi pengundi hantu di kawasan tertentu. Meremang bulu ketiak pokcik mendengornya. Jangan buat hal....
Isy... isy... hairan sungguh pokcik dengan manusia hari ini. Rela berbuat apa saja untuk sesuatu tujuan. Sangat suka berjanji itu ini sedangkan perlaksanaannya belumlah pasti.Pokcik menggeleng kepala patplo kali. Kenapalah baru sekarang warga emas ini dihargai? Dilayan2 seperti emas?
Alahaii...
Nota cagu :
Selamat menghadapi hari minggu yang penuh debaran.
Monday, March 03, 2008
Hujan...
Hujan yang turun pagi minggu sangat2lah didambakan oleh sekelian alam. Setelah agak lama bumi ini berpanas dengan bahang yg membara hingga membuatkan tanah jadi gersang, maka... inilah hari yang sangat indah lagi mendinginkan suasana.Walaupun lebatnya bisa menggusar jiwa, namun kehadirannya bagai ditunggu2 pula. Alam yang nampak lesu turut subur disimbah berkatnya. Pohon2 seakan turut bersyukur, hutan lalang berolek oleng dihembus angin yg turut berhembus. Bunga2 menjadi tertunduk2 dek kerana terjahannya. Barangkali juga malu..
Di atas tanah yang subur.. sang siput melekap erat didedaunan sambil tersenyum penuh syukur. Bagitu juga sang ulat yang terapung2 penuh santai. Tidak perlu mengesot lagi seharian untuk ke mana-mana. Ayam keding terhangguk2 dibawah tangga melihat sang ulat dengan penuh geram. Namun hujan lebih ingin dinikmati walau pun tempiasnya saja yg dirasa.
Katak2 pun bernyanyi riang sambil melompat2 penuh ceria.
Tidak jauh dari sebuah pondok di pinggiran Shah Alam, kelihatan... seorang tua juga turut melompat2 sama...
Alahaii...
Hik hik
Thursday, February 28, 2008
Oh! Bibah...
Suatu pagi yang kelmarin, kedengaran umah sebelah agak riuh sedikit. Kalau riuh dek kerana budak Dol tu memang pokcik tak heran sangat. Pokcik kenal riuh ala2 tarzan dia tu. Sebab dia semadang jek riuh apabila hendak ke tadika. Sekali sekala di sakatnya pokcik yg sedang tercatuk2 dekat perigi belakang pondok ni.
Kadang dikatanya.. “Pokcik... takut mandi pagi ke.. ?“ atau kadang2 paling nakal di jeritnya pula.. “Pokcikkk... jangan tinggalkan Dol, Jangan terjunnn...!,“ Biasa la budak2 akhir zaman.
Namun riuh pagi ini amat asing sekali dipendengaran telinga capang pokcik. Suara garau bertingkah2 dengan suara halus serba nyaring. Rasanya macam biasa dengar, tapi.. ah, tak mungkinlah? Pokcik menggaru kepala sambil menjengah. Namun suara-suara itu semakin mudah di cam2
Sahihlah... Pak Leman dengan Mak Limah sedang tertengkar!
“Biarlah abang ambik si Bibah tu. Abang pun teringin jugak hendak yang baru.“ Pak Leman bersuara. Nekad saja bunyinya.
“Awak jangan fikir senang awak jek. Nanti dapat yang baru saya juga anak beranak yang makan pasir.“ Templak Mak Limah yang sudah naik angin.
“Apa yang awak hairankan. Saya kan banyak duit...” Pak Leman tak mahu mengalah.
“Apa yang banyaknya? Duit banyak, hutang pun banyak. Itu, budak2 nak sekolah. Ada awak fikir perbelanjaannya tu semua, duit pan, baju, buku2 dan macam2.“ bebel Mak Limah lagi.
“Limah… Limah... tentulah saya kisah. Awak ni tak kesian pada saya ka,” Pak Leman menggeleng kepala. Kecil sungguh hati dia dituduh curang pada keluarga.
“Ya… kerana kesian la saya cakap. Takut nanti awak dapat yang baru. Lupa semua sekali.” ujar Mak Limah.
“Ya la.. saya pun nak merasa jugak. Asyik naik yang itu jek.. kematu saya dibuatnya.." jawap Pak Leman sepontan.
“Awak ni macam tak boleh bersabar jek. Pentingkan diri sendiri saja..“
Mak Limah menarik muka masam. Pak Lemah terlangut dimuka tangga, bermenung jauh.
Pokcik di tingkap pondok yang terintai2 jadi susah hati dan terkejut. Hilang selera pokcik nak bersarapan kopi dan sekut pagi ini.
Ntah la, pokcik pun hairan dengan masalah masyarakat hari ini. Ada2 saya hendak dijadikan hal. Kisah2 umah tangga yg skema sebegini macam lah tak boleh tak ada. Lebih2 lagi bila mengenangkan yang Pak Leman tu baik orangnya. Manakala Mak Limah tu tak kurang pula hemahnya. Kenapa pula hendak berentakan rumahtangganya. Bibah manalah yang digilakan Pak Leman tu? Kenapa pula hendak menduakan Mak Limah, mencari yang lain?
Lainlah macam pokcik ni.. oang yg rajin mencari2 Cuma pokcik saja yg tak terbuka hati.. Isy... isyy. Pening pokcik memikirkan kisah umah tangga oang ni.
Dan,
Pagi tadi.. barulah pokck tahuuuu...
Mereka bertengkarkan pasal kereta Perodua Viva. Bukannya si Bibah...
Biasalah... bila hendak musim pilihanraya ni.. kadang2 kita selalu tersalah dengar.. hik hik
Alahaiii...
Monday, February 25, 2008
lupa...
Hari minggu yang indah seakan memberi tanda untuk pokcik melangkah. Matahari pula menyelit2 sambil terjulur barang sesinar dua di awan yang nampak ceroh. Seperti oang2 yg dirahmati gitu. Dengan penuh kobar2an di dada, sayugia dirasa... pokciklah oang yg paling berpatriotik sekali pagi ini.
Sedari pondok, pokcik melangkah perlahan-lahan, tenang dan tetap hati.
“Uii.. pokcik, nak kemana tu?“ Sapa Tok siak yang sedang menghirup teh kaw di luar kedai kopi Ah Seng seraya mengangkat tangan. Barangkali dia agak hairan kerana pokcik agak lebih kacak sedikit pada pagi itu.
“Mengundi... mengundii... " jerit pokcik sambil menunjuk jalan hala ke sekolah.
Tok Siak mengerutkan wajah. Dia terkebil2 memandang dengan rupa kurang manis sebelum mengangkat tangan lagi.
“Uishh.. bukan hari ni la pokcik. Hari ni penamaan calon. Lagi 2 minggu baru mengundinya,“ balas Tok Siak sambil mula tersengih.
“Ahh.. bukan hari ni ka?” Pokcik menyoal dengan penuh sangsi. Takut kalau2 Tok Siak sengaja berkompromi dengan partai2 di situ untuk menghalang oang tua yang ikhlas hati suci murni penuh semangat negarawan untuk pergi mengundi ka.
“Betulll...." Tok Siak mengangguk bersungguh-sungguh.
Pokcik terkedudat...
"Alahaiii... ," akhirnya, pokcik mengeluh perlahan.
“Cam mana la boleh lupa ni?" pokcik menggaru kepala sebelum ketawa patplo kali.
Serentak dengan itu kaki ini pun mengobah hala melangkah ke arahnya. Kami duduk2 disitu menghabiskan suasana pagi bergebang akan hal politik semasa.
Sememangnya setiap kali musim pilihanraya tiba, oang akan mudah lupa gitu... hik hik
Friday, February 22, 2008
Semusim ngundi...
Musim mengundi datang lagi.
Seperti biasa sebagai seorang rakyat Malaysia yang penuh dengan semangat patriotik yg membara2 , sayugialah pokcik turut sama berasa teruja merasai kemelut yang menjadi hangat tiba2.
Maklom la, senario politik hari ini tidak sama dengan zaman pokcik muda2 dulu, yakni zaman sebelum merdeka. Rasanya seperi baru semalam pokcik pergi membuang undi ke dalam peti. Tiba2 sudah ingin membuang lagi. Isy... cepat sungguh penggal berubah.
Dalam sebulan inilah manusia boleh berubah sikap jadi 180 darjah. Ditambah pula dengan aktiviti yang paling banyak memberikan harapan selain menambah molek senyum di setiap insan yang terlibat. Banyak pula janji2 yang ditabur serentak dengan uwang bersama maksud serba tersirat.
Pokcik sebagai seorang rakyat Malaysia yang sudah muak dengan percaturan politik semasa jadi terlalu maleh nak bergolmal sama. Kalau ditekakkan di warung kopi pun, oang akan kata pokcik sudah nyanyuk agaknya. Maklomlah, oang tua kalau merapu2 nampak buruk gitu. Dari itu pokcik lebih baik diam saja. Seboleh2nya buat saja apa yang perlu.
Apa2 pun, pokcik tidak lah membenci apa jua parti yang bertanding. Cuma orang2 yg didalam parti itu saja yg kadang2 terlalu melebih dalam menabur janji. Alangkah kesiannya, kalau2 janji itu tidak ditepati. Akan merana serta makan hatilah rakyat nanti.
Apa2 pun, pokcik seperti zaman2 muda dulu akan sentiasa memberi peluang kepada sesiapa saja untuk mempimpin dan pokcik juga sentiasa menganggap yg baik2 sahaja.
Kerana, kalau tidak bahagia disini.. mana tahu di alam lain, pokcik akan lebih dikasihi, diberkati hasil kerja dan fikirbaik yang yang pokcik lakukan didunia ini.
Alahaii....