Thursday, February 28, 2008

Oh! Bibah...


Suatu pagi yang kelmarin, kedengaran umah sebelah agak riuh sedikit. Kalau riuh dek kerana budak Dol tu memang pokcik tak heran sangat. Pokcik kenal riuh ala2 tarzan dia tu. Sebab dia semadang jek riuh apabila hendak ke tadika. Sekali sekala di sakatnya pokcik yg sedang tercatuk2 dekat perigi belakang pondok ni.

Kadang dikatanya.. “Pokcik... takut mandi pagi ke.. ?“ atau kadang2 paling nakal di jeritnya pula.. “Pokcikkk... jangan tinggalkan Dol, Jangan terjunnn...!,“ Biasa la budak2 akhir zaman.

Namun riuh pagi ini amat asing sekali dipendengaran telinga capang pokcik. Suara garau bertingkah2 dengan suara halus serba nyaring. Rasanya macam biasa dengar, tapi.. ah, tak mungkinlah? Pokcik menggaru kepala sambil menjengah. Namun suara-suara itu semakin mudah di cam2

Sahihlah... Pak Leman dengan Mak Limah sedang tertengkar!

“Biarlah abang ambik si Bibah tu. Abang pun teringin jugak hendak yang baru.“ Pak Leman bersuara. Nekad saja bunyinya.

“Awak jangan fikir senang awak jek. Nanti dapat yang baru saya juga anak beranak yang makan pasir.“ Templak Mak Limah yang sudah naik angin.

“Apa yang awak hairankan. Saya kan banyak duit...” Pak Leman tak mahu mengalah.

“Apa yang banyaknya? Duit banyak, hutang pun banyak. Itu, budak2 nak sekolah. Ada awak fikir perbelanjaannya tu semua, duit pan, baju, buku2 dan macam2.“ bebel Mak Limah lagi.

“Limah… Limah... tentulah saya kisah. Awak ni tak kesian pada saya ka,” Pak Leman menggeleng kepala. Kecil sungguh hati dia dituduh curang pada keluarga.

“Ya… kerana kesian la saya cakap. Takut nanti awak dapat yang baru. Lupa semua sekali.” ujar Mak Limah.

“Ya la.. saya pun nak merasa jugak. Asyik naik yang itu jek.. kematu saya dibuatnya.." jawap Pak Leman sepontan.

“Awak ni macam tak boleh bersabar jek. Pentingkan diri sendiri saja..“

Mak Limah menarik muka masam. Pak Lemah terlangut dimuka tangga, bermenung jauh.

Pokcik di tingkap pondok yang terintai2 jadi susah hati dan terkejut. Hilang selera pokcik nak bersarapan kopi dan sekut pagi ini.

Ntah la, pokcik pun hairan dengan masalah masyarakat hari ini. Ada2 saya hendak dijadikan hal. Kisah2 umah tangga yg skema sebegini macam lah tak boleh tak ada. Lebih2 lagi bila mengenangkan yang Pak Leman tu baik orangnya. Manakala Mak Limah tu tak kurang pula hemahnya. Kenapa pula hendak berentakan rumahtangganya. Bibah manalah yang digilakan Pak Leman tu? Kenapa pula hendak menduakan Mak Limah, mencari yang lain?

Lainlah macam pokcik ni.. oang yg rajin mencari2 Cuma pokcik saja yg tak terbuka hati.. Isy... isyy. Pening pokcik memikirkan kisah umah tangga oang ni.

Dan,

Pagi tadi.. barulah pokck tahuuuu...

Mereka bertengkarkan pasal kereta Perodua Viva. Bukannya si Bibah...

Biasalah... bila hendak musim pilihanraya ni.. kadang2 kita selalu tersalah dengar.. hik hik

Alahaiii...

9 comments:

Fith_Nur said...

Ahakss.... itulah pokcik kadang2 manusia ni sekejap sangat pikir yg bukan2... tapi mmg saspen jugak.. sempat juga sy duduk terbayang si bibah yang cantik lagi menawan tinggi lampai pipi pauh dilayang....upa-uapanya VIVA....
Nasib baik perodua viva.

Ni nak nak singgah pun nak tanya apa pendapat pokcik tentang suara wanita dalam parlimen. Kan dah ada wanita yang menang tanpa bertanding...

Ridby.

m.q said...

alahai pokcik
perodua viva pokcik samakan dgn bibah???!!!
alahaiii...

khairyn said...

pokcik ni.. silalah kuatkan sikit volume alat bantuan pendengaran tu.. asyik salah dengar je bahaya gak tau.

lama tak singgah jenguk pokcik ye.. apa khabar? :)

Mersik said...

fifth_nur - Uii ya ka? hik hik maka suspension pokcik menjadi la ek kekek.. alahaiii..

Hah? perempuan di Parlimen..? Alahaii.. cam2 dunia skg ni.. Pokcik kalau ckp pun patplo hari payplo mlm tak abih.. Apa2 pun kite ikut la apa agama islam cakap...


masni qisrine - Uii mana ada pokcik samakan. Bunyinya je dekat2 sama.. Biasa la ditelinga oang tua.. segalanya serba berbeza gitu hik hik..

Eh, tadi ada dengor cam masni nak belanja2 pokcik ngeteh2 jek.. kekekek hu huuu


khairyn - Alah.. tersalah dengor. Kadang dah tune betul.. penalaan jek tak sampai kekekek..

Yo la.. pokcik pun tak sempat nak menjenguk ke tempat sejuk awak tu. Takut mengigil segala tulang temulang hik hik. Kena cari selimut dulu aa.. hu huu.. Happy weekends.

jagoan said...

kalau disunting entri ni, lagi cantek! kan kan kan?

ManjLara said...

Bibah manala pulak ingat tadi...

m.q said...

sy belanja..tapiiii pakcik bayar la
ahahahaha

LediAgli said...

pokcik nih.. nak cotton bud korek tinge?

Mersik said...

ah tok - Uiii.. mmg cantek gitu.. hik hik ( ingatkan nak sunting si Bibah tadi.. kekekek )


manjlara - kekeke saja jek nk mengena sesekali.. hu huu


masni qisrine - Uii cam mana tuuu? lain oang belanja lain oang bayor.. tak pe la.. pokcik pakai ansuran mudah ala2 buku 555 hik hik..


lediagli - Uii tak yah la.. kasi sekut n kopi tongkat Ali dah ler.. hik hik