i.
Malam tahun baru cina bermula dengan dentuman bunga api yang serba meriah. Berketup ketap bunyinya dikejauhan pondok pokcik ni. Terang benderang langit dibuatnya sampai tersorok sang bulan pokcik tu.
Rasanya bukan itu saja perayaan yang diiringi dengan dentuman bunga api serta mercun. Malam tahun baru pun sama, Deepavali pun ada hatta nak raya pun kedengaran juga. Agaknya sudah jadi trend masa kini. Bila ada event apa2 jek adalah yg bakar mercun dan bunga api. Pokcik takut nanti, lama kelamaan, nak sambut birthday pun bakar mercun juga.
Alahaii..
ii.
Suria pagi yang menerjah dicelah-cepah dinding pondok yang kurang rapat secara tak langsung menyilaukan mata yang sedang lena. Puas sudah dibolak balik, namun bias cahayanya menyerlah jua. Suasana jadi panas dan tidak sesuai untuk pokcik bermimpi lagi.
Alangkah indah zaman yang serba canggih ini bilamana kita sendiri boleh mengawal suasana yg dikehendaki. Disebuah rumah yang canggih, dimana hawa panas sejuk boleh dikawal2 (guna aircond) serta tingkap yang boleh diterang gelap sesuka hati. Manusia boleh jadi begitu selesa sekali , bekerja dan tidur bila2 masa. Siang malam tak jadi hal, boleh saja direka2. Ini pun rasanya sudah berlaku.
Domkian la kita ini sebagai manusia akhir zaman ini. Suka benar melawan fitrah yang ada.
Alahaii
iii.
Bersantai di anjung kala tengah hari sambil makan sekut dan kopi Tongkat Ali amatlah mendamaikan. Ditambah pula ada radio buruk yang menemani. Namun kadang2 , iramanya sangat2 la menyebalkan hati.
Irama yang rancak2 , bingit, tersangkut2 itu hanya membuat hati jadi nak marah. Kadang2 pokik pun jadi hairan juga. Ada orang yg beriya sangat nak menyanyi hingga sanggup berusaha menyertai segala macam pertandingan itu ini.
Dan apabila diberi peluang dan sah menjadi penyanyi. Dia tidak bernyanyi pula. Hanya bercakap2 sahaja. Komdian dalam lagunya, ada la satu dua nada yg terlenggok.
Selebihnya hanya cakap, cakap dan cakap.. Tunggang langgang suaranya. Kadang2 bercakap laju bagai dikejar hantu.
Itu yang bila pokcik dengar lagu "Dia datang" (versi mutasi), hampir2 pokcik nak terkoma..
Entahlah, oang kata itu irama rap. Pada pokcik itu bukan rap, tapi rap'u'
Alahaiii..
Nota cagu :
Janganlah marah pokcik. Pokcik hanyalah sekadar orang tua yang kurang giginya.. hik hik
4 comments:
MENARIK....
zaman skrg po'chik...seme nak cepat!
Pokcik... kenal tak dgn Jepun?
Rumah lama dibarukan, fesyen lama diperbaharukan, begitu jugala dengan lagu, lagu yang indah mendayu-dayu dirap kan la, dirockers kan la, hai, tu la nak akhir zaman... :-)
mama ranggie - Hik hik alah, jgn la cepat.. yg muda2 boleh la.. cergas dan laju. Tang pokcik ni.. alahaii.. slow gitu
lynn dayana - Jepun? hahah mau nya tak kenal... kawan sekolah la dulu2 tu.. Apa cite dia skg?
purpleheart - Alahaii.. itulah.. bila dah baru2 ni.. susah hati la plak oang yg lama2 lagi klasik ni. alahaii..
(Suka lagu Rap ala2 SM Salim - Apa dah jadi? )
Post a Comment