Hari minggu yang indah seakan memberi tanda untuk pokcik melangkah. Matahari pula menyelit2 sambil terjulur barang sesinar dua di awan yang nampak ceroh. Seperti oang2 yg dirahmati gitu. Dengan penuh kobar2an di dada, sayugia dirasa... pokciklah oang yg paling berpatriotik sekali pagi ini.
Sedari pondok, pokcik melangkah perlahan-lahan, tenang dan tetap hati.
“Uii.. pokcik, nak kemana tu?“ Sapa Tok siak yang sedang menghirup teh kaw di luar kedai kopi Ah Seng seraya mengangkat tangan. Barangkali dia agak hairan kerana pokcik agak lebih kacak sedikit pada pagi itu.
“Mengundi... mengundii... " jerit pokcik sambil menunjuk jalan hala ke sekolah.
Tok Siak mengerutkan wajah. Dia terkebil2 memandang dengan rupa kurang manis sebelum mengangkat tangan lagi.
“Uishh.. bukan hari ni la pokcik. Hari ni penamaan calon. Lagi 2 minggu baru mengundinya,“ balas Tok Siak sambil mula tersengih.
“Ahh.. bukan hari ni ka?” Pokcik menyoal dengan penuh sangsi. Takut kalau2 Tok Siak sengaja berkompromi dengan partai2 di situ untuk menghalang oang tua yang ikhlas hati suci murni penuh semangat negarawan untuk pergi mengundi ka.
“Betulll...." Tok Siak mengangguk bersungguh-sungguh.
Pokcik terkedudat...
"Alahaiii... ," akhirnya, pokcik mengeluh perlahan.
“Cam mana la boleh lupa ni?" pokcik menggaru kepala sebelum ketawa patplo kali.
Serentak dengan itu kaki ini pun mengobah hala melangkah ke arahnya. Kami duduk2 disitu menghabiskan suasana pagi bergebang akan hal politik semasa.
Sememangnya setiap kali musim pilihanraya tiba, oang akan mudah lupa gitu... hik hik
7 comments:
hehehehe...pokcik nih...lupa lak... tapi kenapa tak terus pergi ke pusat percalonan tu, boleh gak bagi sokongan kat mana-mana pihak yg pokcik nak ngundi tu....
hurm.... terlupa nak pesan pd pokcik... bila nak ngundi tu, pikir-pikir lah betul-betul ... nak undi seseorang menjadi pemimpin kita, mereka itu mestilah mempunyai ciri-ciri pemimpin Islam yang sejati... (pokcik baca kat n3 dlm blog saya ciri-ciri yg perlu ada pd seorang pemimpin itu)
..uish..bukan senang nak jadi pemimpin ni... byk tanggungjawabnya, kalau silap, apa yg kita lakukan akan dipersoalkan balik kpd kita di akhirat nanti...
.. lebih baik lah duduk diam-diam mcm kat pondok pokcik di pinggiran sebuah Bandaraya itu! sambil ngeteh dan cicah sekut kering!! hehehe ;-))
err...atok...thn ni dah pi buat pemeriksaan kesihatan ke belom?...kan doktor dah pesan...tiap2 thn kena buat...lbh2 lg kat kepala tu...kelmarin kan terhantuk kat tiang pondok... ;p
alahai..pokcik ni. buat2 lupa pulak...
Adusss memang pokcik sangat kompiden dengan undian pokcik tu sampai dah lupa tarikh penamaan calon..tapi tak apa pok cik yg penting ada semangat perjuangan harmoni..
Dah patplo kali dlm sehari sebut patplo....patplo...habis air liur meleleh membasahi tubir bibir,nasib baik tak tercipta peta dunia yang baru ahakss...
O ya...sy dah cuba 'kacau' jam yang pokcik gantung tu..sy tambah ketuk dengan paku payung lagi...ha3
aih.cane bleh lupa ni. advance sgt la pokcik ni.
wat malu je la.oloh~
;p
Nurrzah8 - Uii semangat nye dia nk mengundi ni. Ngalahkan pokcik plak. Memang gitu la sepatutnya, memilih pemimpin yg baik, ikhlas, amanah, tanggungjawab dan lain2 perangai baik..
Mudah2an kita dapat pemilih berdasarkan apa yg diinginkan oleh agama gitu..
Alah dok diam2 tak best aa tak de kawan nk borak2 atau ngeteh2 ka hik hik..
budakjahat - Uii nik piksa wat pe? POkcik kan sihat.. top up lagi ni aa.. cuma kadang2 jek lupa2an gitu alahaiii...
masni qisrine - Hu huu.. kadang2 lupa.. kadang2 dilupakan.. hu huu
fifth_nur - Kekekek pokcik mmg berpatriotik sunggah semenjak dua ni. Berkobar2 semangatnya.. yihaa..
Kekeke.. uii tu sebut tak sampai patplo juta belas2 kali lagi tuu.. kekek.. teruskan mencuba hik hik..
Abih tu dah dapat ka jam tu? Coba la.. leh letak kat umah plak.. hik hik..
sayda - Biasa la.. tgk cam meriah gitu nk mengundi2 ni.. POkcik mana bley mende meriah2 ni.. makin terlupa la gamaknya hik hik
Post a Comment