Thursday, April 03, 2008

Pesta Buku Antarabangsa , Kuala Lumpur , PTWC

Esok, bermulalah satu lagi pesta yang sangat ditunggu2 oleh sekelian pencinta buku, ulat buku, penyimpan buku 555 , penulis buku, penerbit buku , pengedar buku hatta pembaca buku sekalipun.


Inilah masanya kita ( seperti yg disebutkan diatas ) semua berkumpul meraikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang berlangsung sehingga 13 April, di PWTC.

Marilah kita sama-sama berkunjung ke sana untuk memeriahkan suasana yang serba meriah, sesak, riuh dan 'Hah-pening" (happening) itu. Semoga dengan suasana itu, akan terhapuslah segala tanggapan negatif yg mengatakan bahawa rakyat M’sia ini tak berapa gemar membaca.

Melihat saja pada senario pesta yg dulu pun, kita sudah tahu. Kali ini tentu lebih meriah dan banyak gerai2 baru disediakan. Ditambah pula dengan bahan-bahan bacaan terbaru dipasaran.

Mudah2an pokcik pun akan diberi kesihatan yang baik dan kekacakan yg maksimum supaya dapat turun sekali bersama-sama anda semua untuk melihat2 selain membelek beberapa buah buku yg agak berkenan dihati ini.

Mana2 yg dah kumpul duit banyak2 tu.. memboronglah dengan bijak. Pilih bahan2 bacaan yg elok, bermaklumat dan bermanfaat. Ibarat kata bijak pandai, buku umpama sumberan ilmu yg tidak bertepi. Kalau hendak jadi pandai maka sentiasalah berdamping dengannya.

Pada sesiapa yg punyai idola atau buku2 yg ditunggu2, maka bergumbiralah dengan keterujaan anda itu. Tengok la di mana penulis anda berada dan terjahlah mereka dengan senyuman manis nan berbunga2. hik hik..

Untuk pesta kali ini, buku Buku Dol Leman ( Misteri Kebun Pisang dan Misteri Sungai Loyang ) akan turut berada di sana. Hmm.. bukan untuk menyaingi sesiapa ( walau sekarang buku tu tengah ngetop di Parit Sangap, selepas buku panduan telefon kekekek ) , tapi lebih manis kalau dikata kehadiran buku2 itu hanya sekadar sama2 memeriahkan suasanalah hendaknya.


Dan lebih berkrim lagi apabila sang penulis Dol leman itu sendiri, akan turut berada disana yakni di Gerai KarnaDya (3064 dan 3065). InsyaAllah...

Bolehlah nanti anda menyapa2nya dengan mesra, lemah lembut dan ditambah dengan sedikit jelingan2 manja... kerana kabo2 nya dia tu amatlah pemalu orangnya hik hik..

Pokcik dijangka akan berada di sana hampir setiap minggu. Dari terbit fajar sampai tengah malam.. kekekek

Taklah sampai gitu sekali.. Tapi kata oang, lebih banyak ada la.. dari tak de.. Alah, buat ada2 gituu.. Alahaiii

Apa-apa pun, semoga anda semua akan bergumbira dan ceria mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa KL, tahun ini.

Berseronoklah..

4 comments:

dS said...

Salam n selamat maju jaya ds ucapkan kpd 3 oang penting di sebalik blog yg glamer ini..

1.Dol Leman yg genius.

2.Penulis novel Dol Leman yg serba boleh.

last but not least..

3.Pokcik yg bergigi dua batang aje!!!

Mersik said...

DS - wsalam.. hik hik alahaii.. terharunya jiwa raga ini. Jgn ler memuji sebegitu rupa. Nanti pokcik jd terkoma2 la plak kekeke

Walau sesiapa pun yg penting atau menyumbang2.. akhirnya para peminat dan teman2 jua yg menentukan..

Mekasih krn menyokong pokcik.. yihaaa..

( Tgh cari2 nk nk mendukung plak hik hik )

Anonymous said...

best aa dapat jumpa pokcik ari tu! keep in touch pokciiiiiiiiiiiik!

Mersik said...

Incet John - Waaa kite pun seronok gak. Yo la.. nanti kalu kite gi sana , kite miscall2 aaa..