skip to main |
skip to sidebar
Kamu pernah tak?
Tiba-tiba saja di sapa kenangan masa lalu? Tak kiralah dalam bentuk apa, tapi kehadirannya bagai menggamit suasana pada waktu itu.
Sebagai contoh, katakan kamu pergi ke tempat makan yang baru, memesan nasik lemak dan teh tarik. Tatkala makanan sampai , ia diletakkan diatas daun pisang. Bau harum muula menyucuk2 selera.
Hati kamu sudah mula tertarik. Dan suapan pertama , dengan rasa yang mulai memenuhi ruang mulut, melakat di lidah, bergolmal dalam kunyah, turun naik gigi, mencetuskan fikiran yang jauh mengingati zaman lampau...
“Eh, rasa macam makan nasik lemak Mak Cik bedah masa gi sekolah kecik-kecik dululah...“ Hati kamu mula berdetik dengan yakin. Wajah Mak Bedah terbayang diruang mata, dengan saiz badan yang sedikit gempal, diwarung kecilnya, membungkus nasi lemak, menyudu segala kacang, timun, ikan bilis dan sambal sebagai menu resmi kamu di pagi hari. Oh, betapa kamu merinduinya..
Suatu ketika yang lain, kamu sedang berada di belakang rumah kawan kamu yang jauh diatas gunung, sebuah kawasan pinggir hutan yang masih hijau.
Dalam hening pagi yang sejuk, kamu menarik nafas dalam-dalam sambil memejam mata. Dan bau, serta aroma dan getar sejuk mengingatkan kamu pada pekan kecil yang bernama Scarlborough , 20 km dari pinggir bandaraya Toronto, Canada, di mana kamu belajar dahulu.
Sendirian dirantauan, menongkah ilmu, mencari sedikit pengalaman untuk masa depan yang diimpikan dan diharap oleh keluarga tersayang
Domkian la sebagian contoh haruman lampau yang sesekali datang menggamit, mengusik tangkai hati, membuatkan anda tersenyum sendiri dalam mengingatkan sesuatu keadaan atau benda-benda yg amat dirindui... suatu masa dulu
Dan, sekelumit dari hati kamu pernah berkata , “Alangkah indah kalau masa itu dapat di ulangi lagi..“
Kamu pernah tak?
Alahaiii....
Nota Cagu :
Selamat bercoti hujung minggu. Semoga ceria dan seronok selalu beraktiviti.
3 comments:
dah lama tak fikirkan masa lalu.. yg ada selalu dlm ingatan tntg masa depan.. apa nak jadi dgn nasibku.. ada untung kah .. ada rugi kah.. ada senang kah.. ada susah kah.. dan giliran menunggu semakin pendek.. pendek.. dan pendek.. sehingga sampai ke garisan penamat dan.. akhirnya menemui noktah!
-nor ash burn-
Memang semenjak dua menjak ni, bau-bau kenangan tu sering jugak 'menerjah' masuk. Kdang-kadang secara suka, tapi biasanya secara PAKSA!
Huuuh! Sabor aja lah!
Nor ash burn - Uii yg didepan tu mmg la kena fikirkan selalu, tapi tak salah kalau sekali sekala menoleh ke belakang..
Mana tahu kita ada tertinggal sesuatu ka di sana.. hu huu..
( Yg tutup mata bila tgk cite - Jangan pandang belakang.. hik hik )
Hasrul Halid - Uii toksah dihalang2 datangnya kerana bukan selalu ia hadir. Apa2 pun layannn.. yihaa kekeke
Post a Comment