Wednesday, March 26, 2008
Beban di dada...
Berilah aku sedikit beban
Sekalut fikiran dan sebuah perasaan
Rasanya, itu bisa aku tanggung
Sedang mata terus terpejam
Selitkan sekali rindu menggebu
Dalam mimpi ku boleh merindu
Pada malam pekat kelabu
Terbongkang luas tanpa kelambu..
( Sedang tidur terlentang sambil memeluk bantal kusam )
Tuesday, March 25, 2008
Darihal mengenang...
Sejak beberapa minggu ni, memang hafal sungguh pokcik dengan perubahan iklim yang melanda setempat ini. Bila time dia nak hujan, bila panas terik, gerimis, curah2, ribut petir dan angin berpuput… semuanya sudah seperti intisari rancangan di tiwi terpahat kukuh dalam minda pokcik.
Walaupun perubahan selalunya mengobah kehidupan, namun ada juga ruang2 masa yang ibarat terbuka untuk membolehkan kite dapat bersama2 diri sendiri memikir, mengenang sambil melayan perasaan yang melankolik.
Mengenang punya makna yg tersendiri. Pokcik tak tahulah nak cerita2 akal hal2 lain atau orang lain. Kerana yg ditunggu disini adalah oang tua glamer ini, maka sayugialah pokcik akan bercerita darihal mengenang ini.
Agak2nya lah, dalam hidup kita ini.. berapa banyak masa yang dihabiskan dengan hanya mengenang saja? Tak kiralah mengenang sesiapa, mengenang oang yg dah pergi , orang yg jauh, oang yg dirindu , dicintai, dibenci hatta mengenang akan pokcik yang satu ini.. hik hik.
Entah kenapa, beberapa titis air yg tersesat jatuh diubun2 pokcik yg berrambut jarang seolah2 merangsang neuron kenangan yg agak lama sewaktu pokcik berusia sangat remaja dulu. Waktu itu banyak masa remaja dihabiskan untuk mengenang seseorang, sementelaah waktu itu baru hendak belajar mengenal cinta dan perasaan.
Keindahan yg sementara itulah yg diharap2kan. Diri pula bagai dihanyut2kan oleh perasaan sendiri. Betullah kata pujangga, sememangnya saat mengenal cinta amatlah indah. Rasa macam tak jejak tanah.
Oopps.. jangan jauh menerawang, pokcik baru cerita pasal mengenang2 saja tau..
Yg disana sudi atau tidak, belum lah tahu lagi.. hik hik..
Kira mccam perasaan yg tergantung gitu la.. hu huuu
(Atau lebih kepada perasan yg melebihi perasaan)
Alahaiii....
GANTUNG – Melly Goeslow
Ku harus menemui cintaku
Mencari tau hubungan kita
Apa masih atau telah berakhir
Kau menggantungkan hubungan ini
Kau diamkan aku tanpa sebab
Kaunya apa, ku harus bagaimana
Chorus
Kasih…sampai kapan kau gantung cerita cintaku
Memberi harapan
Hingga mungkin ku tak sanggup lagi
Dan meninggalkan dirimu
Detik-detik waktupun terbuang
Teganya kau menggantung cintaku
Bicaralah biar semua pasti
Gantungnya hubungan cinta denganmu
Membuatku sakit
Hingga mungkin ku tak sanggup lagi
Dan meninggalkan dirimu
Monday, March 24, 2008
Konflik senyumanku...
Pokcik duduk sendirian diatas bangku itu sebelum dua oang remaja mampir lalu melabuhkan punggung bersebelahan dengan pokcik. Dengan serta merta pokcik menyuakan sengih paling manis. Namun kerana keasyikan berboraknya mereka, langsung pokcik tidak di pandang walau sebelah mata. Tak mengapalah, pokcik duduk diam2 saja.
Dalam pada itu pokcik memasang telinga...
Oh, Budak2 remaja perempuan itu galak bercerita pasal teman mayanya. Termasuk teman2 sekolej yang nampak macho dan hensem katanya. Sekali sekala mereka berdua tergelak. Barangkali lucu bila bercerita akan hal kawan2 mereka yang tak pernah keluar bertemu teman lelaki atau dalam kata2 manis kelat , berpacaran...
Oh! Kamu ketahuan... Itu pun kamu jadikan isu? Menemplak sesetengah kaum dengan perkataan yang ganas2 sedangkan kamu pun apa kurangnya. Tak malu bercerita tentang teman lelaki mu yg alim2 kucing. Nak dikata hensem entah bahagian mana yg dilihatnya. Pakaian serba trendy , ber T-Shirt rock, seluar labuh bertalipinggang longgar , kadang terkoyak sana sini, lengan bertatu, telinga bersubang dan eh, pakai anak tudung lagi.
Sesekali mereka menjeling pokcik. Pokcik sua sengih lagi. Mereka mencebik.
Oh, kamu nak berparti di umah anu ya? Parti remaja masa kini kununnya. Hiburan sensasi “ muda hanya sekali “ ? Ada minum2 , hisap2 dan khayal? Apa kamu sudah gila? Itu parti membunuh diri namanya.
Ah, barangkali pokcik tersilap dengar. Rasanya kamu bercerita pasal syarahan Ustazah dikampus, pasal akhlak murni, peribadi luhur dan tauhid sejati. Barangkali jugalah tu.
Kamu bercerita tentang remaja zaman siber serta kebebasan muda mudi memilih jalan hidup sendiri. Kamu mau bebas rupanya. Tapi bebas sampai ke mana? Sampai terbabas? Dalam diam pokcik menjawap dalam hati.
Mereka mengekek ketawa. Sungguh ceria dan gumbira sekali remaja masa kini. Bercerita segalanya dalam nada positif gitu. Apa2 saja boleh digaul selalu. Tak kira ada batasan agama atau bebelan oang tua. Semenya di langgar lari.Sungguh kamu ini amat merisaukan hati tua pokcik dan oang2 tua zaman ini.
Harap2 kamu hanya membuat lawak mengiburkan oang tua ini.
Pokcik menunduk, memikir, menelaah serta mengkaji.. sebelum menggeleng kepala dan tetiba terketawa sendiri dengan agak kuat.
Remaja tadi sedikit tersentak. Mereka mengerling pokcik dengan pandangan dramatis sebelum cepat2 berlalu.
Dari jauh, kedengaran mereka ketawa lagi... Barangkali mentertawakan pokcik pula.
Alahaiii...
Cerita hujan dari seorang teman...
“Tak banjir ke?” Pokcik menanya penuh bimbang.
“Uish mana ada.. biasa2 jek,” jawap Tok Lipat dengan nada ceria, seolah2 hujan yang turun saban hari tidak memberi apa2 mudarat pada kg nya. Yg mana, secara kebiasaannya… hujan2 yg sebegini tentunya akan diiringi dengan bencana alam yang berpanjangan.
“Takat ni... okey lagi. Tak de pulak air2 sungai, tali2 air melimpah,” Dia bersuara lagi, secara tidak langsung membuang kerisauan yang bertandang dihati tua ini pada kg halaman tersebut dan teman tapi mesra.
“Abih tu hujan la hari2 ek..,” Pokcik menyoal lagi. Dengan rasa perihatin inilah pokcik segera me miscall2 Tok Lipat di kg, bertanyakan hal ehwal cuaca dan hujan yang maha rajin turunnya.
“Itu biasa la.. semadang jek hujan. Nak pergi mana2 pun kena bawa payung. Leceh..” Tok Lipat kedengarannya mengeluh pula.
“Tak apalah, kang kalau kena hujan, deman pula.. maklomlah , dah tua2 ni..,” pokcik memujuk manja.
“Hah, iyo la tuu... Demam makan ubat," jawapnya sedikit lucu.
“Kena standby baju hujan la ek hari2 ?” Pokcik menyoal lagi.
“Uishh.. tak payoh… payung banyak , berlambak2 lagi…” jawapnya segera.
“Banyak? Mana dapat banyak2 ?” Soal pokcik dengan hairan. Setahu pokcik, Tok Lipat ini hanya ada baju hujan kaler hitam satu tu je. Yang dah kotak ketiaknya… Kancingnnya pun tak boleh sampai atas.
“Eh, itu hari masa pilihanraya... kan dapat pree… aku rembatlah sampai seplo… “
Tok Lipat mengekeh dihujung talian
Pokcik terkesima.. .
Alahaii… hik hik
Friday, March 21, 2008
Kejutan...
Secangkir air kopi tongkat Ali yang panas dan sepiring besor sekut kering menemani santai pokcik di awal pagi itu.
Pokcik sedar, sejak akhir2 ini pokcik semakin kembali ke alam yang lebih nyata, yang penuh dengan kejutan2 lagi menyesakkan dada. Sejak2 berakhirnya pilihanraya dan kisah2 yg berlau selepas itu, pokcik lebih gemar mendiamkan diri selain menaakul perubahan yang bakal berlaku.
Ya, perubahan itu pasti! Walau sekurun mana pun masa yg diambil, ia tetap akan berlaku juga. Kerana... kehidupan manusia itu sendiri sentiasa berubah2. Begitu jua dengan negara pada zaman2nya yg tertentu. Tak termasuk pada individu itu sendiri. Ada yang semakin baik dan tak kurang juga menjadi semakin teruk.
Walau apa pun yg berlaku, pokcik tetap akur. Semangat manusia kadang2 sukar diramal. Bergantung kepada gelombang yang melanda. Harap2 selepas ini akan ada sedikit cerita indah dan ihsan2 yg mewah dalam menaiktaraf hidup manusia khususnya di dalam negara Malaysia yang tercinta dan bersifat majmuk ini.
Harap2 ia dikekalkan begitu.. kerana untuk seorang tua seperti pokcik ini, sangatlah sensitif pada perubahan semasa, apatah lagi kejutan2an ,
“Oh! Dia sudah turun pangkat.“
“Eh! Dia tidak lagi menjawat ke?.“
“Ooo.. rupa2nya dia kaki songlap.“
“Isy... isy , Dia tu... memang kacang hantu!“
Domkianlah antaranya maksud pokcik..
Opocots...! Eh, dah sejuk rupanya air kopi pokcik ni...
Sruups... sruups... ( seraya menghirup dengan rakus )
Itu pun kejutan gak... hik hik
Alahaii...
Thursday, March 13, 2008
Alah Dol...
Pokcik hampir2 terlupa bahawa coti sekolah sudah pun bermula pada minggu ini. Bunyi riuh yg berpanjangan di laman umah sebelah mengesahkan lagi tekaan pokcik bahawa si Dol juga sedang ber riang ria menyambut cuti.
Pada pagi yang dingin2 abc itu, tersembul laa budak Dol tu dimuka tangga sementara pokcik yang baru saja kebah dari deman sedang menyandar lesu, berkira2 hendak menjamah sekut dan air kopi.
“Atokk.. dah sihat belom?“ jeritnya nyaring. Soalan sama seperti soalan yang semalam2nya.
“Baik dah sikit2“ Pokcik menjawap lesu. Rasanya masih ada lagi nada2 getar dalam suara ini. Tapi, kalau tak dijawap nanti pekak plak telinga ni disoal berkali2.
“Atok cepat2 lah baik. Nanti, boleh kita main polis sentri.“ Tanpa segan silu dia memperlawa dengan mulut tersengih. Pokcik diam saja. Tak berapa ada selera nk melayan. Budak2 lah katakan.
“Atok tak sihat... Dol janganlah bising2, atok nak makan ubat, lepas tu nak tido.“ Pokcik seakan memohon sedikit belas.
“Oh, atok nak tidur ke? Tak apa. Nanti boleh Dol nyanyikan lagu. Senang atuk nak tido. Lagi pun, kat sekolah, cikgu selalu ajor nyanyi.“ ujarnya lagi dengan ceria.
“Iya..“ Pokcik mengangguk lesu. Kepala masih lagi bengal dan berdenyut. Namun kurang sedikit dari sebelum ni.
“Atok nak dengor Dol nyanyi tak?“ ujarnya lagi secara sukarela.
Pokcik terbatuk2 kecil. Dalam hati berkata,“ Kalau tak direlakan pun nanti dia akan nyanyi juga.“ Akhirnya, pokcik angguk sajalah..
Dan dia mula berdiri tegak, lalu bernyanyi...
Burung kakak tua.
Hinggap dijendela
Atok sudah tuaaa
Giginya tinggal duaaaaaa...
Pokcik tiba2 terbatuk. Itu jam juga pokcik rasa macam nak demam balik.
Alahaii...
Nota cagu :
Buku Dol Leman Misteri Sungai Loyang telah mula dilihat memenuhi rak2 buku MPH, Popular dan kedai2 buku lain di sekitar lembah Klang. Jangan lupa mendapatkan yang original.
Dan, jangan pulak tersalah ambik , kut2 terambik Doraemon ka...
hik hik
Monday, March 10, 2008
Oh...
Sebaik sahaja keputusan pilihraya diumumkan , pokcik diserang dedor yg amat drastik. Menggeletar seluruh badan. Bisa seakan merayap2 disegenap urat saraf hingga mendenyutkan kepala otak pokcik
Dan, pokcik masih lagi terasa2nya hingga kini...
Alahaiii...
( Sambil tarik selimut.. grr grr grr )
Friday, March 07, 2008
Saat itu...

Ada yang ingin membaikpulih pondok buruk pokcik supaya nampak ala2 Mahligai Puncak Kayangan gitu. Ditar gorengkan kawasan sekeliling supaya nampak elit, hebat dan tak becak bila hujan turun. Perigi dibelakang pula akan dibuat kolah serta air pancut yang mencurah supaya pokcik tidak perlu tercangkung2 tatkala bersiram. Menjadikannya sebuah kolam renang pun rasanya tak mustahil kalau pokcik hanya mengangguk sekali.
Tak kurang juga yang ingin menyara makanan rutinan pokcik iaitu sekut kering dan kopi tongkat Ali supaya pokcik dapat terus cergas dan boleh berlari. Dihadiahkan persalinan serba baru agar pokcik nampak trendy dan berjati diri (kekununnya)
Akan dibelikan juga kenderaan beroda supaya pokcik tidak perlu berjalan kaki dan hilang arah. Segala macam hal yang melibatkan perjalanan akan jadi serba cepat.
Yang tak boleh dilupa, ada pula yang ingin menaja gigi ini , supaya nampak penuh dan bertambah terserlah seri sengihan ikhlasnya nanti.
Ada juga yang pedajal menjemput pokcik menjadi pengundi hantu di kawasan tertentu. Meremang bulu ketiak pokcik mendengornya. Jangan buat hal....
Isy... isy... hairan sungguh pokcik dengan manusia hari ini. Rela berbuat apa saja untuk sesuatu tujuan. Sangat suka berjanji itu ini sedangkan perlaksanaannya belumlah pasti.Pokcik menggeleng kepala patplo kali. Kenapalah baru sekarang warga emas ini dihargai? Dilayan2 seperti emas?
Alahaii...
Nota cagu :
Selamat menghadapi hari minggu yang penuh debaran.
Monday, March 03, 2008
Hujan...
Hujan yang turun pagi minggu sangat2lah didambakan oleh sekelian alam. Setelah agak lama bumi ini berpanas dengan bahang yg membara hingga membuatkan tanah jadi gersang, maka... inilah hari yang sangat indah lagi mendinginkan suasana.Walaupun lebatnya bisa menggusar jiwa, namun kehadirannya bagai ditunggu2 pula. Alam yang nampak lesu turut subur disimbah berkatnya. Pohon2 seakan turut bersyukur, hutan lalang berolek oleng dihembus angin yg turut berhembus. Bunga2 menjadi tertunduk2 dek kerana terjahannya. Barangkali juga malu..
Di atas tanah yang subur.. sang siput melekap erat didedaunan sambil tersenyum penuh syukur. Bagitu juga sang ulat yang terapung2 penuh santai. Tidak perlu mengesot lagi seharian untuk ke mana-mana. Ayam keding terhangguk2 dibawah tangga melihat sang ulat dengan penuh geram. Namun hujan lebih ingin dinikmati walau pun tempiasnya saja yg dirasa.
Katak2 pun bernyanyi riang sambil melompat2 penuh ceria.
Tidak jauh dari sebuah pondok di pinggiran Shah Alam, kelihatan... seorang tua juga turut melompat2 sama...
Alahaii...
Hik hik
Thursday, February 28, 2008
Oh! Bibah...
Suatu pagi yang kelmarin, kedengaran umah sebelah agak riuh sedikit. Kalau riuh dek kerana budak Dol tu memang pokcik tak heran sangat. Pokcik kenal riuh ala2 tarzan dia tu. Sebab dia semadang jek riuh apabila hendak ke tadika. Sekali sekala di sakatnya pokcik yg sedang tercatuk2 dekat perigi belakang pondok ni.
Kadang dikatanya.. “Pokcik... takut mandi pagi ke.. ?“ atau kadang2 paling nakal di jeritnya pula.. “Pokcikkk... jangan tinggalkan Dol, Jangan terjunnn...!,“ Biasa la budak2 akhir zaman.
Namun riuh pagi ini amat asing sekali dipendengaran telinga capang pokcik. Suara garau bertingkah2 dengan suara halus serba nyaring. Rasanya macam biasa dengar, tapi.. ah, tak mungkinlah? Pokcik menggaru kepala sambil menjengah. Namun suara-suara itu semakin mudah di cam2
Sahihlah... Pak Leman dengan Mak Limah sedang tertengkar!
“Biarlah abang ambik si Bibah tu. Abang pun teringin jugak hendak yang baru.“ Pak Leman bersuara. Nekad saja bunyinya.
“Awak jangan fikir senang awak jek. Nanti dapat yang baru saya juga anak beranak yang makan pasir.“ Templak Mak Limah yang sudah naik angin.
“Apa yang awak hairankan. Saya kan banyak duit...” Pak Leman tak mahu mengalah.
“Apa yang banyaknya? Duit banyak, hutang pun banyak. Itu, budak2 nak sekolah. Ada awak fikir perbelanjaannya tu semua, duit pan, baju, buku2 dan macam2.“ bebel Mak Limah lagi.
“Limah… Limah... tentulah saya kisah. Awak ni tak kesian pada saya ka,” Pak Leman menggeleng kepala. Kecil sungguh hati dia dituduh curang pada keluarga.
“Ya… kerana kesian la saya cakap. Takut nanti awak dapat yang baru. Lupa semua sekali.” ujar Mak Limah.
“Ya la.. saya pun nak merasa jugak. Asyik naik yang itu jek.. kematu saya dibuatnya.." jawap Pak Leman sepontan.
“Awak ni macam tak boleh bersabar jek. Pentingkan diri sendiri saja..“
Mak Limah menarik muka masam. Pak Lemah terlangut dimuka tangga, bermenung jauh.
Pokcik di tingkap pondok yang terintai2 jadi susah hati dan terkejut. Hilang selera pokcik nak bersarapan kopi dan sekut pagi ini.
Ntah la, pokcik pun hairan dengan masalah masyarakat hari ini. Ada2 saya hendak dijadikan hal. Kisah2 umah tangga yg skema sebegini macam lah tak boleh tak ada. Lebih2 lagi bila mengenangkan yang Pak Leman tu baik orangnya. Manakala Mak Limah tu tak kurang pula hemahnya. Kenapa pula hendak berentakan rumahtangganya. Bibah manalah yang digilakan Pak Leman tu? Kenapa pula hendak menduakan Mak Limah, mencari yang lain?
Lainlah macam pokcik ni.. oang yg rajin mencari2 Cuma pokcik saja yg tak terbuka hati.. Isy... isyy. Pening pokcik memikirkan kisah umah tangga oang ni.
Dan,
Pagi tadi.. barulah pokck tahuuuu...
Mereka bertengkarkan pasal kereta Perodua Viva. Bukannya si Bibah...
Biasalah... bila hendak musim pilihanraya ni.. kadang2 kita selalu tersalah dengar.. hik hik
Alahaiii...
Monday, February 25, 2008
lupa...
Hari minggu yang indah seakan memberi tanda untuk pokcik melangkah. Matahari pula menyelit2 sambil terjulur barang sesinar dua di awan yang nampak ceroh. Seperti oang2 yg dirahmati gitu. Dengan penuh kobar2an di dada, sayugia dirasa... pokciklah oang yg paling berpatriotik sekali pagi ini.
Sedari pondok, pokcik melangkah perlahan-lahan, tenang dan tetap hati.
“Uii.. pokcik, nak kemana tu?“ Sapa Tok siak yang sedang menghirup teh kaw di luar kedai kopi Ah Seng seraya mengangkat tangan. Barangkali dia agak hairan kerana pokcik agak lebih kacak sedikit pada pagi itu.
“Mengundi... mengundii... " jerit pokcik sambil menunjuk jalan hala ke sekolah.
Tok Siak mengerutkan wajah. Dia terkebil2 memandang dengan rupa kurang manis sebelum mengangkat tangan lagi.
“Uishh.. bukan hari ni la pokcik. Hari ni penamaan calon. Lagi 2 minggu baru mengundinya,“ balas Tok Siak sambil mula tersengih.
“Ahh.. bukan hari ni ka?” Pokcik menyoal dengan penuh sangsi. Takut kalau2 Tok Siak sengaja berkompromi dengan partai2 di situ untuk menghalang oang tua yang ikhlas hati suci murni penuh semangat negarawan untuk pergi mengundi ka.
“Betulll...." Tok Siak mengangguk bersungguh-sungguh.
Pokcik terkedudat...
"Alahaiii... ," akhirnya, pokcik mengeluh perlahan.
“Cam mana la boleh lupa ni?" pokcik menggaru kepala sebelum ketawa patplo kali.
Serentak dengan itu kaki ini pun mengobah hala melangkah ke arahnya. Kami duduk2 disitu menghabiskan suasana pagi bergebang akan hal politik semasa.
Sememangnya setiap kali musim pilihanraya tiba, oang akan mudah lupa gitu... hik hik
Friday, February 22, 2008
Semusim ngundi...
Musim mengundi datang lagi.
Seperti biasa sebagai seorang rakyat Malaysia yang penuh dengan semangat patriotik yg membara2 , sayugialah pokcik turut sama berasa teruja merasai kemelut yang menjadi hangat tiba2.
Maklom la, senario politik hari ini tidak sama dengan zaman pokcik muda2 dulu, yakni zaman sebelum merdeka. Rasanya seperi baru semalam pokcik pergi membuang undi ke dalam peti. Tiba2 sudah ingin membuang lagi. Isy... cepat sungguh penggal berubah.
Dalam sebulan inilah manusia boleh berubah sikap jadi 180 darjah. Ditambah pula dengan aktiviti yang paling banyak memberikan harapan selain menambah molek senyum di setiap insan yang terlibat. Banyak pula janji2 yang ditabur serentak dengan uwang bersama maksud serba tersirat.
Pokcik sebagai seorang rakyat Malaysia yang sudah muak dengan percaturan politik semasa jadi terlalu maleh nak bergolmal sama. Kalau ditekakkan di warung kopi pun, oang akan kata pokcik sudah nyanyuk agaknya. Maklomlah, oang tua kalau merapu2 nampak buruk gitu. Dari itu pokcik lebih baik diam saja. Seboleh2nya buat saja apa yang perlu.
Apa2 pun, pokcik tidak lah membenci apa jua parti yang bertanding. Cuma orang2 yg didalam parti itu saja yg kadang2 terlalu melebih dalam menabur janji. Alangkah kesiannya, kalau2 janji itu tidak ditepati. Akan merana serta makan hatilah rakyat nanti.
Apa2 pun, pokcik seperti zaman2 muda dulu akan sentiasa memberi peluang kepada sesiapa saja untuk mempimpin dan pokcik juga sentiasa menganggap yg baik2 sahaja.
Kerana, kalau tidak bahagia disini.. mana tahu di alam lain, pokcik akan lebih dikasihi, diberkati hasil kerja dan fikirbaik yang yang pokcik lakukan didunia ini.
Alahaii....
Monday, February 18, 2008
Dia datang lagiiii....
Pokcik menggaru kepala patplo kali.. Rasa seperti tidak percaya. Masuk ini , sudah dekat lapan kali pokcik hampir2 koma dan hilang ingatan.
Eh, budak Dol ni... bior betul? Apalah nak di buat kali ini? Isy.. isy.. tak abih-abih nak menyiasat, menyiasat dan menyiasat..
Ah, lantak la... nak siasat apa pun. Janji... layannnnn....
Sinopsis:Hujan yang turun tidak henti-henti memaksa Dol dan keluarganya dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Parit Sangap. Bersama rakan-rakannya, Suppa, Ku Chai serta Yaya ditemukan dengan seorang tua yang sungguh misteri.
Orang tua itu bercerita tentang harta Sungai Loyang!
Cerita yang menyingkap suatu kisah silam menarik minat Dol dan kawan-kawannya untuk turut menyiasat.
Dan, pencarian untuk merungkai sebuah misteri pun bermula. Namun ianya tidaklah semudah yang disangka.
Mereka berhadapan dengan cabaran yang bukan sedikit.
Adakah mereka akan berjaya?
Sedangkan... air Sungai Loyang semakin melimpah.
Thursday, February 14, 2008
Ceritaku ceritamu..

Oleh kerana semakin hari pokcik semakin malas dan kekurangan idea yg segar2 untuk menulis, pokcik dengan diskaun hati 86% memberi peluang untuk anda semua menentukan ceritanya.
Dalam erti kata lain , apa yang anda semua nak pokcik ceritakan? Atau ayat sedapnya berbunyi... kalian seme nak pokcik cerita pasal apa?
Sekurang2nya terjana juga otak pokcik ni untuk memikir-mikir atau mengarang pepe ibarat menjawap karangan bahasa malaysia LCE gitu..
Tapi, jalan pula hal2 yg merapu2 atau barangkali buat pokcik terkelu.
Maklumlah, pokcik ni pemaluuu.. hik hik
Alahaii..
Tuesday, February 12, 2008
Iklan gratis...
PAsiNo 3 : JOM IKUT KAMi!
Alaf21 FC dengan sukacitanya mengajak anda semua untuk sama-sama melawat ke Syarikat Penerbitan Nombor Satu di Malaysia dan juga Penerbit Novel yang tersohor
iaitu;
KARANGKRAF SDN BHD dan juga ALAF21 SDN BHD.
TARIKH : 12 March 2008 (Rabu)
MASA : 8.30 pagi hingga 2.00 petang.
Syarat penyertaan :
1. Lawatan ini terbuka kepada semua yang berminat.
2. Peserta hendaklah berusia 13 tahun ke atas.
Sesiapa yang ingin bersama-sama kami melawat ke premis-premis tersebut bolehlah menulis ke alamat email alaf21fc@yahoo.com dengan tajuk “LAWATAN”
Jangan lupa sertakan sekali NAMA PENUH, NO KAD PENGENALAN, NO TELEFON SERTA ALAMAT RUMAH.Kami juga akan memberikan maklumat mengenai lawatan dari masa ke semasa.
Jangan lepaskan peluang anda!
Nota cagu :
Manalah tahu , kut-kut anda semua terjumpa pokcik di sana ka.. kekekeke
Monday, February 11, 2008
Kompilasi...
i.
Malam tahun baru cina bermula dengan dentuman bunga api yang serba meriah. Berketup ketap bunyinya dikejauhan pondok pokcik ni. Terang benderang langit dibuatnya sampai tersorok sang bulan pokcik tu.
Rasanya bukan itu saja perayaan yang diiringi dengan dentuman bunga api serta mercun. Malam tahun baru pun sama, Deepavali pun ada hatta nak raya pun kedengaran juga. Agaknya sudah jadi trend masa kini. Bila ada event apa2 jek adalah yg bakar mercun dan bunga api. Pokcik takut nanti, lama kelamaan, nak sambut birthday pun bakar mercun juga.
Alahaii..
ii.
Suria pagi yang menerjah dicelah-cepah dinding pondok yang kurang rapat secara tak langsung menyilaukan mata yang sedang lena. Puas sudah dibolak balik, namun bias cahayanya menyerlah jua. Suasana jadi panas dan tidak sesuai untuk pokcik bermimpi lagi.
Alangkah indah zaman yang serba canggih ini bilamana kita sendiri boleh mengawal suasana yg dikehendaki. Disebuah rumah yang canggih, dimana hawa panas sejuk boleh dikawal2 (guna aircond) serta tingkap yang boleh diterang gelap sesuka hati. Manusia boleh jadi begitu selesa sekali , bekerja dan tidur bila2 masa. Siang malam tak jadi hal, boleh saja direka2. Ini pun rasanya sudah berlaku.
Domkian la kita ini sebagai manusia akhir zaman ini. Suka benar melawan fitrah yang ada.
Alahaii
iii.
Bersantai di anjung kala tengah hari sambil makan sekut dan kopi Tongkat Ali amatlah mendamaikan. Ditambah pula ada radio buruk yang menemani. Namun kadang2 , iramanya sangat2 la menyebalkan hati.
Irama yang rancak2 , bingit, tersangkut2 itu hanya membuat hati jadi nak marah. Kadang2 pokik pun jadi hairan juga. Ada orang yg beriya sangat nak menyanyi hingga sanggup berusaha menyertai segala macam pertandingan itu ini.
Dan apabila diberi peluang dan sah menjadi penyanyi. Dia tidak bernyanyi pula. Hanya bercakap2 sahaja. Komdian dalam lagunya, ada la satu dua nada yg terlenggok.
Selebihnya hanya cakap, cakap dan cakap.. Tunggang langgang suaranya. Kadang2 bercakap laju bagai dikejar hantu.
Itu yang bila pokcik dengar lagu "Dia datang" (versi mutasi), hampir2 pokcik nak terkoma..
Entahlah, oang kata itu irama rap. Pada pokcik itu bukan rap, tapi rap'u'
Alahaiii..
Nota cagu :
Janganlah marah pokcik. Pokcik hanyalah sekadar orang tua yang kurang giginya.. hik hik
Wednesday, February 06, 2008
Selamat Tahun Baru Cina...
Pokcik mengambil kesempatan untuk mengucapkan kepada sekelian pengunjung yang di kasihi , Selamat bercuti sempena menyambut Tahun baru Cina.
Memang M'sia ni mewah dengan cuti-cuti perayaan dek kerana berbilang kaum dan budaya. Semoga anda semua ceria selalu dan mempunyai aktiviti yg menyeronokkan untuk menghabiskan cuti yang agak panjang ini.
Kalau hendak berjalan jauh, pastikan kenderaan adalah selamat. Jangan memandu ikut nafsu atau ikut orang depan yang laju, tapi ikutkan undang2. Ingat pokcik yg tersayang.. hik hik..
Moga anda semua ceria selalu dan happy bersantai2an bersama keluarga atau mereka2 yg menggumbirakan hati serta perasaan.
Tuesday, February 05, 2008
Semalam pokcik bermimpi...
Semalam pokcik bermimpi.
Sungguh, seronok dan mengasyikkan. Ia meninggalkan kesan yang amat dalam.
Entah kenapa kenangan seolah2 memberi ihsan pada pokcik untuk memilih mimpi mengikut citarasa hati dari sebahagian kenangan yang tidak begitu indah akhirannya (secara realiti). Ini kisah berpuluh tahun dulu.
Pokcik bermimpi bertemu cinta hati pertama. Entahlah, terasa malu pula hendak bercerita. Sementalaah kisah itu pun sudah berkurun lama pokcik padamkan dalam lipatan kenangan ini.
Ditepi kali yang tenang, air mengalir lesu mengairi sawah yang luas terbentang. Di situ, pokcik setia menunggu. Di kala itu, hati dicengkam debar yang amat panjang. Penantian tidak pernah menyeksakan.
Apabila melihat dia dari jauh, darah muda seakan menggelodak bersama debar yang laju menebak dalam dada. Akhirnya dia datang juga. Bersama senyuman ikhlas, membuat rasa hati semakin menggebu2 dan berbunga2. Mungkinkah dia sudah mendapat tanda atau mengetahui isi hati ini?
Kami berbual sambil sesekali mengerling dan memandang. Namun tidak mampu menatap lama2, kerana karan yg terhasil dari pandangan mata hanya akan menambah gelora sahaja
Di saat itulah dengan beraninya pokcik meluah rasa. Mendambakan yang cinta2 sahaja. Disahut dengan senyap yang panjang sambil sesekali menunduk malu. Hanya raut wajahnya sahaja yang menjawap penuh makna. Tersipu2 dengan wajah serba kemerahan, seolah2 tidak percaya akan lahir juga kata2 keramat itu dari mulut pokcik.
Petang yang sepoi2 bahasa jadi lebih sinar bersama deretan padi yang berpuput lembut. Bagaikan menjadi saksi akan rasa hati yang baru berputik ini. Dan seperti insan lain yang dilamun cinta (suci) , pokcik berharap iakan akan terus kekal subur hingga kami disatukan kelak nanti.
Saat itu memang paling indah sekali dalam hidup kami.
Sayangnya, pokcik terjaga lewat pagi dengan rasa terkilan yang tak sudah. Mimpi indah dibawa pergi begitu sahaja. Pokcik terkedu seraya mengusap pipi. Ada air yang mengalir dari tubir mata ini.
Barangkali sebentar tadi jasad pokcik berkonflik diantara alam mimpi dan realiti. Hakikatnya kisah tersebut sudah terpadam lama dari ingatan fikiran pokcik bersama cinta dan rasa yang membara suatu ketika dahulu. Kasih terputus ditengah jalan. Akhirnya, pokcik membawa diri... melara hingga ke hujung usia.
Untuk seketika, pokcik rasa sangat gembira.Sekurang2nya kata sudah terzahir. Diam sudah menandakan terima.
Oh, terima kasih sang mimpi kerana memberikan pokcik kenangan ini. Walau pun hanya seketika, tapi sudah cukup untuk menggembirakan hati tua ini.
Harap-harap, ia akan berulang kembali.
Thursday, January 31, 2008
Alam satu lagi...
Malam tadi pokcik mengambil keputusan untuk berjalan2 di kedai depan sana. Biasanya, pokcik lebih suka bersantai di anjung sambil merenung bulan. Lagi pun, bukannlah pokcik rajin bebenor merayap malam2 ni. Sesekali je, bila datang seleranya nak berjalan2.
Cuma yang kurang bestnya, kalau dah merayap-rayap tu, amat sukarlah nanti pokcik nak menemui jalan pulangnya. Oops.. bukan kerana pokcik rabun malam, tak lain adalah kerana, apabila kala malam bulan mengambang menjelma, pokcik selalu terlupakan arah pulang ke pondok gitu.. hik hik..
Malam tadi, selepas melungsuri deretan kedai yang berbagai jualan dan warna warni, pokcik terhenti seketika di sebuat cafe siber yang terang benderang dan agak baru operasinya. Pabila pokcik menjegah ke dalam ( dari luar cermin hitam), teramatlah penuh dengan budak2, remaja hatta oang dewasa juga tidak ketinggalan. Ada yg bermain game, chatting, tenet2, dan sangat sedikit yg bersungguh2 membuat kerja sekoloh.
Rasanya bukan ini saja cafe siber yang ada disini.. mau ada lagi 4,5 buah yg melata disekitar2 sini yang amat sahih, penuh sesak saban hari dan malam.
Dari satu sudut yang tertentu, bolehlah dikatakan elok. Selain dari memandaikan rakyat jelata untuk mendalami ilmu IT, ia juga berguna untuk kebanyakan kerja yang lebih mudah urusannya secara online. Hanya perlu tekan itu ini sahaja.
Dari satu sudut yang lain pula. Belum tentu yang ramai di dalamnya itu inginkan sesuatu yang baik2 dari teknologi ini. Ramai yang lebih suka menghabiskan masa dengan membuang masa. Terutamanya golongan remaja dan kanak-kanak bawah umur.
Mereka bergelak ketawa, melihat yg sedap2 sahaja selain mendengor lagu2 percuma. Entah apa lagi yg sibuk diluncurkannya (surfing). Kadang2 boleh jadi leka dan lalai. Masa berlalu berjam2 lamanya, dan mereka masih disana. Siapa yang peduli ? Apakah mak ayah tidak tahu?
Bukan nak menyalahkan sesiapa. Namun, kebanyakan mak bapak zaman skg dan separuh lama, yg berkelas rendah atau sederhana.. pabila bila anak sudah pandai tekan komputer, maka disangkanya bahawa anaknya itu sudah maju dan nam merobos sempadan diri, jadi celik IT. Padahal... apa yg dilakukannya itu ( dengan kemahiran berkomputer yang ada ) kadang2 mengaburi mata ibu bapa mereka.
Agaknya, kalau ditanya pada budak2 yg taksub IT itu akan jenis2 alam yg mereka tahu, tentu salah satu darinya ( selain alam dunia dan alam akhirat ) akan dijawapnya alam siber. Alahaiii...
Teringat akan salah satu ayat dari oang bijak pandai yang menyatakan, Jika hendak melihat majunya mundurnya sesuatu negara tu, lihat lah sahaja pada golongan muda mudinya hari ini.
Walaupun pandangan dari mata tua ini tidak memberikan apa-apa makna bagi semua, tapi “garam“ yang ada didalam diri ini sudah cukup untuk menelahkan kebarangkaliannya.
Akhirnya, pokcik berlalu dari situ dengan rasa hati yang sedikit sedih, sedikit kecewa.
Lebih menyedihkan lagi apabila melihat sayup-sayup diatas sana bulan sedang mengambang.
( Haii.. sesat lagi la pokcik ni nak balik umah... )
Alahaiii..
Tuesday, January 29, 2008
Pelik tapi mesra...
Sesuatu yang agak pelik bagi diri pokcik ialah untuk menjalinkan hubungan di alam maya ini.
Entahlah, mungkin pokcik saja yg merasai begitu. Boleh jadi kerana faktor usia, jumlah gigi, tahap kemesraan, rasa percaya dan juga setiakawan.
Ianya bermula dengan sapa2an mesra, kemudian berbalas datang. Lantas melawat2 singgah, bertanya kabo berita selain bertukar cerita.
Dan apabila menjadi semakin mesra, kita menjadi sepi dari berkata-kata. Seolah2 mengandaikan bahawa kemesraan adalah bersepi-sepi sahaja.
Tapi kita tahu.. 'kita' baik-baik sahaja..
Sungguh pelik bukan?
Setidak2nya buat diri pokcik la..
Alahaiii..