skip to main |
skip to sidebar
Suatu hari pokcik terpandang sebiji batu, sebesar kelapa komeng di bawah dapur umah tok lipat. Sudah kelabu dah hitam benar warnya. Permukaannya juga kasap-kasap dan hampir berkarat.
“Itulah batu, buat bertungku.” Kata tok lipat pabila melihat pokcik ralit sangat memerhati.
“Ooo.. aku ingatkan batu apalah tadi.” Pokcik mengangguk-angguk.
“Dulu, masa arwah bini aku bersalin, batu itulah yang dibuat tungku. Sampai lima orang anak aku, banyak betul jasa batu tu.“ Terang tok lipat mengingati memori lama.
“Kau buat sendiri ke?” soal pokcik lagi.
“Yo la.. sapa lagi nak wat. Mak bidan pun buat 2,3 hari jek.. lepas-lepas tu pandai-pandai la kita menjaga. Kita kan lakinya.” Balas tok lipat.
Pokcik tersenyum saja. Memang tok lipat ni ciri-ciri lelaki mithali. Sewaktu bini dia dalam pantang, dialah yang uruskan semua. Dari pada memandikan, memakai bengkung, berpilis, mengurut hatta bertungku pun dia yang buat. Pendek kata macam raja bininya di jaga. Mak mertuanya datang pun rehat saja sambil tengok-tengokkan bayi.
“Orang sekarang ni, kalau bini bersalin, dalam kepala semua dah set. Pakat panggil mak datang jaga. Tak belajar jaga sendiri. Susah payahlah orang tua tu datang dari kampung. Mana nak melayan anaknya yang baru bersalin, layan cucu-cucunya dah riuh-rendah dan yang teruk lagi layan si suami pulak, kena masakkan makan minumnya.
Kalau ada oang gaji tu, sedaplah sikit. Kalau tak ada, semua kena buat sendiri.” Tok lipat tiba-tiba mengomel. Barangkali kebanyakannya orang sekarang memang begitu. Walaupun isteri yang bersalin lebih memerlukan ibunya untuk menjaga, tapi suamilah yang lebih afdal untuk menguruskan semua. Si ibu boleh datang sekadar melawat dan menjadi penasihat. Ini tidak, terbalik pula jadinya. Suami pula yang goyang kaki.
Sebab itu bila arwah bini tok lipat meninggal, dia turut sedih. Rasa macam belum banyak lagi kasih sayang serta kebajikan yang hendak diberikan padanya. Namun dia reda dalam pasrah. Tuhan lebih sayang padanya. Mujur anak-anaknya sudah besar. Sekarang ni, kasihnya tumpah pada anak-anak dan cucu-cucunya saja.
“Biasalah, kadang-kadang, insan-insan yang baik ni selalu dijemput awal.” Pokcik sekadar memujuk. Tok lipat mengangguk perlahan.
“Batu ni rasanya boleh guna lagi.” Tiba-tiba pokcik mendapat satu idea.
“Hah, nak buat apa?” soalnya pantas.
“Tuu... ,” pokcik memuncungkan mulut menunjuk ke perutnya yang sedikit boroi.
“Cet...! “ Kami sama-sama tergelak.
Alahaiii...
8 comments:
Pokcik, zaman sekarang depa dah tak pakai tungku-tungku tuh... depa guna hak macam seterika tuh ajer... kan sekarang semuanya nak senang, nak mati pun senang!...hehehe...
Nek Cun - Ooo itu macam ka? Dasatnya.. Nenek pokcik cakap, kalau pakai batu tungku pun, tidak2nya ia makhluk Allah, boleh tulun doa2kan kita yg sakit bersalin ni.
Kalau pakai seterika ( buatan manusia tu ) cam no? Tu la, oang skg tak fikir cam tu. Seme nak ekspress je. Alahaii...
salam.. x pernah le tengok batu bertungku.. tunjukkan!
-nor ash burn-
salam.. x pernah le tengok batu bertungku.. tunjukkan!
-nor ash burn-
Pokcik,
antara batu tungku dan besi tungku, saya lebih suka guna besi. Tahan lama sikit panasnya.
Bila dibalut dengan daun mengkudu..wangi sungguh baunya.
he..he..teringat semasa perpantang dulu-dulu
nor ash burn - Uii.. nak tengok ka? Kenalah ikut pokcik balik ke Kg Parit Sangap tuuu... huu huu
Aishah Jamal - Uii.. pakai besi ka? Dasatnyerr.. Mmg ada byk jenis tungku dari bahan2 yg berlainan.. Macam2 adoo..
Tujuannya sama je. Kadang2, pokcik pun tak tahu sekarang ni oang pakai apa plak hik hik. Pilihlah mana yang selesa gitu. Alahaii...
aduhh......
memamg lawak ganas nie...
nasib baik kepala pokcik tak kena bertungku pula setelah dihantukkan oleh batu hitam itu!
hahahhah
Salam
Jemput ke karya oline kami ya. Kalau ada cerita dark, gotik, thriller,fantasi, apa-apalah boleh le kot kalau nak sumbangkan kat tmpt kami. Terima kasih.
http://karyasidangpenulis.blogspot.com/
http://mekmulong.blogspot.com/
Post a Comment