Monday, November 10, 2008

berat...


Entah kenapa, pagi ini pokcik rasa tiba-tiba sahaja hendak membersihkan laman umah. Melihat rumput-rumput yang mula meliar di bawah pondok, terasa perlu juga menajak dan membuangnya. Bior bersih sikit laman pokcik ni. Senang orang nak datang bertandang. Maklomlah, pondok pokcik ni kan glamer.. hik hik.

Maka dengan segala kudrat yang ada, pokcik pun menghayunlah cangkul, memancah dan memuggar dengan semangat yang berkobar-kobar. Baru beberapa minit menghayun, peluh sudah mula berjuraian memenuhi badan pokcik.

Pokcik tabahkan juga hati walaupun terasa seperti cangkul itu yang menghayun pokcik hingga terhoyong-hayang tubuh ini dibuatnya. Degupan jantung sudah semakin laju rentaknya. Nafas sudah tercungap-cungap. Pandangan jadi berpinar. Rumput di laman, baru terpokah dua tiga jemput.

Alih-alih, tanpa disedari… pokcik sudah terduduk letih di atas tangga. Pinggang sudah rasa mencucuk-cucuk. Derap tulang berbunyi berkrup krap entah berapa kali kedengaran. Nafas yang dihela pun semakin kencang diselang seli bunyi mengaduh.

Setelah agak reda, pokcik menyapu peluh di dahi sambil merenung cangkul yang terlintang di atas tanah. Sesekali mata terpejam-pejam menahan bisa yang menjalar ke seluruh badan. Pokcik geleng kepala sambil mengeluh berat.

“Ish, ish, cangkul sekarang ni…. berat-berat belaka. Sampai tak larat pokcik nak menghayunnya...”

Alahaii…

5 comments:

Nursuzry said...

amboi... rajin nampak!

Tie said...

Luculah pokcik ni...bukan cangkul yang berat, pokcik yang tak larat! hi hi...tie pun dah tak larat pikul cangkul. Biasa guna yang kecik tu, boleh cangkung atau duduk sambil mencangkul..

Unknown said...

Loo... awat tak pakai cangkul mainan si dol tu?

arsaili said...

salam pokcik..gi la upah si dol tu aje...jgn kerja borat2..badan dah tua....ahaha

Mersik said...

nursuzry - Uii pokcik mmg rajin... iyah.. iyahh.. iyahhhhh.. hik hik


tie - Err betul ka? iksh iksh tak perasan pokcik dibuatnya. Alah, maklom la.. badan dan 'sezen' ni.. ada hati nak angkat cangkul.. hik hik. Alahaiii


zalisa - Hmm kalau macam itu, alamat tak siap aa kerja tu nanti.. hik hik


arsaili - Alah saja nak bagi peluh2 sikit.. tapi sengal pulak yang datang banyak.. alahaiii