skip to main |
skip to sidebar
Musim coti sekolah sudah tiba. Seronok sakanlah budak-budak semua. Mengajak mak bapaknya berjalan ke merata tempat selain sekolah. Cuma jangan terlalu mengikut selera anak-anak zaman selepas merdeka ni. Nanti anda juga yang susah sendiri.
Juga bagi budak IPTA dan IPTS yang baru selesai menghadapai peperiksaan akhir, bolehlah menyambung sessi diskusi bersama pasangan anda dalam topik yang lain pula. Kalau tak ada pasangan, carilah satu musuim cuti ni. Mungkin anda kureng hensem atau buruk perangai atau tak pandai mengayat.
Yang hendak berkenduri kendara, pastikan baryani gamnnya sedap hingga meresap ke anak tekak para tetamu yang datang. Bior puas oang melantak-lantak. Dengan itu nasik baryani di majlis anda akan dikenang sampai bila-bila , walau tak kenal akan tukang masaknya.
Pada bakal ibu yang sedang menanti cahaya mata atau yang sudahpun bergelar ibu, selamat menjaga anak. Kenangilah ibu anda yang berada dalam keadaan begini sewaktu mengandung dan melahirkan anda dulu. Dari itu, anda akan tahu jerih perihkan keadaan itu. Jangan susah-susahkan mereka pula untuk menjaga anak anda. Jaga je sendiri atau upah bibik saja. Mak anda hendak berehat. Dia penat!
Pada budak-budak yang hendak masuk jawi pula, selamat bermain polis sentri. Cuma malangnya.. anda seorang saja jadi pencuri manakala sekelian oang kampung hatta oang tua anda akan jadi polisnya. Mana mau lari haa? Itu 'barang' musti kasi potong juga!
Yang sedang berada di tanah Mekah, semoga kesihatan anda baik-baik saja dan haji anda juga diterima.
Pada yang sedang main dam aji di warung pak Aji. Tunggu nanti kalau pokcik balik kampung, kita main sama-sama aa.. hik hik
Buat masa ni, pokcik pula… macam biasa la. lepak-lepak je.
Alahaii…
8 comments:
Bila Pokcik hendak pergi Mekah.
Lepas tu kena panggil Haji Pokcik Mersik.
Uuuiiitttt.... dah coti2 sekolah ke? Tak pasan pulak den . Jom!!! gi coti2 Malaysia .(Pssttt.. singgah sat jer nih. Tgh x ada idea nak mengarang assignment, tu yg gi jln2. Lps ni nak menghilang lg dlm j/waktu yg pjg . Jgn cari ya.lalalalala.....)
hikhikhik. pada penulis2 tu, coti ke, sekolah ke, perjuangan mesti diteruskan. tak dak coti2 ha... teruskan usaha!
pokcik pun. kang pesta buku tak dak buku nak tunjuk pada kengkawan.
Abang Long - Ooo.. nnt aa bila duit dah cukup, patplo juto belas2 ribu ka.. Masa tu nak gi balik hari pun boleh... hik hik
Ila - Amboi.. bz sangat la tu. Oang dah cuti sekolah seronok2 sakan dia dok wat assignment plak.. kekeke selamat memerah idea la ek.. kekekek
Kak Ila - huii lama tak nampak oo.. Ni musti tgh pulun mss baru ni.. kekeke amboi2.. Yo la.. pokcik tgh menulis laju2 ni aa.. yahh.. yahh.. eyahhhh... hik hik
cuti sekolah.. yang berlkhatan dah selamat, yang bernikah pun dah selamat, yang exam pun dah hampir selamat
untung org nama selamat
Zareda - Tidak kalau namanya, Kassim Selamat.. hik hik..
pok cik.. briyani gam meresap ke anak tekak.. waduh2.. ujan2 dan kelaparan ni terasa ayat tu menusuk ke perut hehe..
cengkiau - Ooo.. kalau begitu, apa lagi..jangan malu2, jangan silu2.. segeralah mencari baryani gam yg berdekatan.. walau terpaksa meredah hujan ribut sekali pun..hik hik.
kalau makan2 tu jgn lupa kat pokcik dah ler.. hu huu
Post a Comment