Friday, September 21, 2007

Kad Raya...


Ada sesuatu perasaan yang agak menghalus terbit dalam diri ini tatkala terpandangkan sebuah replika kad yang amat besar dan berwarna warni dikedai buku di pekan itu. Dalam benak pokcik yang agak perlahan sejak bermula puasa ni, masih juga nak terfikir2 dengan soalan bodoh, “ Siapalah nak menghantor kad yg besor2 tu?”

Akhir sekali, baru pokcik perasan bahawa ia sekadar hiasan sahaja.

Pokcik pun tak berapa ingat bila kali terakhir pokcik dapat kad hari raya. Agaknya pada raya tahun lepas kut bila beberapa kad mula mengunjungi pondok pokcik dari insan2 yg sudi menghulur salam persahabatan. Oh! terharu sungguh pokcik dibuatnya. Serta merta pokcik menggantungkan kad2 tersebut di siling pondok dan tak lama kemudian menjadi mainan Cik Tom gemar pula. ( Seronok dia tengok beraneka rupa yg bergantungan agaknya, lalu selalulah dia melompat2 sambil cuba mencapainya)

Pada sesiapa yang berjalan2 weekend ni. Singgah la dikedai2 buku dan boli kad raya banyak2. Hantar la kat ayah ibu, adik abang, sedara mara atau teman tapi mesra. Walau pun sekarang ni dah ada berjenis cara kiriman yang tidak melibatkan setem dan kertas nyata, namun perasaan yang jauh tersembunyi didalam hati anda kadang2 tidak dapat di zahirkan secara nyata2 jua.

Sekarang ni dah canggih, ada kad letrik lagih. Boleh antor bila2 masa dah tak payah menyusahkan sang posmen. Cuma bila dah terlalu mudah mengucapkannya, takut akhirnya kadi sekadar mainan dihujung jari sahaja.

Pokcik bukan nak kata tak bagus. Tapi kalau diberi pilihan, pokcik lebih suka kad.

Kad pengganti diri , yang sering di ulangi sang penjual kad, jua mengusik peduli pokcik untuk mengakui akan benarnya hal ini. Maklom lah, pokcik kan oang lama, serba pejam IT, tak berapa trendy dan klasik nasonol lagi. Tentulah amat suka kalau dapat kad yang asli lagi boleh dibaca serta dipegangi. Kemudian lekat kat dinding dan ditatap dengan penuh suka hati.

Ada jugalah yang bertanya akan alamat pondok pokcik ni. Dan sejak beberapa hari lalu, jenuh pokcik mengucapkannya hinggakan waktu tidur pun tercakap-cakap mengenainya. Hik hik.

Alah.. musti oang kata pokcik ni mengada-ngada dan saja nak glamer. Isyy.. jangan ler cam tuh, kecut hati pokcik dibuatnya. Menggebu2lah pilu dalam dada ini.

Tak ada la niat cam tuh. Tapi kalau oang tua cam pokcik ni selalu diceria2kan hatinya, alangkah besor pahalanya gitu. Apatah lagi diingiti2 dalam saat nak beraya besor ni. Hik hik.

Dah.. manalah tahu.. kalau2 hayat pokcik tak berapa nak panjang tahun depan. Dah tua2 ni selalulah juga badan2 sakit sana sini.. alahaii.

Kalau yang sudi nak menghantar tu, alamatnya pokcik dah letak sana siap2 ( atas kanan, bawah gambar pokcik yg kecik lagi hensem tu).

Dan untuk lebih adil dan saling ingat mengingati, Hah, pokcik pun sangatlah sudi nak memberi kad raya. Esok2 pokcik akan pergi boli kad raya barang satu dua guni kekekek..

Sila lah mengirimi alamatnya ke sini mersik40@yahoo.com kalau anda mahu titipan dari orang tua ini.
Pada yang sudah memberi, jangan bimbang, insyaAllah akan pokcik utusi nanti..

Akhir kata... selamat bercuti hujung minggu. Selamat berpuasa, berbuka dan bersahur.

Alahaiii…

11 comments:

Iza'Izz said...

yahuuuuuu...i'm the 1st....kekeke

Izza sokong tu pokcik, lebih suker dan terasa lebih glamer bila abg/adik posmen dtg anta kad raya. Baru terasa kemeriahan hari raya....

sd. said...

sejak duk di rantauan ni dh x dpt kad raya.
isk isk.

pokcik sanggup ke pos kad raya jauh2 ni?heh.

Anonymous said...

Yeay... orang ketiga bubuh komen... ekekekekeekee... cuba teka siapa saya? Nak kad raya. Dah hanto ke blom? Dah ke blom? Kita belum hantor lagi... huhu...

m.q said...

pokcik send la kad rya kt saya..
sy kat blok 36, dekat jerrr...

Abang Long said...

Pokcik Mersik. Abang Long berhajat sangat nak kirim kad raya dengan duit raya yang dah dipotostat. Tapi, mas-elahnya, duit stem lak dah habishhh.

Mersik said...

iza - Huu huu tahniah kekek.. betul tuh.. Kalau dulu, pokcik selalu berkejor2 ngan si posmen tu.. mintak kad raya.. kekeke


sayda - Alahaii.. jauh taklah bermakna dilupakan gitu.. Jgn susah hati..

Bagi saja alamatnya.. nnt pokcik akan terbang kesana.. oops.. bkn
pokcik aa tapi kad nya hik hik..

Anonymous - Oooo itu pokcik tahuu.. I see uuuuu kekekek.. pokcik dah boli siap2 dah ni.. nnt hntr la.. tungguuuu kekekeke


masni qisrine - Uish dekatnya.. pokcik hantar sendiri laa kekeke.. Apa no umahnya? Kalau tinggi sangat, pokcik tak larat hik hik..


Abg Long - tak yah setem.. membazir jek.. baik wat ngeteh2.. ada gak pekdoh nye..hik hik..

AiRynnz said...

pokcik jgn lupa tau...
ryn nak yg besoooooooooooooooooooo nye kad ;p

sd. said...

serius ke nak pos.
owh.happynye!!

x penah dpt kad raya since duk sini.huhu.nnt sayda bg address k. tp kalu susah2 xyh la ek.
;)

Mersik said...

airynnz - Uii beso mana tu? jenuh la posmen nak hntr.. pakai treler ler gamaknyer kekek.. Alahai.. dpt pepe dr pokcik pun dah kira besooo hatinya nnt kekek hu huu..

(Suka duit raya beso2 kekekek )


sayda - Ya.. betul nih.. meh cecepat bagi address.. kang tak sampai plak.. kekekek maklom la raya2 nih sibuk sikit pej Pos tuh.. hik hik

arsaili said...

kad raya ni mmg ada sentimental value, and lebih2 lagi bole di lihat dan di pegang berbanding e-card.

Rasha_rz said...

Tapi la ni, orang lebih gemar antar mesej ringkas sama ada melalui hand phone atau internet untuk ucapkan sesuatu termasuk selamat hari raya. Rasa dah kurang meriah, kan?