skip to main |
skip to sidebar
Pokcik mengambil peluang ini untuk menjawab tag dari Iza , norra dan jua John Norafizan yang men tag pokcik baru2 ini. Terima kasih lah daun keladi, banyak2 keladinya kekeke. Murah rexeki pokcik kena tag sejak akhir2 nih hik hik
Antaranya yang menarik tentang tag ini ialah, ia menyatakan kita perlu memberitahu seklain akan fakta atau kebiasaan mengenai diri anda sendiri. Ooo itu macam ka? Alahaii.. cam sesi meluah2 rasa pulak.. Yo la.. tak kisah ler tuh. Lagi pun, biasa ler.. bagi diri pokcik, tiada ruhsia antara kita.. hu huuu
Jadi pokcik akan memberitahu fakta yang berkenaan dengan diri pokcik. Tiada yang berfakta melainkan fakta fakti belaka..hik hik
1. Pokcik sebenarnya peramah dan suka tersenyum. Cuma sejak2 dah tua ni.. senyumannya menjadi semakin kurang kacak dan meleret2. Ditambah pula dengan gigi yang dah hilang banyak sehingga tinggal jadi dua batang saja, menyebabkan senyum pokcik yang berseri2 tu jadi sengih2 kerang ditengah hari pulak. Maap jek la.. kekekek
2. Pokcik tak berkisah sangat pasal bab makan2 ni. Maklom lah, dah tua dan tak berapa laju suapnya ( tapi kerap kekekek ). Sebab tu lah, kalau pokcik pergi umah oang atau dijemput bertandang, prinsip pokcik satu jek Sangat senang ( dan selalu dikabo2kan pada tuan umah) yakni ..” Yang tak ada jangan keluarkan…! “ hik hik
3. Pokcik salu melihat hidup ini sebagai sesuatu yang indah dan tersendiri. Setiap manusia ada bahagian susah senangnya masing2 didunia ini. Namun dengan sedikit rasa rendah diri, mentaati, syukur serta tabah hati, insyaAllah segalanya rintangan dapat diatasi. Walau pun tinggal didalam pondok tapi pokcik rasa tenang dan senang. Apa ruhsia nya..? Haaa… kenalah tinggal dalam pondok dulu.. kekeke hu huuu
4. Pokcik sebenornya sangat benci pada kesedihan. Tak tahulah kenapa. Mungkin pokcik terlalu takut untuk mengalaminya dan menderita berhari kerananya. Sebab itulah, walau apa pun yang terjadi, pokcik cub amenanganinya dengan ceria dan cuba menyembunyikan kesedihan disebaliknya.
5. Pokcik suka berjaga sampai jauh malam. Selain ngeteh2 pokcik pun sukalah melihat bulan sambil melayan perasaan. Cuma sejak akhir2 ni timbul kepelikan pulak. Apabila pokcik dah mula duduk2 , baru nak memikir2 dan melihat,sedar2 jek dah siang.. iksh iksh.
6. Peperangan paling dasat yang pokcik alami selain kisah2 zaman Jepun dulu ialah menentang si Dol Leman masa cuti sekoloh hari tu. Sejak pagi, pondok pokcik dibedil tanpa sesaat pun dibiarkan sunyi. Walau pun pokcik manawarkan gencatan senjata kayu, namun dia buat kayu jek. Akhir kemanangan pokcik ialah apabila bantuan datang lalu memiat telinga budak nakal itu dan mengheretnya pergi. Fuh! Terima kasih Mak Limah.. kekekek
7. Permainan masa kecik2 yang sampai sekarang masih pokcik main lagi ialah ialah “pondok-pondok” . Cuma kali ini, pokcik main sendiri jek.. hu huu
8. Pokcik selalu terkilan melihat peluang yang terlepas atau dilepaskan. Secara tak langsung akan membuatkan hati jadi sedih dan menyesal. Sebab dalam hidup pokcik sendiri, ada banyak peluang yang pergi begitu sahaja. Dari itu.. sebagai bebelan yang selalu pokcik beri pada semua. Rebut sahaja peluang yang ada didepan mata dan terus berusaha hingga berjaya. Jangan lupa berdoa sekali.
Tu jek la, fakta fakti tentang diri pokcik yang serba glamer mamer ni.. kekek
Dan seperti selalunya, pokcik malu nak tag sesapa kekeke.. sesapa yang sudi, sila la keke
4 comments:
# 3 - hidup ini memang indah dan sedap!
# 3,4,8 - kalau kesedihan dtg bertalu2, x larat dh nk tanggung.xleh lupe2 jugak.sebarang peluang dtg pun x larat dh nk kejar pokcik.sigh* but must put the effort right?
Pakcik, mekasih sudi jwb tag...
mekasih daun padi, lain kali izza tag lagi... hehehehe
Pokcik memang ceria dan menceriakan. :)
jie - uiks.. betul tu. Err..err sedap tu tang mana aa? Haa.. pokcik tahu.. kalau dpt mkn popia sambal aa.. mmg sedap tuu hik hik
sayda - alahaii cam berat gitu bebanan hati dan perasaannya. Umur masih muda, tak baik mengeluh2.. nnti dah jadi mcm pokcik haa baru tahu.. Sepatah kata iklan. err pebenda tah.. " Hadapi dengan senyuman! " hik hik
(sambil sengih nmpk gigi dua batang )
izza - Yo la.. sama2 kasih. hik hik. biasa ler, pokcik nih.. ceria sentiasa.. walau tgh tido sekali pun hu huu
Post a Comment