Friday, September 28, 2007

Deras Ramadhan... (3)


Sepanjang pokcik berjalan2 dikedai depan tu, nampak cam dah mula oang berjual kuih2 atau biskut raya. Macam jenis ada, bersusun2 penuh satu meja. Harganya pun boleh tahan juga. Ada oang kata naik sikit tahun ni, Ntah la, pokcik tak pernah beli pun.

Selain kuih2, ada gak ler kerepek2 yang bermacam jenis. Ada kerepek ubi, rempeyek, kacang2 dan juga muruku.

Alahaii.. pokcik suka betul dengan muruku. Dulu masa pokcik kecik, time mak nak buat muruku, maka berkobar2lah pokcik menawarkan diri untuk membantu. Cuma bantuannya tu hanya sekadar si tukang picit acuan saja. Adunan seme pokcik tak kacau, nanti jadi lain plak. Acuan kayu yg serupa lampu aladin tu, memang kadang2 susah nak dipicit. Pada pokcik sajalah mak bergantung harap ( kekononnya la tuh ). Sampai pokcik jadi berskill sungguh dalam menggelek2 acuan tu utk mendapatkan muruku bentuk bulat dan kemas. Tu pasal la, dah tua2 sakit pinggang.. kekekek saja jek.. hu huu

Kuih bangkit ( yg pokcik sampai skg pun masih konpius dengan namanya. Tang manalah yg bangkit tu? ) pun rajin mak buat. Masa tu pokcik tukang tekan jek bila tepung dah siap digelek sampai leper.. kalau ada keja lebih tulun2 la susun dalam tutup periuk saiz kecik untuk dimasukkan ke dalam oven tu.

Lagi satu yang pokcik suka makan ialah kek. Dan memang tak sah raya kalau tak wat kek. Kalau untuk wat kek tu, letak dalam acuan yg lopong di tengah, yang oang salu wat kuih bakar guna bekas tu. Lepas tu dibakar dalam oven empat segi, cap rama2 bewarna hitam, yang ditenggekkan atas dapur minyak tanah. Panasnya membahang hingga ke serata dapur. Arwah mak memang rajin buat kuih. Walau pun kuihnya sama je tiap2 tahun tapi sedapnya tak berubah.

Amat seronok kalau beraya kesana kemari, sebab tiap2 umah ada kuih yg berlainan jenis, dan tersendiri rasanya. Resepi keluarga barangkali.

Zaman sekarang ni, kalau pergi 10 umah, kesemunya ada kuih yg sama. Maklum la, ditempah dengan Cik Bedah hujung simpang sana. Kalau yg Almond London2 plak, tak yah susah2 pergi cari sampai ke London atau Indon, tempah saja dengan Makcik Maimon. Dia memang pakar membuatnya. Belum lagi kuih suji, semprit, tat, makmur dan sebagainya. Ada saja ejen yang menjualnya.

Domkian la yg pokcik perhatikan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Budaya membuat kuih dah terlalu ditinggalkan. Barangkali manusia sudah semakin sibuk apatah lagi dalam menghadapi perayaan besar sebegini.

Apa agaknya yang akan terjadi pada genersi akan datang ek? Tentu langsung tak pandai nak buat2 kuih ni, apatah lagi nak kenal ayak tepung, penggelek, acuan dari tembaga, oven cap kupu2 dll.


Entah la.. Bila mengenangkan akal hal itu, sedih pokcik dibuatnya..

Eh, pokcik nak ke keluarlah. Cadangnya nak ke umah Marpunah janda.. kata oang kek nye gebu2 gitu, pokcik pun tak pasti... keknya gebu ka, atau oangnya yg gebu kekekek ..

Tapii.. alahh.. pokcik malu la.. hik hik


Alahaiii…

14 comments:

saridahamid said...

Salam Pok Cik,

Alahai, oven cap kupu2lah yang berjasa dengan akak. Dari dulu hingga kini masih guna oven kupu2 walaupun ada oven gergasi. Jasanya tidak terhingga kiranya kuih yang dibuat tetap jadi dan sedap. Siap akak pamer atas almari hiasan lagi, biar orang nampak oven antik akak tu!

Abang Long said...

Abang Long paling suka makan dodol. Kalau Pokcik mahu, nanti Abang Long poskan pakai pos laju.

Unknown said...

Salam Pokcik...
Bestkan, masak pakai kayu api kat luar rumah. Dulu, tolong emak kawan masak koi bahulu kat rumah JKR di Langkap. Lepas tu, buat koi bangkit... yummm... lepas tu buat kuih putu yang berbentuk daun-daun kecil tu. Itu feveret OD... suka sangat. Tiap-tiap tahun bonda tak pernah miss hantar koi putu tu sampailah satu hari, dapat khabar dari kawan yang kerja di custom, kata bungkusan koi tu selalunya dihidu oleh anjing untuk mengesan dadah. Tak lalu OD nak makannya... Tahun sudah, OD lepaskan rindu... sedapppppp... bila kita nak buat koi bahulu ni Pokcik? Ajak Dol sekali.

Iza'Izz said...

Pokcik, tahun nie byk ke tempah kuih raya..... jgn lupa sebalang tuk iza.. kekekeke. Bila dah dok KL nie, mana nak jumpa peralatan tradisional gitu.... sumernya dah moden.... hhhmmmmm gituler peredaran zaman....

Sue said...

Pokcik dah pegi rumah Marpunah ke blum? Tak kisahlah yang mana2 gebu asal sepanjang jalan pokcik tak gedebuk jatuh sudah le....ni kes memikirkan bab gebu je

arsaili said...

menyompat lagi pakcik ni...kurang pahala nak gi umah janda plak..ekeke

Orked said...

pakcik....sy lum lagi TUNJUK2 kuih...ulu tepung pun belum.... alahai...mai raya nnt bagi minum pres oren je la ye

sd. said...

ooo. gatai naa..

ish ish pokcik nih.

Unknown said...

Kuih di rumah kak nanti, kuih tunjuk2 je. Mailah ramai2 perabihkan :D

Rasha_rz said...

Kak ila pulak entah kenapa dari dulu sampai sekarang, rasa tak sah raya kalau hanya membawa pulang kuih tunjuk2.mesti nak bikin sendiri, biar sikit asal puas hati untuk bagi anak2 dan suami serta rakan taulan menikmatinya.

Mersik said...

sarida hamid - Yg lama tak semestinya lapuk dek zaman. Apatah lagi kalau hasilnya unik dan tersendiri.. hik hik

Abg long - Pokcik nak makan gak, tapi apakan daya , giginya dua.. kalau terlekat.. abih laa.. Atau, ditelan sahaja.. uish , terkoma la pulak karang.. aduhaii


Opah De - Alahaii ciannya.. kalau dah tak dpt di hantar, maka kenalah wat sendiri.. kekekek , apa lagi cepat la seludup resepinya dari Malaya kekekek


iza - Uii pokcik tak berapa buat sangat.. Nak wat cam mana, peralatan pun tak de.. kalau sekut raya tu banyakk.. bertin2 git.. Tak lain adalah sekut kering pokcik sendiri kekekek alahaiii..


minah celotah - Kekekek akhirnya pokcik tak jadi memergi kesana, kerana perasaan malu pokcik pula mengebu2 di dalam hati ini.. kekeke

Mersik said...

arsaili - Kekekek uii pergi dgn niat baik tu.. Nak tambah rezeki pendapatan dia. Banyak tu pahalanya hik hik


jie - Uii tak pe la.. nnt dkt2 nk raya.. oang main tarik2 suo boli kuih sbb dah lelong kekekek..

presh oren pun sedappp kekekek


sayda - Eh.. tak de la.. ( Sambil test2 garu lengan.. ) tak gatal pon.. hik hik *wink* hu huu


zalisa maz - Jadilah.. kurang2 pun ada kuih gak.. Tp pokcik malu2 la . Tak apa, nnti pokcik tunjuk2 sambil tunduk2 hik hik


rasha_rz - Tak pe lah kak.. sambil2 beli, kite wat sendiri.. banyak sikit kuih kat umah. Bagus tul akak nih, menyambung tradisi wat kuih.. kurang2 nya ada ler yg dpt dikenan dek anak2 bila mereka besor dan waktu time2 raya nanti, iaitu pengalaman wat kuih dgn mak.. alahaii

dS said...

Salam Pokcik, malu plak nak cerita.. masa muda remaja dulu-dulu, merasalah gak kuih raya dr air tangan sendiri. Kemudian, setelah dihimpit kesibukan.. main ode saja tapi yg paling best tahun ni.. sbb dewi dpt kuih subsidi.. hihihi!

~ SHR , MZB ~

Mersik said...

Dewi Sukma - W'salam, amboi2.. nape tak ckp awal2.. bley aa pokcik mensubsidikan diri beraya2 kesana patplo hari patplo mlm kekeke

Alah.. nnt anak2 dah beso, buat la sendiri.. anak2 tulun2.. meriah sikit.. sambil memupuk suasana wat kuih raya sesama. alahaii hik hik