Thursday, March 29, 2007

Rumah Datuk..

Rumah besor tersergam di atas bukit tu pokcik pandang tanpa berkelip2. Tidak disangka si pemilik rumah agam itu akan mengajak pokcik kemari. Bersama2 Tok siak serta warga jemaah surau yang lain.

“Mungkin oang yg duduk disini baik2 hatinya “ pokcik mula mengagak. Secara tak langsung persepsi orang kaya yang sombong, duduk dirumah besor persis istana, yang tidak memandang golongan bawah hilang perlahan2. Tentu ada juga oang kaya yang baik hati..


Datuk Sood menyambut kami dengan ramah. Katanya hendak buat kenduri arwah ibunya. Itu lah sebabnya dijemput warga surau dekat2 sahaja. Diwakilkan kepada Tok Siak supaya menjemput semua. Ye lah, tak salah apa, kecik tapak tangan tapak kaki kami tadahkan.

Setelah habis majlis bacaan Yaasin dan tahlil selepas Asar itu, jamuan makan pun disediakan. Pokcik mula mengatur sila bila tiba2 semua orang hampir ke meja dan mengambil makanan sendiri dan duduk diatas kerusi meja yang disedikan. Alahaii.. hampir2 terlupa pokcik yang kendurinya diumah oang kaya, bukan di kampung. Makan duduk atas kerusi gitu..

Maka dalam bab memakan2 pokcik memang laju sahaja. Tah sapalah tukang masaknya?, maleh pokcik nak ambik tahu. Sedap betul nasi dengan lauk-lauk yang ada. Memang pokcik tak kasik chance langsung, agak2 pinggan dah nampak corak bunga bawahnya, cepat2 pokcik tambah lagi dan lagi dan lagi...

Selepas makan, sekelian jemaah duduk2 sambil borak2. Pokcik yang terkebil2 berdiri nyaris pengsan bila di sapa Datuk Sood sendiri. Maklomlah, datuk tu oang besor2 walau tubuhnya kecik jek..

“ Jangan lah malu2 pakcik, buatlah macam rumah sendiri. Nak tenguk2 sekeliling pun boleh , “ ujar Datuk Sood sambil menunjukkan dinding rumahnya yang penuh dengan lukisan2. Mungkin menyedari kejanggalan pokcik berada disitu.

Melihat ruang dan sudut rumahnya yang penuh dengan perhiasan, replika seni, pokcik jadi terpegun. Memang Datuk nih minat perhiasan, lukisan dan barang2 seni. Kira oang2 berjiwa seni gak ler.

Dan tanpa disedari, jauh pokcik berjalan sampai kehujung ruang hinggalah kesebuah bilik , barangkali dapur agaknya. Pun cantik juga walaupun tak serupa dapur pondok pokcik tuu..


Dan ada TV lagi didapur tu, seronok tul kalau cam nih...

Tanpa disedari pokcik mencapai remote TV lalu cuba menekan butang yang ada. Namun hanya kipas dan lampu sahaja yang bergerak2 dan menyala2 mati, hinggalah pembantu rumah muncul dari balik dapur.

“ Err..bik, cam mana nak pasang tiwinya?, kok nggak boleh “ soal pokcik dengan telo indon yg datang entah dari mana.

“ Ohh.. ini bukan tiwi , ini oven. Dan itu remote kipas dan lampu nya, “ ujar bibik itu sambil menunjuk pada alat yang pokcik pegang.

“ Oh.. “ pokcik terkedu.

Sambil tersenyum2 sompek, pokcik menyerahkan alat tersebut, lalu berpatah balik ke ruang depan, mencari2 pintu keluar.

“ Memang sah ler, ini bukan tempat pokcik. “ bisik hati ini.. alahaiiii


Nota cagu :

Kalau anda belum baca lagi buku "Ninja Kunaharo, misteri wira malam " tulisan Opah De , silalah mendapatkannya dikedai2 buku berhampiran. Menarik ceritanya dan serba lucu. Pokcik baca pun asyik ketawa2 jek sampai hampir2 tertanggal giginya.. hik hik


6 comments:

Noushy Syah said...

ngehhhh.pok chik tempat tu maybe utk pok chik tp sbb pok chik tu yg berangan..tu arr fasal ahakss..confused ..!!

ZaKiN said...

hahhahha.. aku penah bawak balik oven ke umah. abah aku pon tanya.. mahal ker beli tivi tue..?? camane nak pasang.. hohoho.. ditekan2nya segala butang kat oven tue.. aku nak gelak tapi takot org tua kecik ati.. gi bilik air.. gelak tahap nak guling2.. huhuhu..

Mersik said...

noushy - Uii kalau sungguh bagai dikata.. esok2 pokcik nak gii lagi laa kekekek alahaii.. mendai jek kata pokcik berangan.. gegege alahaii

maniq kayangan - Kekekeke.. nak wat cam mana, oang tua manalah tahu.. ko gelak kuat2 lam bilik air kuat2 wat pe, pun dia dgr gak. uishh kecik hati oang tua tuh.. alahaii..

ManjLara said...

hehehe lawak tahap gaban lara membacanye, cam tulisan dlm novel matromeo plak! lara mmg ske sangat baca novel anak dara menteri tu, mcm baca gila2 lak ahaks! tp utk tulisan pokcik nih, gaya, mutu dan
keunggulannya masih milik najwa aiman lagi! maintain seh! :D

sd. said...

heheh..pokcik ni macam2..
experience tu..hehe

;)

salam maulidur rasul

Mersik said...

manjlara - Mekasih ler kalau suka membaca. Alahaii.. jgn ler membanding2kan pokcik nih. Malu pokcikdibuatnya. Maklom la, lain pondok, lain pokciknya.. lagi pun tak de ler pokcik nih pandai menulih sesangat gitu.. sekadar bercerita merapu2 jek pasal diri ini yg serba marhain.. alahaii

sayda - Tunggu jek la bila awak jad tua. Tak terkiraaaa pengalamnya.. hik hik..

Slmt menyambut Maulidur Rasul gak..